Anda di halaman 1dari 3

Panel ketiga (Kepimpinan di sekolah) Pengerusi :

Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepimpinan adalah sangat penting. Sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan pemimpin di sekolah. Untuk itu, bersama dengan kita pada hari ini, iaitu Puan Nurlisa Kamba, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mutiara, Kota Kinabalu untuk mengulaskan tentang Kepimpinan di Sekolah. Dipersilakan. Panel Ketiga :

Bismillahirrahmanirrahim...Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini. Umum sedia maklum, bahawa Guru Besar di sekolah pada masa kini adalah berbeza dengan Guru Besar pada zaman pra-merdeka di mana mereka melaksanakan tugas semata-mata mentadbir dan mengurus sekolah. Mereka juga terjebak dengan tugas rutin dan formal serta bergantung kepada naluri, gaya kepimpinan dan perwatakan sendiri. Perkara yang saya ingin ketengahkan di sini bahawa Guru Besar pada masa kini haruslah menangani segala isu kependidikan dan dapat menyelesaikan masalah sekolahnya dengan rasional dan profesional. Hadirin yang dihormati sekalian, Perubahan pesat dalam pendidikan di Malaysia dekad ini semakin mendesak para pemimpin sekolah untuk mengubah corak kepimpinan menjadi kepimpinan

instruksionalis dengan menguasai aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, melaksanakan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah, mentadbir dan mengurus perhubungan kemanusiaan serta melaksanakan inovasi pendidikan. Kesemua ini dilaksanakan bagi membina generasi baharu yang berupaya menghadapi cabaran-cabaran abad ke 21 kelak. Berdasarkan pengalaman saya, saya lebih gemar untuk mengamalkan keempatempat aspek ini sepanjang saya memegang tanggungjawab sebagai pemimpin di Sekolah Kebangsaan Mutiara ini. Keempat-empat aspek tersebut ialah; aspek perancangan, aspek pengelolaan, aspek pengarahan dan aspek pengawalan. Saya

akan menjelaskan keempat-empat aspek ini bermula dengan aspek yang pertama iaitu aspek perancangan. Dalam aspek ini, saya akan menentukan apakah matlamat jangka panjang dan pendek bagi sekolah tersebut serta apakah kaedah-kaedah untuk mencapainya. Setelah itu, kita beralih kepada aspek yang kedua iaitu aspek pengelolaan. Dalam aspek ini, sebagai seorang pemimpin di sekolah, saya harus memilih gaya kepemimpinan yang sesuai untuk mengelola, menyelaraskan kesemua sumber dan bahan bagi membantu mencapai matlamat organisasi sekolah. Kemudian dalam aspek pengarahan, saya akan memikirkan cara dan kaedah yang paling sesuai untuk saya memberikan tugas dan mempengaruhi kakitangan di bawah saya bagi mendapatkan kerjasama yang padu. Aspek terakhir iaitu aspek pengawalan, di mana aspek ini adalah satu proses untuk menentu dan menjamin agar kegiatan pekerja terarah kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Saya harus mengawal prestasi guru-guru dan kakitangan agar tidak terkeluar daripada garis-garis perancangan itu tadi. Hadirin yang dihormati sekalian, Selalunya penampilan gaya kepemimpinan Guru Besar di sekolah adalah berkait rapat dengan iklim organisasi sekolah. Iklim sekolah ini adalah berhubung rapat dengan disiplin dan peraturan sekolah yang sedia ada serta perasaan kekitaan kakitangan terhadap sekolah. Saya berikan contoh di sini bahawa jika iklim sekolah tersebut baik, maka ia dapat mencetuskan suasana persefahaman dalam menjalankan tugas, kerjasama antara guru akan terserlah, aliran komunikasi menjadi mesra, struktur kerja memberangsangkan dan membolehkan guru-guru terlibat secara aktif dan

bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna. Kepemimpinan di sekolah sebenarnya bukan sahaja melibatkan Guru Besar, malahan juga guru, kakitangan, objektif, murid, ibu bapa, dan juga masyarakat. Semua individu dalam komuniti sekolah seharusnya perlu bekerjasama untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan seterusnya boleh diterima oleh masyarakat.

Hadirin sekalian, Kejayaan sesebuah organisasi biasanya tertumpu kepada kepimpinan Guru Besar. Organisasi masa kini yang mencabar dengan harapan tinggi daripada masyarakat menagih pemimpin sekolah untuk membuat perubahan struktur

pengurusan bagi memenuhi banyak tuntutan semasa.

Di sekolah, pemimpin

bertanggungjawab terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja di kelas tetapi termasuklah segala aktiviti perancangan bermula daripada peringkat

pembentukan visi dan matlamat hinggalah penilaian dan penambahbaikan. Guru Besar memikul tanggungjawab bagi memastikan segala aktiviti yang telah dirancang bersama itu dapat dilaksanakan dan berada di dalam kawalannya. Peranannya amat besar dalam memimpin dan mentadbir urus sekolah agar pembelajaran berlaku dengan lancar dan cemerlang. Dalam erti kata lain pemimpin ditentukan pemimpin ditentukan oleh peranannya dan bukan semata-mata berdasarkan kedudukannya. Oleh itu, buat

semua pemimpin dan bakal pemimpin sekalian, mari kita renung-renungkan sejenak akan bait kata-kata ini ; Lautan Itu Dunia, Bahtera Itu Kita, Kemudi Itu Agama, Peliharalah Bahtera Daripada Karam Di Lautan Dunia Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai