Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI KESELURUHAN BINA INSAN GURU FASA V Oleh: Hairul Azwan Bin Abdul Razak 910318-08-5853 Pendidikan Khas

Semester 6 Bismillahirahmanirahim... Alhamdulilah, bersyukur kami kepada Allah Swt kerana pada akhirnya kami berjaya melaksanakan program Bina Insan Guru fasa 6 di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim bagi melakukan Bench Marking ataupun penanda aras(Guru Cemerlang) untuk kami semua. Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat Program Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 6 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6. Justeru, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Jika terdapat kemusykilan, kami akan merujuk kepada pegawai BIG iaitu Encik Zainol Abidin Bin Zakaria dan Mentor kami En Halim bin Wan Ibrahim Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program lawatan penanda aras di Sekolah Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim Pasir Mas,Kelantan yang mempunyai murid kedua paling ramai di negeri Kelantan. Program BIG Fasa 5 ini

telah disertai seramai 20 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMP Pendidikan Khas ambilan Januari 2011. Lawatan ini juga telah diiringi oleh seorang pensyarah iaitu Encik Halim Bin Wan Ibrahim. Program ini dilaksanakan pada hari khamis, 4 Julai 2013 dan kami tiba di Sk Sultan Ibrahim pada pukul 8.30 pagi untuk lawatan Bench Marking kumpulan kami. Untuk makluman, program Bina Insan Guru Fasa IV yang dilakukan ini adalah bersama dengan guru cemerlang untuk mengetahui tips-tips kecemerlangan beliau dalam menjadi guru cemerlang ini. Untuk pengetahuan juga Cikgu Hussein juga merupakan Ikon Guru Negeri Kelantan kerana kehebatan dalam bidang pendidikan beliau Apabila sampai di SK Sultan Ibrahim , kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga SK Islah dengan persembahan silat oleh murid-murid yang telah mendapat johan di peringkat sekolah dan seterusnya dengan persembahan dikir barat. Seterusnya, kami dibawa ke Bilik Gerakan untuk mendengar taklimat daripada Guru Besar, Tn.Haji Md. Tahir Bin Hassan. Beliau telah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada di SK Islah, dan pencapaian SK Islah dalam bidang akademik mahupun sukan juga bagaimana guru bertindak sebagai tenaga pengajar yang sangat komitmen terhadap kerjaya sebagai seorang guru yang

mendidik anak bangsa. SK Islah telah mendapat mendapat pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapa guru-guru di sekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah. Selain itu, Tn Haji Md.tahir memperjelaskan strategi bagaimana untuk memikat hati para ibubapa untuk memberi komitmen dan kepercayaan kepada

pihak sekolah bagi membantu anak-anak mereka mendapatkan pendidikan yang sempurna serta tahap pekembangan murid yang ibubapa perlu tahu dengan kaedah perjumpaan guru-ibubapa-murid sekaligus merapatkan hubungan sekolah dan ibubapa melalui Persatuan Ibubapa dan guru (PIBG). Sekolah ini bukanlah sebuah sekolah yang cemerlang yang dikategorikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri tetapi dari segi pengmatan saya sekolah ini merupakan bakal sekolah cemerlang kerana dari segi pengurusan pentadbiran, misi dan misi sekolah ini jelas menunjukkan para guru dan juga pihak pentadbiran sekolah mahukan para murid dan juga gurunya cemerlang dari segi akademik juga

sahsiah. Oleh yang demikian, Tn Hj Md. Tahir juga guru-guru kanan beliau telah memulakan stategi seperti menubuhkan skuad yang terdiri daripda 12 orang guru yang telah menampakkan usaha mereka yang telah berjaya melahirkan murid-murid yang cemerlang dan memberi teladan kepada guru-guru lain supaya mencontohi dan sentiasa bersemangat untuk mengajar murid-murid demi anak bangsa. Selain itu, antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk pembangunan sains ialah membaik pulih makmal sains dengan menyediakan peralatan yang canggi dan lengkap. Langkah ini diambil bagi melatih murid-murid sekolah ini supaya berminat dalam matapelajaran sains yang dianggap susah. Dalam perancangan lain juga, pihak sekolah juga memastikan bahawa sekolah ini selamat didiami oleh murid dan juga guru dalam sesi penggunaan bangunan kerana murid-murid di disekolah ini memopunyai murid yang terlalu ramai. Pihak sekolah juga telah menyediakan tiga orang rela untuk memudahkan muridmuird melintas kerana sekolah ini berdekatan dengan jalanraya. Selesai taklimat, kami telah dihidangkan dengan sedikit jamuan. Kemudian, pihak sekolah telah membawa rombongan kami melawat kawasan sekolah ini. Antara aktiviti yang dijalankan di Islah ialah tinjauan di sekitar kawasan sekolah. Kami telah melihat bilik darjah, perpustakaan, makmal sains, bilik guru, komputer, bilik darjah, pejabat, setor sukan, padang dan bilik yang menyimpan pelbagai anugerah yang berjaya diraih oleh SK Islah . SK Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang.

Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai