Anda di halaman 1dari 15

Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum

Melayu, Cina dan India.


Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai
pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing
dengan budaya serta warisan yang unik dan
tersendiri.
kumpulan etnik terbesar di Malaysia.
beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu.
berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu.
Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka
yang sangat kaya.
Kaum Melayu
Pakaian TRadisional
Sepak Takraw
- diperbuat daripada lilitan bilah kulit buluh atau bamboo yang ditimang
menggunakan sebarang anggota tubuh badan kecuali tangan dan lengan.
- Terdapat dua jenis sepak takraw: bulatan dan jaring
Permainan Tradisional
Wau
- layang-layang tradisional yang sangat popular di pantai timur Malaysia.
- dipanggil wau kerana bentuknya seakan-akan huruf wau Jawi.
- direka dengan pelbagai reka bentuk, serta warna dan corak yang cerah,
bermotifkan tumbuhan dan haiwan sememangnya indah dan menawan hati.
Congkak
- dimainkan menggunakan sebongkah kayu yang berlubang lima, tujuh
atau sembilan berkembar, serta dua buah lubang besar di kedua
hujungnya yang dipanggil rumah.
- congkak dimainkan menggunakan kulit siput, guli, batu kecil atau biji
asam jawa, dan memerlukan dua pemain.
Gasing
- Permainan gasing memerlukan kekuatan, penyelarasan pergerakan, serta kepakaran.
- dilempar dengan menyentap seutas tali panjang yang telah dililit di kelilingnya.
- Ketika gasing ini masih berputar, ia dicedok dari atas tanah menggunakan sekeping kayu
pipih yang berliang di tengahnya, dan dialihkan ke sebatang tiang rendah yang bertampuk
besi.
Gasing
Tarian Tradisional
Alat muzik tradisional

Zapin
- diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah.
- pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan
menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.
J oget
- dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang
disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang
diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.
Silat
- sejenis seni mempertahankan diri
- dipersembahkan dalam bentuk tarian. Dengan pergerakan badan yang
penuh aksi serta bunga langkah, persembahan silat sememangnya
menarik dan mengasyikkan.

Rebana Ubi
- digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dari
amaran mengenai serangan musuh, hinggalah pengumuman
majlis perkahwinan .
- digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan.
Kompang
- digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari
Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan.
- berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi
di sekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan.
Rebana Ubi
Kompang
kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia.
Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga.
Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza
adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang
tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa
Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanah air di J ohor.

Kaum cina
Cheongsam
- mempunyai leher yang tinggi, butang di
bahagian bahu, bentuk yang sendat di
pinggang dan belahan di kiri dan kanan
kain. Pakaian ini selalunya diperbuat
daripada kain sutera, satin dan lain-lain
jenis kain lembut.
pAKAIAN tradisional
Samfu
- merupakan pakaian tradisional bagi
kaum lelaki dan wanita cina.
- bermaksud baju dan seluar .
- diperbuat daripada kain nipis yang
tidak bercorak atau sekadar berbunga
halus.
Permainan Tradisional
Go
- permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang.
- Permainan ini kaya dengan strategi yang kompleks tetapi
hanya mempunyai undang-undang permainan yang mudah.
-hanya menggunakan biji-biji berwarna hitam dan putih.

Xiangqi
- dimainkan oleh dua orang pemain.
- berada dalam keluarga yang sama dengan catur.
- berasal dari China, digelar sebagai Catur Cina.

Yo-yo cina
- mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan
oleh gandar yang panjang.
- sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang
kayu kecil.
- Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan
mengimbangi yo-yo daripada jatuh.
Tarian Tradisional Alat muzik Tradisional
Tarian Singa
- dipersembahkan ketika perayaan hari
Tahun Baru Cina.
- sebuah tarian bersemangat yang
sentiasa diiringi paluan gendang tagu
Cina, dan simbal, serta memerlukan
keberanian dan penataan gerak tarian
yang tepat di antara penari-penarinya.
Tarian Naga
- Naga adalah sejenis haiwan dongeng
yang melambangkan kuasa luar biasa,
kebaikan, kesuburan, kewaspadaan
serta kehormatan dalam budaya Cina.
- dipersembahkan ketika sambutan
Tahun Baru Cina, dan dipercayai
membawa tuah dan kekayaan bagi
tahun yang baru.
-Tarian ini memerlukan seramai 60
orang.
Erh hu
- alatan bertali jenis lute dibuat dalam
tiga saiz; kecil, sedang dan besar.
- digunakan sebagai alat solo untuk
hiburan, dan juga digunakan dalam
orkestra untuk mengiringi opera Cina.
Pipa
- alat bertali mempunyai 4 tali logam.
- Badan dibuat dari kayu; dadanya
bulat dan belakangnya cembong
tetapi permukaan dadanya mendatar.
- digunakan dalam orkestra untuk
mengiringi opera Cina; juga sebagai
alat solo atau mengiringi nyanyian.
Guzheng
- Alat muzik ini mempunyai sebuah
kotak resonans yang berbentuk segi
empat tepat yang leper. Di atas kotak
resonans itu dipasang beberapa
utas tali yang diregang dengan
disokong oleh kayu penongkat
(tiang kayu kecil).
-Bunyi yang dihasilkan oleh Guzheng
ini padat dan jelas.
Kumpulan etnik ketiga terbesar di Malaysia.
Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa
Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu.
Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar
daripada sistem kasta yang diamalkan di India.
Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka
yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah.
Kaum India
Pakaian tradisional
Sari
- Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan
dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut.
- Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang
bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam berfungsi
menyokong kain sari tersebut dari terlucut.
Pakaian salwar kameez atau baju Punjabi
- terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar
panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai
warnanya.
Kurta
- pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi.
- kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat
daripada kain kapas atau linen.
Permainan tradisional
Kho-kho
- berasal dari Maharashtra, pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda.
- merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di
mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain.
- memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk
mengelak peserta-peserta lain.
Kabadi
- Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura
Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India.
- Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain.
- Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan seramai 5 orang.
- Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah
untuk rehat semasa pertukaran gelanggang.
- Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini
terdiri daripada satu pengadil, dua pembantu pengadil, satu penjaring dan
dua pembantu penjaring.

Charuranga
- Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga.
- Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain,
perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan
tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan
tumbangnya sang raja.
- Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.
- Ashtpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga.
Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.
Tarian tradisional
Alat muzik tradisional
Tarian bhrata natyam
- berasal dari Negeri Tamil Nadu di Selatan India.
- mengandungi enam peringkat iaitu, Alanippu, Gatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam
dan Thillana.Kesemua peringkat ini menggabungkan elemen Naritta atau, tarian tulin
dan Nritya mengandungi Adarus atau unit tarian asas.
Tarian Kathak
- berasal dari negeri Uttar Pradesh dan Prajasthan. Kathak dikenali sebagai Braj Raas.
- diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha (Ganesha Vandana).
- Muzik digubah berasaskan lirik seperti Thumri, Dadra, Ghazal dan Kavita.
Tarian klasik india
- gabungan antara unsur pemujaan dan luahan perasaan yang mendalam dalam diri
seseorang manusia.
- Terdapat 'devadasis', yang dianggap suruhan tuhan, yang menarikan sejenis tarian
memuja dikenali sebagai Bharata Natyam Mahari.
- Pengasas Odisi tradisional dan Maribi Manipuri juga berasal dari kuil.
Sitar
- Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali.
- Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan
ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis buah-buahan yang dikeringkan
dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan yang unik.
Dholak
- dimain dengan menggunakan tangan dan mudah dipikul oleh pemainya.
- Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan
ke atas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan.
- digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.
SABAH
Kadazan Dusun
Merupakan penduduk majoriti negeri Sabah.
Terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun,mereka digabungkan bersama
kerana berkongsi bahasa dan budaya yang serupa.
Berpegang teguh terhadap adat resam warisan nenek moyang mereka.
Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang
diamalkan.
Etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi terlibat dalam
penanaman padi.
Etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.
Topi anyaman wanita Kadazan-Dusun


Sumazau
Sebuah tarian kaum Kadazan yang lazimnya dipersembahkan sewaktu acara-
acara keagamaan dan kemasyarakatan.
Dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian padi yang banyak,
untuk menghindar roh jahat, dan untuk mengubati penyakit.
Penari lelaki dan perempuan mempersembahkan tarian yang mengasyikkan ini
dengan gerak-geri yang perlahan serta pergerakan yang menggambarkan burung
yang sedang terbang.
Tarian Buluh
Tarian tradisional yang popular serta menghiburkan, menggunakan sepasang
buluh panjang yang dipegang mendatar pada paras buku lali.
Kedua-dua buluh tersebut diketuk antara satu sama lain dengan rentak yang
pantas.
Penari perlu tangkas bergerak sambil melompat di antara kedua-dua batang
buluh tersebut tanpa tersepit.

Sarawak
Iban
Terkenal dengan pua kumbu Iban, kain songket Melayu Sarawak dan pelbagai
perhiasan tradisional.
Tinggal di rumah panjang, iaitu rumah komuniti tradisional yang boleh memuatkan
antara 20 hingga 100 buah keluarga yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan di
tepi jalan raya.
Ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara
satu sama lain.
Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut kerana dikategorikan secara salah
sebagai etnik Dayak Laut kerana kepakaran mereka menggunakan bot, bagaimanapun,
mereka sebenarnya kaum dari hulu sungai di tengah-tengah Kalimantan
Dahulu kala, mereka adalah pejuang yang sangat gagah berani dan terkenal dengan
ngayau atau pemburuan kepala serta aktiviti pelanunan.
Secara tradisi, mereka menyembah tiga Tuhan di bawah kekuasaan Singalang Burung,
Tuhan burung peperangan.
Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai
pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-
ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.
Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang,
tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara
satu sama lain.



Ngajat
Sejenis tarian pahlawan tradisional suku kaum Iban di Sarawak.
Tarian ini lazimnya dipersembahkan ketika perayaan Gawai
Kenyalang.
Pada masa dahulu, pemburu kepala dari suku kaum ini, yang
dikatakan antara yang paling bengis di Sarawak, diraikan
dengan perayaan Gawai Kenyalang.
Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di
sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional
yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir.

Sape
Sejenis gitar tradisional masyarakat Iban di Sarawak.
Alat muzik ini dihias indah dengan pelbagai corak ukiran yang
berwarna-warni, diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk.
Alat muzik ini, yang dahulunya dimainkan seorang diri sebagai
hiburan, kini telah menjadi sebuah alat muzik sosial.
Lazimnya, sape dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi
mengiringi tarian seperti Ngajat.
Disediakan oleh:
Chan Joo Mon
Wong Lai Cheng
Kelas:
5 AMANAH

Anda mungkin juga menyukai