Anda di halaman 1dari 4

SMK SUNGAI MANIK,36000 TELUK INTAN

MODUL CUTI SEKOLAH BAHASA MELAYU SPM

A. Namakan jenis frasa yang bergaris di bawah ini sama ada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja
(FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS).
1. Shah Faiz memandu kereta Ferrari. (………………………………………)
2. Adik Imran menggoreng kacang di dapur. (………………………………..)
3. Permaidani merah itu dari Bangladesh. (…………………………………..)
4. Air kelapa bakar sungguh sedap dan berkhasiat. (…………………………………)
5. Lagu nyanyian Siti Nurhaliza dicipta oleh Don Mustafa. (………………………….)
6. Yogeswaran sekeluarga akan ke Turki minggu hadapan. (………………………..)

B. Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
1. Ling Ling membawa pakaian sukan ke sekolah pada setiap hari Khamis.
……………………………………………………………………………………………….
2. Saya menyusun semua buku di dalam almari supaya lebih kemas.
………………………………………………………………………………………………
3. Hotel itu menyediakan juadah berbuka puasa yang sungguh sedap tetapi murah.
………………………………………………………………………………………………
4. Kanak-kanak tadika itu melukis gambar-gambar haiwan jinak.
……………………………………………………………………………………………..
5. Perenang dari Malaysia merangkul pingat emas di Sukan SEA, Singapura.
……………………………………………………………………………………………..
6. Kita perlu mendaki gunung itu pada awal pagi agar tiba di puncak sebelum waktu
malam.
….………………………………………………………………………………………….

C. Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
1. Sarapan disediakan oleh guru-guru perempuan untuk semua murid yang berkursus.
…………………………………………………………………………………………………
2. Anak-anak perlu kita didik menghormati orang tua sejak kecil.
…………………………………………………………………………………………………

1
roosezah@yahoo.com
3. Susu tepung diberikan oleh jururawat kepada bayi itu setelah ibunya meninggal
dunia.
………………………………………………………………………………………………….
4. Jamuan hari raya kelas kami ditaja oleh Restoran Ghulam Rasul.
………………………………………………………………………………………………….
5. Hari Pekerja disambut oleh pekerja-pekerja dengan meriah di seluruh negara.
………………………………………………………………………………………………….
6. Rumah Fikri digeledah oleh perompak untuk mencari wang dan barangan berharga.
………………………………………………………………………………………………….

D. Tukar ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud
asalnya.
Kebanyakan murid hari ini terlalu taksub terhadap gajet dan mengabaikan pelajaran.
Mereka sanggup mengikat perut semata-mata untuk membeli gajet-gajet terkini kerana
ingin bersaing dengan rakan-rakan sekolah. Kesannya pelajaran mereka terabai kerana
asyik menghabiskan masa bermain pelbagai permainan menggunakan gajet.
1. ….……………………………………………………………………………………………….
2. ….……………………………………………………………………………………………….
3. ….……………………………………………………………………………………………….
4. ….……………………………………………………………………………………………….
5. ….……………………………………………………………………………………………….
6. ….……………………………………………………………………………………………….

E. Gabungkan ayat-ayat dalam petikan di bawah menjadi tiga ayat majmuk tanpa
mengubah maksud dan struktur asalnya.
Air perigi merupakan pilihan terbaik sebagai air minuman. Air perigi berpunca daripada
air di bawah tanah. Air perigi mengandungi mineral. Mineral diperlukan oleh badan. Pada
hari ini, air perigi mengalami pencemaran air di bawah tanah. Pada hari ini, air di bawah
tanah tidak selamat diminum.
1. ….………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………….
2. ….………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………….
2
roosezah@yahoo.com
3. ….………………………………………………………………………………………………
….…………………………………………………………………………………………………
F. Betulkan kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan.
1. Syazwan datang ke rumah ibu mertuanya untuk bermohon maaf.
………………………………………………………………………………………………
2. Nur Jannah ambil tempahan membuat kuih muih sepanjang bulan Ramadan.
………………………………………………………………………………………………..
3. Kanak-kanak yang mengikuti pra sekolah lebih yakin apabila dimasukkan sekolah
rendah.
….……………………………………………………………………………………………
4. Ibu bapa bertanggung jawab mendidik anak-anak jadi insane yang cemerlang.
……………………………………………………………………………………………….
5. Terdapat pelbagai alat bermain disediakan di café itu sebagai daya tarikan.
………………………………………………………………………………………………
6. Hujan lebat di akhir tahun lalu membawa banyak kehancuran harta penduduk.
……………………………………………………………………………………………..
7. Aspek penguat kuasaan dan pendidikan penggunaan yang tidak berkesan telah
mendorong lambakan barang tiruan di negara kita.
….………………………………………………………………………………………….
8. Sebagai kakitangan syarikat, mereka mendapat elaun saradiri yang mencukupi
apabila dijalankan tugas di luar negara.
….…………………………………………………………………………………………..
9. Tokoh korperat itu bersyukur kerana usahanya untuk memperluaskan empayar
perniagaannya hingga ke Korea menjadi realiti.
….…………………………………………………………………………………………
10. Berikutan kecederaan yang dialami oleh Amirul Rahim, tugas sebagai keptan bola
sepak negara pada malam ini diserah kepada Imran Ali.
……………………………………………………………………………………………..

G. Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut
ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah.

i. Siapakah yang memecahkan papan kenyataan itu?


3
roosezah@yahoo.com
….…………………………………
ii. Program Bina Insan mampu melahirkan remaja yang berakhlak mulia.

….…………………………………
iii Dilarang merokok di dalam kawasan sekolah ini.
.
….………………………………
iv Pelbagai peluang melanjutkan pelajaran disediakan kepada pelajar-pelajar
. lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

….………………………………
v. Syabas, anda telah berjaya dalam ujian memandu!

….………………………………
vi “Tuan-tuan dijemput ke Kafetaria Suasana untuk jamuan ringan,” kata tuan
. pengerusi majlis.

….………………………………

-TAHNIAH KERANA MENYIAPKAN TUGASAN-


-PUAN ROOSEZAH-

4
roosezah@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai