Anda di halaman 1dari 9

Tajuk

: Pembedahan Sistem Respirasi Mamalia.

Pengenalan

Respirasi ialah proses mendapatkan oksigen dan menghantarkannya ke selsel untuk respirasi sel serta menyingkirkan karbon dioksida yang dihasilkan oleh sel. Semasa respirasi, makanan dioksidakan oleh sel hidup untuk pembebasan tenaga. Tenaga diperlukan untuk pengecutan otot, pengangkutan aktif bahan-bahan biokimia, sintesis protein, pembahagian sel, dan penghantaran impuls saraf. Sistem respirasi terdiri daripada hidung, trakea, peparu, tulang rusuk, otot interkosta, bronkus, bronkiol, alveolus dan diafragma.

Objektif

: Menyiasat sistem respirasi mamalia

Bahan dan radas : Tikus, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop, kanta tangan. Prosedur : 1. Tikus diletakkan di atas papan pembedahan dengan bahagian ventral ke atas. Jarum digunakan untuk memegang tikus di atas papan pembedahan. 2. Dimulai memotong di bahagian ventral pada garisan tengah dan dipotong hingga ke bahagian rahang tikus dan selepas itu sehingga bahagian dubur 3. Kulit dipegang dengan forseps, tisu perantara dikeluarkan. Kulit ditarik dan dipinkan ke atas papan pembedahan. Dinding toraks dipotong secara ventral dari sisi untuk mendedahkan rongga toraks. 4. Kelenjar timus dikeluarkan. 5. Otot dan tisu di bahagian leher dipotong untuk mendedahkan trakea dan laring.

6. Bahagian atas laring dipotong. Tisu perantara yang terlekat pada trakea dikeluarkan. 7. Dengan hati-hati, kesemua jantung, trakea, esofagus dan laring dikeluarkan serentak. Esofagus dari jantung dipisahkan. Laring, trakea dan paru-paru dipinkan di atas papan pembedahan. Gambarajah berlabel struktur-struktur yang telah dikeluarkan dilukis.

Pemerhatian :

Esofagus

Paru-paru

Jantung

Perut

Usus kecil dan besar

Perbincangan Pembedahan sistem respirasi mamalia.

Di

dalam

eksperimen

ini

tikus

putih

telah

digunakan

s e b a g a i s p e s i m e n . Sebelum pembedahan dilaksanakan, klorofom telah digunakan bagi memastikan tikus pengsan bagi memudahkan pembedahan dijalankan. Bekas yang diisi klorofom mestilah ditutup agar klorofom tersebut

tidak bebas keluar ke udara. Setelah 15 minit, tikus tidak sedarkan diri dan diletakkan di atas papan pembedahan. Em p a t k a k i t i k u s d i l e k a t k a n d i a t a s papan dengan pembedahan dengan cara setiap kaki tersebut dicucuk m e n g g u n a k a n p i n . Dengan itu, ia akan memudahkan urusan

pembedahan dan pemerhatian ke atas organ respirasi mamalia tersebut.. Pembedahan tikus perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mengganggu organ dalaman tikus tersebut. Dengan menggunakan gunting dan pisau, tikus dipotong mulai dari bahagian ventral pada garisan tengah dan dipotong hingga ke bahagian rahang tikus dan selepas itu sehingga bahagian dubur. Kulit ditarik dan dipinkan di atas papan pembedahan. Pada bahagian tengah badan tikus tersebut terdapat sangkar dada dan di bahagian dalam sangkar dada terdapat organ respirasi iaitu paruparu. Tikus yang dibedah mempunyai 10 pasang sangkar dada. Fungsi sangkar dada dalah untuk melindungi organ dalaman seperti jantung dan paru-paru. Paru-paru adalah tisu berspan yang dapat mengembang dan mengecut mengikut gerakan sedutan dan hembusan nafas. Membran paru-paru adalah nipis, lembab dan diliputi oleh jaringan kapilari. Rajah dibawah menunjukkan gambarajah paru-paru.

Pertukaran gas di secara disedut resapan. yang Di disedut

paru-paru alveolus, mengandungi sedikit

berlaku udara lebih karbon

banyak oksigen tetapi

dioksida. Di kapilari darah, kepekatan gas oksigen ialah tinggi tetapi tekanan gas karbon dioksida adalah rendah. Oksigen di alveolus akan meresap ke dalam kapilari darah. Karbon dioksida dalam kapilari darah meresap ke dalam udara alveolus.

Darah yang meninggalkan alveolus mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dan karbon dioksida yang rendah. Rajah di bawah menunjukkan gambar alveolus. Ketika tikus dibedah daripada bahagian tengah ke atas m u l u t , r a h a n g dapat dilihat apabila mulut terbuka dan laring tikus kepada t e r d e d a h . Trakea adalah bahagian yang bersambung daripada laring

cabang sebelum paru-paru. Panjang trakea tikus yang dibedah ialah 2 cm. Trakea ialah struktur berbentuk tiub yang menyalurkan udara ke dalam dan luar paru-paru. Dinding trakea terdiri daripada gelang-gelang rawan berbentuk C yang mencegahnya daripada ranap. Trakea bercabang kepada sepasang bronkus. Setiap bronkus membahagi dan membentuk cabang-cabang alveolus. . yang lebih gas kecil berlaku yang pada dipanggil bronkiol. Bronkiol Rajah bercabang dan berakhir dengan kumpulan pundi udara yang dipanggil Pertukaran permukaan alveolus. dibawah menunjukkan gambarajah alveolus.

Darah dari arteri pulmonari

alveolus

bronkiol

Darah dari vena pulmonari

Pertukaran gas di paru-paru berlaku secara resapan. Di alveolus, udara yang disedut mengandungi lebih banyak oksigen tetapi sedikit karbon dioksida. Di kapilari darah, kepekatan gas oksigen ialah tinggi tetapi tekanan gas karbon dioksida ialah rendah. Oksigen di alveolus akan meresap ke dalam kapilari darah. Karbon dioksida dalam kapilari darah meresap ke dalam udara melalui alveolus. Darah yang meninggalkan alveolus mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dan karbon dioksida yang rendah.

Kesimpulan: Paru-paru merupakan organ yang penting dalam sistem respirasi mamalia.

Soalan : 1 (a) Kira bilangan tulang rusuk untuk haiwan ini. 10 (b) Terangkan fungsi sangkar rusuk semasa pernafasan haiwan ini. Tulang rusuk berfungsi sebagai penyokong dan perlindungan.

2 (a) Huraikan rupa dan ciri-ciri diafragma. Diafragma ialah selapis otot yang memisahkan toraks daripada abdomen. dalam keadaan kendur, diafragma berbentuk kubah dengan puncaknya ke atas.

(b) Apakah kepentingan ciri-ciri diafragma ini dalam pernafasan. Diafragma terdiri daripada otot yang fleksibel dan mudah dibentuk penting untuk menjalankan fungsinya sebagai salah satu bahagian yang terpenting bagi memastikan udara masuk dan keluar dengan baik. Apabila udara ditolak masuk ke dalam ruang toraks, tulang rusuk akan ditarik keluar dan ke atas menyebabkan diafragma yang melekat pada tulang rusuk akan menjadi rata menyebabkan ruang udara pada ruang toraks bertambah. Ciri-cirinya yang fleksibel dan kuat membantu untuk memastikan diafragma dapat mengembang dan mengecut dengan baik tanpa terkoyak.

3. Huraikan rupa paru-paru kiri dan kanan. Picit paru-paru dan perhatikan teksturnya. Letakkan paru-paru dalam air panas. Udara dalam paru-paru akan mengembang dan paru-paru akan terapung dalam air. Salah satu paru-paru adalah lebih besar berbanding paru-paru yang satu lagi. Paru-paru bahagian kanan lebih besar sedikit berbanding paru-paru kiri kerana jantung menggunakan beberapa ruang di par-paru kiri kita. Jadi, untuk memberi ruang kepada jantung, paru-paru kiri adalah lebih kecil berbanding paru-paru kanan. Selain itu, luas permukaan per isipadu paru-paru kanan lebih luas berbanding paru-paru kiri. Permukaan paru-paru dilapisi oleh satu selaput iaitu selaput visceral (selaput paru-paru yang terdapat celah yang sempit yang berisikan sedikit cecair). Tekstur paru-paru yang dilihat adalah kenyal seperti span.

4. Ukur panjang trakea ( dari laring ke bahagian cabang bronkus). 2 cm

Anda mungkin juga menyukai