Anda di halaman 1dari 3

Aedes merupakan genus nyamuk yang asalnya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, namun

telah tersebar disebabkan aktiviti manusia ke seluruh benua kecuali antartika. Namanya diperolehi
daripada perkataan Yunani Kuno ads, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini
menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Aedes albopictus merupakan
spesies yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Aedes aegypti juga terkenal
sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu
minggu.
1. Dalam Rumah
1. Akuarium
2. Perangkap semut
3. Pasu Bunga
4. Timba
5. Tempayan
6. Kolam (kolah) mandi
7. Tempat air peti sejuk
2. Luar Rumah
1. Tayar buruk
2. Tempurung kelapa
3. Botol/gelas pecah yang mengandungi air
4. Salur air hujan
5. Tempayan
6. Pokok Pisang
7. Pokok Keladi
8. Longkang yang tersekat

9. Tangki septik (terdedah)

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes[sunting]


1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah
sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pingganpinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah
atau ditanam
5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat
air daripada mengalir
6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah
pembiakan nyamuk
7. Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentikjentik.
8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas
menyimpan air, tiga bulan sekali

Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit protozoa yang paling biasa di dunia,
iaitu plasmodium yang menyumbang kepada lebih kurang 3 juta kes dan 1.5 hingga 2.7 juta kematian
setiap tahun. Ia disebarkan oleh nyamuk betina genus Anopheles (nyamuk tiruk),
terutamanya Anopheles sundaicus di Asia dan An. gambiae di Afrika. Ramai orang mendapat malaria
semasa mengembara ke negara-negara tropika atau subtropika. Malaria berlaku di kebanyakan
bahagian sub Sahara Arika, Asia Tenggara dan Selatan, Mexico, Haiti, Amerika
Tengah dan Selatan, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon.
Malaria merupakan penyakit berjangkit bawaan vektor yang disebabkan oleh parasit protozoa. Ia
meluas di kawasan tropika dan subtropika, termasuk sebahagian dari Amerika, Asia, danAfrika.
Setiap tahun ia menyebabkan penyakit pada sekitar 650 juta orang dan membunuh antara satu
hingga tiga juta, kebanyakannya kanak-kanak di Sub-Sahara Afrika. Malaria biasanya dikaitkan
dengan kemiskinan, tetapi turut merupakan punca kemiskinan dan penghalang utama kepada
pembangunan ekonomi.
Malaria merupakan salah satu penyakit berjangkit biasa dan masaalah kesihatan umum yang besar.
Penyakit ini disebabkan oleh parasit protozoa dari genus Plasmodium. Bentuk penyakit ini yang
paling serious disebabkan oleh Plasmodium falciparum dan Plasmodium vivax, tetapi spesies berkait

yang lain seperti (Plasmodium ovale, Plasmodium malariae, dan kadang-kala Plasmodium knowlesi)
turut mampu menjangkiti manusia. Kumpulan pathogenic manusia spesies Plasmodium ini dirujuk
sebagai parasit malaria.
Parasit Malaria disebar oleh nyamuk Anopheles betina. Parasit membiak dalam sel darah merah,
menyebabkan simptom termasuk anemia (kepala rasa ringan, semput nafas, (tachycardia) dll.),
termasuk juga simptom umum lain seperti demam, sejuk, mual, penyakit seperti selsema, dan dalam
kes teruk, koma dan kematian. Penyebaran Malaria boleh dikurangkan dengan menghalang gigitan
nyamuk melalui kelambu nyamuk dan penghalang serangga, atau melalui langkah pengawalan
nyamuk seperti menyembur racun serangga dalam rumah dan mengeringkan kawasan air bertakung
di mana nyamuk bertelur.
Tiada vaksin kini berkesan bagi malaria; ubat penghalang mesti diambil secara berterusan bagi
menghalang risiko jangkitan. Rawatan ubat prophylaktik sering kali terlalu mahal bagi mereka yang
dinggal dikawasan endemik. Kebanyakan orang dewasa dalam kawasan endemik mempunyai
jangkitan ulangan jangka panjang dan juga separuh kebal; kekebalan berkurangan menurut tempoh
dan dewasa sebegitu mungkin terdedah kepada malaria teruk sekiranya mereka tinggal lama
dikawasan bukan endemik. Mereka disaran mengambil langkah berjaga-jaga sepenuhnya sekiranya
mereka kembali kekawasan endemik. Jangkitan Malaria dirawat melalui penggunaan ubat anti
malaria, seperti quinine atau hasilan artemisinin, sungguhpun malaria kebal ubat semakin menjadi
kebiasaan.

Anda mungkin juga menyukai