Anda di halaman 1dari 3

Karangan Surat kiriman tidak rasmi

Karangan Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi.


Ciri-ciri karangan jenis surat kiriman tidak rasmi
1. Surat kiriman tidak rasmi ditulis kepada sahabat, keluarga, ibu bapa,
saudara-mara, guru, dan sebagainya.
2. Surat tidak rasmi bersifat peribadi.
3. Tujuan menulis surat tidak rasmi:
a) Menanyakan khabar dan memberitahukan khabar.
b) Bertukar pendapat.
c) Membalas surat daripada rakan, keluarga, saudara-mara.
d) Meluahkan perasaan.
e) Memohon maaf.
f) Ucapan tahniah, takziah, dan sebagainya.
4. Format surat kiriman tidak rasmi:
a) Alamat pengirim ditulis di sebelah kanan bahagian atas
surat
b) Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim.
c) Pembuka kata sebagai perenggan pertama ditulis ke dalam
sedikit selepas diselang sebaris daripada tarikh.
d) Panggilan hormat penerima seperti saudara, saudari,
ayahanda,
bonda, kakanda, dan sebagainya.
e) Isi ditulis berdasarkan tujuan penulis menulis surat. lsinya
dibahagikan kepada beberapa perenggan.
f) Penutup ditulis dengan ringkas seperti ucapan salam.
g) Ucapan salam.
h) Tandatangan ditulis di sebelah kanan bahagian bawah surat.
Sebelum itu tulislah Sahabatmu,Anakanda yang jauh, dan
sebagainya.
5. Penggunaan singkatan perkataan seperti dah, ni, tapi, tu tidak
digalakkan.

Andaikan kamu tinggal bersama-sama nenek dan bersekolah di


kampung. Tuliskan sepucuk surat kepada ayah kamu untuk
memintanya menghadiri majlis penyampaian hadiah yang akan
diadakan di sekolah kamu. Kamu akan menerima hadiah
sebagai pelajar terbaik sekolah kamu.
Kampung Padang Lalang,
24000 Kemaman,
Terengganu Darul Iman.
9 Oktober 2013
Ke hadapan ayahanda Azmin yang dikasihi dan dirindui selalu.
Ayahanda,
Apa khabar ayahanda di Pulau Pinang. Anakanda sentiasa berdoa
agar ayahanda sihat sentiasa. Bagi diri anakanda di sini, usahlah
ayahanda bimbangkan. Anakanda sihat dan riang di samping nenda
berdua. Nenda berdua juga sihat. Mereka sampaikan salam buat
ayahanda.
Sebenarnya tujuan anakanda mengutus surat ini adalah untuk
meminta ayahanda rnenghadiri majlis penyampaian hadiah di sekolah
anakanda. Majlis itu akan diadakan pada 22 Oktober 2013, pada pukul
10.30 pagi. Anakanda akan menerima hadiah pada majlis itu nanti.
Ayahanda pasti gembira mendengar berita bahawa anakanda telah
mendapat tempat yang pertama dalam peperiksaan yang lalu.
Anakanda akan rnenerima hadiah sebagai pelajar terbaik kelas
anakanda.
Anakanda sangat berharap agar ayahanda dapat hadir pada
majlis
itu
nanti.
Sudah
tentu
kehadiran
ayahanda
akan
mengembirakan hati anakanda. Nenek berdua pun akan turut hadir.
Mereka sangat gembira apabila rnengetahui anakanda akan menerima
hadiah pada majlis itu.
Anakanda sangat merindui ayahanda. Semoga kita akan bertemu
nanti. Salam sayang dan rindu daripada anakanda buat ayahanda di
sana.
Anakanda yang merindui,
Latihan

Eliza

Sahabat lama kamu telah menyertai satu pertandingan bercerita


peringkat kebangsaan. Dia telah berjaya mengalahkan peserta-peserta
lain dengan mendapat tempat pertama. Tuliskan sepucuk surat
kepadanya untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan itu.

Anda mungkin juga menyukai