Anda di halaman 1dari 33

NOTA KULIAH 1

SEMESTER SEMESTER 4 DTA SESI 2014/2017

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL & PEMBUATAN

PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF / DTA

KOD / KURSUS MTA 8033 MANAGE FACILITIES AND EQUIPMENT

1. Facilities and equipment


KOMPETENSI 2. Categorise facilities & equipment usage
3. Set-up preventive maintenance schedule
4. Plan work pace lay out

1.1 Specify facilities and equipment.


2.1 Classify facilities and equipment usage
KOMPETENSI UNIT
3.1 Apply preventive maintenance schedule
4.1 Execute work place layout

1. Identify a facilities and equipment to be located and utilized. (C4, PLO4)


2. Perform knowledge of facilities and equipment in organization. (P3, PLO2)
KOMPETENSI PEMBELAJARAN
3. Discuss the facilities and equipment schedule maintenance chart in groups.
(A2, PLO5)

MTA 8033/K 01/NK 01-04


NO KOD
EDISI JUNE 2017 MUKA : 01
P-080-4 / DUTY08 DARIPADA 23
NO KOD JPK
TASK 8.01,8.02,8.03,8.04

NAMA

ANGKA GILIRAN
1. PENGURUSAN KELENGKAPAN DAN PERALATAN BENGKEL
KENDERAAN / PUSAT SERVIS

Penubuhan bengkel kenderaan atau pusat servis di Malaysia adalah begitu pesat
sekali selari dengan kepesatan penggunaan kenderaan bermotor. Hampir 98%
dari pusat servis ini dimiliki oleh syarikat-syarikat besar seperti syarikat minyak,
syarikat tayar dan sebagainya. Pusat servis ini disewakan kepada pengusahanya
mengikut tempat serta kawasan tapak tanah yang disediakan. Ada juga terdapat
pusat servis milik persendirian dan selalunya pusat servis ini terdiri dari pusat
servis yang kecil yang hanya membuat servis-servis tertentu sahaja.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah berbeza secara meluas


seperti menjual minyak, membaik pulih komponen dalaman, membekalkan
aksesori kenderaan, menjual kenderaan terpakai ataupun kenderaan baru dan
sebagainya.

Terdapat berbagai-bagai kaedah yang boleh digunakan untuk pengusaha-


pengusaha membuka pusat servis:

a. Membeli tanah dan membuka pusat servis sendiri


b. Menyewa tanah dan membuka pusat servis sendiri
c. Membeli pusat servis yang sediada
d. Menyewa pusat servis dari orang perseorangan
e. Menyewa pusat servis dari syarikat minyak (francais)

Bagi menghasilkan sebuah pusat servis yang produktif dan mendapat


kepercayaan pelanggan, pengusaha pusat servis hendaklah melengkapkan
bengkel mereka dengan kemudahan dan peralatan yang boleh memenuhi
teknologi semasa. Kemudahan dan peralatan ini merupakan satu bentuk
pelaburan yang tidak memberi pulangan secara terus. Namun ia juga merupakan
kemudahan yang perlu ada bagi setiap pusat servis. Tanpa kemudahan mesin
dan peralatan tangan, sesuatu kerja baikpulih kenderaan tidak dapat dilakukan
walaupun mempunyai tenaga kerja yang banyak dan berkemahiran tinggi. Mutu
dan kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan dengan adanya kemudahan mesin
dan peralatan tangan yang mengikut teknologi semasa. Pelanggan akan merasa
puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Ini akan meningkatkan
keuntungan sesebuah pusat servis.

2.1 KEMUDAHAN ASAS PUSAT SERVIS


Kemudahan asas sesebuah bengkel atau pusat servis boleh dibahagikan kepada
tiga ketagori iaitu :

a) Kemudahan bangunan
b) Kemudahan penyelenggaraan kenderaan
c) Peralatan tangan
Kemudahan bangunan adalah kemudahan yang perlu ada pada sesebuat pusat
servis bagi melancarkan kerja-kerja baik pulih kenderaan. Ciri-ciri yang perlu ada
ialah :

i. Keselesaan pengguna :
 memudahkan pergerakan pelanggan keluar dan masuk
 tempat letak kenderaan pelanggan yang selesa
 kemudahan tandas
 tempat menunggu
 dan lain-lain yang difikirkan perlu

ii. Kemudahan pergerakan pekerja :


 tempat mengisi minyak perlu jauh dari kawasan pam minyak
 susunan tempat senggara kenderaan dalam bangunan mesti teratur
 mempunyai bilik pam angin dan minyak yang sesuai dan terasing dari
tempat kerja
 mempunyai laluan yang baik dan selamat
 ruang kerja mesti luas dan barang kegunaan disusun rapi untuk
memudahkan penggunaannya

iii. Bilik stor mesti cukup besar untuk menyimpan barang keperluan

iv. Tangki minyak mesti mengikut piawaian yang telah ditentukan oleh undang-
undang

v. Kemudahan lain :
 pam angin disediakan dengan papan kenyataan yang jelas
 perlu ada rak yang sesuai yang mudah dialih-alihkan bersama papan
tanda yang menarik untuk penjualan minyak pelincir
 kebersihan sentiasa dijaga
 tanda amaran mesti jelas, terang dan tidak mengelirukan

Kemudahan penyelenggaraan kenderaan adalah seperti peralatan-peralatan


mesin bagi membantu proses baik pulih kenderaan. Peralatan mesin ini mestilah
mengikut perkembangan teknologi terkini dan berkesesuaian dengan kenderaan
sekarang. Ianya adalah penting bagi pengusaha pusat servis untuk memilih
peralatan mesin yang perlu digunakan dan mesti memahami bagaimana mesin
yang dipilih beroperasi. Pastikan peralatan mesin yang dipilih mempunyai servis
selepas jualan bagi memastikan peralatan mesin dapat diperbaiki apabila
mengalami kerosakkan. Kebiasaanya peralatan dibawah boleh didapati disetiap
bengkel bagi melaksanakan servis.

i. HC / CO Exhaust Emission Analizer


ii. Scan Tool
iii. Fully Automatic Parts Washer
iv. Wheel Alignment
v. Tyre Changer
vi. Wheel Balancer
vii. Waste Oil Drain
viii. Injection Nozzle Tester
ix. Recycle and Recover Mechine
x. Air Compressor
xi. Dan lain-lain.
Beberapa penerangan berkenaan kemudahan mesin yang perlu ada di pusat
servis bergantung kepada jenis-jenis perkhidmatan yang hendak diberikan.
Kebanyakan mesin dan peralatan berkaitan automotif pelajar sudah
mempelajarinya pada tahap 1,2 dan 3. Di bawah hanya membincangkan
beberapa mesin yang difikirkan perlu bergantung kepada keperluan sesebuah
pusat servis.

i. HC / CO Exhaust Emission Analizer

Mesin ini digunakan bagi mengukur kandungan Hidro-Karbon dan Karbon


Dioksida yang keluar melalui ekzos kenderaan. Ia juga memastikan alam
sekitar dalam keadaan baik.

ii. Scan Tool

Peralatan ini digunakan bagi menguji kerosakan komponen-komponen yang


terdapat pada enjin EFI atau enjin pada kenderaan masa kini. Jika sesuatu
pusat servis ingin membeli Scan Tool ini, pastikan jenis kenderaan apa yang
hendak / biasa pelanggan gunakan.
iii. Wheel Alignment

Peralatan yang digunakan untuk mengukur toe-in, camber, king pin angles
pada kenderaan. Wheel aligment tester terdapat dua jenis iaitu dengan cara
mekanikal atau electrical sensor.

iv. Wheel Balancer

Ia digunakan untuk menimbang tayar bagi memastikan tidak bergegar


semasa dalam keadaan laju.
v. Tyre Changer

Mesin ini biasanya didatangi sekali dengan wheel alignment dan wheel
balancer. Tujuan mesin ini adalah untuk membuka tayar dari rim sebelum
membuat balancing. Pusat servis yang menggunakan ketiga-tiga mesin ini
biasanya memberi perkhidmatan servis tayar sebagai perkhidmatan utama.

Bagi pusat servis, peralatan tangan (tool) adalah peralatan yang paling penting
untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaran dan baikpulih kenderaan. Tanpa
peralatan tangan, maka pusat servis tidak dapat berfungsi dengan baik dan tiada
operasi perniagaan dijalankan. Set peralatan tangan digunakan pada setiap hari
oleh mekanik untuk membaikpulih dan menyelenggara kenderaan. Maka setiap
bengkel perlu menyediakan set peralatan tangan yang mencukupi kepada
mekanik. Di bawah adalah beberapa contoh peralatan tangan yang biasa
digunakan / terdapat di pusat servis.

 Set Spanar
 Screwdriver
 Plier
 Hammer
 Socket (box)
 Plug wrench
 Dan lain-lain

Pelajar pastinya sudah mengetahui jenis-jenis peralatan tangan dan


kegunaannya melalui pelajaran di tahap 1,2 dan 3. Penggunaan peralatan tangan
mestilah selaras dengan jenis perkhidmatan yang hendak disediakan oleh
sesebuah pusat servis. Beberapa keterangan mengenai peralatan tangan yang
disenaraikan di atas adalah seperti di bawah.
Spana ini biasanya didatangi dengan beberapa saiz dan set. Pengurus pusat
servis perlu bijak dalam memilih set spanar mengikut jenis perkhidmatan yang
disediakan dan kebanyakan set spana disediakan dengan beberapa set
peralatan tangan yang lain seperti tukul, screw driver dan sebagainya.

Disamping itu juga disenaraikan beberapa peralatan tambahan bagi menyokong


peralatan tangan yang sedia ada seperti :

 Tool stand
 Fander cover
 Workbench
 Seat cover
 Servis creeper
 Washing stand
 Dan lain-lain lagi

Dalam menentukan segala kemudahan dan perlatan yang hendak dibeli dan
digunakan oleh sesebuah pusat servis, pengusaha perlu bijak merancang dan
memastikan apakah jenis-jenis perkhidmatan pusat servis yang ingin ditawarkan.
Tidak semestinya semua kelengkapan kemudahan dan peralatan tangan yang
ada dipasaran perlu dibeli. Biasanya kemudahan dan peralatan yang berkaitan
dengan perkhidmatan yang ditawarkan sahaja perlu dibeli.

Perkara yang perlu diambil kira dalam pembelian peralatan ialah :

1. Kegunaan : berpandukan kepada keperluan dan potensi penggunaan pada


masa hadapan.
2. Ruang : pengabaian factor ini akan menyebabkan timbul banyak masalah
dan perlukan penambahan ruang.

MTA 803
3. Kualiti alat : untuk memastikan kerja-kerja yang akan dibuat menghasilkan
pulangan yang baik dan pelanggan berpuas hati.
4. Pulangan modal : ia perlu dapat memberikan pulangan modal yang cepat
iaitu dalam masa sekurang-kurangnya ½ tahun.
5. Harga : mesti dalam bidang kemampuan pusat servis.

Pemilihan peralatan yang hendak dibeli mestilah berpandukan kepada objektif


perniagaan yang hendak dijalankan. Peralatan-peralatan yang diperlukan adalah
seperti yang dibincangkan di atas.

2.2 PENYELENGGARAAN PENCEGAHAN

Peralatan, mesin dan bangunan dalam sesebuah pusat servis lama-kelamaan


akan menjadi buruk dan rosak. Bila ini berlaku maka terpaksalah pengurus pusat
servis tersebut membeli peralatan, mesin atau membina bangunan baru. Ini
memerlukan belanja yang besar. Tempoh masa sebelum sesebuah mesin,
peralatan, atau bangunan itu rosak, bergantung kepada sejauh mana ia dijaga.
Penjagaan inilah yang dipanggil senggaraan.

Senggaraan yang baik dan berkesan amatlah diperlukan untuk memastikan


setiap peralatan, mesin dan bangunan itu boleh digunakan dalam satu jangka
masa yang dianggap mengutungkan. Peralatan, mesin dan bangunan yang tidak
di senggarakan dengan baik dan betul akan cepat rosak dan merugikan dari segi
pelaburan modal. Untuk itu perlulah pengurus pusat servis merancang dan
mengamalkan satu sistem senggaraan yang berkesan sekiranya ingin menjadi
sebuah pusat servis yang menguntungkan.

2.2.1 Definasi

Senggaraan adalah segala bentuk aktiviti-aktiviti yang dilakukan bertujuan


untuk memastikan sesebuah peralatan, mesin dan bangunan itu sentiasa
berada dalam kaeadaan yang membolehkan ia di gunakan dengan baik
dan berkesan.

Aktiviti-aktiviti yang dimaksudkan di sini adalah aktiviti-aktiviti penjagaan


seperti melaras, membersih, melincir, mengecat dan sebagainya.

2.2.2 Fungsi

Fungsi–fungsi bahagian senggaraan itu adalah seperti berikut:

i. Senggaraan terhadap peralatan bengkel yang sedia ada.


ii. Senggaraan ke atas bangunan dan persekitaran pusat servis.
iii. Memastikan peralatan diberi pemeriksaan dan pelinciran yang
mengcukupi sebelum dan selepas setiap penggunaan.
iv. Mengubahsuai peralatan atau bangunan jika perlu
v. Mencapai kesemua objektif dengan kos senggaraan yang paling
minimum.

MTA 803
2.2.3 Kaedah Melakukan Senggaraan

Terdapat empat perkara penting yang sentiasa memerlukan senggaraan.


Berikut diberikan kaedah dan cara yang betul dalam menjalankan
senggaraan ke atas keempat-empat perkara tersebut.

A) Senggaraan Mesin dan Peralatan

a) Unsur-unsur di bawah ini perlu dicatatkan di dalam Buku rekod


senggaraan untuk setiap mesin dan peralatan yang ada.
i. Nama mesin/peralatan
ii. Tarikh diperbuat dan nama pengeluar
iii. Tarikh di beli dan nama pembekal
iv. Kos pembelian
v. Nombor siri pada mesin/peralatan
vi. Jumlah masa mesin/peralatan telah digunakan.
vii. Kekerapan pemeriksaan yang dijalankan terhadap
mesin/perlatan.
viii. Jumlah kos dan jenis senggaraan yang pernah dilakukan
terhadap mesin/peralatan.
ix. Anggaran masa sebelum mesin/peralatan jadi rosak dan tidak
boleh digunakan lagi.

b) Semua mesin dan peralatan mestilah dibersihkan setiap kali siap


digunakan kerana kebersihan adalah penting dalam senggaraan.
i. Memberus serpihan pada mesin/peralatan
ii. Membuang habuk, gris , minyak dan lain-lain.
iii. Menutup mesin/peralatan sekiranya ia tidak digunakan dalam
masa yang agak lama.

c) Pelinciran pada mesin/peralatan mestilah diperiksa setiap kali


sebelum menggunakannya. Seorang supervisor atau mekanik
haruslah mengetahui:-
i. Tempat-tempat tertentu yang memerlukan pelinciran.
ii. Jenis dan kuantiti pelinciran yang sesuai digunakan.
iii. Alat-alat yang sesuai di gunakan untuk menambah kadar
pelinciran pada mesin/peralatan. Contohnya pam gris atau
corong.

d) Mesin/peralatan haruslah diuji dan dilaraskan pada masa-masa


yang telah ditetapkan oleh pengeluar. Perkara-perkara yang perlu
diberi perhatian ialah:
i. Bearing, coupling,keys
ii. Talisawat
iii. Penjajaran

e) Pemeriksaan ke atas mesin/peralatan mestilah dibuat terhadap


perkara-perkara di bawah ini.
i. Pemeriksaan ke atas alat-alat keselamatan yang sedia ada
pada mesin/ peralatan contohnya suis, sistem brek, meter dan
sebagainya. Ini dilakukan sebelum mesin/peralatan dijalankan.

MTA 803
ii. Pemeriksaaan bulanan ke atas mesin/peralatan yang dijangka
akan mudah rosak
iii. Pemeriksaan tahunan terhadap mesin/peralatan yang tidak
mudah rosak dan dianggarkan tahan lama.
iv. Sesetengah daripada mesin/peralatan memerlukan
pemeriksaan oleh badan-badan tertentu yang diiktiraf oleh
kerajaan. Ini juga perlu dilakukan di samping pemeriksaan
yang dijalankan sendiri oleh juruteknik atau mekanik di pusat
servis.

f) Menyediakan senarai langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk


menjalankan mesin/ peralatan.

g) Setiap mesin/peralatan yang perlu disenggara mestilah


disenggara dengan seberapa segera yang boleh sebelum
kerosakan itu bertambah teruk.

h) Memastikan persekitaran kerja yang selamat. Perkara-perkara


yang perlu diambil perhatian ialah:-
i. Pengadang keselamatan dan alat-alat keselamatan lain.
ii. Zon-zon keselamatan yang selalunya diluar garisan kuning.
iii. Keadaan lantai (tidak licin).
iv. Suis-suis elektrik, alat-alat pengawal dan wayar-wayar bumi.
v. Kaedah operator melakukan kerjanya (mestilah dengan
kaedah yang selamat)

B) Senggaraan Peralatan Tangan

Peralatan tangan haruslah sentiasa dijaga supaya berada dalam


keadaan yang baik. Ini adalah untuk menjamin kerja-kerja yang cekap
dan mengelakkan kemalangan daripada berlaku semasa alatan tadi
digunakan. Antara cara-cara untuk menyenggara peralatan tangan ini
ialah:

a) Pemeriksaan dan pembaikan hendaklah dilakukan ke atas


peralatan tangan sebelum digunakan. Antara langkah-langkah
yang wajar diambil ialah:

i. Mengetatkan pemegang-pemegang peralatan yang longgar


dan jika perlu bolehlah digantikan dengan pemegang yang
baru.
ii. Sapu minyak dan kotoran yang terdapat pada peralatan-
peralatan seperti spanar, screw driver, tukul dan sebagainya.
iii. Gantikan dengan segera bahagian-bahagian peralatan yang
rosak.
iv. Bagi peralatan elektrik pula, pastikan yang bahan-bahan
penebat dalam keadaan yang baik dan gantikan mana-mana
penebat yang telah rosak dengan segera.

b) Mekanik yang bakal mengendali mana-mana peralatan haruslah


diberikan serba sedikit tunjuk ajar tentang cara-cara membaik

MTA 803
pulih kerosakan-kerosakan yang kecil pada peralatan tersebut. Inl
untuk mengelakkan mekanik tadi dari bahaya akibat
menggunakan peralatan yang rosak.

C) Senggaraan Alat-alat Pembekal Kuasa

Alat-alat pembekal kuasa seperti motor, tali sawat, takal, syaf dan
penyambung
elektrik seharusnya juga disenggara dengan baik seperti yang
terdapat pada mesin pemampat udara. Antara langkah-langkah yang
perlu diambil:

i. Sentiasa membersihkan alat-alat tersebut.


ii. Memberi pelinciran yang secukupnya kepada alat-alat yang
menghasilkan gerakan seperti motor dan lain-lain.
iii. Memeriksa tali sawat.
iv. Menguji motor dan alat-alat pemula (starting equipment) yang lain.
v. Memastikan wayar-wayar elektrik sentiasa ditebat dengan baik.

Sekali lagi dalam menyenggara alat-alat di atas, adalah perlu untuk


pengendali dibekalkan dengan pengetahuan tentang cara-cara
menyenggara yang secukupnya.

D) Senggaraan Bangunan

Senggaraan bangunan termasuklah memelihara persekitaran dalam


dan luar bangunan dan tidak hanya tertumpu kepada penjagaan flzikal
bangunan itu saja. Persekitaran banyak mempengaruhi mental
pekerja-pekerja untuk menghasilkan mutu kerja yang lebih sempurna.
Bukan Itu saja malah persekitaran yang baik juga memberi gambaran
yang baik kepada pelanggan.

a) Tingkap.

i. Perlu sentiasa bersih.


ii. Mana-mana yang pecah mestilah diganti dengan segera.

b) Lampu

i. Bersih dari habuk dan kotoran.


ii. Mentol-mentol yang rosak perlulah diganti.

c) Almari dan tempat-tempat menyimpan yang lain.

i. Bersih dan teratur.


ii. Dalam keadaan yang baik.
iii. Pintu-plntu almari dan laci perlulah tertutup.

MTA 803
d) Lantai

i. Disapu dan dibersihkan supaya tidak licin.


ii. Dicat dengan warna cerah pada setiap sudut.
iii. Dicat dengan warna-warna yang melambangkan kod-kod
tertentu.
iv. Sentiasa dalam keadaan rata dan mana-mana yang berlubang
haruslah diperbaiki.
v. Menyediakan alat-alat pembersihan seperti tong sampah,
pengaut sampah dan penyapu.

e) Meja kerja

Adalah menjadi kewajipan setiap pekerja ,membersihkan tempat


kerja masing-masing selepas habis waktu kerja.

2.2.4 Jenis-Jenis Senggaraan

Terdapat tiga jenis senggaraan yang biasa dilakukan seperti di bawah:

A) Senggaraan Kawalan

Senggaraan jenis ini adalah senggaraan yang paling berkesan kerana


senggaraan dilakukan sebelum sesebuah peralatan, mesin atau
bangunan menjadi rosak. Ia dilakukan berterusan dari semasa ke
semasa mengikut jadual-jadual senggaraan yang telah ditetapkan.
Senggaraan jenis ini adalah Iebih mahal untuk dilakukan kerana kerja-
kerja senggaraan yang berterusan tetapi cara jangka panjang ini
menguntungkan kerana kerosakan yang besar-besar dapat dielakkan.
Senggaraan kawalan mengandungi:

a) Rekabentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan yang


digunakan.
b) Pemeriksaan bangunan pusat servis dan alatan mengikut jadual
untuk mengelakkan kerosakan daripada berlaku.
c) Membuat servis, baikpulih dan penjagaan alatan supaya sentiasa
berada dalam keadaan yang sempurna.
d) Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta pembersihan dan
perlindungan seperti mengecat peralatan dan bangunan.

Program senggaraan kawalan yang dirancangkan dengan baik


seharusnya mengandungi ciri-ciri berikut:

a) Cara mengenal pasti peralatan yang hendak dimasukkan dalam


program senggaraan yang disediakan.
b) Cara menyimpan rekod yang baik meliputi catatan tentang jumlah
kerja, kos senggaraan, jenis kerja dan lain-lain.
c) Pemeriksaan mengikut jadual dengan arahan-arahan tertentu
sebelum pemeriksaan yang sepatutnya dilakukan.
d) Penggunaan senarai semak yang teratur oleh pemeriksa.
e) Menugaskan pemeriksa-pemeriksa yang bertauliah dan
berpengalaman untuk menjalankan pemeriksaan.

MTA 803
f) Peraturan-peraturan pentadbiran yang dapat memberi
kepentingan dan kewangan yang secukupnya untuk tujuan
senggaraan.
g) Penggunaan wang peruntukan dengan cara yang bijak dalam
pembelian alat-alat ganti dan sebagainya.

Kebaikan-kebaikan Senggaraan Kawalan

a) Mengurangkan penggunaan masa yang tidak produktif kerana


kerosakan-kerosakan dapat dikurangkan.
b) Mengurangkan kerosakan besar dan berlaku dengan sendirinya
serta mengurangkan pembayaran gaji untuk kerja lebih masa.
c) Kurang menggunakan tenaga pekerja dan kemudahan
senggaraan disebabkan jarang berlaku kerosakan yang berulang-
ulang.
d) Kos baikpulih yang rendah.
e) Mutu hasil kerja yang lebih tinggi kerana alatan sentiasa berada
dalam keadaan yang baik.
f) Kurang pelaburan modal dalam membeli alat-alat ganti yang
berlebihan.
g) Mengurangkan kos senggaraan (kos buruh dan bahan) dalam
jangka masa panjang.
h) Penggunaan peralatan yang lebih lama dan jangkaan had
umurnya.
i) Kawalan kerja yang lebih sistematik dengan adanya jadual-jadual
senggaraan.
j) Meningkakan pengeluaran kerana tiada gangguan dan kerosakan
peralatan
k) Keselamatan pekerja yang lebih terjamin.
l) Mengurangkan kos seunit untuk setiap hasil yang dikeluarkan.

B) Senggaraan Pembetulan

Senggaraan jenis ini hanya dilakukan selepas sesuatu peralatan itu


rosak. Bermakna, kerja-kerja senggaraan tidak akan dilakukan selagi
tiada kerosakan yang berlaku. Contohnya menggantikan syaf yang
patah, menukar tali sawat yang putus dan sebagainya. Bahagian
senggaraan yang menjalankan senggaraan pembetulan hanya
berfungsi sekiranya ada kerosakanyang berlaku sahaja. Biasanya
senggaraan pembetulan dilakukan ke atas peralatan yang kecil dan
yang tidak digunakan dengan terlalu kerap. Walaupun kos
senggaraan jangka pendek adalah rendah namun untuk jangka masa
panjang ía mungkin akan menjadi terlalu tinggi. Ini disebabkan
kemungkinan berlakunya kerosakan yang Iebih besar adalah tinggi.

Senggaraan pembetulan amat jarang dilakukan dalam industri-industri


yang mementingkan pengeluaran yang tinggi. Mungkin ia hanya
dipraktikkan dalam institusi-institusi pengajian sahaja apabila
peruntukan belanjawan adalah terhad untuk membeli alat-alat ganti
dan kerja-kerja senggaraan yang lain.

MTA 803
C) Senggaraan Ramalan

Senggaraan Ramalan menjalankan kerja-kerja senggaraan mengikut


jangkaan kerosakan. Biasanya ramalan-ramalan tentang
kemungkinan berlakunya kerosakan pada peralatan dibuat dengan
menggunakan alatan-alatan sensitif seperti alat tolok dail, multimeter,
mikrometer, tolok tekanan dan suhu, scan tool dan seumpamanya.

Jadual-jadual ramalan tentang kerosakan biasanya dibuat untuk


setiap peralatan dan kerja-kerja senggaraan hanya akan dilakukan
mengikut jadual-jadual tersebut. Ramalan boleh juga dibuat
berpandukan latar belakang dan sejarah penggunaan sesebuah
peralatan itu. Selalunya bahagian senggaraan akan membandingkan
peralatan yang ada dengan peralatan yang sama yang telah
digunakan sebelumnya. Data-data tentang kerosakan dan jenis-jenis
kerosakan akan dikaji dan diteliti sebelum menyediakan jadual
senggaraan untuk peralatan yang baru.

Senggaraan ramalan banyak dilakukan dalam industri-industri yang


melibatkan penggunaan alat-alat elektronik seperti komputer. Ini
adalah kerana peralatan yang digunakan mempunyai bahagian-
bahagian yang kecil dan rumit untuk disenggara setiap hari.
Tambahan pula kebanyakan bahagian-bahagian pada alat-alat
elektronik tidak membolehkan kerja-kerja servis. Sekiranya berlaku
kerosakan kemungkinan besar ia memerlukan bahagian-bahagian
yang baru.

Persoalan yang perlu dijawab sebelum memilih jenis senggaraan yang


diperlukan

Kos senggaraan merupakan kos servis yang paling mahal dalam


sesebuah pusat servis. Maka dengan ini perlulah perhatian yang
sewajarnya diberikan sebelum memilih atau merancang sesebuah sistem
senggaraan. Dalam merancang sistem senggaraan yang berkesan,
beberapa persoalan pokok seharusnya diambil kira.

a) Berapa banyakkah senggaraan yang diperlukan?


b) Berapa ramai kakitangan yang perlu untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
senggaraan tersebut?
c) Patutkah senggaraan pusat diwujudkan?
d) Bagaimana kalau dikontrakkan kepada syarikat luar untuk
menjalankan kerja-kerla senggaraan?
e) Jenis senggaraan yang manakah yang sesuai digunakan dan untuk
peralatan yang macam mana?
f) Perlukah kerja senggaraan dirancang berpandukan sistem
pengukuran kerja?
g) Patutkah diadakan skim rangsangan kerja?

MTA 803
2.2.5 Langkah-Langkah Kawalan Senggaraan

Berkesan atau tidaknya sesebuah sistem senggaraan yang dijalankan


bergantung kepada sebaik mana kerja-kerja merekod aktiviti-aktiviti
senggaraan dilakukan. Sistem rekod yang baik akan menjamin kerja-kerja
senggaraan yang Iebih berkesan. Berikut dihuraikan secara ringkas
tentang Iangkah-langkah yang biasanya diambil sebelum sesuatu kerja
senggaraan itu dijalankan.

i) Arahan Kerja

Biasanya kerja senggaraan bermula dengan panggilan daripada


penyelia memberitahu akan kerosakan atau gangguan yang terdapat
dalam bengkel. Kemudian Ketua Bahagian senggaraan akan
mengeluarkan arahan kepada kakitangan bahagian itu untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selesai sahaja kerja - kerja
senggaraan dilakukan kakitangan yang bertugas tadi hendaklah
merekodkan maklumat-maklumat seperti jenis kerja yang dibuat, lama
masa yang diambil, kos alat-alat ganti yang dipakai, berapa ramai
yang diperlu untuk menyiapkan kerja dan sebagainya. Rekod-rekod ini
akan disimpan di bahagian senggaraan sebagai rujukan pada masa
depan.

ii) Jadual Kerja

Sebagai Iangkah untuk menolong bahagian senggaraan membuat


kerja dengan Iebih cekap, selalunya penasihat kawalan bahagian
senggaraan dengan pertolongan penyelia akan membuat anggaran
tentang jumlah pekerja dan masa yang diambil untuk sesuatu jenis
kerja senggaraan yang diperlukan. Ini akan memudahkan bahagian
senggaraan mengagih-agihkan kakitangannya apabila Iebih daripada
satu kerosakan berlaku serentak.

Kemudian jadual-jadual untuk setiap jenis kerja senggaraan dibuat.


Maklumat yang terkandung dalam jadual ini adalah seperti Iangkah-
Iangkah yang perlu diambil untuk menyenggara sesuatu kerosakan,
bilangan pekerja dan masa yang biasanya diperlukan untuk
menyelesaikan tugasan itu.

iii) Kos Senggaraan

Kos senggaraan adalah jumlah kos pekerja yang menjalankan kerja


dicampur dengan kos alat ganti yang digunakan. Ini perlu juga
direkodkan untuk mendapatkan jumlah kos senggaraan yang
diperlukan dalam masa setahun.

iv) Belanjawan

Belanjawan biasanya dibuat setahun sekali dan jumlah wang yang


diperuntukkan ke bahagian senggaraan bergantung kepada kos
senggaraan yang telah dibuat dalam masa setahun. Biasanya hitung
panjang kos senggaraan setahun akan dijadikan asas dalam jumlah
peruntukan tahunan.

MTA 803
v) Rekod Alatan

Seperti yang telah dinyatakan di atas tadi, rekod-rekod alatan adalah


penting daiam sesuatu program senggaraan. Rekod-rekod sepatutnya
mengandungi Semua data alatan tersebut seperti nombor siri,
pembekal, kos membeli dan sebagainya. Contoh seperti di bawah.

2.2.6 Keberkesanan Senggaraan

Perhatikan graf-graf yang diberikan di bawah;

a) Graf A menunjukkan bilangan kerosakan yang berkurangan sekiranya


bilangan kerja-kerja senggaraan diperbanyakkan lagi. Ini bererti
samakin kerap kerja-kerja senggaraan dijalankan ke atas peralatan
maka semakin kuranglah jumlah kerosakan yang mungkin terjadi.

b) Graf B pula menunjukkan bagaimana Kos Senggaraan akan


bertambah dengan berkurangnya Bilangan Kerosakan. Semakin
kerap kerja-kerja senggaraan dijalankan maka semakin kuranlah
bilangan kerosakan. Jumlah kerja-kerja senggaraan yang kerap ini
pula akan meningkatkan Kos Senggaraan. Sebaliknya kalau Kos
Senggaraan dikurangkan (jumlah kerja-kerja yang rendah), maka
akan bertambahlah bilangan kerosakan lantaran penjagaan yang
kurang terhadap mesin.

Graf A Graf B
Bilangan Jumlah kos
Kerja Menyelenggara senggaraan

Bil Kerosakan Bil. Kerosakan

MTA 803
Kelebihan-kelebihan Sistem Senggaraan Secara Am

i. Kerja-kerja senggaraan dapat dirancang dengan lebih berkesan oleh


jabatan senggaraan.
ii. Alat-alat ganti dapat dikesan terlebih awal.
iii. Bahagian pengeluaran dapat merancang penggunaan mesin dan
peralatan sekiranya mengetahui mesin/peralatan yang mana yang
akan memerlukan kerja-kerja senggaraan untuk memastikan tiada
gangguan dalam kerja-kerja pengeluaran.
iv. Ketahanan alatan boleh dipertingkatkan.
v. Kos senggaraan dapat dianggarkan dan Ini menolong dalam kerja-
kerja merancang belanjawan.
vi. Senggaraan yang berkesan akan dapat mengurangkan kos
pengeluaran secara keseluruhan kerana pengeluaran yang
berterusan tanpa gangguan kerosakan besar.
vii. Keselamatan pekerja lebih terjamin kerana peralatan sentiasa di
dalam keadaan yang tidak membahayakan.

Walaupun kerja-kerja senggaraan yang kerap dilakukan akan


meningkatkan lagi kos senggaraan namun Ia dapat menggelakkan dari
berlakunya kerosakan besar yang mungkin akan lebih merugikan pihak
pusat servis. Kejayaan sistem senggaraan juga boleb diukur bukan saja
dengan mengukur secepat rnana kerja-kerja senggaraan itu dapat
diselesaikan tetapi juga boleh diukur dari segi ketahanan sesuatu
mesin/peralatan yang digunakan.

2.3 SUSUNATUR TEMPAT KERJA

Pemilik atau pengurus pusat servis perlulah bijak dalam menentukan jenis
bangunan pusat servis yang hendak ditubuhkan selaras dengan jenis
perkhidmatan yang hendak disediakan. Memilih spesifikasi bangunan adalah
penting untuk memastikan kepuasaan pelanggan, keselesaan kepada pengguna
dan pekerja-pekerja. Setiap susun atur di dalam pusat servis mestilah produktif
agar setiap kerja-kerja penyenggaraan kenderaan dilakukan dengan mudah dan
teratur. Beberapa pekara perlulah ditekankan seperti tempat letak kenderaan,
tempat pelanggan menunggu, bilik stor, kawasan baikpulih kenderaan, tempat
menyambut tetamu dan sebagainya.

i) Ruang Produktif dan Rudang Tidak Produktif

Dalam menentukan keuntungan sesebuah pusat servis, ruang produktif dan


ruang tidak produktif perlulah dipertimbangkan.

Takrif ruang produktif dan ruang tidak produktif :

 Ruang produktif – ruang yang berkaitan dengan kerja produktif iaitu kerja
yang dibayar secara langsung oleh pelanggan (kerja berbayar) seperti
ruang servis kenderaan, ruang baikpulih kenderaan, ruang wheel
alignment dan lain-lain.
 Ruang tidak produktif – iaitu kerja yang tidak dibayar secara langsung
oleh pelanggan seperti ruang peralatan, ruang simpanan minyak, ruang
stor dan lain-lain.

MTA 803
Contoh pengiraan ruang produktif dan ruang tidak produktif :

Bilangan keseluruhan ruang : 15 ruang


Peratus ruang tidak produktif : 40%
Maka, ruang tidak produktif : 40/100 x 15 = 6 ruang
Maka, % ruang produktif : 60% x 15 = 9 ruang

Atau

Ruang produktif = keseluruhan ruang – ruang tidak produktif

= 15 – 6 = 9 ruang

ii) Bahagian atau Jabatan

Kebanyakan kerja yang dijalankan oleh sesebuah pusat servis boleh


dibahagikan kepada 6 kumpulan utama. Oleh itu setiap pusat servis
sepatutnya dibahagikan kepada 6 bahagian supaya setiap jenis kerja boleh
dilakukan di dalam bahagian tertentu. Bahagian-bahagian tersebut adalah :

a) Diagnosis dan servis cepat


b) Perkhidmatan pembaikan
c) Senggaraan dan lain-lain servis
d) Mencuci dan mengilat
e) Alignment dan penyelenggaraan tayar
f) Pemeriksaan kualiti perkhidmatan

Penempatan bahagian perlu dirancang terlebih dahulu untuk memastikan


bahawa perjalanan kerja servis akan menjadi lebih licin dan lancar.
Kedudukan bahagian sebaiknya adalah seperti berikut :

a) Diagnosis dan servis cepat – berhampiran pintu masuk pusat servis.


b) Perkhidmatan pembaikan – sebelah bahagian diagnosis dan servis cepat.
Mesti senang dimasuki dan sebaiknya boleh dilihat oleh penyambut
tetamu bagi memudahkan kawalan.
c) Bahagian senggaraan – berhampiran perkarangan supaya boleh dilihat
oleh orang yang lalu lalang.
d) Bahagian mencuci dan mengilat – biasanya dikawasan luar bangunan.
e) Bahagian alignment dan tayar – biasanya diasingkan dari bahagian-
bahagian lain dan terletak berhampiran pintu keluar pusat servis.
f) Bahagian pemeriksaan kualiti perkhidmatan – adalah bahagian yang
paling akhir di pusat servis. Biasanya terletak di pintu keluar atau
dibahagian luar bagunan serta berhampiran dengan ruang tetamu (ruang
pelanggan menunggu).

Pembahagian kawasan yang dibincangkan di atas adalah satu cadangan


sahaja dan ianya perlulah diselaraskan dengan ruang dan pembelanjaan
syarikat mengikut perkhidmatan yang disediakan. Beberapa bahagian lain
yang boleh ditambah adalah bahagian ketuk dan mengecat, bahagian
mencuci, bahagian kenderaan baru, bahagian kenderaan berat dan lain-lain
lagi yang difikirkan perlu.

MTA 803
Kebaikan Bahagian atau Jabatan

a) Meningkatkan produktiviti pekerja, peralatan dan ruang lantai kerana


masa dapat dijimatkan.
b) Mengurangkan pelaburan wang dalam membeli peralatan yang banyak
(bagi setiap jenis alat).
c) Mengurangkan kesesakan lalulintas dengan membaiki aliran trafik.
d) Memudahkan pengawasan – setiap bahagian ada orang yang
mengawasi.
e) Memudahkan penganalisaan keuntung kerja.

iii) Aliran Trafik

Terdapat 5 bentuk aliran trafik yang utama dan sering digunakan dalam
membuat susunatur pusat servis :

 Aliran jenis I – sesuai untuk pusat servis yang terletak antara dua jalan
keluar dan masuk.

 Aliran jenis R – sesuai untuk pusat servis yang mempunyai satu pintu
masuk dan pintu keluar yang sama.

 Aliran jenis U – sesuai untuk pusat servis yang mempunyai dua pintu
masuk dan keluar yang berlainan dimana pintu itu terletak pada jalan
yang sama.

MTA 803
 Aliran jenis T – sesuai untu pusat servis yang mempunyai jalan pada
bahagian hadapan, kiri dan kanannya.

 Aliran jenis L – sesuai untuk pusat servis yang teletak di sebelah


persimpangan jalan keluar dan masuk.

iv. Konsep Asas Susunan Pusat Servis

Kawasan pusat servis adalah kawasan yang terdiri daripada kemudahan


peralatan yang mana digunakan untuk membuat penyelengaraan /

MTA 803
membaikpulih kenderaan dan menyimpan barang-barang yang berkaitan
dengan kenderaan. Objektif operasi di pusat servis adalah untuk
mendapatkan keberkesanan dan ketepatan untuk membuat penyelenggaran /
membaikpulih serta servis kenderaan pelanggan yang di tinggalkan dan
memulangkan kepada pelanggan setelah diselenggara atau dibaikpulih
dengan sempurna. Untuk mendapatkan kejayaan, perkara berikut
seharusnya ada dikawasan pusat servis :

a) Merancang atau menyusunatur bengkel untuk mendapatkan produk yang


tinggi dan cepat serta tepat semasa memberi perkhidmatan pada
pelanggan.
b) Merancang susana kerja yang mudah, serta menyeronokkan untuk
menjalankan tugas bagi pekerja-pekerja.
c) Masa mesti dipertimbangkan bagi membuat kerja penyelenggaran.

v. Ukuran Ruang Servis atau Baikpulih

a) Ruang servis kenderaan ringan (minima)

Ruang kerja : Lebar x Panjang


L x (a + b + c)

dimana : L = lebar kenderaan


a = panjang kenderaan
b = ruang alatan / ruang kerja
c = laluan kenderaan / ruang terbuka

MTA 803
vi. Susunan ruang

a) 90

10’ 10’
8’6”

maka : ruang kerja = 8’6” x ( 15’ + 6’ + 10’ )

b) 60

10’
60

15’ + 6’ 8’6”

maka : ruang kerja = 8’6” x ( 15’ + 6’ + 10’ )

c) 45

45 10’

15’ + 6’
8’6”

maka : ruang kerja = 8’6” x ( 15’ + 6’ + 10’ )

MTA 803
d) Ruang cuci

Ruang kerja : Lebar x Panjang


L x (a + b + c)

= 12’ x (15’ + 9’ + 10’ )

dimana : lebar kenderaan = 12’


panjang kenderaa = 15’
ruang alatan / ruang kerja = 9’
ruang laluan kenderaan / ruang terbuka = 10’

e) Ruang letak kenderaan

Ruang kerja : Lebar x Panjang


L x (a + c)

= 12’ x (15’ + 10’ )

dimana : lebar kenderaan = 12’


panjang kenderaa = 15’
ruang laluan kenderaan / ruang terbuka = 10’

MTA 803
Contoh susun atur bengkel / pusat servis

MTA 803
f) Kawasan Penyambut Tetamu/Pelanggan

Kawasan penyambut tetamu adalah tempat yang pertama pelanggan


masuk kerana perlu bertemu dengan penasihat servis (service advisor)
untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi kerosakan kenderaan mereka.
Oleh itu, kawasan penyambut tetamu ini hendaklah kawasan yang dapat
memberi keselesaan kepada pelanggan dan berhampiran dengan tempat
pemeriksaan kenderaan. Ini adalah untuk memudahkan pelanggan dan
penasihat servis untuk berkomunikasi tentang masalah kereta pelanggan.
Perkara-perkara penting yang perlu untuk kawasan penyambut tetamu
adalah seperti dibawah.

 Susunan berpandukan kepada kemudahan laluan.


 Tanda penunjuk untuk kawasan kemudahan yang disediakan.
 Kawasan menunggu yang mencukupi bergantung kepada bilangan
pelanggan.
 Mempunyai pemandangan imej yang moden.
 Mempunyai cahaya yang mencukupi.

MTA 803
g) Kaunter Perkhidmatan Pelanggan
Kaunter perkhidmatan pelanggan boleh digunakan samada jenis kaunter
rendah atau kaunter tinggi.

 Kaunter rendah disediakan dengan kerusi untuk duduk, begitu juga


untuk pekerja penasihat servis / teknikal untuk berbincang secara
terperinci bagi menyelesaikan masalah.
 Kaunter tinggi adalah untuk berbincang secara ringkas dimana
pelanggan dan pekerja penasihat / teknikal berdiri.

Bagi memilih jenis kaunter, perlulah dipertimbangkan kebaikan dan


keburukannya. Untuk tujuan keberkesanan dan kecekapan
berkomunikasi, kedua-dua kaunter ini perlu ada dikawasan penyambut
tetamu. Ini adalah pilihan yang terbaik untuk kemudahan pelanggan.

Kaunter Tinggi Kaunter Rendah

MTA 803
h) Kawasan Pelanggan Menunggu

Kawasan pelanggan menunggu adalah tempat pelanggan-pelqnggan


meluangkan masa sementara menunggu kereta dibaikpulih siap.
Kawasan ini perlu mempunyai kemudahan yang mencukupi seperti
kerusi, tandas, majalah-majalah dan lain-lain supaya pelanggan boleh
rasa selesa dan tidak membosankan semasa menunggu.

Untuk keselamatan, pelanggan-pelanggan tidak dibenarkan memasuki


kawasan bengkel untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan
keatas pelanggan. Oleh itu, kawasan pelanggan menunggu yang
dilengkapi cermin yang dapat melihat kereta pelanggan yang sedang
dibaikpulih adalah cara yang terbaik bagi memberi kepuasan kepada
pelanggan. Apabila pelanggan dapat melihat pekerja-pekerja teknikal
membaikpulih dengan cara sistematik, ini dapat memberi kepercayaan
kepada pelanggan kepada bengkel / pusat servis. Keputusanya,
pelanggan dapat meningkatkan kepercayaan dan akan datang semula
untuk mendapatkan perkhidmatan.
g) Panduan Memilih Bangunan Lot

Dalam memilih bangunan sesebuah pusat servis perlulah menumpukan


kapada asas keberkesanan perhubungan setiap bahagian. Ini adalah
untuk menjimatkan masa pergerakan setiap operasi bagi sesebuah pusat
servis. Apa yang dibincangkan di atas adalah contoh perkara-perkara
susunatur yang diperlukan untuk bangunan jenis industri dan tanah
sendiri yang bersaiz sederhana dan besar. Walaubagaimanapun, faktor
diatas tidak banyak bezanya jika digunakan untuk bangunan lot yang
lebih kecil bagi pusat servis kerana ini adalah asas konsep sesebuah
pusat servis.

Model Bangunan
Secara umumnya perniagaan perkhidmatan bengkel / pusat servis yang
dijalankan dikategorikan seperti berikut:-

 Bangunan Lot Tengah


o Keluasan minima 22’ x 70’
o Minima 4 ruang kerja penyelenggaraan.
o Dimensi petak kerja
- 10’ x 15’ x 15’ untuk kenderaan penumpang
- 10’ x 15’ x 18’ untuk kenderaan perdagangan

 Bangunan Lot Tepi


o Keluasan minima 22’ x 70’
o Minima 4 ruang kerja penyelenggaraan.
o Dimensi petak kerja
- 10’ x 15’ x 15’ untuk kenderaan penumpang
- 10’ x 15’ x 18’ untuk kenderaan perdagangan
Susunatur Bangunan Lot Tengah
Susunatur Bangunan Lot Tepi
2.4.1 Kajian Masa
Dalam menentukan kualiti dan produktiviti yang tinggi bagi sesebuah
pusat servis, kajian masa adalah suatu perkara yang penting yang perlu
diterapkan di dalam sistem pengurusan pusat servis kenderaan. Ini
kerana, tanpa kajian masa bagi sesuatu kerja kita tidak dapat
menentukan bilakah sesuatu kerja itu akan siap. Maklumat tentang
tempoh masa kerja bagi suatu kerja penyenggaraan adalah penting bagi
penasihat servis atau foreman untuk memberi tahu kepada pelanggan
tentang tempoh masa menunggu yang diperlukan agar pelanggan faham
dan tidak merasa curiga dengan perkhidmatan yang diberikan.

Bagi pusat servis besar seperti Proton Edar, Perodua, Honda, Naza Kia,
Toyota dan lain-lain lagi telah membuat kajian masa bagi kerja-kerja
penyenggaraan dan baikpulih mengikut kesesuaian jenis kenderaan yang
mereka jual. Ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pusat servis lain
untuk menentukan masa kerja yang diperlukan bergantung kepada jenis
kenderaan yang hendak ditawarkan perkhidmatan.

Walaubagaimanapun pengurusan pusat servis boleh membuat sendiri


kajian masa berkenaan kerja-kerja di bengkel melalui kaedah penjadualan
di bawah. Penentuan masa sesuatu kerja biasanya dilakukan dengan
cara mengambil masa kerja dua atau lebih mekanik mahir dan separuh
mahir. Rekodkan masa kerja mereka dan buat purata masa daripada
bilangan mekanik yang diambil. Tambahkan masa melahu (delay time)
kepada sesuatu kerja sebagai masa tambahan bagi tempoh untuk
mengambil barang, alatan tangan dan sebagainya. Masa melahu (delay
time) ditentukan mengikut kesukaran kerja dan keadaan ergonomi di
tempat kerja. Dan masukkan rekod masa kerja tersebut di dalam jadual
sebagai rujukan dan nyatakan setiap masa kerja tersebut di dalam kertas
kerja (job sheet). Ia akan dijadiakan sebagai masa rujuakan piawai bagi
semua mekanik agar tidak melebihi masa yang ditetapkan dalam
menyiapkan sesuatu kerja.

Contoh Jadual Kajian Masa

Perkara
Servis Sistem Brek Jumlah
masa
Buka bolt Tanggal Pasang Pasang
(saat)
Nama mekanik brake pad brake pad bolt

Ali Ketut 45 200 230 35 510

Ahmad Pacu 50 190 260 50 550

Lan Tongkol 55 280 300 65 700


PURATA MASA
50 223 263 50 586
(saat)

Maka masa kerja sebenar = Purata masa + Masa melahu (delay time)
= 587 +120
= 706 saat
= 11 minit 45 saat ≈ 12 minit
Contoh Jadual Masa Kerja

Masa
Bil Kerja Sub-Kerja
(saat)
1 Servis Sistem Brek (Proton Wira 1.5L) 1. Buka Bolt 50 s
2. Tanggal Brake Pad 223 s
3. Pasang Brake Pad 263 s
4. Pasang Bolt 50 s
Delay Time 120 s
JUMLAH MASA (minit) 12 minit
2 Tukar Minyak Pelincir (Proton Wira 1.5L) 1. Buka Drain Bolt 30 s
2. Tanggal Oil Filter 60 s
3. Pasang Drain Bolt 35 s
4. Pasang Oil Filter 75 s
5. Masukan Minyak Pelincir 50 s
Delay Time 90 s
JUMLAH MASA (minit) 6 minit
SOALAN

1. Berikan 5 jenis susunatur bengkel dan berikan kebaikannya setiap satu.


2. Senaraikan 2 jenis mesin yang diperlukan untuk membuka pusat servis tayar
dan alignment berserta penerangan setiap satu mesin tersebut.
3. Berikan 5 langkah-langkah kawalan senggaraan.

RUJUKAN
1. Asas Pengurusan Bengkel Automotif, Mara-EON, Smart-Auto
2. Pengurusan Workshop, Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi

Anda mungkin juga menyukai