Anda di halaman 1dari 3

Sejak penubuhannya, sekolah ini telah mempunyai tiga motto yang ditulis pada lencana.

Pertama

Pengetahuan

kedua

Usaha

Suluh

Kemajuan

(1896),

Bakti

(1964)

dan

ketiga Bercita-cita Tinggi (1986).


Bangunan asal sekolah ini didirikan pada tahun 1888 .Ianya terletak di antara Bazaar
Melayu

Wisma

Yakin

dan

Ceylon

Restoran

Lapan tahun kemudian (1896 ) didirikan bangunan yang baru di Jalan Raja di mana
tanahnya dihadiahkan oleh Nakhoda Yusof . Harga bangunan tersebut adalah lebih kurang
$3000.00.

Luas

kawasan

ini

lebih

kurang

3/5

ekar

(185

150

.P)

Berapa tahun kemudian sebuah Restoran Rakyat telah didirikan di bekas tapak kedua
bangunan sekolah.
Nakhoda Yusof adalah seorang hartawan Melayu yang terkenal dengan panggilan Che
Soh. Che Soh menjadi ketua dan pengurus kepada anak anak perahu yang berulang alik
dari Kelang ke Kuala Lumpur dengan melalui jalan sungai membawa dagangan terutamanya
beras. Sekolah ini dinamakan Sekolah Kampung Melayu Kuala Lumpur yang terletak di
Jalan Melayu ( Malay Street) di mana sekarang ini menjadi tapak bangunan Wisma KOSAS .
Sekolah ini didirikan kerana pada zaman itu di situlah sebuah Kampung Melayu dibangunkan
, terutama oleh orang orang Melayu yang datang dari Melaka sehingga kampung tersebut
dipanggil Kampung Melayu. Sehingga kini kenangan yang tinggal hanyalah Jalan Melaka.
Kampung Melayu ini dahulunya terletak di kawasan Masjid Chulia dan Batu Lane.
Pada tahun 1896, Sekolah tersebut telah berpindah ke kawasan baru di Jalan Store (Jalan
Raja) dengan nama Sekolah Umum Gombak Lane (di tapak di mana Restoran Rakyat
dibina).
Pada 10.1. 1963 , Sekolah Umum Gombak Lane telah berpindah ke bangunan baru di
Swettenham

(Jalan

Raja

Salahuddin)

dan

dinamakan

Sekolah

Kebangsaan Sultan

Hishamuddin sempena nama Baginda Sultan Selangor. Sekolah baru ini mula dibina pada
bulan Mac 1962 dan selesai pembinaannya pada bulan November 1962 dengan harga $
280,000 (Ringgit: Dua Ratus Lapan Puluh Ribu). Reka bentuk bangunan ini telah dicipta
oleh

arkitek

perbandaran

iaitu

En.

S.P.

Chow

dan

kakitangannya.

Tapak bangunan ini pada asalnya adalah Bangunan Pejabat Haiwan Negeri Selangor.
Pada 28 haribulan Julai 1963 pembukaan rasmi sekolah baru ini telah disempurnakan oleh

YB Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu ketika itu iaitu Kapten Abdul Hamid Khan Al
Haj.Turut sama ialah Ketua Pegawai Pelajaran Selangor Encik Tan Seng Chye.
Pada tahun 1948 dengan bantuan kerajaan , guru guru dan ibu bapa telah mendirikan
sebuah bangunan tambahan untuk menampung pertambahan murid. Selepas tahun 1958 ,
Lembaga Pelajaran Tempatan yang dikelolakan oleh Majlis Perbandaran telah menyewakan
sebuah bangunan Kelab di Jalan Spooner ( Jalan Cenderawasih ) dengan kadar sewa
sebanyak $ 24.00.
Pada 3 Januari 1961 , pihak sekolah telah menumpang sebuah bangunan Pejabat Majlis
Perbandaran di Jalan Store (Jalan Raja) di mana bangunan Dewan Bandaraya didirikan
sekarang ini. Sepatutnya pada tahun 1955, sekolah ini mendapat sebuah bangunan baru
iaitu di Sekolah Jalan Brickfields tetapi oleh kerana beberapa sebab ianya terpaksa
dibatalkan. Pada awal penubuhannya jumlah murid adalah seramai 60 orang. Sepuluh tahun
kemudian iaitu pada tahun 1906, jumlah murid sekolah ini telah bertambah kepada 150
orang. Kebanyakan murid-murid tersebut datangnya daripada Kampung Melaka , Kampung
Semarang dan Kampung Jawa (Jalan Tun Perak)
Jumlah murid murid ini tidak bertambah sehingga tahun 1941 .Ramai muridnya
hanya
a)

180

orang

Perpindahan

sahaja.

kampung

Ini

adalah

kampung

kerana
tersebut

beberapa
ke

sebab

Kampung

:-

Baharu

b) Kanak kanak daripada Balai Polis Depoh Lama di Jalan Bluff dipindahkan ke Balai Polis
Depoh Baru di Jalan Gurney dan bersekolah di sekolah Princess Road (Jalan Raja Muda)
c) Sekolah ini hanya memperuntukkan murid murid lelaki sahaja .Hanya pada tahun
1936

barulah

kanak

kanak

perempuan

mula

belajar

di

situ.

d) Sekolah Jalan Pasar dibuka pada tahun 1936 .Semua murid yang berhampiran telah
berhenti di sekolah ini.
Menurut sejarahnya murid murid perempuan pertama terpaksa dipakaikan cara lelaki dan
berambut pendek kerana ibu bapa pada masa itu masih belum mahu lagi anak anak
perempuannya dicampurkan dengan murid murid lelaki. Bila masa pendudukan Jepun ,
sekolah ini tidak digunakan. Murid muridnya bersekolah di asrama murid murid Melayu
di Kampung Baharu. Pada awal 60an, jumlah muridnya mencatat ke angka 600 orang .
Hingga sekarang (2007), jumlah murid SK Sultan Hisamuddin Alam Shah ialah seramai 601
orang. Antara bekas muridnya yang telah berjaya menjadi pemimpin ialah Dato Ahmad
Razali, bekas Menteri Besar Selangor Darul Ehsan dan Presiden Persatuan Bola Sepak
Negeri Selangor Darul Ehsan En. Amir Zahari Nordin, Pengerusi KLCE, En. Baharuddin Isa

Pengarah Pos Kelantan , En. Rosli Jalil Penerbit RTM, Raja Fauziah Raja Uda , Bekas
Pengerusi Kraftangan.
Mengikut pelan yang ada sekarang ini , luas kawasan SK Sultan Hisamuddin Alam Shah
tidak termasuk keluasan tanah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan ialah seluas
154 425 K.P. Dari jumlah tanah tersebut sekolah ini mempunyai tiga buah blok yang
menampung murid seramai 601 orang dan guru seramai 46 orang. Jumlah dua buah blok
tersebut termasuklah tiga buah bilik darjah di blok A dan sebelas buah bilik darjah di blok
B. Di samping itu, sekolah ini juga mempunyai kemudahan kemudahan yang penting
dalam memajukan lagi bidang pelajaran di sekolah ini , termasuk sebuah kelas Pra Sekolah,
Pusat Sumber , Bilik Mesyuarat , bilik guru, bilik ketua panitia, makmal komputer, makmal
sains, surau , bilik sakit, bilik muzik, bilik Kemahiran Hidup, Kelas Pemulihan, Bilik SAL, Bilik
Kaunseling dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai