Anda di halaman 1dari 3

BAB 4 -KEREAKTIFAN LOGAM

STANDARD KANDUNGAN:
4.2 SIRI KEREAKTIFAN LOGAM

3. The diagram shows an apparatus set up to compare the reactivity of X, Y and Z metal towards
oxygen. The three metal powders are first strongly heated. Only then the potassium
permanganate(VII) is heated.
Rajah menunjukkan susunan radas untuk membandingkan kereaktifan logam X, Y dan Z
terhadap oksigen. Ketiga-tiga serbuk logam itu pada mulanya dipanaskan dengan kuat.
Kemudian, barulah kalium permanganat(VII) dipanaskan.

The results are shown below:


Keputusan itu ditunjukkan di bawah:

X : Glows brightly
Menyala dengan
terang
Y : Burns very brightly
Terbakar dengan
sangat terang
Z : Burns brightly
Terbakar dengan
terang

Contoh soalan:

TP3 1. Susun logam X, Y, Z mengikut tertib kereaktifan menaik.

TP4 1. Terangkan fungsi wul kaca


2. Apakah yang akan berlaku apabila Kalium
permanganate(VII) dipanaskan.
3. Apakah hubungan antara nyalaan logam dengan
kereaktifan logam.

TP5 1. Jika eksperimen diulang dengan menggantikan logam X, Y


dan Z dengan kuprum, nyatakan perubahan warna serbuk
logam semasa tindak balas.
2. Jika Z adalah logam Aluminium, ramalkan logam yang
mungkin bagi X.

TP6 1. Nyatakan definisi secara operasi bagi kereaktifan logam.


2. Jika X adalah besi, nyatakan kaedah yang sesuai untuk
mendapatkan besi daripada bijihnya.
3. Lukiskan gambarajah berlabel bagi kaedah yang
dinyatakan di atas.

Contoh skema:

TP3 1. Susun logam X, Y, Z mengikut tertib kereaktifan menaik.


J: X, Z, Y

TP4 1. Terangkan fungsi wul kaca


J: Untuk menghalang KMnO4 dan logam daripada bercampur
2. Apakah yang akan berlaku apabila Kalium
permanganate(VII) dipanaskan.
J: Terurai untuk membebaskan gas oksigen
3. Apakah hubungan antara nyalaan logam dengan
kereaktifan logam.
J: Semakin terang nyalaan logam,semakin reaktif logam tersebut

TP5 1. Jika eksperimen diulang dengan menggantikan logam X, Y


dan Z dengan kuprum, nyatakan perubahan warna serbuk
logam semasa tindak balas.
J: Perang kepada hitam
2. Jika Y adalah logam Aluminium, ramalkan logam yang
mungkin bagi X.
J : Kuprum//Plumbum//Zink

TP6 1. Nyatakan definisi secara operasi bagi kereaktifan logam.


J: Kereaktifan logam ialah logam yang menghasilkan nyalaan
yang sangat terang apabila bertindakbalas dengan oksigen.
2. Jika X adalah besi, nyatakan kaedah yang sesuai untuk
mendapatkan besi daripada bijihnya.
J : Pengekstrakan logam
3. Lukiskan gambarajah berlabel bagi kaedah yang
dinyatakan di atas.

Anda mungkin juga menyukai