Anda di halaman 1dari 30

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana


dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan 4014 Building Service ini dengan
jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk mengucapkan jutaan
terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Saharudin Bin Zakaria, kerana telah meletakkan
sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah saya atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar. Selain itu, saya turut
berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan
bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam membantu saya
dari segi kefahaman untuk menyiapkan hasil tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa
bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna.

1
1.0 PENGENALAN

Penyelenggaraan bangunan merupakan salah satu aktiviti yang dilaksanakan


untuk mengekalkan dan mengawal setiap bangunan supaya dapat memenuhi spesifikasi
serta fungsinya. Penyelenggaraan yang baik iaitu perancangan, penjadualan, dan
penyeliaan perlu dilaksanakan dengan teliti. Keutamaan pengurusan penyelenggaraan
bangunan ini adalah bagi memastikan bangunan-bangunan tersebut dapat memenuhi
segala kefungsian, selamat dan selesa. Masalah kerosakan pada bangunan sering
berlaku dan tidak berfungsi dengan baik berpunca daripada pengurusan
penyelenggaraan yang tidak sempurna.

Penyelenggaraan bangunan sangat memainkan peranan penting dalam


pembangunan sesebuah negara. Melalui penyelenggaraan yang dilakukan dapat
dikenal pasti kesemua kemudahan yang terdapat di dalam sesebuah bangunan
berfungsi dengan efektif untuk menjamin keselamatan serta memberikan keselesaan
kepada pelanggan di dalam bangunan tersebut.

Kepelbagaian aktiviti penyelenggaran termasuk pembersihan kawasan umum,


membuang sampah dengan kerap dan membaiki barang yang rosak. Kepentingan
dalam memastikan jangka hayat struktur mestilah dirancang, diatur dan dijalankan
intervensi dengan tujuan agar keadaan peralatan yang baik semasa tempoh operasi
dengan meminimumkan masa henti.

Penyelenggaraan bangunan juga merangkumi harta benda luar dan termasuk


pengurusan pemercik, penjagaan rumput dan pengurusan landskap. Fungsi utama
penyelenggaraan bangunan bukan hanya untuk memastikan bangunan, sistem atau
peralatan beroperasi pada kecekapan yang maksimum tetapi juga bagi memastikan
bangunan sentiasa memenuhi keperluan penghuni dan perundangan.

2
1.1. Objektif

 Mengekalkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna dalam perindustrian


bangunan yang dibangunkan.
 Menjadikan tugas penyelenggaraan satu tugas khusus dan profesional.
 Meningkatkan tahap kesedaran yang tinggi mengenai kepenggunaan bangunan
kepada pengguna.
 Untuk membentuk pekerja dan kontraktor penyelenggaraan yang mahir

1.2 Kepentingan Jangka Hayat Penyelenggaraan dan Struktur

Penyelenggaraan adalah perkara penting bagi mengurangkan seberapa


kegagalan dan kecacatan terhadap elemen dan peralatan bangunan secara efektif dan
sistematik. Secara tidak langsung, segala aspek keselamatan dan keselesaan akan
lebih terjamin bukan sahaja kepada pengguna malah kepada pemilik dan organisasi.
Pemilihan kaedah dan bahan yang terbaik dapat mengelakkan penyenggaraan susulan
pada komponen dan peralatan yang sama dalam jangka masa yang terdekat.

Bangunan-bangunan perlulah diselenggara bagi mengekalkan kefungsian dan


mengikut sebagaimana yang dikehendaki dan dipersetujui. Melalui penyenggaraan
sahaja sesuatu elemen dan peralatan bangunan yang rosak dapat dikembalikan kepada
fungsi dan keadaan asalnya. Selain itu, dapat memanjangkan jangka hayat penggunaan
yang merangkumi segala aspek seperti permukaan bangunan dan kemudahan
bangunan.

3
Contoh tiga kategori jangka hayat bangunan :

i. Bangunan tanpa penyelenggaraan mempunyai jangka hayat selama 20


tahun.
ii. Bangunan tanpa penyelenggaraan yang sempurna mempunyai jangka
hayat selama 40 tahun.
iii. Bangunan dengan penyelenggaraan yang sempurna mempunyai jangka
hayat selama 60 tahun

1.3 Aspek Penyelenggaraan

 Pencegahan :-

Penyelenggaraan pencegahan sebagai tindakan penyelenggaraan untuk


menyelenggara sistem atau sub-pemasangan supaya terus beroperasi mengikut
fungsinya dengan menyediakan pemeriksaan, pengesanan dan pembetulan yang
sistematik terhadap kerosakan kecil bagi mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih
besar. Meningkatkan penjagaan melalui tindakan seperti reka bentuk yang lebih baik,
mutu kerja, pemasangan, penjadualan dan prosedur penyelenggaraan. Dilakukan
sebelum kerosakan berlaku ke atas sistem atau peralatan untuk menghalang kegagalan
dan kerosakkan.

 Pembetulan :-

Penyelenggaraan yang meliputi tugas mengenal pasti, mengasingkan dan


membaiki kerosakan untuk memulihkan peralatan, mesin atau sistem kepada keadaan
operasi. Penyelenggaraan pembetulan adalah penting kerana ia membolehkan
kemudahan kembali kepada kecekapan penuh berikutan kegagalan peralatan. Tugas
penyelenggaraan melibatkan penggantian atau pembaikan barang selepas gagal dan

4
boleh diberi keutamaan mengikut tahap kritikalnya. Penyelenggaraan pembetulan juga
boleh dilakukan sebelum item gagal sepenuhnya.

 Ramalan :-

Teknik penyelenggaraan ramalan (PDM) membantu menentukan keadaan


peralatan dalam perkhidmatan untuk meramalkan jika penyelenggaraan harus
dilakukan. Menawarkan penjimatan kos yang lebih rutin atau berasaskan masa
penyelenggaraan pencegahan, kerana tugas-tugas tersebut dilakukan hanya apabila
diperlukan. Selain itu, ramalan yang dilakukan juga dibuat oleh pakar mesin dan ia
merujuk kepada status mesin yang beroperasi pada keadaan tersebut.

1.4 Operasi Penyelenggaraan

Penyelenggaraan rutin struktur adalah penting untuk memastikan ianya


berfungsi dan melindunginya daripada pereputan awal. Sebuah bangunan diperbuat
daripada bahagian yang berbeza di lokasi yang berbeza dan diperbuat daripada bahan
yang berbeza. Penyelenggaraan dilakukan setiap mingguan bagi mengekalkan keadaan
semasa harta tanah dan memastikan semuanya berfungsi dengan betul. Terdapat
beberapa contoh penyelenggaraan rutin yang dilakukan.

i. Pembersihan : -

Mencuci ruangan-ruangan atau kawasan tertentu pada bangunan sangat penting


dilakukan sama ada pekerja dalaman atau kontraktor luar. Membersihkan
kawasan luar seperti memotong rumput, membersihkan permukaan tingkap
bangunan merupakan sebagai salah satu rutin bagi mengawal tahap
kerbersihan.

5
Pembersihan permukaan cermin bangunan

Ianya merupakan kerja penyelenggaraan harian yang dilakukan mengikut


selang waktu tertentu serta mengikut fungsi dan kegunaan bangunan.
Penyelenggaraan ini dilakukan untuk mengekalkan kebersihan, penampilan dan
mengelakkan pembaikan pada masa akan datang dengan kos yang tinggi.

ii. Mengecat : -

Penyelenggaraan harian, bulanan dan tahunan juga berkala, oleh itu ia


mengikut ketetapan yang telah ditentukan. Perlaksanaan penyelenggaraan
jenis ini juga memerlukan peralatan tertentu mengkut jadual. Pemeliharaan atau
penjagaan merupakan langkah yang perlu diambil dari peringkat awal lagi. Ini
bertujuan untuk melindungi bahan daripada kerosakan dan menjaga rupa bahan
tersebut supaya berkekalan. Penjagaan dibuat dengan menggunakan bahan
atau teknik tertentu sebelum sesuatu kerosakan berlaku. Langkah seperti ini
menjadikan bahan tahan lebih lama.

6
Pemilihan warna cat yang sesuai dan teknik yang betul

iii. Pemeriksaan

Jurutera yang dilantik untuk menjalankan sesuatu pemeriksaan ke atas sesuatu


bangunan hendaklah menjalankan pemeriksaan dengan cara yang ditetapkan.
Pemeriksaan sesuatu bangunan boleh melibatkan satu atau kedua-dua perkara
seperti pemeriksaan visual dan penyiasatan struktur secara menyeluruh. Satu
pemeriksaan visual bangunan,termasuk tinjauan ke atas keadaan bangunan,
elemen-elemen struktur dan apa-apa tambahan atau perubahan ke atas
bangunan dan elemen strukturnya. Pemeriksaan perlulah menyediakan dan
mengemukakan satu laporan hasil daripada pemeriksaan visual untuk
diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan.

7
Pakar pemeriksaan bangunan

Setiap laporan yang dihasilkan mestilah mengandungi keterangan terperinci


mengenai pemeriksaan visual dan apa sahaja penyiasatan struktur secara
menyeluruh. Analisa mengenai pemerhatian dan ujian yang dijalankan selaras
dengan pemeriksaan struktur bangunan tersebut.

2.0 KEPENTINGAN PENYELENGGARAAN BANGUNAN


8
Kepentingan utama penyelenggaraan bangunan bukan hanya untuk memastikan
bangunan, sistem atau peralatan beroperasi pada kecekapan yang maksimum tetapi
juga bagi memastikan bangunan sentiasa memenuhi keperluan penghuni dan
perundangan. Keselamatan dan keselesaan penghuni bangunan atau sama ada
penduduk, pekerja dan penyewa komersial. Penyelenggaraan rutin juga penting kerana
memberi kesan kecil pada keuntungan perniagaan.

Penyelenggaraan patut dilaksanakan dengan teliti supaya penjimatan kos tidak


melibatkan keselamatan kepada pemilik bangunan. Penyelenggaraan yang tepat dan
memenuhi aspek keselamatan mampu memberi kesenangan dan kepercayaan pemilik
jika berlakunya penyelenggaraan semula. Bagi pemilik bangunan, seharusnya lebih
peka dan bersedia dengan setiap pengurusan belanjawan penyelenggaraan terhadap
kos yang dapat diramal dengan bijak membelanjakan wang tersebut.

Jenis Penyelenggaran Bangunan :-

2.1 Penyelenggaraan Terancang

9
Merupakan salah satu program kerja penyelenggaraan yang berkeperluan
penyelenggaraan pembaikan atau penyelenggaraan kecemasan. Penyelenggaraan
terancang akan mengambil kira rekod-rekod dan pengalamannya terdahulu untuk di
jadikan asas penyelenggaraan yang lebih baik dan terancang untuk masa hadapan.
Penyelenggaraan terancang juga melibatkan penggunaan sumber yang efektif iaitu
pekerja dan peralatan untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Penyelenggaraan terancang juga dikenali sebagai sistem berjadual yang mana


melalui sistem ini beberapa prosedur perlulah dimbil untuk melicinkan lagi proses kerja-
kerja penyelenggaraan. Antara prosedur yang perlu dilkuti adalah : -

 Kerja yang hendak dilakukan mestilah dijadualkan dahulu sebelum


sebarang tindakan diambil. Setiap rujukan hendaklah buat pada sistem
jadual yang telah disediakan. Contohnya kerja-kerja servis penapis
penghawa dingin adalah dalam sela 6 bulan sekali.

 Penyiasatan terhadap sesuatu kerosakan atau kemungkinan berlakunya


kerosakan hendaklah dijadualkan kerana ianya perlu ditentukan sama
ada kerja-kerja penyelenggaraan adalah diperlukan atau pun tidak.

i. Penyelenggaraan Pencegahan

Kerja penyelenggaraan yang dilakukan ke atas sesuatu item atau elemen


sebelum kerosakan berlaku. Penyelenggaraan pencegahan dijalankan pada jeda
masa yang ditetapkan dan ianya adalah untuk meminimakan jumlah kecacatan
dan kerosakan pada sesuatu komponen atau item pada bangunan.

ii. Penyelenggaraan Pembaikan

10
Kerja yang dilakukan selepas berlaku sesuatu kerosakan dan dilakukan untuk
membaiki sesuatu item dan fungsi supaya dapat beroperasi seperti sedia kala.
Penyelenggaraan pembaikan boleh diminimakan dengan menjalankan
penyelenggaraan pencegahan. Memerlukan kos yang agak tinggi jika dibandingkan
dengan penyelenggaraan pencegahan.

2.2 Penyelenggaraan Tidak Terancang

Kerja penyelenggaraan yang dilakukan tanpa perancangan awal dan


tidak berjadual. Sistem penyelenggaraan tidak terancang juga boleh dibahagikan
kepada 2.

i. Penyelenggaraan Kontigensi

Sistem kontigensi iaitu sistem penyelenggaraan yang dibuat apabila


mendapat aduan yang diterima daripada pengguna sebelum sebarang tindakan
diambil. Tindakan hanya akan diambil jika mempunyao pengaduan daripada
pihak pengguna.

ii. Penyelenggaraan Kecemasan

Penyelenggaraan kecemasan merupakan kerja penyelenggaraan


yang dilakukan dalam kadar segera iaitu dalam masa 24 jam. Sebarang
kerosakan memerlukan penyelenggaraan kecemasan jika berlaku. Antara kerja
penyelenggaraan kecemasan ialah : -

 Kegagalan sistem bekalan elektrik berfungsi


 Kebocoran pada paip utama

11
Penyelenggaraan kecemasan

2.3 Jenis Pencegahan Pelenggaraan Terancang dan Tidak Terancang

I. Penyelenggaraan berkala/berjadual

12
Melibatkan penyelenggaraan yang dilakukan secara berkala dan berjadual, lebih
mengutamakan pemeriksaan, pengawalan kerosakan, dan kecacatan sepanjang
tempoh penggunaan bangunan tersebut.

II. Penyelenggaraan ramalan/jangkaan

Penyelenggaraan mengikut ramalan yang dibuat oleh pakar mesin. Dilakukan


dengan merujuk kepada thap status mesin yang beroperasi dalam keadaan yang kurang
baik.

III. Penyelenggaraan peluang

Dilakukan jika pihak penyelenggaraan mempunyai masa untuk melakukan


penyelenggaraan tanpa menganggu sebarang kualiti dan kuantiti pengeluaran.

IV. Penyelenggaraan rekabentuk semula

Penyelenggaraan yang dilakukan dengan merujuk semula rekabentuk mesin


yang sedia ada

2.4 Penyelenggaraan Reaktif

13
Penyelenggaraan Reaktif, jenis yang dikenali sebagai kerosakan, mewajarkan
jika terdapat kerosakan, kegagalan berlaku atau penyelenggaraan pembaikan. Apabila
penyelenggaraan reaktif jarang digunakan, kadar pusing ganti adalah tinggi, kerja
penyelenggaraan jarang dilakukan, peratusan tinggi aktiviti penyelenggaraan yang tidak
dirancang adalah perkara biasa.

Usaha penyelenggaraan reaktif dalam langkah pencegahan dilakukan jika


masalah atau isu dilaporkan. Ia juga kepada tugas penyelenggaraan yang dilakukan
selepas aset rosak. Tumpuan adalah untuk memulihkan aset kepada keadaan operasi
secepat mungkin.

 Kelebihan Penyelenggaraan Reakif

i. Kos Penyelenggaraan Permulaan yang Rendah

Dengan tidak memerlukan Perisian Pengurusan Penyelenggaraan, tiada


kos pendahuluan untuk dibelanjakan.

ii. Lebih Banyak Masa Bekerja, Kurang Perancangan Masa

Kerja pembaikan hanya diambil tindakan apabila aset gagal, bermakna


tiada masa dihabiskan untuk menyusun strategi atau merancang
penyelenggaraan semasa waktu bekerja.

iii. Membina Tenaga Kerja Berpengetahuan

Jurutera dalaman dan pengendali mesin akan mengetahui cara sesuatu


aset berfungsi, cara mendiagnosisnya dan cara membetulkannya.

 Kelemahan Penyelenggaraan Reaktif

i. Kelewatan Alat Ganti

14
Tiada alat ganti disimpan di tapak. Apabila aset rosak dan memerlukan
alat ganti, kerja pembaikan ditangguhkan sehingga bahagian itu tersedia.

ii. Risiko kepada Keselamatan Pekerja

Dengan peralatan dan jentera tidak diservis secara rutin, keselamatan


pekerja terancam. Sebagai contoh, tanpa mesin pelincir atau pembersihan
proactivley, ia mempunyai pengejaran yang lebih tinggi kegagalan mengejut.

iii. Penggunaan Tenaga yang Lebih Tinggi

Apabila prestasi aset menurun, begitu juga kecekapan tenaganya,


bermakna lebih banyak tenaga akan digunakan menyebabkan bil tenaga lebih
tinggi.

3.0 CABARAN DALAM PENYELENGGARAAN BANGUNAN

15
Sumber kewangan adalah penting untuk memastikan prestasi aktiviti
penyelenggaraan yang betul. Kerja penyelenggaraan yang dilakukan tidak akan
memenuhi piawaian yang diperlukan tanpa pembiayaan yang mencukupi. Peruntukan
kewangan dalam penyelenggaraan bangunan perlu seimbang dengan jadual kerja
tahunan serta perancangan penyelenggaraan yang telah ditetapkan. Oleh itu, kos
belanjawan yang bersesuaian perlu disediakan dan dirancang berdasarkan jangkaan
kos untuk kerja- kerja penyelenggaraan yang diprogramkan mengikut keperluan sistem
atau peralatan serta perundangan.

Penyediaan sumber manusia atau tenaga kerja yang secukupnya untuk


menjalankan tugas yang berkaitan penyelenggaraan bangunan adalah tanggungjawab
sepenuhnya organisasi pengurusan fasiliti. Sumber manusia yang harus disediakan
meliputi pekerja mahir dan separuh mahir. Pekerja mahir akan memastikan setiap fasiliti
di dalam bangunan diselenggarakan dengan baik dan berkesan serta ia juga menjadi
pemimpin atau juru tunjuk bagi kalangan pekerja separuh mahir.

3.1 Kesan Pengabaian Penyelenggaraan

Terdapat beberapa kesan yang akan berlaku sekiranya pengabaian


penyelenggaraan terhadap bangunan jika tidak diambil peduli oleh pihak yang
sepatutnya. Faktor perbelanjaan penyelenggaraan akan terjejas dan mengakibatkan
kerugian yang besar dan menjatuhkan nilai kualiti serta mutu kerja peyelenggaraan
bangunan tersebut. Pengabaian kerja-kerja penyelenggaraan bangunan akan
meninggikan kadar kerosakan pada fabrik dan kemasan bangunan.

16
Aspek penyelenggaraan bangunan sering diabaikan semasa peringkat
rekabentuk Masalah yang wujud pada peringkat rekabentuk akan menyebabkan
bangunan mengalami pelbagai masalah dalam jangka masa yang lebih awal daripada
jangkaan. Hal ini akan mendorong kepada kecacatan bangunan yang seterusnya
menyebabkan peningkatan kos luar jangka.

3.2. Faktor penyelenggaraan di peringkat rekabentuk

Terdapat beberapa faktor yang perlu diberi perhatian oleh perekabentuk dalam
mempertimbangkan konsep penyelenggaraan. Pengabaian faktor penyelenggaraan
boleh mengakibatkan masalah kerosakan yang lebih serius.

a) Kesan rekabentuk :-

Boleh mempengaruhi elemen bangunan dan penyelenggaraan bangunan


pada masa hadapan. Rekabentuk yang tidak sesuai boleh
mengakibatkan bangunan mengalami kerosakan lebih cepat daripada
yang sepatutnya dan mengakibatkan penyelenggaraan yang kerap.

b) Pemilihan bahan :-

Pemilihan bahan yang terlalu canggih atau terlalu elektronik dan


berjangka hayat pendek mungkin akan menyebabkan kerja
penyelenggaraan menjadi sangat mendesak, mahal dan terlalu sensitif.
Pemilihan bahan yang berkos rendah pula mungkin memerlukan
penyelenggaraan yang kerap.

17
c) Ketahanan bahan :-

Setiap binaan mula menghadapi era kerosakan dan menjadi lapuk sebaik
sahaja bangunan itu siap dibina. terdedah kepada kerosakan ialah
bahan-bahan binaan yang berpunca dari tempoh hayat, serangan
serangga dan kulat, peluwapan, hakisan, pengaratan, dan peleraian
bahan

d) Kestabilan bangunan :-

Kecacatan berlaku keranan bangunan dibina diatas tapak yang tidak


kukuh dan menyebabkan berlaku banyak kerosakan. Antara faktor yang
mempengaruhi kestabilan bangunan ialah tekanan angin, gegaran dan
hentaman, dan asas,

3.3 Alatan Moden Penyelenggaraan Ramalan

Penyelenggaraan ramalan mampu menjimatkan banyak kos dan meningkatkan


pendapatan untuk perusahaan komersial yang menguruskan penggunaan yang besar.
Pengumpulan sejumlah besar data digital mengenai keadaan jentera dan peralatan.
Keupayaan untuk mengumpul data ini boleh dipertingkatkan dengan menggunakan
sensor yang berbeza (seperti sensor getaran, sensor akustik, sensor suhu, sensor
kuasa, dan kamera pengimejan haba).

18
3.4 Contoh Alatan Moden Penyelenggaraan Ramalan

 Multimeter / Multitester

Alatan Multimeter

Multimeter adalah alat ukur pelbagai fungsi dan pelbagai. Secara amnya,
multimeter dapat mengukur arus DC, voltan DC, voltan AC, rintangan dan tahap
audio, dan lain-lain. Sebilangan juga dapat mengukur arus AC, kapasitansi,
induktansi dan beberapa parameter semi konduktor. Alat tangan yang berguna
untuk mencari asas kerosakan dan kerja perkhidmatan lapangan, atau instrumen
yang boleh mengukur pada tahap yang sangat tinggi ketepatan.

Boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah elektrik di pelbagai


peralatan industri dan isi rumah seperti peralatan elektronik, kawalan motor,
peralatan domestik, bekalan kuasa, dan sistem pendawaian. Terdapat 2 jenis
alat multimeter analog dan multimeter digital yang mempunyai perbezaannya.

19
i. Multimeter Analog

Sejenis multimeter yang menggunakan display ukur (meter) dengan


melihat jarum penunjuk. Instrumen ujian yang mampu mengukur kuantiti asas
elektrik dan elektronik voltan, arus dan rintangan. Kondisi atau proses
pembacaan hasil ukur yang masih manual yang menyebabkan multimeter atau
multitester jenis tersebut dinamakan sebagai multimeter analog. Multimeter
analog kurang tepat dalam hasil pengukurannya. Penentukuran adalah cara ia
dilakukan untuk memulihkan kedudukan jarum ke kedudukan sifar.

Bacaan Multimeter Analog

20
ii. Multimeter Digital

Multimeter Digital hampir sama fungsinya dengan multimeter analog


tetapi multimeter digital menggunakan tampilan angka digital. Multimeter digital
pembacaan pengukuran besaran listrik yang lebih tepat jika dibanding dengan
multimeter analog, sehingga multimeter digital dikhususkan untuk mengukur
suatu besaran nilai tertentu dari sebuah komponen secara mendetail sesuai
dengan besaran yang diinginkan. Multimeter Digital menyediakan ciri jarak
automatik sehingga pengendali tidak memerlukan pemilihan ukuran secara
fizikal. Pada masa ini, multimeter digital memainkan peranan penting berbanding
analog kerana tindak balas pantas, ketepatan, skrin paparan LCD, dan banyak
lagi.

Cara penggunaan Multimeter Digital

21
 Alat Penguji Getaran

Penggunaan meter getaran dalam ujian peralatan adalah sangat penting.


Apabila perusahaan ingin memodenkan pengurusan peralatan, mereka harus
secara aktif mempromosikan kaedah pengurusan peralatan canggih dan
menggunakan teknologi penyelenggaraan peralatan berdasarkan pemantauan
status peralatan. Pemantauan keadaan peralatan dan teknologi diagnosis
kerosakan adalah prasyarat untuk penyelenggaraan ramalan peralatan.

Instrumen Penguji Getaran VIB05 dilengkapi dengan penderia termaju


dan teknologi pemerolehan data yang boleh mengukur isyarat getaran dan
keadaan galas mesin berputar dengan tepat. Instrumen ini boleh menganalisis
dan mendiagnosis data dalam masa nyata, memberikan pengguna laporan yang
komprehensif dan cadangan untuk penyelenggaraan dan pembaikan.Pengesan
getaran pelbagai fungsi VIB05 dengan tiga dalam satu fungsi pengukuran.

1. Pengukuran getaran dan penggera automatik


2. Pemantauan status galas dan penggera automatik
3. Pengukuran suhu galas

Alat Pemantauan Keadaan Getaran

22
Parameter yang diukur ialah pecutan, halaju, dan sesaran. Peraturan ibu jari
terbina dalam secara automatik menunjukkan status penggera galas. Ia tepat pada
masanya dan berkesan menghalang peralatan daripada penutupan yang tidak dijangka
akibat kegagalan. Alat tersebut sangat sesuai untuk kakitangan penyelenggaraan
peralatan di tapak untuk memantau keadaan peralatan.

 Perisian

Penggunaan perisian penyelenggaraan turut membantu mencapai


amalan penyelenggaraan bangunan yang lebih baik. Selain daripada berfungsi
untuk memudahkan penyimpanan dan penjejakan data, kebanyakan perisian
penyelenggaraan turut mempunyai fungsi untuk menerima aduan, penjadualan
penyelenggaraan pencegahan (preventive maintenance scheduling),
pengurusan kerja, pengurusan aset dan sebagainya. Kaedah manual didalam
Microsoft Excel dan Microsoft Word.

Sistem penyelenggaraan berkomputer (CMMS) juga membantu urusan


pemeriksaan dan pemantauan kerja-kerja penyelenggaraan berintegrasi
menghasilkan penyenggaraan yang berkesan. Penggunaannya sangat terhad
kepada pengurusan penyenggaraan sahaja dan tidak termasuk fungsi diagnosis
kecacatan dan keadaan bangunan yang diperiksa.

23
Penggunaan teknologi perisian

3.5 Teknologi Kecekapan

Teknologi dikategorikan sebagai sistem informasi dan multimedia seperti


komputer, internet, network dan laman sosial yang telah dicipta untuk memudahkan
dalam pekerjaan dan dapat meningkatkan produktiviti kerja dalam sebuah organisasi.
Penggunaan Teknologi Informasi (IT) telah dititikberatkan dalam organisasi kerana dapat
memenuhi keperluan kerja dengan memastikan pekerjaan tersebut dapat dilakukan
dengan cepat, tepat pada waktunya, dan relevan.

Selain itu , salah satu aspek penting dalam transformasi kini adalah penerimaan
Model Maklumat Pembinaan (BIM) iaitu suatu representasi digital keseluruhan kitar
hayat bangunan. BIM melangkaui cetakan biru tradisional, menawarkan platform
dinamik di mana arkitek, jurutera, kontraktor, dan pihak berkepentingan lain dapat
bekerjasama secara masa nyata. Membolehkan visualisasi yang tepat, simulasi, dan
koordinasi yang membawa kepada pembuatan keputusan lebih baik dan hasil projek
yang lebih tepat.

 Internet of Things and Predictive Analytics

Internet of Things merujuk kepada rangkaian yang terdiri daripada objek


seperti perisian dan sensor, direka untuk mengumpul dan bertukar data dengan
sistem dan peranti lain melalui Internet. Kegunaan data yang diperoleh daripada
Internet of Things untuk membantu operasi, seperti menggunakan teknologi
untuk mengumpul maklumat penggunaan dan data GPS. Analisis ramalan untuk
memahami penyelenggaraan peralatan dan meramalkan apabila peralatan
memerlukan pemeriksaan atau pembaikan sebelum kegagalan berlaku.

24
3.6 Contoh Kajian Kes Penyelenggaraan Bangunan

Sumber : Media Akhbar

Malaysia yang mempunyai pelbagai bangunan indah dan bersejarah untuk


ditawarkan sebagai syurga pelancongan. Tetapi memandangkan bangunan bersejarah
mahal untuk diselenggara dan dipelihara, pakar pembangunan semula bandar Malaysia
harus memanfaatkan aset ini demi pelancongan domestik dan antarabangsa.Dapat
memangkin pembangunan ekonomi dan sosial tempatan, serta merangsang aktiviti
ekonomi budaya dan kreatif

Kejayaan bangunan warisan yang menguntungkan hasil dari penyelenggaraan


yang berkesan dan sehingga kini bangunan- bangunan bersejarah dijadikan sebagai
premis perniagaan. Usaha pembangunan telah menunjukkan bagaimana pembangunan
semula boleh memberikan peluang perniagaan yang berdaya maju untuk aset tersebut.

Tumpuan utama adalah untuk memastikan aset ini digunakan untuk


menganjurkan perniagaan dan amalan kreatif dan budaya, serta inisiatif komuniti lain
yang adil dari segi sosial untuk semua. Pelancongan budaya dilihat sebagai mempunyai
ciri-ciri tersendiri, dengan kepentingan yang semakin meningkat untuk pemulihan
ekonomi dan meningkatkan pembangunan ekonomi tempatan.

Pelancongan budaya telah menyumbang kira-kira 40 peratus daripada semua


pelancongan di seluruh dunia. Pandemik telah mendorong pelancongan budaya untuk
memikirkan semula peranan dan kedudukannya dalam membentuk pembangunan
sosial dan memulihkan ekonomi. Antara contoh bangunan bersejarah yang telah
mendapat manfaat daripada penyelenggaraan yang berkesan :-

25
Stesen Kereta Api Kuala Lumpur merupakan salah satu contoh bangunan
warisan Malaysia.

Gambar fail bertarikh 27 Julai 2018 menunjukkan Bangunan Sultan Abdul


Samad.

26
Pemandangan dari udara Carcosa Seri Negara dengan bumbung merah jambu,
dikelilingi oleh kehijauan yang subur

Antara contoh lain bangunan warisan Malaysia ialah Arlene House di

Ipoh, Perak.

27
Bangunan KLSCAH telah dibina pada tahun 1934.

28
4.0 KESIMPULAN

Penyenggaraan dapat dinilai dan dikaji sebagai salah satu fungsi yang perlu di
beri keutamaan. Kerja penyenggaraan yang dilakukan berdasarkan rosak baik
hendaklah dielakkan kerana tidak ekonomik. Pada diperingkat awal perancangan
perlaksanaan penyenggaraan yang bersistematik akan melibatkan kewangan yang
tinggi tetapi jika di ambil kira kos jangka panjang ianya lebih ekonomik dan praktikal.
Penilaian objektif perlu dibuat sebelum keputusan di ambil sama ada menggunakan
perkhidmatan buruh langsung atau kontraktor. Mana-mana kaedah yang dipilih
hendaklah memberi kelebihan dari segi kos, kualiti, masa dan keselesaan. Tanpa
memberikan penekanan kepada perkara-perkara di atas penyenggaraan sesuatu aset
tidak lengkap dan keberkesanannya akan terjejas.

Langkah selenggaraan yang betul dan jelas dapat mencegah sesebuah mesin
daripada berlaku kerosakan. Penyelenggaraan yang dirancang dengan baik dan tepat
mengikut kesesuaian dapat memberikan keuntungan kepada sesebuah organisasi.
Organisasi yang tidak mempunyai unit penyelenggaraan yang baik berpotensi untuk
mengalami kerugian kerana kegagalan mesin dan peralatan untuk berfungsi dengan
sempurna. Penyelenggaraan yang teratur dan bersiap sedia dapat memberi manfaat
kepada pihak organisasi dari sudut kewangan.

29
5.0 RUJUKAN

 Media Prima Akhbar Kita, Bahasa Kita, 2023 Jun 5, Manfaatkan Bangunan Warisan
Untuk Pelancongan.

https://mediapermata.com.bn/manfaatkan-bangunan-warisan-untuk pelancongan/

 Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam)-Universiti Teknologi Malaysia), 1991,


Pengabaian Penyelenggaraan.

http://portal.utm.my/client/en_AU/main/search/detailnonmodal/ent:
$002f$002fSD_ILS$002f0$002fSD_ILS:446556/ada?qu=Hiew
%2C+Fong+Poh&qf=AUTHOR%09Author%09Hiew%2C+Fong+Poh%09Hiew
%2C+Fong+Poh&ic=true

 Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur, ( 2018 Ogos 27) JENIS PENYENGGARAAN

https://www.coursehero.com/file/34799520/JENIS-PENYENGGARAAN/

 Laman utama, Berita, Electron ( 2021 Oktober 18 ) Memilih Penderia Penyelenggaraan


Ramalan yang Paling Sesuai

https://ms.fmuser.net/wap/content/?11568.html

30

Anda mungkin juga menyukai