Anda di halaman 1dari 2

Surat Kiriman Tidak Rasmi dan Contoh

Surat adalah sesuatu yang ditulis oleh seseorang yang kemudiannya dihantar kepada
orang-orang yang tertentu.

Walaupun kita sudah masuk ke era informasi digital di mana segala perkara dapat
dilaksanakan secara dalam talian termasuk e-mel yang merupakan surat digital yang
dapat diterima dalam saat selepas dihantar, namun surat bersetam yang dihantar
melalui pos masih lagi banyak digunakan oleh banyak pihak bagi tujuan-tujuan tertentu.

Secara umum, terdapat dua format surat untuk surat yang dihantar, iaitu surat kiriman
rasmi dan surat kiriman tidak rasmi. Keuda-duanya memerlukan format yang berlainan
bagi tujuan yang berasingan. Surat kiriman rasmi adalah surat bertajuk yang singkat
dan padat tanpa ayat panjang dan bahasa kiasan.

Ia dihantar kepada orang yang tidak semestinya diketahui oleh kita dalam urusan rasmi
seperti pemohonan kerja atau bantuan, aduan, rayuan, pesanan dan lain-lain yang
melibatkan pengutusan rasmi dengan badan berkanun, jabatan kerajaan atau swasta.

Manakala, surat kiriman tidak rasmi adalah surat peribadi yang selalunya ditulis kepada
orang yang sudah kita kenali terutamanya ahli keluarga termasuk ayah, ibu, abang,
adik, kakak, nenek, datuk, atau saudara-mara, kawan karib dan rakan sejagat, dengan
tujuan untuk bertanya khabar mengucap tahniah atau tahziah, mengundang,
penjelasan, membalas dan sebagainya.

Kita boleh menggunakan bahasa yang kita rasa sesuai dan selesa dalam surat tidak
rasmi kerana ia hanya dituju khas kepada orang yang kita kenali dengan isi kandungan
yang panjang untuk menceritakan perkara remeh-temeh yang berlaku dalam kehidupan
seharian atau untuk meluahkan perasaan kita terhadap orang, perkara atau peristiwa.
Dalam format surat rasmi, kata panggilan yang digunakan hanyalah Tuan untuk lelaki
dan Puan untuk perempuan. Tetapi, dalam surat tidak rasmi, banyak kata panggilan
digunakan untuk golongan lelaki dan perempuan tertentu seperti ayahanda, bonda,
adinda, kakanda, saudari, saudari, anakanda dan cucunda.

Mereka juga berbeza dalam tempat menulis alamat, pengakuan dan tandatangan di
mana kesemua ini diletakkan pada sebelah kiri dalam format surat rasmi, manakala
dalam format tidak rasmi, ia diletakkan pada sebelah kanan surat.

Perbezaan yang paling ketara adalah, surat rasmi memerlukan tajuk rasmi manakala
surat tidak rasmi memerlukan kata menghadap seperti, “Menemui sahabatku Ali yang
diingati, diharap sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta.”
atau “Ke hadapan sahabatku, Abu, diharap agar saudara sekeluarga sentiasa dalam
keadaan sihat sejahtera.”. Berikut adalah format surat kiriman tidak rasmi.

Table of Contents
 Format Tulis Surat Tidak Rasmi
 Contoh Surat Kiriman Tidak Rasmi
 Banyak Perkara Yang Boleh Ditulis Dalam Surat Kiriman Tidak Rasmi
o Hari guru
o Hari Jadi
o Hari Raya
o Perletakan Jawatan
o Bercuti
o Lawatan ke Sesuatu Tempat

Anda mungkin juga menyukai