Anda di halaman 1dari 14

Ringkasan Berita Pesawat MAS MH370 Dari KL ke Beijing Hilang

Pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Beijing


dilaporkan hilang lebih 24 jam bermula pada Sabtu kini menjadi misteri
ekoran belum ada sebarang petunjuk mengenai pesawat itu biarpun
usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan.
Meskipun belum ada perkhabaran baik mengenai pesawat itu yang
membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal, semua orang di
seluruh dunia mengharapkan dan mendoakan keajaiban berlaku supaya
kesemua mereka dapat ditemui dan pulang dengan selamat
Berikut antara ringkasan laporan berita mengenai
perkembangan Insiden Kehilangan Pesawat MAS MH370 Hilang,
bermula hari pertama.
8 Mac 2014
Pesawat Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke
Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang
kira-kira pukul 2.40 pagi, awal Sabtu (8 Mac 2014, Waktu Malaysia)
Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang
bayi dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing
777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi
Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi Sabtu
MAS mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka berusaha
menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari turut
mengesahkan penumpang-penumpang adalah dari 15 negara termasuk
China, Indonesia, Australia, Perancis, dan Malaysia.

Pada masa yang sama, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad
menyuruh orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai kejadian
susulan beberapa spekulasi di Twitter.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mengesahkan tiada
bangkai pesawat MH370 ditemui di laut selatan negara itu seperti yang
dilaporkan sebelum ini. Beliau turut menafikan bahawa terdapat cubaan
merampas pesawat tersebut.

MAS telah menyiarkan senarai penumpang dan kru MH370 yang hilang
Jabatan Penerbangan Awam berkata laporan media tentang dua
tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam masih sedang
disahkan.



Fakta Pesawat
Jenis: Boeing 777-200
Tarikh Pelancaran: Jun 1995
Jenis Engin: PW4077, RR 877, GE90-77B
Jumlah Dimiliki MAS: 15 Buah

Model Boeing 777-200 tidak pernah terlibat dalam sebarang
kemalangan udara sehingga penerbangan Asiana mendarat cemas di
Lapangan Terbang San Francisco mengorbankan tiga remaja perempuan
China pada Julai 2013




























Kejadian Pesawat Terhempas di Tanjung Kupang, JOHOR- 4
DISEMBER 1977.

Gambar ini dirakam pada tahun 1976 iaitu setahun sebelum kejadian

Mari ikuti kisah ini.

JAM menunjukkan sekitar 7.21 malam pada 4 Disember 1977 apabila
pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 737 MH653
berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau
Pinang menuju ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke
Singapura.Seramai 93 penumpang antaranya pelancong asing bersama
tujuh krew penerbangan berada di dalam pesawat berkenaan.

Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang
dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
(LTAS) di Selangor.

HUTAN bakau di Tanjung Kupang menjadi kawasan lapang selepas
tragedi pesawat terhempas pada 4 Disember 1977.

Hampir setengah jam kemudian, pesawat berkenaan melalui Batu Arang
dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
(LTAS) di Selangor.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba menara kawalan LTAB menerima
makluman daripada juruterbang pesawat bahawa terdapat situasi cemas
yang berlaku di dalam penerbangan itu, kira-kira jam 7.54 malam.

Ketika pegawai petugas menara kawalan meminta penjelasan lanjut,
juruterbang berkenaan segera membalas dengan menyampaikan satu
makluman yang amat mengejutkan pesawat berkenaan dirampas pihak
tertentu! Mendengar penerangan itu, segera menara kawalan
menyediakan landasan untuk pesawat berkenaan mendarat.
Pesawat berkenaan terbang semakin rendah untuk mencecah
landasan tetapi belum pun sempat ia menjejakkan roda, tiba-tiba ia
kembali terbang tinggi meninggalkan daratan.
Tanda tanya terus tercetus tatkala melihat tindakan aneh
juruterbang tetapi ketika itu jugalah menara kawalan kembali
dimaklumkan juruterbang pesawat berkenaan bahawa mereka akan
meneruskan penerbangan ke Singapura.

BARANG mangsa yang bertaburan dikumpulkan.
Menara Kawalan Paya Lebar di Singapura terus dimaklumkan
mengenai situasi cemas dihadapi penerbangan MH653 itu dan kelulusan
untuk mendarat segera diberikan pihak berkuasa negara terbabit.Akan
tetapi, tidak lama selepas itu, secara tiba-tiba pesawat berkenaan terus
hilang daripada radar menara kawalan. Segala usaha untuk mengadakan
hubungan radio bagi menghubungi pesawat berkenaan juga gagal.
Runsing, cemas dan tanda tanya terus bercampur baur pada pihak
berkaitan tatkala memikirkan kehilangan misteri pesawat terbabit
daripada radar selain situasi cemas yang berlaku di dalam penerbangan
berkenaan.
Sementara itu, malam yang tenang dan damai menyelubungi
beberapa kampung di Tanjung Kupang yang terletak berhampiran Selat
Tebrau kira-kira jam 8.30 malam.
Kebanyakan penduduk berada di dalam rumah masing-masing
sambil berehat dan menonton televisyen manakala sebilangan lagi
melepaskan penat lelah berikutan terdapat kenduri kahwin yang
diadakan pada siangnya.
Tidak lama kemudian, satu bunyian aneh yang berdesing seakan
bunyi wisel yang kuat mula menggemparkan penduduk kampung. Ada
antara mereka yang berlari ke luar rumah untuk memastikan bunyi aneh
apakah yang mencemari keheningan malam itu.
Ketika itulah mereka semua tersentak kekejutan di hadapan
mata mereka, kelihatan pesawat gergasi terbang dalam keadaan
bergoyangan dan amat rendah sehingga kelihatan seolah-olah berada
betul-betul di atas pohon kelapa saja.
Kegemparan di jiwa penduduk masih belum hilang ketika pesawat
berkenaan tiba-tiba terbang memutar dan hampir menegak. Satu
letupan kuat kedengaran sebelum lampu pesawat itu terpadam dan kapal
terbang itu terus terjunam ke satu lokasi berhampiran kampung
berkenaan.
Pesawat berkenaan terhempas di permukaan tanah dan
menggegarkan kawasan sekitar sehingga ada penduduk menyangka yang
gempa bumi berlaku di kampung itu. Gegaran itu diiringi satu letupan
teramat kuat dan api mula marak menjulang sehingga berpuluh meter ke
udara.
Serentak itu juga banyak barang dan serpihan pesawat melayang
bertebaran ke merata arah malah sehingga ke lokasi yang jauh.

Tidak lama kemudian, satu laporan diterima pihak polis berhubung
tragedi kapal terbang yang terhempas di kawasan hutan bakau di
Tanjung Kupang.
Laporan itu membawa berpuluh jentera bomba, ambulans dan
kenderaan menyelamat bersama lebih 100 pihak berkuasa termasuk
polis, tentera, bomba dan petugas hospital ke lokasi nahas sekitar jam
10 malam bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Pengawasan helikopter dari udara mendapati hempasan pesawat
menjangkau lokasi luas sehingga 2.5 kilometer persegi malah ada
kawasan yang menjadi lapang seumpama padang jarak padang terkukur
apabila banyak pohon bakau di kawasan itu tercabut dan patah dilanda
pesawat.
Gerakan mencari dan menyelamat segera dilakukan dan ketika itu
jugalah pihak terbabit mula sedar bahawa pesawat berkenaan berkecai
akibat terhempas dan tiada siapa yang terselamat daripada tragedi itu.
Kenyataan itu lebih menyeramkan tatkala pasukan penyelamat
mendapati bukan saja tiada mangsa yang berjaya diselamatkan malah
jasad semua mereka juga hancur berkecai malah ada yang hanya ditemui
sekadar cebisan daging.

Pelbagai peralatan daripada pesawat termasuk buku, surat,
gambar, pakaian dan barangan keperluan mangsa bertebaran ke merata
arah di seluruh kawasan tragedi yang luas malah cebisan jasad mangsa
dipercayai turut hilang akibat terjatuh di kawasan perairan.
Kawasan sekitar juga mula diselubungi bauan mayat serta minyak
pesawat dan hari itu, satu tragedi pesawat terhempas yang paling tragik
dan dahsyat dicatat dalam sejarah hitam negara.

Anda mungkin juga menyukai