Anda di halaman 1dari 15

1

Pantulan Cahaya
1. Sesuatu objek dapat dilihat kerana objek itu memantulkan cahaya dari sumber
seperti lampu ke mata kita.
2. Cermin dapat membentuk imej kerana cahaya dari objek yang mengena padanya
dipantulkan balik ke mata kita.









Rajah 1 : Cermin membentuk imej kerana pantulan cahaya.
3. Apabila sinar cahaya ditujukan ke atas permukaan suatu cermin, cahaya tidak
merambat melaluinya, tetapi dipantul balik oleh cermin satah. Fenomena ini
dikenali sebagai pantulan cahaya.
4. Semasa melukis garis normal, perlu dipastikan garisan sentiasa bersudut tegak
dengan permukaan.







Rajah 2 : Istilah- istilah penting dalam pantulan cahaya.











2

Hukum Pantulan Cahaya
1. Sudut pantulan adalah sentiasa sama dengan sudut tuju.
2. Sinar tuju, sinar pantulan dan garis normal berada pada satah yang sama.
Menentukan kedudukan dan ciri- ciri imej yang terbentuk oleh cermin satah
melalui rajah sinar.
1. Kedudukan imej dapat ditentukan dari rajah sinar. Lukis dua sinar dari objek O
yang dipantulkan balik oleh cermin dan masuk ke mata seperti dalam Rajah 3.









Rajah 3 : Rajah sinar menunjukkan bagaimana mata melihat suatu imej dalam
suatu cermin satah.
2. Sinar pantulan dilukis mengikut hukum pantulan. Sinar pantulan dipanjangkan
ke belakang cermin sehingga bertemu di I. Ini ialah kedudukan imej.
3. Sinar cahaya di belakang cermin sebenarnya tidak wujud. Sinar cahaya itu
adalah maya dan diwakili oleh garis putus- putus.
4. Jarak imej adalah sama dengan jarak objek dari cermin, iaitu d0 = d1
5. Garis yang menyambung objek dan imej adalah bersudut tegak dengan cermin.
6. Ciri- ciri imej yang dibentuk oleh cermin satah ialah:
- maya
- tegak dan songsang sisi
- saiz imej dari cermin sama dengan jarak objek dari cermin.

3

Pantulan cahaya di permukaan melengkung
1. Pusat lengkungan, C cermin melengkung ialah pusat sfera dari mana cermin
melengkung terbentuk.
2. Jejari lengkungan, R ialah jarak antara C dengan cermin.







Rajah 4 : Pusat lengkungan dan jejari lengkungan
Cermin cekung
1. Cermin cekung melengkung ke dalam dan memantulkan cahaya dari permukaan
sebelah dalamnya.
2. Apabila sinar cahaya yang selari mengena suatu cermin cekung, sinar cahaya
akan dipantul balik ke arah dalam.






Rajah 5 : Cermin cekung
3. Semua sinar pantulan akan menumpukan pada titik F yang dikenali titik fokus.
4. Jarak dari titik fokus F ke kutub cermin P ialah panjang fokus cermin
melengkung, f.



4

Cermin cembung
1. Cermin cembung melengkung ke luar dan memantulkan cahaya dari permukaan
luarnya.






Rajah 5 : Cermin cembung
2. Apabila sinar cahaya yang selari mengena cermin cembung, sinar cahaya akan
memantul ke arah luar.
3. Sinar cahaya pantulan kelihatan seolah- olah tersebar dari satu titik F, iaitu titik
fokus, di belakang cermin.
4. Cermin cembung juga dikenali sebagai cermin pencapah.
Imej terbentuk oleh cermin melengkung







Rajah 6 : Pembentukan imej oleh cermin cekung
1. Rajah ini menunjukkan bagaimana sinar cahaya dari suatu objek O dipantul balik
oleh suatu cermin cekung, kemudian menumpu dan melalui titik I ( kedudukan imej).
2. Jika suatu skrin diletakkan pada I, imej objek O dapat dilihat padanya.
3. Imej yang terbentuk oleh skrin dikenali sebagai imej nyata.


5







Rajah 7 : Pembentukkan imej oleh cermin cembung
4. Sinar cahaya dari objek O yang mengena permukaan cermin cembung akan
dipantul balik seolah- olah datang dari suatu titik I di belakang cermin. Imej ini tidak
dapat ditangkap oleh skrin.
5. Imej yang terbentuk pada skrin dikenali sebagai imej maya.

Menentukan kedudukan dan ciri- ciri imej cermin melengkung melalui rajah
rajah sinar.
Peraturan- peraturan pembinaan
Bagi cermin cekung
1. Sinar cahaya yang melalui pusat lengkungan C dipantul balik mengikut lintasan
yang sama.
2. Sinar cahaya yang selari dengan paksi utama dipantul melalui titik fokus F.
3. Sinar cahaya yang melalui titik fokus dipantul balik mengikut lintasan yang selari
dengan paksi utama.
Bagi cermin cembung
1. Sinar cahaya yang menuju ke pusat lengkungan C dipantul balik mengikut
lintasan yang sama.
2. Sinar cahaya yang selari dengan paksi utama dipantul balik seolah- olah dari titik
fokus F.
3. Sinar cahaya yang melalui titik fokus F dipantul balik mengikut lintasan yang
selari dengan paksi utama.

6










Rajah 8 : Peraturan pembinaan rajah sinar

Rajah 9 : Imej terbentuk oleh cermin cekung dan cermin cembung
Kedudukan
objek
Rajah sinar Kedudukan
imej

Ciri imej
Cermin cekung
(a) Di infiniti

Pada F Nyata,
songsang,
diperkecilkan


(b) Jauh sedikit
dari C. ( Jarak
objek > CP )

Di antara C
dan F
Nyata,
songsang,
diperkecilkan
(c) Pada C

Di antara C
dan F
Nyata,
songsang,
sama saiz
( d) Di antara C
dan titik fokus F

Jauh dari C.
( Jarak imej
> CP )
Nyata,
songsang,
diperbesarkan

7

(e) Pada F

Di infiniti Maya, tegak,
sangat besar
(f) Di antara F
dan
P

Di belakang
cermin
Maya, tegak,
diperbesarkan

Cermin cembung
(g) Pada jarak
jauh dari cermin

Di belakang
cermin
Maya, tegak,
diperkecilkan

(h) Pada jarak
dekat dengan
cermin

Di belakang
cermin
Maya, tegak,
diperkecilkan,
tetapi lebih
besar dari imej
dalam kes (g).













8

Pembiasan Cahaya
1. Pembiasan ialah suatu fenomena yang mana alur cahaya mengubah arahnya
apabila merambat dari satu medium ke medium lain yang berlainan ketumpatan.





Rajah 9 : Istilah penting dalam pembiasan cahaya
2. Cahaya merambat lebih perlahan dalam medium yang lebih tumpat. Dalam
satu medium lut sinar yang lebih tumpat, halaju cahaya menjadi lebih perlahan.
Perubahan kelajuan cahaya menyebabkan arah perembatan cahaya berubah
dan menyebabkan berlakunya pembiasan cahaya.
3. Sinar cahaya yang merambat dari suatu medium yang kurang tumpat ke medium
yang lebih tumpat (misalnya dari udara ke kaca) akan dibiaskan mendekati garis
normal.
4. Sinat cahaya yang merambat dari suatu medium yang lebih tumpat ke suatu
medium yang kurang tumpat akan dibiaskan jauh dari normal.








Rajah 10 : Cara pembiasan cahaya




9

Hukum Pembiasan
1. Sudut pembiasan suatu alur cahaya merambat dari satu medium ke medium
yang lain bergantung kepada dua faktor :
(a) Jenis medium ( bahan )
(b) Sudut tuju
2. Hukum pembiasan menyatakan bahawa apabila suatu sinar cahaya merambat
dari satu medium ke medium yang lain,
(a) sinar tuju, sinar pembiasan dan garis normal terletak pada satah yang sama.
(b) nisbah sin i kepada sin r adalah suatu pemalar, iaitu




3. Hukum pembiasan ini juga dikenali sabagai hukum Snell.
Indeks Pembiasan
1. Nisbah sin i ialah suatu ukuran yang menunjukkan banyaknya sinar cahaya
sin r
terbias apabila merambat melalui suatu medium dari vakum atau udara.
2. Nisbah sin i dikenali sebagai indeks biasan bagi suatu medium atau bahan
sin r
lut sinar.
3. Indeks biasan diwakil oleh simbol n, iaitu n = sin I .
sin r
4. Indeks biasan tidak mempunyai unit. Bahan yang mempunyai indeks pembiasan
yang lebih besar adalah lebih tumpat dan dapat membiaskan cahaya lebih banyak
dalam bahan itu.


sin i
--------- = pemalar
sin r
10

Halaju cahaya dalam medium dan indeks pembiasan
1. Halaju cahaya dalam vakum atau udara, c adalah hamper 3.0 x 10
8
m s
-2.
2. Dalam medium yang lebih tumpat daripada udara, halju cahaya adalah lebih
perlahan.
3. Dalam sebutan halaju cahaya dalam suatu medium, indeks pembiasan bagi
suatu medium ditulis sebagai
Laju cahaya dalam vakum atau udara, c
Indeks pembiasan, n = --------------------------------------------------------------
Laju cahaya dalam medium, v
Dalam nyata dan dalam ketara serta hubung kaitnya dengan
indeks pembiasan
1. Apabila sinar cahaya merambat ari air ke udara sinar cahaya terbias menjauhi
normal.
2. Kesan ini menyebabkan sebuah kolam air kelihatan lebih cetek.





Rajah 1 : Menunjukkan satu kon sinar cahaya dari titik O pada dasar
kolam yang dibiaskan jauh dari normal apabla merambat ke udara.
3. Apabila sinar cahaya masuk ke dalam mata pemerhati, pemerhati melihat sinar
cahaya seolah- olah datang dari imej I.
4. Imej I adalah lebih dekat dengan permukaan air berbanding dengan kedudukan
sebenar O.
5. Jarak dari dasar kolam sebenar O ke permukaan air dikenali dalam nyata, D
manakala jarak dari imej dasar kolam, I ke permukaan air dikenali sebagai dalam
ketara, d.

11

6. Nisbah dalam nyata dan dalam ketara iailah satu pemalar. Nilai pemalar itu
dikenali sebagai indeks pembiasan, iaitu

Indeks pembiasan, n = Dalam nyata, D
Dalam ketara, d
Kanta nipis
Kanta cembung dan kanta cekung
1. Kanta mempunyai satu atau kedua- dua belah muka yang melengkung dan
diperbuat daripada bahan lut sinar seperti kaca, perspek atau plastik lut sinar.
2. Kanta cembung adalah lebih tebal di pusat kantanya daripada sisi kanta. Kanta
cembung juga dikenal sebagai kanta penumpu.







Rajah 2 : Pelbagai jenis kanta cembung dan kanta cekung
3. Kanta cekung adalah lebih nipis di pusat kantanya daripada sisi kanta. Kanta
cekung juga dikenali sebagai kanta pencapah.
4. Pusat kanta dikenal sabagai pusat optik. Garis ufuk yang melalui pusat kanta
dikenali sebagai paksi utama.
5. Sinar cahaya yang selari dan dekat dengan paksi utama akan terbias dan
menumpu e dalam selepas melalui kanta cembung.
6. Sinar terbias itu bertemu dan melalui suatu titik F di paksi utama. Titik ini dikenali
sebagai titik fokus kanta cembung.
7. Titik fokus kanta cembung adalah nyata kerana cahaya dapat dilihat menumpu
pada titik itu.


12


Rajah 3 : Sinaran cahaya yang selari melalui kanta cembung

Rajah 4 : Sinaran cahaya yang selari melalui kanta cekung
8. Sinar cahaya yang selari dan dekat dengan paksi utama akan terbias dan
mencapah ke luar selepas melalu kanta cekung.
9. Sinar terbias itu seolah- olah disebar keluar dari satu titik F pada paksi utama.
Titik ini dikenali sebagai titik fokus kanta cekung.
10. Titik fokus kanta cekung adalah maya kerana cahaya tidak dapat dilihat
menumpu padanya tetapi kelihatan seolah- olah mencapah darinya.
11. Jarak diantara titik fokus dengan pusat optic suatu kanta dikenali sebagai
panjang fokus, f .
12. Panjang fokus kanta cembung dikatakan positif kerana titik fokus kanta
cembung adalah nyata.
13. Panjang fokus kanta cekung adalah negatif kerana titik fokusnya adalah maya.





13

Melukis rajah sinar untuk menentukan kedudukan dan ciri
imej
Jarak objek , u Rajah sinar Jarak imej, v dan ciri
imej

u=
objek jauh
(di infiniti)

v = f
-nyata,
- songsang, -
diperkecilkan

u > 2f



f < v < 2f
-nyata,
-songsang,
-diperkecilkan
u = 2f





v = 2f
-nyata,
-songsang,
-sama saiz
f < u < 2f





v > 2f
nyata, songsang,
diperkecilkan
u = f





v pada infiniti
-imej wujud di infiniti,
-sinar terbias adalah
selari

u < f




v > 2f
-maya
-tegak
-diperbesarkan
Objek berada pada
sebarang jarak di
depan kanta

Imej pada sisi yang
sama dengan objek
-maya
-tegak
-diperkecilkan



14

Mikroskop Majmuk
1. Mikroskop majmuk merupakan peralatan optik yang digunakan untuk melihat
objek yang seni seperti mikroorganisma.

Rajah 5 : Rajah sinar bagi mikroskop majmuk
2. Terdiri daripada dua kanta cembung yang berkuasa tinggi, iaitu kedua- dua
kanta mempunyai panjang fokus yang pendek.
3. Kanta yang dekat dengan objek O ialah kanta objek dengan panjang fokus f
o.
4. Objek diletakkan pada kedudukan di antara F
o
dan 2F
o .
5. Kanta objek menghasilkan satu imej , I
1
yang nyata, songsang dan
diperbesarkan.
6. Kanta mata ialah kanta yang dekat dengan mata. Panjang fokus kanta mata , f
m

adalah lebih besar daripada f
o
. Kanta mata digunakan sebagai kanta pembesar.
7. Imej pertama I
1
mesti terletak di antara

pusat kanta dengan titik kanta mata F
m.

8. Kanta mata membesarkan imej I
1.
Imej terakhir, I
2
yang terbentuk oleh kanta
mata adalah maya, songsang dengan objek dan diperbesarkan.
9. Dalam kegunaan normal, imej yang terbentuk oleh mikroskop adalah pada titik
dekat mata iaitu 25 cm dari mata pemerhati.
10. Jarak di antara kanta objek dan kanta mata dalam mikroskop majmuk ini adalah
lebih besar daripada jumlah jarak fokus ( f
0
+ f
m
).
11. Jika jarak kedua- dua kanta dilaraskan kurang daripada ( f
0
+ f
m
), tiada imej
yang dapat diperhatikan.




15

12. Pembesaran mikroskop majmuk:


Teleskop Astronomi
1. Teleskop astronomi digunakan untuk melihat objek jauh.
2. Suatu teleskop astronomi terdiri daripada dua kanta cembung, iaitu
(a) kanta objek yang berkuasa rendah ( panjang fokus f
0
yang panjang) dan
(b) kanta mata yang berkuasa tinggi ( panjang fokus f
m
yang pendek ).
3. Sinar cahaya dari objek jauh adalah hampir selari apabila sampai ke kanta objek,
maka suatu imej nyata, songsang dan diperkecilkan terbentuk pada titik fokus f
0

kanta objek.

Rajah 6: Rajah sinar menunjukkan pembentukan imej oleh teleskop astronomi.
4. Kanta mata berfungsi sebagai kanta pembesar dan ia diselaraskan supaya imej I
1

terletak pada kedudukan kurang sedikit dari f
m
. Imej yang terbentuk oleh kanta
mata adalah maya, songsang dengan objek dan diperbesarkan.

Anda mungkin juga menyukai