Anda di halaman 1dari 8

Nama Hisyam bin Abdul Jale

No. Kad Pengenalan 820514125841


Kumpulan SRSB4
Ambilan/Tahun Ambilan 2022
Tugasan Pra-NPQEL 2022 (Temu Bual Kepimpinan)

BUTIRAN TEMU BUAL


Nama Guru Besar Matsaleh bin Muhammad
Sekolah SK Tun Datu Hj Mustapha Kudat, Sabah
Tarikh 29 Dis 2021
Masa 11.30 Pagi
Tempat Bilik Guru Besar SK Tun Datu Hj Mustapha Kudat

TEMU BUAL BERSAMA GURU BESAR


SK TUN HJ MUSTAPHA KUDAT SABAH

PENDAHULUAN
Dalam mengejar kemajuan dan kepesatan teknologi, bidang pendidikan telah dilihat
sebagai satu tugas yang sangat mencabar. Antara cabaran yang perlu direalisasikan
oleh seorang pendidik demi menyahut aspirasi Pendidikan negara adalah perlu
sentiasa berada pada tahap yang terbaik dalam semua aspek seiring dengan cabaran
semasa. Bagi memastikan bidang pendidikan ini dapat berfungsi dengan baik di
peringkat sekolah, ia hendaklah dipimpin oleh individu yang mempunyai misi dan visi
untuk menjadikan sekolah cemerlang dalam semua bidang dengan tidak
mengabaikan pembangunan sahsiah pelajar.

Oleh yang demikian dalam konteks sekolah rendah, Guru Besar merupakan pemimpin
yang bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran pengurusan sesebuah
sekolah. Seorang pemimpin sekolah hendaklah bersedia dengan jati diri dan karisma
seorang pemimpin agar dapat semua tugas dapat dijalankan dengan baik dan lancar.
Guru Besar yang mengamalkan etika pentadbiran cemerlang semestinya akan
menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Guru besar selaku ketua di sekolah diamanahkan bersama untuk merealisasikan
aspirasi dan pembangunan pendidikan negara. Guru besar yang cemerlang tidak
terlahir secara semulajadi tetapi keberkesanan itu boleh diperolehi melalui proses
latihan, pendidikan dan pengalaman yang berterusan. Pemimpin yang cemerlang
akan sentiasa membuat yang terbaik dalam amalan pengurusan mereka.

1
TRANSKRIP TEMU BUAL
Jadual 1: Transkrip temu bual bersama En. Matsaleh bin Muhammad
(Guru Besar SK Tun Datu Hj Mustapha Kudat, Sabah)

Temu Bual

Penulis Assalamualaikum cikgu, saya Hisyam bin Abdul Jale Peserta


NPQEL Ambilan 2022 Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan
Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi ditemu
ramah berkaitan pemimpin sekolah.

Guru Besar Waalaikumsalam, sama-sama. Saya juga mengucapkan terima


kasih kerana memilih sekolah dan guru besar untuk menjalankan
tugasan Pra-NPQEL 2022. Semoga cikgu akan mencapai
kejayaan seterusnya menjadi pemimpin yang cemerlang pada
masa akan datang.

Penulis Boleh tuan perkenalkan diri seterusnya menceritakan


pengalaman tuan menjadi pentadbir sekolah?

Guru Besar Saya Matsaleh bin Muhammad, Guru Besar SK Tun Datu Hj
Mustapha Kudat, Sabah telah memulakan tugas sebagai Guru
Besar sekolah ini bermula 4 April 2020 sehingga hari ini.
Bercerita berkaitan dengan pengalaman sebagai pentadbir, saya
mula ditempatkan sebagai Guru Besar di SK Limau-limauan
Kudat pada Jun 2014. Selepas 4 tahun saya dipindahkan ke SK
Sikuati Kudat pada Oktober 2018 dan akhirnya dipindahkan ke
sekolah sekarang.

Saya bermula dengan sekolah yang kecil, sekolah kurang murid


(SKM) dengan bilangan guru seramai 13 orang. Seterusnya
sekolah yang lebih besar dengan bilangan guru seramai 41
orang di SK Sikuati dan sekolah terkini jumlah bilangan guru
seramai 73 orang guru dan AKP. Terdapat rakan-rakan yang
bertanya berkaitan dengan bagaimana Guru Besar mengurus
sekolah yang besar, bagi saya tidak timbul masalah kerana ia
bergantung dengan kebijaksanaan pentadbir mengurus guru-
guru dan semua warga sekolah. Sepanjang 7 tahun bertugas
sebagai Guru Besar masih banyak yang perlu saya pelajari ke
arah menjadi pentadbir yang lebih cemerlang.

2
Penulis Sebagai pemimpin di sekolah, tentunya tuan mempunyai
matlamat untuk menjadikan sekolah tuan sekolah yang
cemerlang. Apakah matlamat utama tuan sebagai pemimpin
sekolah?

Berkaitan dengan soalan ini, sebagai seorang Guru Besar sudah


Guru Besar pasti kita ingin melihat sekolah yang kita tadbir itu menjadi
sebuah sekolah yang cemerlang. Untuk makluman cikgu, SK Tun
Mustapha telah dipilih sebagai Sekolah Transformasi TS25 bagi
Kohot 6, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti
kepimpinan dan dan kualiti warga sekolah itu sendiri.

Program ini banyak membantu dari segi pengurusan sekolah,


guru, murid dan komuniti kea rah sebuah sekolah yang
cemerlang. Maka dengan itu, besar harapan saya dapat
membawa guru-guru bersama-sama untuk meningkatkan
profesionalisme perguruan sejajar dengan kehendak pendidikan
negara.

Selain itu, salah satu aspek yang penting adalah kemenjadian


murid. Fokus saya dalam bidang ini adalah untuk memastikan
murid pada peringkat sekolah rendah sekurang-kurangnya
semua dapat menguasai kemahiran 3M sebelum melangkah ke
sekolah menengah. Bagi mencapai matlamat itu, guru-guru perlu
berada pada tahap yang cemerlang untuk memastikan
kelancaran matlamat sekolah. Sebagai pemimpin, saya akan
memastikan semua guru bersedia dengan tanggungjawab ini
dari masa ke semasa.

Yang terakhir dalam matlamat sekolah ini, saya mengharapkan


kerjasama komuniti PIBG dalam semua perancangan sekolah.
Saya bermatlamat agar gabungan sekolah dan komuniti akan
dapat bersama-sama dalam mencorak kecemerlangan sekolah.
Tanpa sokongan dari pihak mereka, ini akan sedikit sebanyak
mengganggu perancangan dalam mencapai matlamat sekolah
untuk menjadi cemerlang.

Penulis Apakah pula peranan Guru Besar untuk merealisasikan


matlamat tersebut?

3
Guru Besar Selari dengan hasrat Program TS25 itu dan juga misi
kementerian, seorang Guru Besar dan pentadbir tidak boleh lari
daripada menjadi sumber rujukan yang paling penting untuk
melaksanakan tugas sekolah. Maka dengan itu rujukan utama
dalam mencapai matlamat ini, SKPMg2 adalah satu panduan
yang digunakan oleh Guru Besar dalam melaksanakan
tanggungjawab dalam melaksanakan tugas di sekolah.

Sebagai contoh dalam SKPMg2 Standard 1, Guru Besar perlu


memainkan peranan penting sebagai peneraju, Guru Besar
sebagai pembimbing dan Guru Besar sebagai pendorong. Dalam
peranan Guru Besar sebagai peneraju, saya hendaklah
memastikan semua dalam kawalan saya. Bermaksud ia
melibatkan pemantauan pengoperasian sekolah, pemantauan
PdP dalam bilik darjah dan bagaimana Guru Besar
menggunakan kemahiran menyelesaikan isu-isu berkaitan
sekolah.

Seterusnya Guru Besar sebagai pembimbing. Dalam perkara ini,


Guru Besar perlu berperanan membimbing guru-guru dan AKP.
Ini penting kerana penekanan dari kementerian yang
mengutamakan kemahiran bimbingan dan perkongsian dalam
membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dengan
perkara-perkara yang baru.

Kemudian yang ketiga Guru Besar sebagai pendorong. Di sini


Guru besar hendaklah sentiasa memberi motivasi dan
penghargaan kepada semua kakitangan sekolah agar sentiasa
komited dengan kerja-kerja dan akan melahirkan suasana yang
harmoni dalam budaya kerja sekolah. Sebagai tambahan,
mewujudkan saluran komunikasi atau pandangan daripada
kakitangan sekolah perlu diambil kira untuk dipertimbangkan
sabagai panduan dalam pengurusan.

Selain itu dalam mencapai matlamat juga, kita beralih kepada


Standard 2 SKPMg2 tanggungjawab dalam keseluruhan
organisasi dalam sumber manusia. Agihan tugas bagi setiap
guru perlu disusun melibatkan semua aspek dan ia perlu
seimbang agar dapat memberi kepuasan dalam kerja setiap
guru. Dengan beban tugas yang seimbang semestinya akan
melahirkan suasana kerja yang menyeronokkan. Sekiranya
peranan dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan baik
sudah pasti matlamat sekolah yang cemerlang akan tercapai.

4
Penulis Dalam mencapai matlamat tersebut, tentu Guru Besar
mempunyai cabaran. Apakah cabaran utama yang dihadapi?

Guru Besar Untuk makluman cikgu, antara cabaran utama dan pengalaman
saya menjadi Guru Besar di tiga buah sekolah ialah kemudahan
asas di sekolah. Maksud saya, perkara utama yang saya lihat
adalah kemudahan asas, apakah kemudahan asas itu
mencukupi untuk menjalankan misi sekolah. Sebenarnya
cabaran kita bukan dari segi kekurangan kemudahan tetapi
adakah kemudahan yang ada itu selesa dan selamat digunakan.

Sebagai contoh, kelas murid mencukupi tetapi kemudahan


dalam kelas seperti kerusi meja yang rosak, tingkap yang tiada
dan pintu yang tercabut. Belum lagi mengambil kira pendawaian
elektrik, kipas dan lampu yang rosak dan tidak diselenggara
dengan baik. Semua perkara ini memerlukan kos dan
permohonan untuk pembaikan. Kita sedia maklum urusan ini
akan mengambil tempoh masa yang lama, oleh itu masalah ini
saya rasa adalah cabaran yang sangat penting untuk difikirkan
bersama kerana keberhasilan juga dipengaruhi oleh suasana
tempat kerja itu sendiri.

Selain itu kita juga berhadapan dengan cabaran untuk


meningkatkan profesionalisme guru itu sendiri. Kita sedia
maklum apabila berhadapan dengan segelintir guru yang sudah
berada dalam zon selesa yang tidak baik, sebagai pemimpin
banyak masa yang akan terbuang untuk membentuk semula
profesionalisme guru ini. Namun dengan pendekatan
mendampingi dan bersahabat dengan guru-guru ini, saya yakin
akan dapat memantau perkembangan mereka secara dekat.

Yang terakhir ialah cabaran untuk membawa PIBG dan komuniti


untuk bersama-sama dalam aktiviti sekolah. Walaupun isu ini
bukanlah satu isu yang kritikal, namun perlu ada penyelesaian
yang jitu untuk kemudahan sekolah mendapatkan kekuatan
tambahan khasnya dalam menghadapi cabaran untuk menjadi
sekolah yang cemerlang. Walau bagaimana pun halangan yang
ada ini tidak menganggu perjalanan keseluruhan perancangan
sekolah. Di sini juga kemahiran kita sebagai Guru Besar selaku
ketua di sekolah perlu bijak dan proaktif dalam mengambil
tindakan untuk menyelesaikan msalah yang timbul agar tidak
mencacatkan perancangan yang telah diatur.

5
Penulis Soalan terakhir saya, sebagai pemimpin sekolah yang
menginginkan kecemerlangan sekolah, apakah harapan tuan?

Guru besar Apabila bercakap tentang kecemerlangan sekolah, saya sebagai


pemimpin sudah pasti mengharapkan transfomasi daripada yang
baik kepada lebih baik seterusnya cemerlang dalam semua
aspek yang dituntut untuk membuktikan bahawa kita sebagai
pemimpin tidak asal ada sahaja.

Untuk kita melihat mencapai kecemerlangan sekolah juga,


harapan saya sebagai pemimpin agar dapat melahirkan guru
yang berinovasi sejajar dengan kehendak KPM seterusnya
memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran guru di
dalam kelas. Potensi murid juga saya mengharapkan
kecemerlangan yang baik. Dengan jumlah murid yang ramai
sekurang-kurangnya sahsiah murid selari dengan pencapaian
dalam bicang yang mereka ceburi.

Akhir sekali, sebagai pemimpin saya mengharapkan apa jua


tindakan dan perancangan sekolah, penolong kanan barisan
kepimpinan sekolah, guru-guru dan komuniti perlu sentiasa
berganding bahu dalam mencapai matlamat sekolah seterusnya
melahirkan murid yang cemerlang.

Penulis Syukur alhamdulilah sesi temu bual kita telah berakhir. Saya
mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kerana tuan Guru
Besar sudi untuk ditemu bual walaupun sibuk dengan jadual
yang padat dengan tugas-tugas harian. Terima kasih.

Guru Besar Sama-sama. Terima kasih juga kerana sudi memilih sekolah ini
dan menjalankan sesi temu bual bersama saya.

6
REFLEKSI
Melalui temu bual bersama En. Matsaleh bin Muhammad, Guru Besar SK Tun Datu
Hj Mustapha Kudat Sabah, saya dapat merasakan semangat dan komitmen beliau
yang tinggi dalam menggalas tanggung jawab sebagai pemimpin sekolah. Beliau
merupakan seorang Guru Besar yang muda dan mempunyai misi yang jelas ke arah
sekolah yang cemerlang.
Melalui pemerhatian semasa temu bual, dapat dirumuskan perancangan beliau yang
teratur dan teliti dengan mengambil kira segala kekuatan dan kelebihan yang ada di
sekolah. Pemerhatian dari segi fizikal sekolah pula, keadaan prasarana yang ceria,
bersih dan selesa menggambarkan beliau telah berusaha menjadi pemimpin yang
berwawasan seterusnya membawa sekolah ke arah yang lebih cemerlang.

Dengan matlamat yang jelas, beliau telah menjadikan Program TS25 sebagai satu
landasan dan SKPMg2 sebagai rujukan. Ini jelas menunjukkan kematangan beliau
dalam merancang dan memahami peranan sebagai seorang pemimpin sekolah.
Sebagai pemimpin, beliau berusaha untuk mengawal semua sudut dan aspek agar
tidak tercicir dalam usaha melahirkan sekolah yang cemerlang tanpa mengabaikan
sahsiah murid untuk dibangunkan bersama.
Saya melihat kejayaan dan kecemerlangan yang telah dan akan dicapai merupakan
hasil kerja kuat daripada pemimpin sekolah dalam menggerakkan seluruh ahli
organisasi dan komuniti. Secara holistik, perancangan yang teliti, matlamat yang jelas
dan kerjasama satu pasukan memainkan peranan yang fundamental dalam konteks
Guru Besar sebagai pemimpin yang professional.

7
LAMPIRAN

Gambar 1: Gambar bersama Guru Besar SK Tun Datu Hj Mustapha Kudat Sabah

Gambar 2: Salinan surat memohon mengadakan temu bual bersama guru besar SK
Tun Datu Hj Mustapha Kudat Sabah

Anda mungkin juga menyukai