Anda di halaman 1dari 3

Contoh Karangan Syarahan PT3 Pertama

Soalan Pertama : Anda diminta untuk menyampaikan sebuah karanagn syarahan pt3 yang bertajuk
“Mengisi Masa Lapang dengan Perkara Yang Berfaedah”

 Pengenalan : Kata-kata aluan diberikan dan ucapan terima kasih diucapkan


 Perenggan Kedua : Tajuk syarahan
 Perenggan Ketiga : Melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan kokurikulum
 Perenggan Keempat : Membaca pelbagai bahan bacaan untuk isi masa lapang @ Aktiviti
yang paling berfaedah
 Penutup : Ucapan terima kasih.

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Pengetua, guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang saya
hormati sekalian. Terlebih dahulu ribuan terima kasih ingin saya ucapkan kerana diberi
peluang untuk menyampaikan syarahan pada hari ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Tajuk syarahan saya ialah ‘Mengisi Masa Lapang dengan Perkara Yang Berfaedah’. Masa
lapang atau masa yang terluang hendaklah diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Masa
lapang yang kita ada tidak sepatutnya dibazirkan begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti yang
bermanfaat.

Terdapat pelbagai cara yang kita boleh lakukan untuk mengisi masa lapang. Antaranya adalah
dengan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Dengan cara itu, kita dapat mengekalkan
kecergasan tubuh badan dan juga dapat meningkatkan pengalaman dan ilmu pengetahuan.

Ada juga yang memilih aktiviti membaca untuk mengisi masa lapang yang ada. Banyak
sumber bahan bacaan yang dapat dibaca seperti majalah, surat khabar, buku sejarah dan
sebagainya. Membaca merupakan aktiviti yang paling berfaedah dan bermanfaat untuk mengisi
masa terluang.

Sekian sahaja syarahan saya untuk kali ini. Dengan ucapan terima kasih dan lafaz
assalamualaikum, saya sudahi syarahan pada hari ini.

Contoh Karangan Syarahan PT3 Yang Kedua


Soalan kedua : Andaikan bahawa anda telah terpilih untuk menyampaikan syarahan bagi mewakili
kelas anda. Tajuk karangan syarahan pt3 yang seterusnya adalah berkenaan ialah “Membazir
Adalah Amalan Yang Tidak Baik. Sediakan teks syarahan berikut.

Pengenalan karangan syarahan pt3

Ucapan alu-aluan kepada Tuan Pengerusi Majlis; para hakim; Pengetua; guru-guru dan rakan-
rakan sekalian
Isi karangan syarahan pt3

 Akan mendatangkan banyak keburukan jika terlalu boros berbelanja


 Kita tidak akan mempunyai simpanan wang di masa kita membutuhkannya
 Makanan akan terbuang begitu sahaja jika kita membeli secara berlebihan
 Membuang masa dengan aktiviti tidak berfaedah adalah amalan buruk yang harus dijauhi
 Setiap detik masa adalah emas
 Gunakanlah masa dengan sebaik dan sepenuhnya
 Membazir air dan juga elektrik

Kesannya

 bil kedua-dua ini akan meningkat


 Pada musim kemarau; catuan air terpaksa dilakukan

Penutup karangan syarahan pt3

 Membazir itu sememangnya amalan buruk


 Lebih banyak mendatangkan keburukan

Yang dihormati dan disanjungi Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Pengetua, guru-guru,
rakan-rakan dan hadirin hadirat sekalian. Salam sejahtera dan Assalamualaikum saya ucapkan.
Tajuk syarahan saya pada hari ini adalah “Membazir Adalah Amalan Yang Tidak Baik”.

Saudara dan saudari sekalian,

Maksud “membazir” adalah berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara atau ketika


menggunakan sesuatu sehingga akan ada yang terbuang akhirnya. Sebenarnya amalan membazir
ini banyak mendatangkan keburukan dari banyak aspek. Misalnya, jika kita terlalu ikutkan nafsu
sehingga boros berbelanja, kelak kita tidak akan mempunyai wang pada saat kita
membutuhkannya. Manakala, jika kita membeli makanan secara berlebihan, kemungkinan besar
makanan itu tidak akan habis dan akan terbuang begitu sahaja.

Selain dari itu, membuang masa dengan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah juga
adalah satu pembaziran. Bagi seorang pelajar setiap detik masa itu emas. Oleh sebab itu, pelajar
harus merangka jadual waktu agar setiap masa dapat diisi dengan perkara yang bermanfaat.

Kita juga disarankan agar tidak melakukan pembaziran air dan elektrik. Jika kita tidak
menggunakan air dan elektrik secara berkhemah, pembaziran akan berlaku. Ini akan
mengakibatkan kita membayar bil elektrik dan air yang tinggi jumlahnya. Pada musim kemarau
pula, masalah kekurangan air akan berlaku dan catuan air akan dikenakan.

Oleh disebabkan kekangan masa, saya terpaksa mengakhiri syarahan saya pada hari ini.
Konklusinya, saya ingin menegaskan bahawa membazir adalah amalan yang tidak baik dan akan
mendatangkan kesan buruk kepada kita.
Sekian, terima kasi

Anda mungkin juga menyukai