Anda di halaman 1dari 19

1

1.0 BIODATA




Nama : Fatimah Binti Zainal Abiddin
Jantina : Perempuan
No. Kad Pengenalan : 901106-13-6140
No. Matriks : 200807006
Status Perkahwinan : Bujang
Kumpulan : PISMP Pendidikan Khas
Semester : 6
Alamat Asal : Lot 7751 Kpg Batu Satu Jalan Lutong
Kuala Baram 98100 Miri Sarawak
No. H/P : 0135645046
Nama Waris Terdekat : Zainal Abiddin Bin Amin (Bapa)
No. H/P Waris Terdekat : 0168618909
2

2.0 PENGENALAN
Program Lawatan Penanda Aras ke SMK Serian yang dijalankan pada 06
Julai 2012 merupakan salah satu komponen dalam kursus Bina Insan Guru
yang harus disertai oleh semua guru pelatih yang telah berada di peringkat
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Program BIG ini dijalankan kepada guru-guru pelatih bertujuan memberi
pendedahan kepada guru pelatih tentang visi dan misi sekolah cemerlang
khususnya dalam bidang kokurikulum. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan
untuk melihat amalan dan budaya sekolah cemerlang, memerhati cara
pelaksanaan dan struktur pengurusan sekolah serta memahami pola-pola
pengurusan sekolah yang cemerlang.








3

3.0 MATLAMAT
Melahirkan guruguru yang memiliki kualiti insan yang unggul yang
mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya
ketahanan diri yang tinggi serta semangat keguruan, selaras dengan prinsip
Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Guru, dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi pendedahan dan kefahaman kepada pelajar-pelajar
tentang visi dan misi sekolah cemerlang.
4.2 Mengenalpasti bentuk iklim serta amalan budaya kerja cemerlang.
4.3 Mengetahui struktur serta pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum
sekolah cemerlang.
4.4 Mengenalpasti serta memahami pola-pola pengurusan berkesan
dalam pengurusan sekolah cemerlang.





4

5.0 JADUAL PELAKSANAAN
Masa Perkara
0645 Semua guru pelatih PISMP berkumpul di hadapan TAZA.
0700 -
0710
Taklimat ringkas oleh Encik Michael Tarang Jelaming, Pegawai
Pengurusan Bina Insan Guru, IPGKBL dan bacaan doa.
0715
Semua peserta yang terlibat dengan lawatan bertolak ke Sekolah
Menengah Kerajaan Serian, Serian.
0820 Tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Serian.
11.00
Lawatan tamat dan kembali ke Institut Pendidikan Guru Kampus
Batu Lintang.
Jadual 5.0 Jadual Perlaksanaan Program Penandaarasan ke SMK Serian










5

6.0 KANDUNGAN
















6


















7


















8


















9


















10


















11

7.0 REFLEKSI KENDIRI
Pada 06 Julai 2012 iaitu pada hari Jumaat yang lalu, pihak Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang telah mengadakan Program Lawatan
Penandarasan ke SMK Serian bagi semua guru pelatih PISMP Ambilan
Januari 2010 yang terdiri daripada PISMP Pendidikan Khas (BM), PISMP
Bahasa Melayu, PISMP Pengajian Cina, PISMP Sains dan PISMP PA - AQ.
Pada semester lepas, kami telah mengadakan lawatan ke sekolah
yang mempunyai prestasi cemerlang dari segi akademik iaitu Sekolah
Menengah St. Thomas yang terletak di Kuching. Untuk lawatan pada kali ini
pula, kami telah melawat ke SMK Serian yang perjalanannya mengambil
masa selama sejam setengah.Setibanya di SMK Serian, kami semua terus
disambut oleh pengetua sekolah dan dibawa ke dewan untuk mendengar
serba sedikit taklimat mengenai SMK Serian oleh Penolong Kanan
Kokurikulum SMK Serian iaitu Encik Jatan Beji.
Melalui taklimat ringkas yang disampaikan oleh Encik Jatan Beji, beliau
menerangkan Visi dan Misi SMK Serian secara umum dan dari segi sukan.
Visi SMK Serian secara umum ialah menjadi pusat kecemerlangan
pendidikan di Bahagian Samarahan pada tahun 2010 manakala misi sekolah
ialah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani
dan emosi dan melahirkan insan yang mempunyai jati diri yang kental dan
mampu bersaing di peringkat global. Visi SMK Serian dari segi sukan ialah
12

menambahkan tahap penglibatan semua pelajar serta guru dalam
melaksanakan kegiatan sukan dan kokurikulum. Untuk misi sekolah dari segi
sukan pula ialah menjadikan SMK Serian sebuah sekolah yang mana semua
pelajar serta guru meminati kegiatan sukan dan kokurikulum.
Selain itu , saya juga difahamkan bahawa pihak sekolah turut
menghadapi masalah dari segi insfrastruktur iaitu kekurangan padang
permainan. Contohnya, padang permainan futsal terpaksa berkongsi dengan
padang permainan sepak takraw. Keadaan ini menyebabkan kedua-dua
aktiviti permainan itu tidak dapat dijalankan pada masa yang serentak.
Setakat ini pihak sekolah telah menyediakan padang permainan untuk bola
baling, badminton, bola jaring, bola sepak dan bola keranjang. Hanya padang
permainan bola sepak dan sepak takraw sahaja yang mempunyai masalah
dan perlu berkongsi padang permainan. Ini menunjukkan walaupun
menghadapi masalah-masalah seperti ini, namun tenaga kerja di SMK Serian
Berjaya membuktikan bahawa segala masalah ini bukanlah batu penghalang
bagi mereka untuk cemerlang dalam bidang kokurikulum.
Di samping itu, saya juga memahami bahawa SMK Serian mempunyai
pencapaian kokurikum dan sukan yang cemerlang adalah disebabkan usaha-
usaha pihak sekolah yang berpegang teguh dan sentiasa mempraktikkan
tujuh strategi pelaksanaan dalam membangunkan bidang sukan. Antara tujuh
strategi pelaksanaan tersebut ialah pertama, setiap guru wajib memegang
13

sekurang-kurangya dua jawatan sebagai penasihat atau ahli jawatankuasa
kokurikulum. Kedua, sasaran tindakan adalah pelajar Tingkatan Peralihan
hingga Tingkatan 6. Ketiga, menambahkan jenis permainan khususnya yang
dipertandingkan di peringkat MSS Sarawak. Keempat, menambahkan
kehadiran pelajar dalam unit-unit beruniform dengan menambahkan bilangan
guru-guru penasihat. Kelima, pemantauan dalam kalangan guru agar semua
guru melaksanakan peranan masing-masing. Keenam, melaksanakan rekod
penglibatan pelajar yang lebih teratur iaitu adanya buku rekod kehadiran dan
penglibatan. Akhir sekali, mewujudkan iklim dengan mengadakan perjumpaan
serentak untuk kegiatan unit-unit beruniform dan kelab atau permainan pada
setiap hari bekerja.
Terdapat kelemahan yang dapat dilihat hasil daripada lawatan
ini.Pertama ialah masa lawatan penandaarasan ini diadakan kurang sesuai.
Sebelum lawatan penandaarasan pihak sekolah telah mengadakan hari
sukan dan keesokan hari iaitu hari yang kami melawat ke sekolah tersebut
ialah cuti peristiwa. Ini menyebabkan kami tidak dapat berjumpa dengan
pelajar dan guru-guru di sekolah kerana mereka tidak hadir ke sekolah.
Selain itu, tenaga pekerja yang ada di sekolah juga terhad. Kami hanya
sempat berjumpa dengan Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Encik Jatan Beji
dan duduk di dewan untuk mendengar taklimat yang disampaikan beliau.
Sewaktu taklimat habis, kami terus berangkat balik ke Kuching tanpa melawat
14

persekitaran sekolah. Kami tidak berpeluang untuk berjalan-jalan di sekitar
kawasan sekolah, tidak dapat melihat pengurusan sukan di sekolah dan juga
tidak dapat melihat situasi murid berlatih sukan di sekolah sedangkan
perjalanan ke SMK Serian mengambil masa yang lama namun akhirnya kami
hanya mendengar ceramah.Ini jauh berbeza sekiranya dibandingkan dengan
lawatan yang diadakan sebelum ini walaupun kami hanya melawat sekolah di
kawasan Kuching.
Usaha yang gigih oleh pengurus sekolah, guru-guru sekolah,pelajar
sekolah dan tidak lupa juga pada ibu-bapa berjaya membantu menaikkan
nama sekolah dalam bidang kokurikulum. Secara keseluruhannya, lawatan
penandaarasan ini telah memberikan satu pengalaman dan ilmu baharu
kepada diri saya.









15

8.0 PENILAIAN KENDIRI
Lawatan Penanda Aras ke SMK Serian telah berlangsung dengan
jayanya dan banyak memberi manfaat kepada guru pelatih meskipun terdapat
beberapa kekurangan yang tidak dapat dielakkan kerana kelemahan yang
wujud masih boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.
Lawatan yang dijalankan ini menerima sambutan yang baik daripada para
guru pelatih namun terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki pada
masa akan datang.
Melalui lawatan penandaarasan ini juga, saya mempelajari bahawa
kecemerlangan sesebuah sekolah itu bergantung kepada kerjasama yang
erat antara semua pihak dan tidak semestinya cemerlang dalam satu-satu
aspek sahaja.Sekolah yang baik harusnya mementingkan aspek akademik
dan kokurikulum secara adil tanpa meminggirkan mana-mana aspek.
Selain itu, lawatan penandarasan ini memberi peluang kepada saya
untuk memahami pengurusan dan pentadbiran sekolah yang membolehkan
saya mengaplikasikan ketika menjalani praktikum dan semasa ditempatkan di
sekolah nanti. Nilai kerjasama, rajin dan saling menghormati sentiasa
diamalkan di sekolah ini.Nilai inilah yang penting dalam bakal guru kerana
guru perlu bekerjasama dengan rakan sekerja, ibu bapa dan juga
masyarakat. Selain itu, bakal guru sentiasa menghormati dan ikhlas dalam
melaksanakan tugas iaitu mendidik anak bangsa.
16

Melalui lawatan penandarasan ini juga saya menyedari bahawa guru
bukan sahaja hanya mengajar malah berperanan sebagai pendidik,fasilitator
dan membimbing anak murid dengan berkesan.Guru yang ikhlas akan
sentiasa menegur anak muridnya dan tidak terus membiarkan murid yang
bermasalah begitu sahaja.Adalah penting bagi seorang guru yang baik untuk
mendidik dengan sabar dan memberi rangsangan yang merangsang minda
murid semasa belajar. Guru bertanggungjawab menggalas tugasnya dengan
baik dan amanah bagi mendidik anak bangsa yang akan menjadi tiang
Negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Secara
kesimpulannya, lawatan penandarasan ini berjaya mencapai objektifnya.









17

9.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, kursus Bina Insan Guru iaitu Lawatan
Penanda Aras ke SMK Serian pada kali ini telah mampu melahirkan guru
pelatih yang mempunyai ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu
tindakan, amalan atau aktiviti dan berjaya menerapkan sifat sifat positif
dalam diri guru pelatih. Perkara ini penting untuk melahirkan guru yang
berkualiti tinggi pada masa akan datang.
Program Lawatan ini juga memberikan pendedahan awal kepada
bakal guru tentang pengurusan sekolah secara formal dan dapat melihat,
memahami dan mengenalpasti pentadbiran dan pengurusan cemerlang yang
membolehkan sebuah sekolah menjadi sekolah cemerlang dan
terkenal.Diharapkan aktiviti ini juga dapat meningkatkan sahsiah diri melalui
protokol dan etika sosial sebagai seorang guru selaras dengan matlamat
kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-ciri personaliti yang
unggul melalui pembinaan budaya IPG.
Disediakan oleh,
(FATIMAH BINTI ZAINAL ABIDDIN)
Guru pelatih,
PISMP PK(BM) Ambilan Januari 2010,
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.
18

LAMPIRAN

Foto 1.0: Ceramah oleh Encik Jatan
Beji

Foto 2.0: Taklimat ringkas oleh
Encik Micheal.

Foto 3.0: Peserta berkumpul di depan
TAZA.

Foto 4.0: Pagar hadapan SMK
Serian

Foto 5.0: Persekitaran SMK Serian

Foto 6.0: Antara isi kandungan
19

slaid yang ditayangkan.

Foto 7.0: Peserta mengambil gambar
di SMK Serian.



Foto 8.0: Penyampaian
cenderahati kepada Encik Jatan
Beji.

Anda mungkin juga menyukai