Anda di halaman 1dari 1

Soalan Esei

1. (a) - Atom R berada pada kumpulan 17, kala 3


- Kumpulan dan kala atom R ditentukan menggunakan nombor proton yang
dibincangkan dari aspek susunan elektron.
- Bilangan elektron valens dapat menentukan kumpulan atom R.
- Rajah menunjukkan elektron valens atom R ialah 7 oleh itu ia perlu ditambah
dengan 10.
- Kala atom R pula ditentukan oleh bilangan petala yang berisi elektron iaitu 3
petala yang berisi elektron.

(b) (i)
- Atom P dan R membentuk satu ikatan kovalen
- Atom R mempunyai susunan e- 2.8.7
- Oleh itu, ia memerlukan satu e- untuk mencapai susunan oktek yang stabil.
- Manakala Atom P mempunyai susunan e- 2.4
- Untuk mencapai susunan oktek yang stabil, ia memerlukan empat e-.
- Oleh itu 4 atom R akan berkongsi dengan 1 atom P untuk mencapai susunan
oktek yang stabil.
- Maka terbentuklah sebatian R4P

(ii)
- Atom Q dan R membentuk ikatan ion
- Atom Q mempunyai susunan e- 2.8.1
- Untuk mencapai susunan e- oktek yang stabil, ia telah menderma 1 e-
valensnya.
- Atom R pula mempunyai susunan e- 2.8.7.
- Atom R telah menerima satu e- daripada atom Q.
- Daya tarikan elektrostatik yang kuat menarik ion Q dan R.
- Oleh itu ia membentuk sebatian Ion QR.

(c)
- Takat lebur dan takat didih sebatian QR tinggi
- Manakala, takat lebur dan takat didih sebatian R4P adalah rendah
- Takat lebur dan takat didih sebatian QR adalah lebih tinggi kerana daya tarikan
elektrostatik yang kuat.
- Ini menyebabkan lebih banyak tenaga haba yang diperlukan untuk mengatasi
daya tarikan tersebut.
- Takat lebur dan takat didih sebatian R4P pula adalah rendah kerana daya tarikan
van der waals yang lemah
- Ini turut menyebabkan sedikit tenaga haba yang diperlukan untuk mengatasi
daya tarikan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai