Anda di halaman 1dari 2

Abstrak

Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk merekabentuk mesin pengisar pelepah kelapa sawit mudah alih berkuasa elektrik dengan menggunakan kuasa motor sebagai faktor utama bagi menggerakkan pengisar tersebut untuk mengisar pelepah kelapa sawit sebagai bahan makanan lembu. Dimana mesin ini memainkan peranan yang penting bagi menggantikan tenaga manusia. Projek ini menghasilkan satu alternatif lain dalam penggunaan mesin pengisar pelepah kelapa sawit yang lebih mesra alam dah mudah dibawa kemana sahaja kerana saiznya yang kecil. Masalah yang dihadapi adalah menggunakan tenaga manusia yang banyak untuk memproses pelepah kelapa sawit sebagai makanan lembu. Dengan adanya mesin ini, manusia boleh melakukan kerja lebih mudah dan menjimatkan tenaga manusia. Selain itu, mesin ini mudah dibawa kemana sahaja serta saiznya yang kecil berbanding dengan mesin pengisar kelapa sawit yang lain. Projek ini lebih mengutamakan kepada penternak yang kecil, seperti penternak kecil-kecilan. Selain itu, projek dapat mengelakkan penggunaan bahan bakar dan boleh mengelakkan pencemaran berlaku. Sepanjang proses menyiapkan rekabentuk mesin pengisar kelapa sawit ini, banyak teori mekanikal dan praktikal digunakan, yang mana mengikut kesesuaian penggunanya. Projek rekabentuk ini memberi banyak peluang untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman kerana dapat mengaplikasi penggunaan perisian rekabentuk seperti solid work, autocad, pengiraan asas kejuruteraan, pembinaan fabrikasi, mengenalpasti serta penyelesaian permasalahan, terutamanya dalam proses pembinaan rekabentuk mesin pengisar pelepah kelapa sawit ini. Namun begitu, projek ini masih mempunyai kekurangan dan kelemahan yang masih boleh dipertingkatkan serta berpotensi untuk berkembang sejajar dengan objektif pembinaan rekabentuk ini. Secara keseluruhannya, mesin pengisar pelepah kelapa sawit ini dapat berfungsi dengan baik.

Abstract

The purpose of this project is to design palm fronds milling machine portable electric power using motor power as a key factor in moving the mill to grind the palm fronds as cattle food. Where this machine plays an important role to replace manpower. This project resulted in the use of other alternative blender palm fronds that are more environmentally friendly easy to carry wherever only because of its small size. The problem is that a lot of man power to process oil palm frond as cattle feed. With the availability of these machines,people can do the work more easier and save manpower. In addition, this machine is easy to carry wherever and with only a small size compared with oil palm milling machine to another. The project prefers to small farmers, such as small-scale farmers. In addition, the project will avoid the use of fuel and can avoid contamination occurs. During the process of finalizing the design of oil palm milling machine, a lot of mechanical theory and practical use, which is appropriate users. This design project provides many opportunities to enhance their knowledge and experience to be able to apply the use of design software like solid work, auto cad, basic engineering calculations, construction fabrication, identifying and solving problems, especially in the construction design process milling machine's of oil palm fronds. However, the project still has shortcomings and weaknesses that can be improved as well as the potential to grow in line with the objective of building this design. Overall, palm fronds milling machine is able to function well.

Anda mungkin juga menyukai