Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

LAMAN INFO 1.Surat kiriman tidak rasmi ialah surat tidak formal yakni surat peribadi tanpa memerlukan tindakan tertentu dalam jangka masa tertentu. 2.Surat tidak rasmi diungkapkan di antara seorang individu dengan individu secara mesra dan dalam hubungan kekeluargaan.Yang terbabit di sini ialah sahabathandai,saudara-mara,sahabat pena,guru,ibu bapa,penjaga dan sebagainya. 3.Surat-surat tidak rasmi ini termasuklah surat perkhabaran dan penceritaan, surat tahniah dan takziah, kad jemputan/undangan dan kad ucapan sebagainya. 4.Bahasa yang digunakan hendaklah mematuhi hukum tatabahasa,bukannya bahasa pasar dan loghat daerah. 5.Kemesraan surat ini ditandai dengan panggilan-panggilan beradat seperti ibunda atau bonda(ibu), ayahanda(ayah), adinda(adik lelaki atau perempuan), kekanda atau kanda(abang atau kakak), nenda(nenek atau datuk) dan cucunda(cucu).

6.Format surat kiriman tidak rasmi adalah seperti berikut:

a)ALAMAT PENGIRIM ditulis lengkap di sudut atas sebelah kanan surat. b)TARIKH ditulis di bawah alamat pengirim dan diberi tanda nokhtah di hujungnya. c)PEMBUKA KATA dianjakkan ke dalam sedikit selepas langkau satu atau dua baris kosong daripada tarikh. d)KATA GANTI DIRI penerima ditulis di sebelah kiri tepi surat. e)PERENGGAN isi ditulis sejajar dengan pembuka kata. f)PENUTUPAN SURAT disejajarkan dengan pembuka kata dan perenggan isi. g)PENGAKUAN PENGGIRIM ditulis di sebelah kanan surat selang dua atau tiga baris kosong selepas penutupan.Huruf pertama bagi kata pertama ditulis dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda nokhtah (.).Akhiri surat dengan katakata: Yang ikhlas,Yang merindui,Daripada sahabatmu yang jauh di mata dan sebagainya. h)TANDA TANGAN ditulis dibawah pengakuan pengirim. i)NAMA PENGIRIM ditulis selepas tanda tangan

Anda mungkin juga menyukai