Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH SEKOLAH

Ditubuhkan pada Januari 1965 dengan nama Sek. Men. Ren. Bidor (Lower Secondary
School, Bidor). Guru besar pertamanya ialah En. Lai Sam Keong. Pada Januari 1966,
sekolah ini membuka cawangan di Sungkai dan akhirnya bertukar menjadi Sek. Men.
Sungkai. Mendapat bangunannya sendiri pada 1969 yang terdiri daripada 3 blok bangunan
batu 2 tingkat dan sebuah kantin. YAB Dato’ Seri Kamaruddin b. Isa, Menteri Besar Perak,
telah merasmikan pesta ria yang pertama bagi sekolah ini pada tahun 1973 bagi menampung
perbelanjaan kelengkapan sekolah dan perpustakaan. Pada Januari 1995, SMK Syeikh Abdul
Ghani telah dinaikkan taraf menjadi Gred A.
Sukan Tahunan kali pertamanya diadakan pada 1969. Ketika ini di bawah kepimpinan guru
besar, En. Santhanandan. Majalah sekolah, BAIDURI jilid pertama diterbitkan pada 1973.
Telah mengemukakan permohonan untuk menukarkan nama sekolah kepada Sek. Men.
Syeikh Abdul Ghani, Bidor pada 1973 setelah mendapat kelulusan pada 28 November 1973.
Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah kali pertama diadakan pada 1973 yang dirasmikan
oleh YM En Mohd Ali b. Ibrahim, JSM, Pengarah Pelajaran Perak. PIBG sekolah ditubuhkan
pada 14 Februari 1974 dan En Abdul Malik b. Soreh telah dilantik menjadi Pengerusi PIBG
yang pertama.

Bidor berasal daripada nama acuan penyukat bijih timah. Dibuka oleh Sultan Perak ke-9,
Sultan Salehuddin. Syeikh Abdul Ghani adalah seorang tokoh penting dalam sejarah
tempatan yang menjadi Penghulu Bidor yang pertama. Beliau mewakafkan tanah miliknya
seluas 22 ekar untuk mendirikan sekolah. Sebagai mengenang jasanya, Lembaga Pentadbiran
Sekolah telah memilih nama beliau diabadikan sebagai nama sekolah ini.

Persatuan Ibu bapa dan guru adalah penting dalam memupuk dan mengeratkan kerjasama
diantara pihak ibu bada dan guru. Oleh itu pada 14hb Februari 1974 PIBG sekolah ini telah
ditubuhkan dan pengerusinya yang pertama ialah En. Abdul Malek Bin Soleh, PJK . Hari
ucapan dan penyampaian hadiah pada tahun tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia
Tan Sri Hamdan Syeikh Tahir, KMN, PSM, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ketika itu.
Pada tahun yang sama satu pertunjukan senirama diadakan bertujuan melengkapkan
perpustakaan dan menubuhkan tabung pelajar miskin.
Pada tahun 1975, sekolah ini mengadakan Pameran Pelajaran dan pertunjukan senirama.
Perlumbaan jalan kaki tajaan juga diadakan dan wang kutipan digunakan untuk
melengkapkan perpustakaan dan menubuhkan tabung pelajar miskin. Oleh kerana sekolah ini
telah menunjukkan prestasi yang baik dalam pelbagai bidang , Kementerian Pelajaran
Malaysia telah membina satu blok batu dua tingkat . Blok ini menempatkan 6 buah kelas
yang boleh diubahsuai menjadi dewan sekolah, sementara di bahagian bawah pula
ditempatkan 3 buah makmal sains tulen. Sebuah blok bengkel seni perusahaan juga dibina.

En. Dzulkarnain Bin Haji Abdul Rahman telah bertukar pada bulan Oktober 1975 dan telah
digantikan oleh En. Zulkifli Bin Bahari sebagai Pengetua sehingga bulan Oktober 1979.
Seterusnya En. Sulaiman Bin Ibrahim telah menjadi pengetua di sini pada oktober 1979.
Sekolah ini juga telah menerima kunjungan YB Tan Sri Dato Murad Hj. Mohd Noor, Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia bagi meninjau guru CFBT. Hadir sama ialah Pengarah Pelajaran
Perak.

Setelah hampir satu dekad dibina, akhirnya sekolah ini dirasmikan pada 2 Oktober 1982 jam
2.30 petang . Upacara perasmian dilakukan oleh YAB Dato Sri Wan Mohammad Bin Hj.
Wan T, SPCM,PJK, JP Menteri Besar Perak. Majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah
kali Ke 9 telah diadakan sekali. Di penghujung tahun itu juga satu projek gotong royong
membuat tempat letak basikal diadakan. Perbelanjaan pembinaannya diperolehi daripada
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak RM4000.00 . Projek ini
dilancarkan oleh En. Abdul Rahman B. Hj Ahmad, Pegawai Daerah Batang Padang.

Untuk kemudahan pelajar-pelajar Sains Pertanian pula, reban yang berharga RM9000.00 siap
dibina pada bulan Ogos 1982. Sekolah Menengah Syeikh Abdul Ghani telah menganjurkan
walkaton pada 4 Jun 1983 dan 4 Februari 1993 untuk projek pembangunan akademik dan
non-akademik. Satu pesta Ria secara besar-besaran pula telah diadakan pada tahun 1994 bagi
memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah menjalankan perniagaan untuk mendapatkan
wang bagi menceriakan kelas masing-masing. Pesta Ria serentak dengan penyerahan Buku
Kemajuan Pelajar kepada Ibu Bapa atau penjaga.
Pada bulan Januari 1995, Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani telah
dinaikkan taraf ke Gred A. Serentak dengan itu 5 orang guru baru yang bertugas sebagai
Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM , Penyelia Petang, Ketua Bidang Bahasa
dan Ketua Bidang Sains telah datang bertugas di sekolah ini. Pada 6hb Februari 1995
Pengetua sekolah iaitu En. Jantan Bin Atan telah bertukar dan digantikan dengan Pn. Zaitone
Bt. Shafie pada 25 November 1995 dan seterusnya oleh En. Mohd Syukor Bin Sharif.

Kecemerlangan sekolah ini diteruskan lagi oleh Cik Hajjah Salamiah Bt. Shell Mohamad
yang mula bertugas pada 16hb Februari 1998. Sehingga kini SMKSAG merupakan antara
satu perintis yang dipilih oleh Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan MPV(Mata
Pelajaran Vokasional) iaitu Mata Pelajaran Landskap & Nurseri dan Katering & Penyajian.
Disamping itu juga ditempatkan sebuah bilik kebal untuk kegunaan Lembaga Peperiksaan
Malaysia. Ini merupakan amanah besar yang dipegang oleh pengetua.Pada tahun 2002 mata
pelajaran mpv dilaksanakan dan pelajar pertama mengambil SPM untuk subjek mpv ini pada
tahun 2003.

Pada 16hb November 2003, beliau bertukar ke Ulu Bernam dan digantikan oleh Pengetua
baru, iaitu En. Mohd Gufri Bin Alpiah. Banyak kemajuan serta perubahan sama ada dari segi
fizikal mahupun personalis yang telah dibuat oleh pihak pentadbiran sekolah. Malah pihak
masyarakat terutamanya PIBG telah banyak memberikan sumbangan sama ada dari segi
pandangan, tenaga kerja mahupun wang ringit bagi menjayakan aktiviti yang telah dianjurkan
oleh pihak sekolah . Tidak ketinggalan agensi-agensi kerajaan seperti pihak polis, bomba,
jabatan pertanian dan majlis daerah. SMKSAG cukup berbangga kerana mempunyai barisan
kepimpinan yang cukup berkaliber bagi mencipta kecemerlangan sekolah dalam pelbagai
bidang.

Pengetua yang seterusnya Tuan Haji Razali Bin Ismail, AMN yang bermula berkhidmat pada
jun 2005. Sebagai seorang pemimpin yang berkarisma dan berwawasan. beliau mengalas
tanggungjawab untuk menjadikan SMKSAG sebagai sebuah sekolah yang terbilang di daerah
Batang padang menjelang tahun 2010. selain mengajar dan menjadi pentadbir berkaliber,
beliau juga aktif dalam Persidangan Kebangsaan Pengetua-pengetua sekolah menengah
(PKPSM). Beliau juga dilantik sebagai AJK PKPSM peringkat negeri Perak dan Yang
Dipertua PKSPM bagi daerah Batang Padang. Rentetan itu , memberikan peluang kepada
beliau menjelajah ke pelusuk dunia, iaitu China, Indonesia, India dan beberapa negara lain.
Disamping itu beliau telah dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Duli
Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Besar atas segala jasa dan
sumbangannya dalam dunia pendidikan.

Pada Mac 2008 pula Sekolah Menengah Kebangsaan Syeikh Abdul Ghani menerima
pengetua baru iaitu Puan Hajah Ramlah Bt. Abdullah , Beliau merupakan pendidik yang
berasal dari Kota Bharu, Kelantan yang dilahirkan pada 16 Jun 1954. Sebelum ini beliau juga
telah berkhidmat sebagai Pengetua di SMK Felda Besout, Sungkai. Sesungguhnya beliau
telah mengalas tanggungjawab dengan penuh komitmen dan berwawasan. Oleh itu, beliau
berharap visi dan misi sekolah akan tercapai sama ada dari aspek akademik kokurikulum
mahupun sahsiah. Oleh yang demikian , beliau amat memberikan perhatian dalam
perkembangan dan kemajuan dunia pendidikan itu sendiri. Pn. Hajah Ramlah menamatkan
perkhidmatannya sebagai penjawat awam di sekolah ini selepas memilih bersara awal pada 1
Jun 2009.

Setelah beberapa bulan ketiadaan pengetua, pada 17 September 2009 , SMKSAG menerima
Pengetua baru iaitu Tuan Haji Kefli Bin Mat Sih. Beliau pernah berkhidmat di sekolah ini
sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari 1 Disember 1994 hingga tahun 1999.
Sebelum ini beliau juga telah berkhidmat sebagai Pengetua SMK Felda Besout, Sungkai.
Beliau amat menitik beratkan pengunaan teknologi maklumat dan kecemerlangan pelajar
yang mana kejayaan pelajar mencerminkan semua warga sekolah. Pada masa beliaulah
wujudnya laman web sekolah pada tahun 2010.

Pada tahun 2010, SMKSAG mencatatkan sejarah sekolah tersendiri apabila siapnya dua blok
bangunan baru setinggi empat tingkat setiap satu. Satu blok menempatkan bilik guru, pejabat,
bilik gerakan, surau, pusat akses, bilik-bilik khas dan kelas. Sementara satu lagi blok
mempunyai Makmal sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Seni, Bilik-Bilik Khas dan
kelas. Sesi pengajaran dan pembelajaran telah berlangsung dalam satu sesi sahaja bermula 21
Jun 2010.

Anda mungkin juga menyukai