Anda di halaman 1dari 8

Nama Banjamin @ Ismail Bin Atin

No. Kad Pengenalan 730820-12-5381


Kumpulan
Ambilan/Tahun Ambilan 2023
Tugasan Pra-NPQEL 2023 (Temu Bual Kepimpinan)

BUTIRAN TEMU BUAL


Nama Pengetua Albert Lai Chin
Sekolah SMK St. John Beaufort, Sabah
Tarikh 30 Januari 2023
Masa 11.30 Pagi
Tempat Bilik Pengetua SMK St John Beaufort, Sabah

TEMU BUAL BERSAMA PENGETUA


SMK ST JOHN BEAUFORT, SABAH

PENDAHULUAN
Dalam mengejar kemajuan dan kepesatan teknologi, bidang pendidikan telah dilihat sebagai
satu tugas yang sangat mencabar. Antara cabaran yang perlu direalisasikan oleh seorang
pendidik demi menyahut aspirasi Pendidikan negara adalah perlu sentiasa berada pada tahap
yang terbaik dalam semua aspek seiring dengan cabaran semasa. Bagi memastikan bidang
pendidikan ini dapat berfungsi dengan baik di peringkat sekolah, ia hendaklah dipimpin oleh
individu yang mempunyai misi dan visi untuk menjadikan sekolah cemerlang dalam semua
bidang dengan tidak mengabaikan pembangunan sahsiah pelajar.

Oleh yang demikian dalam konteks sekolah rendah, Pengetua merupakan pemimpin yang
bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran pengurusan sesebuah sekolah. Seorang
pemimpin sekolah hendaklah bersedia dengan jati diri dan karisma seorang pemimpin agar
dapat semua tugas dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Pengetua yang mengamalkan
etika pentadbiran cemerlang semestinya akan menjamin organisasi sekolah dan negara
mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pengetua selaku ketua di sekolah diamanahkan bersama untuk merealisasikan aspirasi dan
pembangunan pendidikan negara. Pengetua yang cemerlang tidak terlahir secara semulajadi
tetapi keberkesanan itu boleh diperolehi melalui proses latihan, pendidikan dan pengalaman
yang berterusan. Pemimpin yang cemerlang akan sentiasa membuat yang terbaik dalam
amalan pengurusan mereka.

1
TRANSKRIP TEMU BUAL
Jadual 1: Transkrip temu bual bersama En. Albert Lai Chin (Pengetua SMK
St. John Beaufort, Sabah)

Temu Bual

Penulis Selamat pagi cikgu, saya Banjamin @ Ismail Bin Atin Peserta NPQEL
Ambilan 2023 Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sabah
mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi ditemu ramah berkaitan
pemimpin sekolah.

Pengetua Selamat Pagi , sama-sama. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana
memilih sekolah dan Pengetua untuk menjalankan tugasan Pra-NPQEL
2023. Semoga cikgu akan mencapai kejayaan seterusnya menjadi
pemimpin yang cemerlang pada masa akan datang.

Penulis Boleh tuan perkenalkan diri seterusnya menceritakan pengalaman tuan


menjadi pentadbir sekolah?

Pengetua Saya Albert Lai Chin, Pengetua SMK St. John Beaufort, Sabah telah
memulakan tugas sebagai Pengetua sekolah ini bermula 4 April 2021
sehingga hari ini. Bercerita berkaitan dengan pengalaman sebagai
pentadbir, saya mula ditempatkan sebagai Pengetua di SMK St John
Beaufort pada Jun 2014.

Saya bermula dengan sekolah yang kecil, sekolah kurang murid


(SKM) dengan bilangan guru seramai 13 orang. Seterusnya sekolah
yang lebih besar dengan bilangan guru seramai 41 orang di SK Sikuati
dan sekolah terkini jumlah bilangan guru seramai 73 orang guru dan
AKP. Terdapat rakan-rakan yang bertanya berkaitan dengan
bagaimana Pengetua mengurus sekolah yang besar, bagi saya tidak
timbul masalah kerana ia bergantung dengan kebijaksanaan pentadbir
mengurus guru- guru dan semua warga sekolah. Sepanjang 7 tahun
bertugas sebagai Pengetua masih banyak yang perlu saya pelajari ke
arah menjadi pentadbir yang lebih cemerlang.

2
Penulis Sebagai pemimpin di sekolah, tentunya tuan mempunyai matlamat
untuk menjadikan sekolah tuan sekolah yang cemerlang. Apakah
matlamat utama tuan sebagai pemimpin sekolah?

Berkaitan dengan soalan ini, sebagai seorang Pengetua sudah pasti kita
ingin melihat sekolah yang kita tadbir itu menjadi sebuah sekolah yang
Pengetua cemerlang. Untuk makluman cikgu, SMK St. John Beaufort telah
dipilih sebagai Sekolah Transformasi TS25 bagi Kohot 6, ia secara
tidak langsung dapat meningkatkan kualiti kepimpinan dan dan kualiti
warga sekolah itu sendiri.

Program ini banyak membantu dari segi pengurusan sekolah, guru,


murid dan komuniti ke arah sebuah sekolah yang cemerlang. Maka
dengan itu, besar harapan saya dapat membawa guru-guru bersama-
sama untuk meningkatkan profesionalisme perguruan sejajar dengan
kehendak pendidikan negara.

Selain itu, salah satu aspek yang penting adalah kemenjadian murid.
Fokus saya dalam bidang ini adalah untuk memastikan murid pada
peringkat sekolah rendah sekurang-kurangnya semua dapat menguasai
kemahiran 3M sebelum melangkah ke sekolah menengah. Bagi
mencapai matlamat itu, guru-guru perlu berada pada tahap yang
cemerlang untuk memastikan kelancaran matlamat sekolah. Sebagai
pemimpin, saya akan memastikan semua guru bersedia dengan
tanggungjawab ini dari masa ke semasa.

Yang terakhir dalam matlamat sekolah ini, saya mengharapkan


kerjasama komuniti PIBG dalam semua perancangan sekolah. Saya
bermatlamat agar gabungan sekolah dan komuniti akan dapat
bersama-sama dalam mencorak kecemerlangan sekolah. Tanpa
sokongan dari pihak mereka, ini akan sedikit sebanyak mengganggu
perancangan dalam mencapai matlamat sekolah untuk menjadi
cemerlang.

Penulis Apakah pula peranan Pengetua untuk merealisasikan


matlamat tersebut?

3
Pengetua Selari dengan hasrat Program TS25 itu dan juga misi kementerian,
seorang Pengetua dan pentadbir tidak boleh lari daripada menjadi
sumber rujukan yang paling penting untuk melaksanakan tugas
sekolah. Maka dengan itu rujukan utama dalam mencapai matlamat
ini, SKPMg2 adalah satu panduan yang digunakan oleh Pengetua
dalam melaksanakan tanggungjawab dalam melaksanakan tugas di
sekolah.

Sebagai contoh dalam SKPMg2 Standard 1, Pengetua perlu


memainkan peranan penting sebagai peneraju, Pengetua sebagai
pembimbing dan Pengetua sebagai pendorong. Dalam peranan
Pengetua sebagai peneraju, saya hendaklah memastikan semua dalam
kawalan saya. Bermaksud ia melibatkan pemantauan pengoperasian
sekolah, pemantauan PdP dalam bilik darjah dan bagaimana Pengetua
menggunakan kemahiran menyelesaikan isu-isu berkaitan sekolah.

Seterusnya Pengetua sebagai pembimbing. Dalam perkara ini,


Pengetua perlu berperanan membimbing guru-guru dan AKP. Ini
penting kerana penekanan dari kementerian yang mengutamakan
kemahiran bimbingan dan perkongsian dalam membantu
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dengan perkara-perkara
yang baru.

Kemudian yang ketiga Pengetua sebagai pendorong. Di sini Pengetua


hendaklah sentiasa memberi motivasi dan penghargaan kepada semua
kakitangan sekolah agar sentiasa komited dengan kerja-kerja dan akan
melahirkan suasana yang harmoni dalam budaya kerja sekolah.
Sebagai tambahan, mewujudkan saluran komunikasi atau pandangan
daripada kakitangan sekolah perlu diambil kira untuk dipertimbangkan
sabagai panduan dalam pengurusan.

Selain itu dalam mencapai matlamat juga, kita beralih kepada


Standard 2 SKPMg2 tanggungjawab dalam keseluruhan organisasi
dalam sumber manusia. Agihan tugas bagi setiap guru perlu disusun
melibatkan semua aspek dan ia perlu seimbang agar dapat memberi
kepuasan dalam kerja setiap guru. Dengan beban tugas yang seimbang
semestinya akan melahirkan suasana kerja yang menyeronokkan.
Sekiranya peranan dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan
baik
sudah pasti matlamat sekolah yang cemerlang akan tercapai.

4
Penulis Dalam mencapai matlamat tersebut, tentu Pengetua mempunyai
cabaran. Apakah cabaran utama yang dihadapi?

Pengetua Untuk makluman cikgu, antara cabaran utama dan pengalaman saya
menjadi Pengetua di tiga buah sekolah ialah kemudahan asas di
sekolah. Maksud saya, perkara utama yang saya lihat adalah
kemudahan asas, apakah kemudahan asas itu mencukupi untuk
menjalankan misi sekolah. Sebenarnya cabaran kita bukan dari segi
kekurangan kemudahan tetapi adakah kemudahan yang ada itu selesa
dan selamat digunakan.

Sebagai contoh, kelas murid mencukupi tetapi kemudahan dalam kelas


seperti kerusi meja yang rosak, tingkap yang tiada dan pintu yang
tercabut. Belum lagi mengambil kira pendawaian elektrik, kipas dan
lampu yang rosak dan tidak diselenggara dengan baik. Semua perkara
ini memerlukan kos dan permohonan untuk pembaikan. Kita sedia
maklum urusan ini akan mengambil tempoh masa yang lama, oleh itu
masalah ini saya rasa adalah cabaran yang sangat penting untuk
difikirkan bersama kerana keberhasilan juga dipengaruhi oleh suasana
tempat kerja itu sendiri.

Selain itu kita juga berhadapan dengan cabaran untuk meningkatkan


profesionalisme guru itu sendiri. Kita sedia maklum apabila
berhadapan dengan segelintir guru yang sudah berada dalam zon
selesa yang tidak baik, sebagai pemimpin banyak masa yang akan
terbuang untuk membentuk semula profesionalisme guru ini. Namun
dengan pendekatan mendampingi dan bersahabat dengan guru-guru
ini, saya yakin akan dapat memantau perkembangan mereka secara
dekat.

Yang terakhir ialah cabaran untuk membawa PIBG dan komuniti


untuk bersama-sama dalam aktiviti sekolah. Walaupun isu ini
bukanlah satu isu yang kritikal, namun perlu ada penyelesaian yang
jitu untuk kemudahan sekolah mendapatkan kekuatan tambahan
khasnya dalam menghadapi cabaran untuk menjadi sekolah yang
cemerlang. Walau bagaimana pun halangan yang ada ini tidak
menganggu perjalanan keseluruhan perancangan sekolah. Di sini juga
kemahiran kita sebagai Pengetua selaku ketua di sekolah perlu bijak
dan proaktif dalam mengambil tindakan untuk menyelesaikan msalah
yang timbul agar tidak
mencacatkan perancangan yang telah diatur.

5
Penulis Soalan terakhir saya, sebagai pemimpin sekolah yang menginginkan
kecemerlangan sekolah, apakah harapan tuan?

Pengetua Apabila bercakap tentang kecemerlangan sekolah, saya sebagai


pemimpin sudah pasti mengharapkan transfomasi daripada yang baik
kepada lebih baik seterusnya cemerlang dalam semua aspek yang
dituntut untuk membuktikan bahawa kita sebagai pemimpin tidak asal
ada sahaja.

Untuk kita melihat mencapai kecemerlangan sekolah juga, harapan


saya sebagai pemimpin agar dapat melahirkan guru yang berinovasi
sejajar dengan kehendak KPM seterusnya memberi kesan kepada
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Potensi murid juga
saya mengharapkan kecemerlangan yang baik. Dengan jumlah murid
yang ramai sekurang-kurangnya sahsiah murid selari dengan
pencapaian dalam bicang yang mereka ceburi.

Akhir sekali, sebagai pemimpin saya mengharapkan apa jua tindakan


dan perancangan sekolah, penolong kanan barisan kepimpinan
sekolah, guru-guru dan komuniti perlu sentiasa berganding bahu
dalam mencapai matlamat sekolah seterusnya melahirkan murid yang
cemerlang.

Penulis Syukur alhamdulilah sesi temu bual kita telah berakhir. Saya
mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kerana tuan Pengetua
sudi untuk ditemu bual walaupun sibuk dengan jadual yang padat
dengan tugas-tugas harian. Terima kasih.

Pengetua Sama-sama. Terima kasih juga kerana sudi memilih sekolah ini dan
menjalankan sesi temu bual bersama saya.

6
REFLEKSI
Melalui temu bual bersama En. Albert Lai Chin, Pengetua SMK St John Beaufort, Sabah,
saya dapat merasakan semangat dan komitmen beliau yang tinggi dalam menggalas tanggung
jawab sebagai pemimpin sekolah. Beliau merupakan seorang Pengetua yang muda dan
mempunyai misi yang jelas ke arah sekolah yang cemerlang.

Melalui pemerhatian semasa temu bual, dapat dirumuskan perancangan beliau yang teratur
dan teliti dengan mengambil kira segala kekuatan dan kelebihan yang ada di sekolah.
Pemerhatian dari segi fizikal sekolah pula, keadaan prasarana yang ceria, bersih dan selesa
menggambarkan beliau telah berusaha menjadi pemimpin yang berwawasan seterusnya
membawa sekolah ke arah yang lebih cemerlang.
Dengan matlamat yang jelas, beliau telah menjadikan Program TS25 sebagai satu landasan
dan SKPMg2 sebagai rujukan. Ini jelas menunjukkan kematangan beliau dalam merancang
dan memahami peranan sebagai seorang pemimpin sekolah. Sebagai pemimpin, beliau
berusaha untuk mengawal semua sudut dan aspek agar tidak tercicir dalam usaha melahirkan
sekolah yang cemerlang tanpa mengabaikan sahsiah murid untuk dibangunkan bersama.
Saya melihat kejayaan dan kecemerlangan yang telah dan akan dicapai merupakan hasil kerja
kuat daripada pemimpin sekolah dalam menggerakkan seluruh ahli organisasi dan komuniti.
Secara holistik, perancangan yang teliti, matlamat yang jelas dan kerjasama satu pasukan
memainkan peranan yang fundamental dalam konteks Pengetua sebagai pemimpin yang
professional.

7
LAMPIRAN

Gambar 1: Gambar bersama Pengetua SMK St John BeaufortSabah

Gambar 2: Salinan surat memohon mengadakan temu bual bersama Pengetua SMK St John
BeaufortSabah

Anda mungkin juga menyukai