Anda di halaman 1dari 1

Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1965 di atas sebidang tanah seluas

11,903 ekar di Lot 6860 dalam mukim Kuala Nerus,dengan nama asalnya Sekolah
Menengah Seberang Takir.Pada tahun yang sama pengambilan-pengambilan
pelajar tingkatan 1 telah dimulakan dengan menumpang di Sekolah Menengah
Padang Midin.Pembinaan sekolah ini siap pada Januari 1965 dan semua pelajarnya
dipindahkan ke bangunannya sendiri di Seberang Takir.

Pada hari Ahad,23 Jun 1968 bersamaan 27 Rabiulawal 1388,Sekolah


Menengah Seberang Takir telah dibuka dengan rasminya oleh yang berhormat
En.Mohd Khir Johari,Menteri Pelajaran pada ketika itu.Sebahagian besar pelajar
sekolah ini berasal dari kawasan pedalaman seperti Kampung Pelong,Sungai
Tong,Bukit Mandok,Kampung Bukit,Merang,Pulau Redang dan lain-lain.Pelajar
menghadapi masalah pengangkutan dan penginapan.Bagi mengatasi masalah
ini,sebuah asrama telah dibina iaitu asrama putera pada tahun 1970 dan asrama
puteri 1973.Sekolah Menengah Seberang Takir telah ditukarkan namanya menjadi
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri pada tahun 1978.Ini adalah untuk
mengenang jasa Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri,bekas menteri besar
Terengganu.

Sepanjang penubuhannya,sekolah ini telah berkembang dari semasa ke


semasa mengikut arus perlembagaan pendidikanNegara.Sekolah ini telah berjaya
melahirkan pelajar yang kini sedang menaburkan bakti dalam pelbagai bidang
seperti ahli akademik,professional dan sebagainya.Semoga sekolah ini akan terus
cemerlang bagi melahirkan lebih ramai anak bangsa yang akan dapat menabur bakti
pada bangsa dan negara pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai