Anda di halaman 1dari 4

Sejarah

Pembinaan maktab ini bermula pada tahun 1998 bagi menggantikan Maktab Perguruan Sains Bintulu. Maktab yang terletak di Jalan Dato Mohd Musa, Kota Samarahan ini mula beroperasi pada 1 Jun 1999 dan telah dirasmikan pada 22 November 1999 oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Hj. Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Kerajaan Negeri Sarawak telah memberi tapak tanah seluas 60 hektar yang terletak di Jalan Dato Mohd. Musa, Kota Samarahan lebih kurang 20km dari pusat bandar Kuching kepada Kementerian Pendidikan untuk pembinaan Maktab Perguruan Islam. Tetapi memandangkan ambilan guru agama tidak besar, maka cadangan asal kampus bari ini ditukar menjadi Maktab Perguruan Samarahan bagi mengganti Maktab Perguruan Sains Bintulu yang telah ditutup pada pertengahan tahun 1999. Dalam ucapan perasmian Maktab Perguruan Samarahan, Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Taib Mahmud telah membayangkan hasrat agar nama Maktab Perguruan Samarahan ditukar menjadi Maktab Perguruan Tun Abdul Razak. Pada hari Khamis, 7 Zulkaedah 1421 Hijrah bersamaan 1 Februari 2001, YAB Tun Hajjah Rahah Bte. Tan Sri Haji Mohd. Noah S.S.M., P.N.B.S., S.I.M.P., S.P.D.K telah menyempurnakan Majlis Perasmian nama Maktab Perguruan Tun Abdul Razak. Penubuhan Institut Pendidikan Guru (IPG) sebagai suatu bentuk pengiktirafan kerajaan terhadap agenda memartabatkan profesion keguruan telah dibangkitkan oleh Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dalam Pembentangan Bajet 2006 dan Pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Pada hari Sabtu, 8 Rabiulakhir 1427 Hijrah bersamaan 6 Mei 2006, secara rasminya Timbalan Perdana Menteri Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak telah menyempurnakan Majlis Pengisytiharan Institut Pendidikan Guru di Institut Perguruan Tun Abdul Razak (IPTAR).

Matlamat, Visi & Misi


MATLAMAT Menyediakan latihan asas keguruan yang berwibawa dan berkualiti ke arah pembangunan insan guru secara menyeluruh dan berterusan meliputi aspek fizikal, intelek, rohani, dan emosi serta sikap yang dinamis bagi memenuhi keperluan dan cabaran dunia pendidikan semasa serta pembinaan negara bangsa pada masa akan datang

VISI Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru.

MISI

Melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

Piagam Pelanggan
Kami, warga Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak dengan ini penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk; 1. Memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan setiap semester dengan mematuhi proforma kursus untuk tujuan penganugerahan ijazah/diploma; 2. Memastikan kemahiran, kepimpinan, kepegawaian dan kejurulatihan dalam bidang sukan dikuasai selaras dengan keperluan proforma kursus; 3. Memaklumkan Keputusan Peperiksaan Akhir Kursus Perguruan (7) tujuh hari bekerja selepas menerima keputusan Mesyuarat Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru; 4. Menganugerahkan Diploma Perguruan Malaysia/ Diploma Pendidikan/Ijazah Sarjana Muda Perguruan kepada lulusan dilaksanakan dalam tempoh satu (1) tahun selepas Keputusan Peperiksaan Akhir diumumkan; 5. Memastikan 80% daripada kursus-kursus peningkatan profesionalisme guru yang dirancang untuk guru-guru dalam perkhidmatan dapat dilaksanakan pada setiap tahun; 6. Memastikan dalam tempoh enam (6) bulan pertama guru permulaan yang dihasilkan dari Institut Pendidikan Guru memenuhi kehendak sekolah dari aspek kualiti diri, kemahiran dalam pengajaran dan Pembelajaran, kebolehan mengurus Kokurikulum, kemahiran kepegawaian dan kejurulatihan serta berkemampuan mengurus tugas-tugas sekolah.

Logo

PENGERTIAN LOGO Rekaan logo ini berasaskan kepada matlamat IPGM ini sebagai sebuah institusi dan pusat latihan perguruan. Simbol arah ke atas melambangkan bahawa IPGM ini sentiasa maju ke hadapan secara berterusan dan akan sentiasa menegakkan prinsip-prinsip rukun negara. Bentuk bulat melambangkan individu yang berfikiran terbuka yang sentiasa berusaha memajukan dirinya dalam arus perkembangan era globalisasi dan pasca modenisasi masa kini. Ia juga ditafsirkan sebagai cahaya yang bakal menerangi kehidupan pelajar pada masa akan datang. Mata pena melambangkan suatu institusi gedung ilmu yang akan melahirkan guru berwawasan, berkebolehan, berkeupayaan dan berketrampilan serta mampu menggunakan ilmu dengan hikmah dan bijaksana. Bentuk berlian melambangkan individu yang telah digilap dan diasuh menjadi guru yang menyerlah, berkualiti tinggi, serta tahan lasak Warna biru (warna rasmi) selalunya ditafsirkan sebagai mesra, pemurah dan mudah diterima ramai. Warna biru juga melambangkan rasa cinta warga IPGM akan institusi ini serta lambang perpaduan. Warna kuning pula dikaitkan dengan lambang kemuliaan dan darjat yang tinggi. COGAN KATA Perkataan 'Intelek' bermakna mempunyai daya fikir yang dinamik.'Progresif' bermakna sentiasa maju ke hadapan dalam apa jua bidang.'Berkualiti' bermakna berketrampilan untuk menjalankan tugas dengan sempurna dan bermutu tinggi sejajar dengan hasrat 'Falsafah Pendidikan Negara'.

Anda mungkin juga menyukai