Anda di halaman 1dari 2

Karangan Laporan

1. Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa.


2. Karangan jenis ini boleh merangkumi laporan aktiviti seperti perbahasan, lawatan,
bercerita, atau pameran dan laporan persatuan.
3. Dalam peperiksaan, kebiasaannya murid diminta menulis tentang pelbagai kegiatan
persatuan di sekolah.
4. Murid perlu benar-benar terlibat atau mengetahui secara mendalam akan peristiwa
yang dilaporkan dan mesti berdasarkan kenyataan.
5. Murid menggelakkan penggunaan bahasa yang kreatif.
6. Format laporan adalah seperti berikut:

 Tajuk laporan ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata kecuali kata
sendi, kata hubung, dan kata sandang atau huruf besar keseluruhannya dan digarisi.
 Idea dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup
 Pengakuan pelapor ditulis di sebelah kiri laporan selepas perenggan akhir dengan
melangkau satu baris kosong dan diakhiri dengan tanda koma (,). Huruf pertama
pada kata pertama mestilah huruf besar.
 Tarikh ditulis di sebelah kanan bertentangan dengan pengakuan pelapor.
 Tandatangan pelapor ditulis di sudut kiri selepas pengakuan pelapor.
 Nama pelapor ditulis dalam kurungan dengan huruf besar sepenuhnya.
 Jawatan pelapor dan nama persatuan yang diwakili ditulis di sudut kiri bahagian
bawah laporan dan diakhiri dengan tanda noktah.

Contoh Karangan 1
Laporan Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan

Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang


Pada 24 April 2019 Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang telah mengadakan sambutan
Hari Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-40. Majlis ini diadakan di Dewan Semarak Budi.
Hari Anugerah Kecemerlangan ini diadakan bagi meraikan kejayaan murid dalam kurikulum
dan kokurikulum.
Sebelum majlis dijalankan, beberapa persiapan dilakukan. Para guru bekerjasama
menghias pentas dan menyediakan hadiah untuk murid, cenderamata untuk tetamu
kehormat, dan hadiah cabutan bertuah. Murid-murid turut sama membantu guru. Malah,
murid-murid yang terlibat dalam persembahan gigih berlatih bagi memastikan persembahan
tiada cacat cela ketika majlis berlangsung.
Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi apabila tetamu kehormat dan ibu bapa tiba dan
mengambil tempat duduk masing-masing. Majlis itu telah dirasmikan oleh Tuan Haji Aidil
bin Kadir, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Ulu
Mengkuang. Suasana sepanjang majlis berlangsung sungguh meriah. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan sepanjang majlis termasuklah, ucapan, persembahan tarian murid Tahap 2 dan
nyanyian murid Tahap 1.
Majlis melabuhkan tirai pada pukul 12.30 tengah hari. Tetamu kehormat dan ibu bapa
menikmati makanan yang disediakan oleh pihak kantin. Pihak sekolah berharap agar majlis
seperti ini diadakan lagi pada tahun hadapan.
Laporan disediakan oleh, 28
APRIL 2019
Daniel
(DANIEL BIN RAHIM)
Setiausaha Hari Anugerah Kecemerlangan,
Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang.

Contoh Karangan 2

Laporan Perkhemahan Pengakap


Sekolah Kebangsaan Sri Delima

Pada 25 Februari 2019 hingga 28 April 2019, Persatuan Pengakap Sekolah Kebangsaan
Sri Delima telah mengadakan perkhemahan di Lata Kijang. Perkhemahan ini telah disertai
oleh 40 orang ahli pengakap dan empat orang guru pengiring.
Perkhemahan ini diadakan adalah untuk membina ketahanan fizikal dan mental dan
membentuk keyakinan diri para peserta. Di sammping itu bertujuan memupuk nilai-nilai
positif dalam diri peserta untuk melahirkan generasi muda yang memiliki sahsiah terpuji.
Sepanjang perkhemahan, para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap
kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggunjawab memimpin ahli kumpulan
dalam menjalankan sebarang aktiviti.
Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan itu.
Antaranya ialah merentas hutan, kawad kaki, lakonan, memasak, membina gajet dan
sebagainya. Aktiviti ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama daripada semua ahli
kumpulan.
Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Para peserta
dapat menimba pengalaman berharga dan pengetahuan baru. Malah, hubungan antara
pengakap bertambah erat ibarat aur dengan tebing.

Laporan disediakan oleh, 5


MAC 2019
Hairul Azam
(HAIRUL AZAM)
Setiausaha Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Sri Delima.

Anda mungkin juga menyukai