Anda di halaman 1dari 12

1) Jelaskan jenis-jenis penyenggaraan berikut:

a) Penyenggaraan berkala ( periodic maintenance )

 Penyenggaraan jenis ini melibatkan penyelenggaraan yang dilakukan

secara berkala dan berjadual.

 Ia lebih mengutamakan pemeriksaan, pengawalan kerosakan, dan

kecacatan sepanjang tempoh penggunaan bangunan tersebut.

b) Penyenggaraan semasa ( current maintenance )

 Penyenggaraan jenis ini dijalankan dari semasa ke semasa oleh tuan

punya bangunan atau penghuninya untuk mengelakkan kemerosotan fabrik

bangunan.

 Ia amat penting untuk memastikan keadaan bangunan adalah baik dan

tiada masalah dari segi penggunaannya.

 Kerja-kerja penyenggaraan yang terlibat adalah :

 Membaiki tandas

 Membersih longkang

 Membaiki bumbung

 Membaiki tangki simpanan


 Mengecat siling dan dinding

 Sistem bekalan elektrik perlulah diperiksa lebih kerap lagi dari segi

pencahayaan dan pendawaian.


c) Penyenggaraan kecemasan ( emergency maintenance )

 Penyenggaraan kecemasan beroperasi 24 jam sehari.

 Apabila berlaku sebarang kerosakan yang memerlukan penyenggeraan

kecemasan, pengguna atau tuan punya bangunan boleh menelefon pihak

yang berkenaan.

 Pekerja akan bertindak serta merta untuk membaiki kerosakan yang ada.

 Antara contoh kerja-kerja penyenggeraan kecemasan ialah:

 Kegagalan system bekalan elektrik berfungsi


 Kebocoran pada paip utama

d) Penyenggaraan mekanikal ( Mechanical maintenance )

 Penyenggaraan mekanikal meliputi pengendalian lingkungan (iaitu,

pemanas, ventilasi, AC, kulkas), dan paip. Sistem kemudahannya

menyediakan alat pendingin hawa, alat pemanas dan menyejukkan

bangunan.
 Penyenggaraan mekanikal bertanggungjawab ke atas pengedaran dan

penyelanggaraan semua kemudahan kecuali elektrik dalam bangunan.

 Alat pendingin hawa juga di selenggara oleh Mekanikal.

e) Penyenggaraan struktur ( structural maintenance )

 Jabatan Penyenggeraan struktur ( Structural Maintenance Department )

menyediakan tukang kayu, pengecat, dan tukang melepa untuk melakukan

kerja mengecat pada dalaman dan luaran bangunan, melepa, kaca,

memperbaiki kunci, pertukangan (contohnya, perbaikan peranti keras, pintu

dan tingkap) dan sebagainya

f) Penyenggaraan pemulihan / baik pulih ( corrective maintenance )

 Penyenggaraan pemulihan atau baik pulih adalah kerja yang dilakukan untuk

memperbaharui dalam pemasangan dan pengubahsuaian pada keadaan

yang boleh diterima.

 Penyenggaraan jenis ini melibatkan kerja-kerja pembaikan atau pemulihan

kembali kepada fungsi-fungsinya atau keadaan asal setelah sesuatu item itu

mengalami kerosakan.

 Tindakan segera akan diambil bagi mengelakkan kerosakan menjadi lebih

serius.
g) Penyenggaraan Dalam Masa Tanggungan Kecacatan

( Maintenance During The Defect Liability Period )

 Penyenggaraan ini dilaksanakan oleh pihak kontraktor dalam masa enam

bulan iaitu jangka masa yang telah dipersetujui selepas sesebuah bangunan

siap dibina.

 Pemeriksaan perlu dijalankan oleh pihak kontraktor dari segi kerja dan mutu

kerja , sama ada telah dilaksanakan dengan sempurna atau tidak mengikut

kontrak.

 Ini termasuklah kecacatan atau kerosakan yang ada dan juga ujian-ujian

yang perlu dilaksanakn ke atas system pendawaian elektrik, system

pemasangan paip air, dan system saliran air sisa dan najis.

 Sijil penamatan kerja akan diberi selepas semua kecacatan dan kerosakan

telah diperbaiki.

 Spesifikasi serta lukisan bangunan seperti di dalam kontrak adlah di

perlukan sebagai rujukan semasa pemeriksaan dibuat.


h) Penyenggaraan Luar jangkaan ( Breakdown / Force maintenance )

 Merupakan penyenggaraan kecemasan yang dilakukan oleh operator atau

krew penyenggaraan terhadap kemudahan yang gagal berfungsi.

 Pembaikan atau penggantian dilakukan apabila sesuatau kemudahan gagal

kembali ke keadaan asalnya.

i) Penyenggaraan pencegahan ( preventive maintenance )

i. Kerja servis

 Kerja servis adalah kerja-kerja pembersihan yang dijalankan

mengikut jadual masa yang tetap dengan kekerapan yang berbeza.

 Antara kerja-kerja yang terlibat adalah:

 Menyapu lantai setiap hari

 Membersih tingkap pada setiap bulan

 Membersih serombong setiap enam bulan

 Mengecat bangunan pada setiap empat tahun.


ii. Kerja Pembaikan

 Kerja pembaikan merupakan kerja yang dilakukan pada peringkat

awal selepas pembinaan kerana terdapat beberapa kekurangkan dari

segi rekabentuk, ketidak sesuaian komponen-komponen bangunan,

kerosakan semasa pengangkutan dan pengendalian dan

pemasangan.

 Penggunaan komponen-komponen yang bermutu tinggi dan

bersesuaian dalam kerja pembaikan ini akan menjimatkan kos

penyenggaraan pada masa akan datang.

iii. Kerja Penggantian

 Kerja penggantian adalah perlu kerana penggunaan sesuatu bahan

akan menyebabkan bahan itu rosak dan merosot pada kadar yang

berbeza.

 Antara kaedah yang digunakan untuk mengkaji kerosakan pada

bangunan adalah dengan menyiasat bahan-bahan binaan yang

terdedah ditapak bina dan penggunaan yang terlalu kerap.

 Kekerapan penggantian boleh dikurangkan dengan menggunakan

bahan-bahan dan komponen-komponen yang bermutu tinggi dan

berkos lebih besar.


j) Penyenggaraan terancang ( Planned Maintenance )

 Penyenggaraan terancang terbahagi kepada 3 iaitu:

 Penyenggaraan semasa yang sedang digunakan

 Penyenggaraan bagi kemudahan yang tidak digunakan

 Penyenggaraan dilaksanakan apabila berlaku kerosakan, peralatan

disediakan sebelum maklumat pemeriksaan diberi

 Sistem penyenggaraan mengandungi 2 komponen iaitu :

 Penyenggaraan perancang pencegahan ( preventive )

 Komponen ini bermaksud butir-butir yang dikesan lebih awal

dari segi kerosakan atau kemerosotan dari keadaan yang

boleh diterima.

 Penyenggaraan terancang pembetulan ( corrective )

 Ia merupakan pemulihan kepada keadaan yang diperlukan

dan penyenggaraan ini perlu diutamakan.

 Kedua-dua komponen ini perlu dibentuk dengan teliti terutama dari segi

perancangan, pengawalan dan pengrekodan.


 Terdapat beberapa contoh program penyenggaraan iaitu:

 Kerja penyenggaraan merangkumi fabric bangunan, perhiasan/

kemasan bangunan, pembersihan, penyenggaraan loji dan servis

dijalankan setiap lima tahun.

 Bangunan dan tapak di bahagikan kepada zon-zon untuk tujuan

penyenggaraan

2) Terangkan manual penyenggaraan

• Maklumat-maklumat dan manual ini perlulah ringkas dan jelas supaya

penyenggaraan dan pengurusan bangunan dapat dilaksanakan dengan

lebih berkesan.

• Cadangan-cadangan asas yang diperlukan dalam manual penyenggaraan

adalah seperti berikut:


 Rekod keadaan fizikal mengenai bangunan dan tapak

termasuk bahan-bahan , servis keluasan dan isipadu ruang

bengunan serta semua spesifikasi yang dapat membantu dalam

penjagaan bangunan.

 Rekod pemeriksaan dan penyenggaraan dari segi masa dan

kekerapan untuk semua komponen termasuk servis-servisnya

perlulah disertakan dengan senarai pemeriksaan, jadual

penyenggaraan untuk peralatan jentera/ kejuruteraan dalam

bangunan dan senarai kontraktor-kontraktor kecil dan pembekal.

 Maklumat dan arahan-arahan mengenai penyenggaraan

yang diberikan kepada penghuni.

• Manual penyenggaraan memerlukan spesifikasi-spesifikasi berikut:

 Maklumat-maklumat mengenai kontrak, undang-undang

serta sejarah ringkas bangunan tersebut.

 Kerja-kerja penjagaan bangunan termasuk kemasan,

perhiasan dalaman dan luaran serta maklumat penyenggaraan dari

semasa ke semasa. Maklumat ini haruslah berada dalam bentuk

jadual, masa pemeriksaan, dan kerja-kerja operasi.

 Pengendalian jentera dan loji yang mempunyai operasi ,

maklumat penyenggaraan, servis dan spesifikasi bahagian-bahagian


terpenting di dalam loji tersebut. Loji ini termasuklah jenis mekanikal,

elektrikal dan loji pembekal bahan api.

 Spesifikasi mengenai penyenggaraan dan membaik pulih

bahan , komponen dan proses-proses pembinaan. Bahagian-

bahagian tersembunyi perlu diterangkan. Sambungan-sambungan ,

penggantian, pemasangan, baik pulih, penanggalan dan mendirisiap

perlu dicatatkan. Senarai pembekal dan kontraktor perlu disertakan.