Anda di halaman 1dari 16

Aplikasi Kaedah Potongan Kertas Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Dalam Tajuk Sistem Solar di Sekolah Teaching School

Idarmawati Binti Ahmad


Jabatan Sains

ABSTRAK

Kemahiran Abad ke-21 memerlukan guru member pendedahan kepada murid


dengan pelbagai aktiviti, kaedah dan strategi semasa pengajaran dan
pembelajaran. Walau bagaimanapun dalam era ledakan maklumat serta dunia
tanpa sempadan proses pemerolehan ilmu merupakan asas utama untuk
menjana pembangunan sumber manusia yang berkualiti merupakan aset utama
dalam menentukan kekuatan sesebuah negara atau masyarakat. Selaras dengan
itu pelbagai cara penerapan ilmu diusahakan bagi memaksimumkan pemindahan
ilmu di kalangan pelajar sekolah. Kajian ini bertujuan untuk meneliti suatu
konsep belajar melalui Kaedah Potongan Kertas dalam meningkatkan kefahaman
dalam sains. Selain itu kajian ini juga mengkaji pesepsi dan motivasi murid
terhadap kaedah yang diperkenalkan. Dapatan kajian ini mendapati berlaku
peningkatan pencapaian yang positif dan didapati kaedah ini dapat memberi
motivasi kepada murid untuk belajar sains. Sehubungan itu juga Kaedah
Potongan Kertas dapat membantu murid untuk memahami konsep sains dengan
cara pembinaan konsep. Ia juga dapat memberi tahap kefahaman yang
mendalam tentang isi serta melibatkan pelbagai cara komunikasi di antara
murid. Cara ini membolehkan murid bertanggungjawab ke atas pembelajaran
sendiri.

Pendahuluan
Senario pendidikan kini amat memerlukan guru-guru sains yang kreatif dan
inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran mereka adalah efektif, inovatif dan
kreatif. Kreatif bermaksud kebolehan seseorang untuk mencipta, menghasilkan
dan memperkembang sesuatu. Inovatif pula ialah kebolehan seseorang untuk
memulakan sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk kaedah, sistem
pendekatan atau sebagainya (Jamaludin, 2000). Menurut Albion (1999) daya
kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah dan metod pengajaran
mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para murid. Kreativiti
juga memerlukan daya imaginasi untuk membolehkan para pelajar meneroka
dan menghayati pengajaran yang berguna dalam mata pelajaran sains Tina

(2002). Ketandusan unsur kreatif dalam pengajaran menyebabkan pelajar berasa


bosan, jemu dan tidak berminat untuk belajar Allinder (1995). Kelemahan ini
berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang lebih banyak diorientasikan
oleh keperluan peperiksaaan dan menghabiskan sukatan pelajaran (Irfan Naufal,
2003). Malah ketandusan inovasi dan pembaharuan yang berterusan dalam
pengajaran sains di sekolah menyebabkan pelajar merasakan mata pelajaran ini
stereotaip, tidak mencabar, statik dan membosankan Tina (2002).

Sains bukanlah satu mata pelajaran yang statik, tradisional,


mementingkan penghafalan fakta, bersifat naratif dan deskriptif seperti yang
difahami oleh kebanyakan murid. Sehubungan itu, guru sains perlu mempunyai
kepercayaan yang positif dan keyakinan kendiri untuk menjadikannya seorang
yang berinovatif dalam menyusun proses pengajaran dan pembelajaran. Proses
pemerolehan ilmu adalah tonggak kepada pembangunan sumber manusia dalam
sesebuah Negara. Sumber manusia yang berilmu, progresif dan inovatif
merupakan aset utama yang perlu dijana bagi membentuk kekuatan negara
tersebut.

Sebaik dan secanggih manapun sesuatu kaedah atau strategi jika ia berterusan
dalam setiap pengajaran tetap akan membosankan murid, oleh itu strategi dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan. Dalam menyahut
cabaran ini Kaedah Potongan Kertas yang telah diperkenalkan oleh Al-mukmin
(2008) diaplikasikan dalam tahap, kumpulan dan tajuk yang berbeza di lokasi
kajian dengan tujuan perkongsian ilmu. Kaedah Potongan Kertas adalah
berasaskan Teori Pemodelan Bandura (1986) yang memfokuskan empat unsur
utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu
perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi. Malalui kajian
ini murid akan diberi permodelan dalam bentuk potongan kertas semasa
pembelajaran tajuk sistem
solar
. Sistem
solar
merupakan tajuk yang abstrak dan murid perlu membanyangkannya, oleh itu
teori permodelan diperlukan untuk pemahaman konsep (Arends, 1997).

Penyataan Masalah
Pembelajaran sains adalah rumit dan kompleks disebabkan sebahagian besar
daripada konsep-konsep sains itu sendiri amat abstrak, tambahan pula dengan

perwakilan konsep-konsep itu dalam bahasa matematik (Zurida et.al., 2006).


Pada umumnya, model transmisi dalam pengajaran diterima dan dianggap
sesuai dalam sains kerana sains dipercayai mempunyai jawapan yang benar,
boleh dicari dan ditemui manakala tugas guru hanya menyalurkan pengetahuan
ini kepada murid. Walau bagaimanapun, model transmisi ini tidak dapat
menjelaskan kegagalan murid dalam aspek-aspek tertentu pembelajaran seperti
kreativiti, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah (Gagne, 1985; dalam
Zurida et.al., 2006). Dalam amalan lazim, murid selalunya melibatkan diri dalam
pengajaran dan pembelajaran secara pasif seperti menghafal maklumat,
menyiapkan lembaran kerja, dan memuntahkan semula pengetahuan dalam
ujian bertulis. Akibatnya murid menghafal maklumat tanpa memahami prinsip
sains yang terlibat dan tidak mampu mengaplikasi maklumat dalam fenomena
yang sebenar (Eylon & Linn, 1988; dalam Scott et.al., 1998). Pendekatan
tradisional dalam pengajaran dan pembelajaran sains cenderung membawa
kepada kebosanan, kekecewaan dan persepsi negatif terhadap sains. Malah hasil
kajian menunjukkan bahawa semakin banyak murid mengalami pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan pendekatan tradisional semakin kurang
motivasi mereka untuk meneruskan cita-cita atau kerjaya dalam bidang sains
(Yager & Penick, 1986; dalam Scott et.al., 1998).

Murid menghadapi masalah yang besar dalam memahami konsep dan proses
sains yang kompleks dan abstrak yang selalunya melibatkan istilah yang baru,
urutan serta saling berkaitan antara satu dengan lain. Masalah ini dapat
diperhatikan dengan jelas dalam skrip jawapan experimen sains juga semasa
penyoalan secara lisan di dalam kelas. Kesukaran tersebut menyebabkan murid
tidak dapat membuat gambaran mental (pengabstrakan) tentang konsep dan
proses yang dipelajari. Akhirnya mereka kurang bermotivasi malah
sebahagiannya tercicir dalam pembelajaran. Jika mereka belajar sekalipun,
lazimnya mereka hanya menggunakan pendekatan tradisional secara baca dan
hafal. Pendekatan tradisional kurang berkesan khususnya bagi tajuk-tajuk yang
abstrak dalam sains. Keadaan ini menyebabkan murid kurang berminat dalam
sains dan membuat persepsi bahawa sains susah kerana terlalu banyak teori dan
konsep yang perlu dihafal (Al-Mukmin, 2008).

Kajian ini amat penting dalam menghasilkan pengajaran pembelajaran


menggunakan Kaedah Potongan Kertas yang boleh membantu para guru dan
murid untuk memahami teori dan konsep sains dalam tajuk-tajuk yang
dikenalpasti. Kajian aplikasi potongan kertas telah dilakukan dalam subjek Biologi
sekolah menengah dengan kejayaan yang positif oleh
Al-Mukmin
(2008). Oleh itu pengkaji ingin mengkaji keberkesanan kaedah ini dalam
pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah dengan berasaskan Teori
Permodalan Bandura kerana pemahaman konsep asas sains perlulah dari sekolah

rendah seperti kata pepatah kalau hendak mengajar anak biarlah dari
rebungnya.

Tujuan Kajian
Mengaplikasikan Kaedah Potongan Kertas dalam pengajaran dan pembelajaran
sains dalam tajuk-tajuk yang dikenalpasti untuk peningkatan kefahaman pelajar
dalam memahami teori dan kaedah sains.

Objektif Kajian
i.
Meningkatkan kefahaman murid dalam tajuk-tajuk sains yang
dikenalpasti.
ii.
Memotivasikan murid untuk mempelajari sains dalam tajuk-tajuk yang
dikenalpasti.

Persoalan Kajian
i.
Adakah Kaedah Potongan Kertas dapat meningkatkan kefahaman
murid dalam tajuk-tajuk yang dikenalpasti.
ii.
Adakah Kaedah Potongan Kertas dapat memotivasikan murid dalam
tajuk-tajuk yang dikenalpasti.

Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini akan menjadi asas kepada alternatif kepada kaedah-kaedah
yang yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Kajian ini juga
merupakan kaedah yang boleh diaplikasikan untuk membantu murid-murid
dalam akademik dan motivasi terutama pada tahap sederhana dan lemah dalam
memahami teori dan konsep sains.

Tinjauan Literatur
Kementerian Pendidikan di Malaysia sentiasa berusaha dalam melahirkan tenaga
manusia kelas pertama. Sehubungan itu, kerajaan telah meningkatkan usaha
dalam pembangunan pendidikan dengan penekanan kepada pelbagai
pendekatan pengajaran terutamanya yang mampu membantu pelajar yang lebih
berdikari, mempunyai kemahiran berfikir dan bersifat inkuiri bagi menyahut
cabaran wawasan pendidikan Negara (Kementerian Pelajaran Malaysia 2006).

Dalam menghasilkan kajian ini beberapa penelitian tentang hasil kajian serta
penulisan terdahulu berkaitan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada
Teori Pemodelan Bandura (1986). Dapatan kajian Christopher (1984) menyatakan
prinsip hafalan dalam pembelajaran pelajar masyarakat Jepun, sama
dititikberatkan dengan kefahaman dan aplikasi maklumat. Berdasarkan dapatan
tersebut Chirstopher sangat menyokong teori permodelaran untuk tujuan hafalan
sebelum proses pemahaman yang kekal. Kaedah Potongan Kertas menekankan
proses pemahaman melalui permodelan selaras dengan pendapat Faridah et al.
(2005) yang menyatakan pengajaran konsep mesti dititikberatkan kerana kajian
telah membuktikan bahawa pelajar yang mempunyai kefahaman konsep pada
peringkat awal akan perform best on procedural knowledge later. Penyelidikan
juga membuktikan pengajaran yang menekankan teaching for
meaningmempunyai kesan positif ke atas pembelajaran, termasuk better initial
learning, greater retention and an increased likelihood that the ideas will be
used in new situations Sowell (1989). Konsep Kaedah Potongan Kertas
berasaskan kepada pemindahan ilmu dari konkrit ke abstrak, kerana hasil kajian
Musa, et. al. (1994) mendapati penggunaan bahan konkrit dalam jangka masa
panjang oleh guru dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan sikap mereka.
Proses Kaedah Potongan Kertas membolehkan ulangan dibuat oleh murid
sehingga kefahaman terhadap konsep terbina dalam situasi yang
menyeronokkan, bersesuaian dengan hasil kajian Faridah et al. (2005) yang
mendapati bahawa guru perlu menggunakan banyak contoh bagi menerangkan
konsep terutama konsep asas kerana berdasarkan laporan (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2002), pencapaian pelajar juga dipengaruhi oleh kaedah
pengajaran yang masih lagi bersifat tradisional seperti terlalu banyak
menggunakan kaedah syarahan kurang menarik minat dan perhatian malah
membosankan pelajar, guru yang kurang komited dan kreatif, tiada hubungan
yang akrab antara guru dengan pelajar, dan guru tidak membantu mengatasi
masalah pelajar. Manakala Gerstner et.al., (1994) berpendapat
bahawa Nothing happens in school unless students want to learn, oleh
itu menurutnya untuk mewujudkan pelajar yang ingin belajar, elemen
keseronokan belajar harus wujud dan guru sebagai agen perubahan perlu
berupaya menjadikan pembelajaran satu pengalaman yang menyeronokkan
(make learning fun).

Ciri-ciri pembelajaran Kaedah Potongan Kertas juga berasaskan ciri-ciri


pembelajaran yang berasaskan projek dan teori pembelajaran Konstruktivisme
yang berorentasikan pendekatan seperti berfokuskan murid dengan cara
meneroka sendiri, membolehkan pelajar dalam persekitaran yang bebas,
seronok dalam membuat pilihan berkaitan, menggunakan kaedah
pengalaman hands-on.memberi pemahaman yang tinggi melalui minds-on,
membolehkan rujukan, cubaan oleh semua pelajar dan boleh melibatkan
pelbagai mod komunikasi dimana guru sebagai fasilitator. Aplikasi kaedah ini
dalam pembelajaran membolehkan pelajar bertanggungjawab ke atas

pembelajaran sendiri, pelajar merasa pembelajaran sebagai kepunyaan sendiri


dan menggalakkan pembelajaran yang bermakna Kementerian
Pelajaran Malaysia (2006).

Metodologi Kajian

Kerangka Teoritikal
Kajian ini adalah berasaskan Teori Pemodelan Bandura yang menekankan
pembelajaran melalui peniruan atau pemodelan serta pemerhatian tingkah laku
model sebagai permodelan (Bandura, 1986). Terdapat empat unsur utama dalam
teori ini iaitu pemerhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan melalui
motivasi. Hasil kajian Bandura dan Walters (dalam Faridah et al. 2005)
mendapati kanak-kanak belajar melalui peniruan model yang ditonton
dengan gaya yang lebih agresif. Teori ini juga mendapati bahawa pelbagai
tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan
sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh
orang lain. Teori pembelajaran sosialis juga menekankan pembelajaran melalui
proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan.
Berdasarkan kepada Teori Pemodelan Bandura Kaedah Potongan Kertas
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran sains untuk membantu murid
untuk memahami tajuk-tajuk sains khususnya tajuk-tajuk yang abstrak. Kaedah
Potongan Kertas memberikan pembelajaran permodelan melalui potongan kertas
yang diberikan dalam bentuk tugasan individu dan kumpulan.

Rekabentuk kajian
Kajian ini berbentuk kajian kes dan laporan kajian dalam bentuk deskriftif
kualitatif. Aplikasi Kaedah Potongan Kertas dijalankan di dalam Tahun 4
kelasTeaching School manakala dalam kelas Tahun 4 Biasa kaedah yang
dijadikan kawalan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran selain
Kaedah Potongan Kertas dalam tajuk yang sama.

Sampel Kajian
Sampel kajian terdiri daripada 25 orang murid Tahun 4 Kelas Teaching
School dan
25 orang murid Tahun 4 dalam Kelas Biasa yang dijadikan
sebagai kawalan. Kedua-dua kelas mempunyai aras kognitif yang hampir sama.

Instrumen kajian
Instrumen pertama kajian menggunakan ujian prestasi mengikut tajuk yang
diajar. Soalan digubal oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains Tahun 4
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2007) dan berdasarkan Aras Bloom Bloom
(1987). Instrumen kedua dibina oleh pengkaji sendiri bertujuan untuk meninjau
pesepsi dan motivasi dan tanggapan murid terhadap kaedah yang diperkenalkan
kepada murid dalam bahasa yang mudah difahami. Hasil kajian rintis terhadap
instrumen kedua didapati nilai Cronbach Alpha adalah 0.77. Tempat kajian ini
dijalankan ialah SK. Bukit Queen Tawau yang merupakan sekolah angkat IPG
Kampus Tawau. Tempat ini dipilih berdasarkan kesesuaian tajuk kajian dan
lokasinya yang strategik untuk menjalankan pelbagai projek atau siasatan yang
melibatkan beberapa pencapaian murid dalam sains.

Analisis Data
Penganalisaan data kualitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif
(Sulaiman, 1996). Statistik deskriptif dibuat dengan cara menentukan peratusan
tahap kemudahan dan perkhidmatan yang dikehendaki, dan peraturan yang
dicadangkan oleh pelajar.

Dapatan Kajian

Data Demografi Populasi Kajian


Data demografi kajian terdiri dari semua murid Tahun 4 pada Tahun 2010 yang
terdiri daripada dua kelas iaitu satu kelas Tahun 4 Kelas Teaching School dan satu
kelas Tahun 4 untuk Kelas Biasa di SK. Bukit Queen yang merupakan Sekolah
Angkat IPG Kampus Tawau. Pelajar terdiri dari 28 orang murid perempuan dan 22
orang murid lelaki.

Dapatan Kajian

Dapatan dan Perbincangan Kajian


Berdasarkan keputusan Ujian t didapati nilai t kiraan (data) adalah lebih besar
berbanding nilai t jadual pada darjah kebebasan 30 (Jadual 1). Ini menunjukkan
terdapat perbezaan yang signifikan (p=0.01) di antara pencapaian Kelas
Teaching School dan Kelas Biasa. Ini membuktikan bahawa pembelajaran
menggunakan Kaedah Potongan Kertas secara signifikannya dapat membantu
meningkatkan tahap pencapaian pelajar.

Jadual 1.

Min, Sisihan Piawai dan Nilai Ujian t Antara


Kelas biasa (kawalan) dan Kelas Teaching

School (Experiman)

Nilai

Kelas Biasa

Kelas Teaching
School

Min

58.7820

47.5938

Sisihan Piawai

20.0432

18.6453

Nilai t

3.552

Nilai t

(0.01, 30)

= 2.750

Analisis Pencapaian Prestasi Tugasan Murid


Analisis prestasi menunjukkan tahap pencapaian di antara Kelas biasa dan
KelasTeaching School dalam tugasan 1 hingga tugasan 5 mengikut tahap
pencapapian mengikut kategori rendah, sederhana dan tinggi seperti dalam
Jadual 2 dan Jadual 3. Dapatan kajian menunjukkan bahawa prestasi murid
dalam kelas TeachingSchool lebih tinggi berbanding di dalam kelas biasa.
Dapatan kajian Tina (2002) juga selaras dengan dapatan kajian ini bahawa
pendekatan konstruktivis lebih berkesan berbanding pendekatan langsung dalam
pencapaian sains. Perbandingan min pencapaian untuk kedua-dua kelas seperti
dalam Rajah 1.

Jadual 2. Markah Perestasi Tugasan Kelas Teaching School

Kumpulan N=25
Skor

Tahap
Pencapaia
n

Tugasan 1

Tugasan
2

Tugasan
3

Tugasan
4

0 - 40

Rendah

(42%)

(39%)

(12%)

(23%)

41 - 70

Sederhana

(52%)

(48%)

(65%)

(61%)

71 100

Tinggi

(6%)

(13%)

(23%)

(16%)

Jadual 3. Markah Perestasi Tugasan Kelas Biasa

Kumpulan N=25
Skor

Tahap
Pencapaia
n

Tugasan 1

Tugasan
2

Tugasan
3

Tugasan
4

0 - 40

Rendah

(32%)

(20%)

(8%)

(18%)

41 - 70

Sederhana

(42%)

(22%)

(25%)

(15%)

71 100

Tinggi

(0%)

(2%)

(5%)

(3%)

Rajah 1: Min Pencapaian Prestasi Murid dalam Kelas Teaching School


Analisis Persepsi Murid dalam Kaedah Potongan Kertas (KPK)
Jadual 4 menunjukkan analisis lengkap persepsi murid dalam Kaedah Potongan
Kertas dalam Kelas Teaching School. Min terbaik adalah 3.87 (aktiviti ini
membolehkan saya bersaing dengan kumpulan lain), 368 (aktiviti ini
membolehkan saya faham apa yang saya belajar) dan 3.38 (Menyeronokkan
saya untuk belajar tajuk yang diajar). Min yang rendah adalah 2.19 (aktiviti ini
membolehkan saya faham apa yang saya belajar). Dapatan kajian menunjukkan
bahawa kaedah ini dapat meningkatkan prestasi pelajar yang diukur melalui
tugasan dalam bentuk penyelesaian masalah yang diberikan mengikut
kumpulan. Dapatan kajian selaras dengan dapatan kajian oleh John (2008) yang
menggunakan pendekakatan pembelajaran berasaskan projek di
sekolah Teaching School. Peratus Persepsi keseluruhan seperti dalam Rajah 2.

Jadual 4.
Kertas (KPK)

Analisis Persepsi Murid dalam Kaedah Potongan

Sangat
Tidak
Setuju

Tidak
Setuju

Setuju

Sanga
t
Setuju

(A1) Menyeronokkan
saya untuk belajar
tajuk yang diajar

14

(3.23%)

(3.23%
)

(45.16
%)

15
(48.39
%)

(A2) Aktiviti ini


membolehkan saya
faham apa yang saya
belajar

19

(9.68%)

(61.29
%)

(29.03
%)

(0%)

2.19

0.60

(A3) mempercepatkan
saya faham tajuk
yang diajar

0
(0%)

7
(22.58
%)

10
(32.26
%)

14
(45.16
%)

3.23

0.80

(A4) Aktiviti yang


dijalankan
membolehkan saya
berbincang dengan
kawan dalam
pelbagai cara
komunikasi

13

11

2.32

0.83

(16.13%)

(41.94
%)

(35.48
%)

(6.45%
)

(A5) Aktiviti ini dapat


mengaktifkan saya

19

2.87

0.88

(12.90%)

(6.45%
)

(61.29
%)

(19.35
%)

(A6) Memudahkan
saya memahami sains

8
(25.81
%)

22
(70.97
%)

3.68

0.54

Pernyataan

(0%)

1
(3.23%
)

Min

Sisiha
n
Piawai
0.72

3.38

(A7) Aktiviti ini


membolehkan saya
bermain sambil
belajar

10

11

(9.68%)

(32.36)

(35.48
%)

(22.58
%)

(A8) Aktiviti ini


memudahkan saya
mengingat apa yang
saya belajar

3
(9.68%)

6
(19.35
%)

9
(29.03
%)

(A9) Aktiviti ini


membolehkan saya
bersaing dengan
kumpulan lain

(0%)

(0%)

(12.9%
)

(9.68%)

(29.03
%)

(A10) Aktiviti ini


memotivasikan saya
untuk belajar sains

2.71

0.94

13
(41.94
%)

3.03

1.02

27
(87.10
%)

3.87

0.34

14

2.68

0.87

(45.16
%)

(16.13
%)

Rajah 2: Peratus Persepsi Keseluruhan

Rajah 3 merupakan peratus pecahan mengikut jantina bagi keempat-empat skala


yang telah dinyatakan. Pelajar perempuan mencatat peratus yang paling tinggi
untuk skala 3 iaitu setuju sebanyak 22.26%. Manakala Pelajar lelaki mencatat
18.71% untuk peratus tertinggi bagi skala sangat setuju. Bagi skala 1 atau
sangat tidak setuju responden perempuan mencatat peratus paling rendah iaitu
2.26% sahaja sedangkan responden lelaki mencatat 4.84% untuk kategori yang
sama.Dapatan ini menunjukkan murid perempuan lebih gemar melalukan
kaedah ini berbanding murid lelaki. Dapatan ini selaras dengan teori konseptual
mengikut jantina yang mengatakan murid perempuan memerlukan permodelan
untuk memahami konsep abstrak berbanding murid lelaki kerana murid lelaki
mempunyai penguasaan pemikiran tiga demensi yang lebih tinggi daripada
murid perempuan (Abdul Rashid, 2008). Daya konsentrasi antara pelajar lelaki

dan perempuan adalah berbeza. Kajian menunjukkan daya konsentrasi pelajar


perempuan adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki (Zalizan, 2001). Bagi
mencapai celik belajar di kalangan pelajar lelaki, guru perlu lebih prihatin kepada
pendekatan mengajar yang lebih sesuai kepada learning style of boys.

Rajah 3: Taburan Peratus Responden Mengikut


Jantina

Kesimpulan
Pembelajaran secara Kaedah Potongan Kertas pada keseluruhannya berkesan
dalam subjek sains dari aspek peningkatan prestasi dan motivasi murid dilokasi
kajian. Kajian ini boleh diaplikasikan dalam tajuk-tajuk lain dalam sains yang
berasaskan kepada konsep permodelan. Pemahaman konsep sains yang
diasaskan dari teori-teori yang pelbagai memerlukan pengajaran dan
pembelajaran disampaikan dalam pelbagai aktiviti, kaedah dan strategi. Guruguru sains perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut perkembangan
semasa agar mereka tidak menjadi guru yang terpinggir dan kaku. Guru sains
seharusnya mempunyai keyakinan untuk mencuba pelbagai kaedah, strategi
atau model dalam pengajaran bagi meningkatkan outcomes dan keberkesanan
pengajaran. Kepelbagain pembelajaran murid dalam satu kelas juga perlu
diambil kira oleh para pendidik oleh itu kaedah ini perupakan salah satu
alternatif yang boleh diaplikasikan.

Rujukan

Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2008). Guru Sebagai Penyelidik. PTS
Professional Publishing.

Abdul Rashid Abdul Rahman (2008). Pendekatan Tiga Dimensi Multimedia Bagi
Meningkat Kemahiran Visualisasi Spatial Di Kalangan Pelajar Kognitif Rendah
Dalam Tajuk Pelan Dan Dongakan. Universiti Sains Malaysia. (Tidak diterbitkan).\

Albion, P.R. (1999). Self efficacy beliefs as an indicator of teachers preparedness


for teaching with technology. Association for the advancement of computing in
Education.: http://www.usq.edu.au/users/albion/paper/site99/html

Allinder, R.M. (1995). An examination of the relationship between teacher


efficacy and curriculum-based measurement. Remedial & Special Education. Jul.
99, Vol. 16:P.247.

Al-Mukmin Al-Kanta (2009). Kajian Tindakan Aktiviti Potongan Kertas dalam


meningkatkan pencapaian murid. Kertas Cadangan Inovasi SMK. Agaseh Lahad
Datu.

Arends R, I. (1997). Learning to Teach. 6th Edition. Guide to Field Experiences


and Portfolio Development.

Badura A. (1986). Social Foundations of Thought and Action: A Social Cognitive


Teory. 1st edition.

Bhashah bin Abu Bakar (2007). Kaedah Menjalankan Kajian Tindakan di


Sekolah.Edisi Pertama. Syarikat Miharja Sdn. Bhd.

Bloom, A. (1987). The closing of the American mind. Simon & Schuster Inc., New
York.

Christopher, R.C. (1984). The Japanese mind: The goliath explained. Pan
books.London.

Coladarci,T. (1992). Teachers sense of efficacy and commitment to


teaching.Journal of experimental education, 60: 323-337.

Corey, S.M., (1953). Action research to improve school practices. New York:
Teachers College Press.

Educational Technology Division, Ministry of Education (2006). Project-Based


Learning Handbook. Kuala Lumpur, Communications and Training Sector Smart
Educational Development Educational Technology Division, Ministry of Education
(1-56).

Faridah A. H., Naimah I., Hamidah Y., dan Habibah A.R. (2005). Kemiskinan Dan
Pendidikan: Perubahan Minda Orang Melayu Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan
Akademik. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Ferrance, E., (2000). Action Research. Northeast and Islands Regional


Educational Laboratory at Brown University.

Gerstner, L.V., Semerad, R. D., Doyle, D. P., & Johnston, W.B., (1994).Reinventing
education: Entrepreneurship in Americas public schools. Penguin, New York.
Irfan Naufal Umar dan Sajap Maswan. (2004). Pendekatan inkuiri dan
pembelajaran berasaskan masalah dalam persekitaran web. Prosiding Teknologi
Pendidikan. Universiti Sains Malaysia.
Jamaludin Badusah, Muhammad Hussin & Abd. Rashud Johar. (2000). Inovasi dan
teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Percetakan Warni
Sdn. Bhd.
John Brodi (2008). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan
Projek: Satu KajianKes Teaching School, Jurnal IPTAR.

Johnson, B.M., (1995). Why conduct action research?. Teaching and Change, 1,
90-105.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Pembangunan Pendidikan 20012010.Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006).

Kemmis, S dan Mc. Taggart, R., (1988). The action research planner. (3 rd
ed.).Geelong, Victoria: Deakin University Press.

Keogh.B., Simon. S., Naylor. S., Maloney. J & Downing. B. (2008). Puppets and
Engagement In Science. International Journal of Science Education .Jld 30,12291244.
Lomax, P., (1994). Change and educational innovation: The case for action
research. Ucapan Keynote yang disampaikan semasa di Educational Conference:
Inovation in Educatin di USM, Oktober 1994.
Mills, G. E., (2000). Action research: Principles and practice. Routledge London.
Musa Mohamed, Jaohari Mohd. Nordin, Bahiyani Abd. Aziz (1994). Kajian prestasi
matematik murid Melayu di luar bandar. Laporan Kajian Tindakan di bawah
Programme for Innovation, Excellence and Research.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1992).


PPK (1999). Kepentingan kajian
tindakan.http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/kj/penting.htm;

Rizal Jusoh. (2005). Meningkatkan Kemahiran Mendarab Sifir 9 Melalui Teknik


Bermain Sambil Belajar. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Tahun. Kajian
Tindakan Guru, 1, 173-185.
Scott G. Paris; Kirsten M. Yambor; Becky Wai-Ling Packard (1998). Hands-on
biology: a museum-school-university partnership for enhancing students' interest
and learning in science. The Elementary School Journal, Vol.98 (3). 267(22).
Tina Lim Swee Kim. (2002). Pembelajaran web. Kesan pendekatan konstruktivis
berbanding pendekatan langsung terhadap pencapaian sains dan kemahiran
berfikir aras tinggi. Tesis Master. Universiti Sains Malaysia. (Tidak diterbitkan).
Zalizan (2001) Kajian prestasi pelajar lelaki dan perempuan dalam sistem
pendidikan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zurida, I., Syarifah Norhaidah, S.I, dan Mohd. Ali, S. (2006). Kaedah Mengajar
Sains. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Pahang Darul Makmur.
Dicatat oleh idarmawati di 1:54 PG

Anda mungkin juga menyukai