Anda di halaman 1dari 4

Ludwig Van Beethoven Ludwig Van Beethoven merupakan anak kepada Johann, seorang penyanyi kepada "Elector of Cologne"

di bandar Bonn. Ibunya bernama Maria Magdalena Laym (mati 17 Julai 1787), merupakan anak seorang tukang masak. Mereka mempunyai tujuh orang anak tetapi hanya tiga yang selamat membesar. Ludwig Van Beethoven merupakan yang anak sulung. Ludwig Van Beethoven dilahirkan di Bonn, Jerman pada 16 Disember 1770.

Apabila kerjaya Johann terjejas akibat ketagihan alkohol, Johann mempertengahkan bakat Ludwig Van Beethoven dengan menyatakan umur anaknya adalah lebih muda daripada yang sebenarnya. Bapanya mengadakan konsert di apartment mereka untuk menengahkan bakat Ludwig Van Beethoven. Johann juga mengenepikan pendidikan anaknya dan memaksa Ludwig Van Beethoven berlatih musik sepanjang masa. Ini menjadikan Ludwig Van Beethoven menjadi seorang yang

pembengis dan suka memencilkan diri. Percubaan Johann untuk menjadi menggunakan anaknya untuk menjadi kaya gagal sama sekali. Ludwig Van Beethoven kemudiannya menjadi pemain viola di istana Elector of Bonn, dan okestra theater. Bakatnya menarik minat beberapa ahli istana termasuk Count Ferdinand Waldstein yang mengaturkan Ludwig Van Beethoven untuk belajar di bawah Haydn di Vienna.

Pada tahun 1792 Ludwig Van Beethoven telah pergi ke Vienna untuk belajar dengan Haydn dan tidak pernah kembali ke Bonn. Hubungan rapatnya dengan kaum bangsawan di Bonn menjadikan mudah bagi Ludwig Van Beethoven untuk menjalinkan hubungan rapat dengan kaum bangsawan Vienna. Dia tinggal dan mengadakan pertunjukkan di rumah mereka, mempersembahkan karya baru beliau kepada rakan bangsawan yang baru, sementara mereka akan membeli karya baru beliau. Ludwig Van Beethoven juga dua kali diberikan elaun bulanan pada 1800 dan pada 1814 dan seterusnya oleh rakan bangsawannya agar Ludwig Van Beethoven dapat menumpukan sepenuh kebijaksanaan beliau kepada musik.

Nama Ludwig Van Beethoven meningkat dengan pesatnya dan ketika berumur dua puluh tahun, Ludwig Van Beethoven telah menjadi terkenal sebagai guru dan pemain piano secara solo. Salah satu gubahan Beethoven adalah Sonate Pathetique, Opus 13 digubah pada 1798. Dia bagaimanapun juga terkenal dengan sikap panas barannya. Pada April 1800 dia mencapai tahap kejayaan yang baru apabila karya beliau Konsert Piano C, Simponi Pertama (First Symphony), dan Septet dipersembahkan. Pada tahun berikutnya Ludwig Van Beethoven diberi komisen untuk pertunjukkan pentas ballet Makhluk Prometheus (Creatures of Prometheus). Semenjak itu tempahan demi tempahan diterima sehinggakan pada sesuatu masa Ludwig Van Beethoven mengarang sehingga empat karya secara serentak. Tetapi tempoh tersebut juga merupakan tempoh kemurangan bagi Ludwig Van Beethoven apabila beliau menyedari masalah pendengarannya semakin teruk. Ludwig Van Beethoven terpaksa berhenti menjadi pemain piano akibat kehilangan pendengarannya.

Pada Oktober 1802 Ludwig Van Beethoven begitu tertekan sehinggakan beliau memikirkan untuk membunuh diri. Ketika itu Ludwig Van Beethoven sudahpun

terkenal sebagai seorang penggubah dan mampu untuk menyarai hidupnya daripada keuntungan pertunjukkan konsert dan jualan karyanya kepada penerbit . Ludwig Van Beethoven disanjung di seluruh eropah sebagai penggubah lagu yang agung dan dianggap sebagai ahli seni romantik paling teragung .

Pada akhir tahun 1802 Ludwig Van Beethoven berputus asa untuk mengubati kehilangan pendengarannya dan ini mengubah karya gubahannya menjadi lebih teliti. Karya beliau pada abad berikutnya dikenali sebagai Tahun Kewiraan (Heroic Years) termasuk Symponi nombor 3 (Eroica), Symponi nombor 5, dan Symponi nombor 6 (Pastoral), termasuk sonata piano Waldstein dan Appassionata; setiap satunya membawakan bentuk klassik dan retorik kearas baru. Salah satu karya agung Ludwig Van Beethoven , opera Leonore tidak mendapat sambutan pada pembukaannya. Hanya pada tahun 1814 ia mendapat sambutan setelah disunting beberapa kali dan diberi nama baru Fidelio.

Ludwig Van Beethoven juga menghasilkan "The 'Emperor' Piano Concerto, the Violin Concerto, the Third to Seventh Symphonies", dan "the 'Razumovsky" pada masa ini. Pada 1805 Ludwig Van Beethoven mempersembahkan Eroica Symphony yang merupakan batu tanda dalam sejarah musik. Ludwig Van Beethoven menghasilkan banyak karya agung yang lain dalam tempoh lapan tahun berikutnya. Pada tahun 1811 masalah pendengaran Ludwig Van Beethoven memaksa dia memperlahankan gubahannya sehinggalah dia menjadi pekak sepenuhnya.

Karya Ludwig Van Beethoven dibahagikan kepada tiga tempoh. Tempoh pertama merangkumi dua puluh karya yang membayangkan kehebatan Ludwig Van Beethoven. Selepas Eroica Symphonies pada 1805 tempoh karya Ludwig Van Beethoven kedua bermula. Tempoh akhirnya bermula apabila beliau kehilangan pendengarannya sepenuhnya pada 1811. Ia merupakan karya yang lahir dari luahan hati dalam diri Ludwig Van Beethoven sepenuhnya. Ludwig Van Beethoven hidup dalam kesunyian tetapi mengarang untuk hiburan orang lain.

Ludwig Van Beethoven meninggal 27 March 1827 selepas lama terlantar sakit kegagalan hati berfungsi, hepatitis teruk, sakit kuning, radang tali perut, dan colic. Dikatakan 20,000 orang menghadiri pengkebumiannya di perkuburan

Whringer-Orts Friedhof bersebelahan dengan kubur Franz Schubert. Kuburnya terbiar dan dipindahkan ke Zentralfriedhof Vienna pada tahun 1888. Alamat URL untuk artikel ini: http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=497

Anda mungkin juga menyukai