Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENGENALAN
Penyenggaraan kini dikaitkan dengan pulangan pelaburan dan nilai bangunan itu sendiri. Semakin besar modal

awal yang diperlukan untuk membangunkan sesuatu projek bangunan,maka semakin besar pula pula pulangan

yang di harapkan. Oleh sebab itu,sesuatu bangunan seperti hotel,kompleks membeli belah,pejabat atau

pangsapuri perlu sentiasa dalam keadaan seperti baru iaitu dapat memenuhi fungsi dengan sepenuhnya bagi

mendapatkan pulangan yang tertinggi.

Hampir setiap bangunan tidak terlepas dari daripada kecacatan atau kerosakan walaupun berbagai-bagai

langkah pencegahan diambil semasa rekabentuk dan pembinaanya. Namun demikian,bangunan swasta

biasanya lebih terpelihara berbanding dengan bangunan awam. Di Negara kita,banyak bangunan awam yang

penting dan berharga seperti sekolah,hospital,perhentian bas dan lain-lain berada dalam keadaan yang sagat

menyedihkan. Ada sesetengah pihak yang lebih suka membina bangunan baru bagi mengantikan bangunan

terbiar daripada memperbaiki dan menjaganya. Keadaan ini sebenarnya biasa terjadi di Negara-negara

membangun. Banyak peruntukan bagi penyenggaraan di potong dan disalurkan bagi pembinaan baru tanpa

menyedari bahwa setiap bangunan baru tersebut ialah menambahkan beban peyeggaraan. Akibatnya semakin

semakin banyak bangunan yang terpaksa dilupuskan jauh lebih awal daripada masa yang sepatutnya. Ini

bermakna Negara kehilangan sebahagian daripada harta yang dibina daripada modal yang terhad.

Peyenggaraan bangunan sebenarnya diperlukan sebaik sahaja bangunan disiapkan. Di peringkat awal

ini,kecacatan yang terjadi berpunca dari daripada reka bentuk atau pembinaan bangunan itu sendiri. Di

sepanjang proses pembinaan,setiap pindaan reka bentuk yang diperlukan dan diperakukan oleh arkitek akan di

tanggung oleh gunawan sebaliknya, kecacatan disebabkan oleh kecuaian semasa pembinaan akan di tanggung

oleh kontraktor. Jangka masa tanggungan kecacatan selama enam atau dua belas bulan di peruntukan dalam

kontrak pembinaan. Dalam tempoh tersebut kontraktor dikehendaki membaiki sebarang kecacatan yang ada

dengan kosnya sendiri. Selepas tempoh tersebut berakhir,pengurus bangunan perlu menyediakan aturcara

peyenggaraan selanjutnya. Apa yang perlu dipastikan adalah bangunan dapat memenuhi fungsi dengan

sepenuhnya dan menghasilkan keuntungan disepanjang hayat ekonominya.


1.1 Matlamat penyenggaraan

Matlamat utama penyenggaraan adalah untuk mengurangkan seberapa mungkin kegagalan dan
kecacatan terhadap elemen dan peralatan bangunan secara efektif dan sistematik. Secara tidak langsung,
segala aspek keselamatan dan keselesaan akan lebih terjamin bukan sahaja kepada pengguna malah kepada
pemilik dan organisasi.
Penyenggaraan yang berkesan dapat membantu untuk mengenalpasti masalah-masalah kegagalan
dan kerosakan pada sesuatu tahap masa dan keadaan tertentu yang seterusnya dapat membantu kepada
pemilihan kaedah dan bahan yang sesuai untuk dilaksanakan. Pemilihan kaedah dan bahan yang terbaik dapat
mengelakkan penyenggaraan susulan pada komponen dan peralatan yang sama dalam jangka masa yang
terdekat. Hanya melalui penyenggaraan sahaja sesuatu elemen dan peralatan bangunan yang rosak dapat
dikembalikan kepada fungsi dan keadaan asalnya.
Tanpa tindakan penyenggaraan yang sebegini, sudah tentu akan berlakunya pelupusan bangunan-
bangunan sebelum tiba pada masanya.

1.1 Jenis-jenis penyenggaraan

Berkesan” dan “sistematik” merupakan dua kata kunci kepada kejayaan sesuatu aktiviti penyenggaraan. Dalam
konteks ini, BS 3811: 1984 telah membahagikan penyenggaraan kepada dua bahagian utama menerusi
atucara dan perlaksanaannya, iaitu:-

(i) Penyenggaraan Terancang (planned maintenance)


(ii) Penyenggaraan Tidak Terancang (unplanned maintenance)

Kedua-dua jenis penyenggaraan ini dapat dibahagikan kepada dua jenis,sama ada penyenggaraan
pencegahan atau penyenggaraan pembaikan dan seterusnya terbahagi pula kepada jenis penyenggaraan
berjadual dan penyenggaraan berdasarkan keadaan:

1.2 Penyenggaraan terancang

Merujuk kepada British Standard BS 3811: 1984 Penyenggaraan terancang


(planned maintenance) ditakrifkan sebagai:-
“Maintenance organized and carried out with forethought, control and the used of record to a predetermined
plan”.
Ini bermakna penyenggaraan terancang adalah merupakan penyenggaraan yang dilaksanakan menerusi
rancangan pratentu yang mengambil kira segala perancangan pada masa hadapan, aspek pengawalan dan
penggunaan rekod-rekod terdahulu dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.
Reka bentuk perancangan dan perlaksanaan penyenggaraan ini ditunjukkan sama ada menerusi carta,
lukisan aturcara komputer yang mana setiap data-datanya direkodkan dan diperuntukan kos perlaksanaannya.
Penyenggaraan jenis ini biasanya diapdatasikan sewaktu awal proses pembinaan dan terus dikekalkan dari
masa ke semasa.
Penyenggaraan terancang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penyenggaraan pencegahan dan
penyenggaraan pembaikan yang mana masingmasing mempunyai tujuan dan kaedah perlaksanaannya yang
tersendiri.
1.3 Penyenggaraan pecegahan

Penyenggaraan pencegahan merupakan penyenggaraan pratentu yang dilaksanakan mengikut kalaan


masa dan prestasi sesuatu item sebagaimana yang telah ditetapkan. Tujuan utamanya adalah untuk
mengurangkan kemungkinan berlakunya sebarang kerosakan atau degredasi terhadap prestasi sesuatu item.
Penyenggaraan jenis ini dilihat sebagai suatu tindakan segera yang diambil dalam mencegah kerosakan
sesuatu item tertentu bangunan. Sekiranya tindakan awal ini diabaikan, kemungkinan kerosakan daripada item
tersebut boleh menyebabkan kerosakan kepada item-item bangunan yang lain. Oleh kerana faktor manusia
dan keadaan menjadi penentu kepada penyenggaraan jenis ini, maka ia telah dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu penyenggaraan berjadual dan penyenggaraan berdasarkan keadaan.

(i) Penyenggaraan Berjadual


 Penyenggaraan berjadual merupakan penyenggaraan pencegahan yang dijalankan berdasarkan tempoh
kalaan masa, saiz, operasi, dan sebagainya. Ia memerlukan kepada pemeriksaan dan pengawalan secara rutin
terhadap kerosakan dan kegagalan elemen dan peralatan bangunan. Melalui penyenggaraan ini, suatu tempoh
masa, saiz operasi, dan kekerapan kerosakan dan kegagalan dapat dijangkakan.
Penyenggaraan seperti ini terdiri daripada kerosakan dan kegagalan yang berkaitan kekerapan
penggunaan item-item bangunan ini dan juga keadaan persekitarannya. Di antara kerja-kerja yang terlibat
Ialah seperti mengecat, pembersihan dan sebagainya.

(ii) Penyenggaran Berdasarkan Keadaan


 Penyenggaraan jenis ini adalah merupakan penyenggaraan pencegahan yang dilaksanakan dengan
adanya pemahaman dan pengetahuan yang sebaiknya berhubung kriteria dan keadaan bagi sesuatu item
bangunan. Maklumat-maklumat pemeriksaan kawalan rutin yang dijalankan dari masa ke semasa.
Pemeriksaan dan kawalan dari masa ke semasa yang dilakukan ini akan mengarahkan kepada pemilihan
kaedah dan bahan-bahan yang sesuai mengikut keadaan sebenar kegagalan dan kecacatan struktur-struktur
terbabit.

1.4 Penyenggaraan pembaikan

Penyenggaraan pembaikan merupakan penyenggaraan yang dijalankan setelah berlakunya kegagalan


atau kerosakan. Ia bertujuan mengembalikan fungsi sesuatu item yang rosak atau gagal kepada fungsi asalnya
seperti yang ditetapkan. Ia adalah sebahagian daripada jenis penyenggaraan tidak terancang.
Penyenggaraan jenis ini turut melibatkan penyenggaraan kecemasan yamg mana perlu diberikan
perhatian dengan segera untuk mengelakkan akibat yang lebih serius berlaku.

1.1 Penyenggaraan tidak terancang

Penyenggaraan tidak terancang merupakan penyenggaraan yang dilaksanakan tanpa perancangan


tertentu. Sebarang tindakan penyenggaraan hanya diambil setelah aduan diterima daripada pengguna,
penghuni, dan lain-lain.
Penyenggaraan jenis ini hanya menggunakan pendekatan penyenggaraan pembaikan yang mana proses
membaiki hanya dilakukan setelah kegagalan dan kerosakan benar-benar berlaku. Saiz dan operasi kerja
penyenggaraan bergantung sepenuhnya kepada bilangan dan betapa seriusnya aduan yang diterima sebelum
mengambil tindakan-tindakan seterusnya.

1.2 Kerja-kerja penyenggaraan

Jenis-jenis penyenggaraan umumnya melibatkan tiga jenis kerja iaitu kerja biasa, kerja segera, dan
kerja kecemasan. Setiap jenis kerja ini dibezakan melalui masa tindakannya dan jenis kegagalan yang berlaku.
Bagi kerja biasa, tindakan akan diambil dalam tempoh satu hingga tiga minggu (1-3 minggu). Manakala bagi
kerja-kerja segera, tindakan diambil dalam tempoh kurang daripada satu minggu (1- 7 hari). Seterusnya kerja-
kerja kecemasan yang mana tindakan serta-merta perlu diambil iaitu dalam tempoh satu hingga dua hari (1-2
hari). Antara aktiviti-aktiviti penyenggaraan yang terlibat di dalam jenis kerja yang dinyatakan adalah seperti
berikut:-

(i) Kerja Servis


 Kerja servis melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan pembersihan terhadap kemudahan dan peralatan
bangunan. Perkhidmatan ini memerlukan penjadualan dan dijalankan mengikut keutamaan dan kekerapan
sesuatu peralatan atau kemudahan memerlukan kepada penyenggaraan. Kuantiti perkhidmatan adalah
bergantung kepada saiz liputan dan bilangan peralatan sesebuah bangunan. Semakin besar saiz liputan dan
peralatan, semakin banyak kerja-kerja servis yang diperlukan dan sebaliknya. Di antara contoh-contoh kerja-
kerja ini ialah pembersihan peralatan seperti mesin, tingkap, lantai dan sebagainya.

(ii) Kerja Pembaikan


 Kerja-kerja pembaikan dijalankan untuk menangani masalahmasalah kegagalan dan kecacatan
terhadap kemudahan dan peralatan bangunan yang meliputi ketidaksesuaian kaedah dan bahan-bahan
yang digunakan dalam pembinaan. Maka, wajar perkhidmatan ditumpukan pada peringkat awal setelah
pembinaan selesai. Pembaikan segera dapat mengurangkan keperluan penyenggaraan yang lebih kerap pada
kemudian hari. Kerja pembaikan dilaksanakan berdasarkan kepada aduan dan laporan pengguna atau
pemilik berkenaan kerosakan komponen-komponen bangunan seperti pam tandas, lampu, pendingin udara dan
sebagainya yang menjejaskan keselesaan pelbagai pihak.

(iii) Kerja Penggantian


 Setiap bahan, komponen dan peralatan bagi sesebuah bangunan mempunyai tahap dan kadar
kerosakan yang berbeza yang dipengaruhi oleh kualiti, persekitaran, dan kekerapan penggunaannya. Oleh itu,
kerja penggantian digunakan bagi memastikan setiap item-item ini yang berada pada tahap kritikal
digantikan apabila tindakan pembaikan tidak dapat dibuat. Pemeriksaan berjadual perlu dilakukan berterusan
terhadap setiap item yang direkodkan bertujuan mengenalpasti kegagalan dan kerosakan. Penggantian dapat
mengelakkan kesan buruk terhadap prestasi dan fungsi bangunan. Di antara item yang perlu diperhatikan
terdiri daripada aspek struktur, mekanikal, system elektrik dan sistem air yang merupakan nadi utama kepada
bangunan-bangunan.
(iv) Kerja Perlindungan
 Perlindungan melibatkan kerja-kerja yang bertujuan untuk mengawal fungsi, prestasi termasuk
penampilan sesebuah bangunan.Perlindungan perlu diberikan sepanjang hayat bangunan terbabit kerana
bangunan sentiasa terdedah kepada kerosakan dan kecacatan yang disebabkan oleh faktor seperti cuaca,
kekerapan penggunaan dan lain-lain. Perlindungan dapat mencegah sebarang kecacatan dan kerosakan yang
lebih serius di masa hadapan. Ia dapat menjamin ketahanan setiap komponen sepanjang penggunaannya.
Contohnya, tindakannya ialah mengecat pada permukaan luar bangunan untuk mengawal reaksi cuaca dan
serangan kulat atau fungsi.

2.0 DEFINISI STRUKTUR BANGUNAN


2.1 ASAS

 Asas ialah unsur bangunan yang dibina khusus untuk menangung keseluruhan berat bangunan( beban mati

dan beban dikenakan) dan memindahkan beban tersebut kepada tanah.Pada kebiasaanya,asas dibina dengan

kedalaman satu hingga satu setenggah meter daripada aras permukaan tanah.

(sumber:Buku Teknologi Bangunan UTM)

2.2 LANTAI

 Lantai adalah permukaan yang rata untuk menanggung beban penghuni,perabut,alatan dan kadang-kadang

dinding dalam.Mengikut undang-undang kecil bangunan,lantai merupakan permukaan mana-mana tingkat

bangunan termasuk rasuk,papan,batu,konkrit,besi atau apa-apa bahan yang ada kaitan dengan atau menjadi

sebahagian daripada permukaan tersebut.

(Sumber:Buku Teknologi Bangunan)

2.3 DINDING

 Dinding merupakan satu struktur yang biasanya dalam keadaan pugak.Tujuan dinding dibina adalah untuk

melindungi bangunan atau bertindak sebagai pembahagi kepada ruang-ruang atau bilik-bilik.

(Sumber:Buku Teknologio Bangunan)

2.4 TANGGA

 Tangga ialah bahagian laluan masuk atau penghubung antara lantai dalam sesebuah bangunan.Sesuatu

binaan tangga mengandungi beberapa tingkat atau anak tangga yang di gunakan untuk kemudahan turun naik

dari satu tingkat bangunan.Ia sama ada dibina dalam satu larian terus atau mengandungi beberapa

pelantar.Oleh itu tangga boleh dibina samada dalam satu larian yang lurus atau membelok.Tiap-tiap anak

tangga mengandungi bahagian yang mengufuk iaitu tempat untuk berpijak dan bahagian pugak yang menutupi

ruang di antara jejak-jejak.


(Sumber:Buku Teknologi Bangunan)

2.5 BUMBUNG

 Bumbung merupakan elemen bangunan yang paling atas.Fungsi bumbung adalah untuk melindungi bangunan

daripada hujan,panas,dan angin.Ada kalanya bumbung berfungsi sebagai melepaskan cahaya matahari ke

dalam bangunan.Ia juga dibina supaya haba tidak meresap keluar terlalu banyak melaluinya.Selain itu ada

kalanya bumbung boleh menambahkan kecantikan pada bangunan.

(Sumber:Buku Tan Boon Tong)

SENARAI JENIS KECACATAN PADA BANGUNAN


 Kelembapan
 Kecacatan cat
 Keretakan
 Karat dan reput

3.1 Definisi kelembapan


 Kelebapan sering berlaku pada tembok,lantai dan siling dalam bangunan.Sifat ini mengakibatkan permukaan
tembok dan siling itu bertompok-tompok basah dan lantai sentiasa lembab.Keadaan seperti ini menimbulkan
suasana dalam bangunan tersebut kurang sihat.
(Sumber:Buku Tan Boon Tong)

3.2 Kesan-kesan jika berlaku kelembapan

 Kelembapan akan menimbulkan banyak masalah terhadap sesebuah bangunan dan juga kepada
penghuninya.Kesan-kesan yang berikut sering berlaku antara kesan-kesan yang sering berlaku aadalah:
a) Bahagian-bahagian buatan besi berkarat
b) Lepa pada tembok dan siling berperoi dan tanggal
c) Kemasan lantai tidak lekat pada dasarnya
d) Bahagian-bahagian buatan kayu menjadi reput
e) Cat mengelupas dan tanggal
f) Permukaan bata berlumut
g) Pemasangan dawai letrik menjadi rosak
h) Suasana kurang sihat untuk kediaman
3.3 Cara-cara mengatasi

 Kelembapan dapat di cegah yang tertentu semasa merancang dan membina bangunan tersebut. Beberapa
factor yang di ambil kira semasa merancang bangunan ialah cuaca tempatan,kedudukan bangunan,reka
bentuk bangunan dan penyeliaan rapi semasa kerja pembinaan di jalankan. Tindakan-tindakan yang lazim di
ambilkan pada bangunan di Malaysia dan Negara-negara tropical ialah mengunakan lapisan kalis lembab
secara mendatar atau menegak pada tempat-tempat yang tertentu dalam tembok,lantai dan bumbung di mana
kemungkinan besar kelembapan akan berlaku. Selain dari lapisan kalis lembab,kelembapan boleh di cegah
dengan mengadakan lumrah hujan di bawah ambang tingkat atau ambang pintu untuk menghalang air hujan
daripada mengalir masuk.
(Sumber:Buku Tan Boon Tong)

3.4 Definisi Kecacatan cat

 Lapisan cat memerlukan penyenggaraan yang tetap dan berterusan untuk menjaga permukaanya supaya
sentiasa baik. Penjagaan yang di perlukan adalah dengan mencuci permukaan untuk mengeluarkan habuk dan
kotoran bagi memanjangkan hayat cat. Di samping itu,lapisan permukaan dan lapisan yang lain juga perlu di
tambah.
 Kecacatan cat adalah bahan moden yang di perbuat daripada bahan-bahan terbaik perlu di periksa dengan teliti
sebelum digunakan supaya kemungkinan berlakunya kegagalan pada bahan-bahan tersebut dapat di
minimumkan. Pembuat juga mengeluarkan arahan tentang cara-cara mengunakan bahan tersebut dan ini perlu
di ikuti. Walaubagaimanapun kecacatan mungkin juga berlaku dalam pelbagai keadaan disebabkan oleh
pelbagai punca seprti mutu kerja yang rendah dalam menyediakan permukaan dan meletakan bahan-bahan.
Punca-punca yang lain adalah kurang pengetahuan tentang bahan,yang menyebabkan kesilapan pemasangan
di tempat yang tidak sepatutnya. Ada juga kemungkinan lapisan bahan tidak melekat ke permukaan di
sebabkan keadaan yang lembap
(Sumber:Buku Tan Boon Tong)

3.5 Kecacatan yang disebabkan oleh punca-punca bagi sesuatu lapisan cat

1. Mengelembung (blistering)
Permukaan cat menjadi menggelembung apabila kelembapan terperangkap di bawah lapisan cat. Kelembapan
yang terperangkap akan menolak lapisan cat menjadi gelembung-gelembung kecil. Ini akan menghalang
lapisan tersebut melekat pada permukaan dasar. Lapisan cat yang yang mengalami kerosakan seperti ini perlu
di buang dan di gantikan dengan cat yang baru. Apa yang penting ialah punca kelembapan di hindarkan
terlebih dahulu.
2. Penjujuhan (bleeding)
Ini merupakan penyebaran bahan berwarna seperti bitumen,kreosot,enapan dammar dan lain-lain lagi yang di
gunakan pada permukaan dasar. Kecacatan yang terjadi perlu di buang. Bahan pengalis stypic knotting atau
cat asas aluminium perlu di letakan terlebih dahulu sebelum lapisan cat baru di sapu untuk mengelakan kesan
penyebaran warna tersebut.
3. Berkapur (chalking)
Permukaan cat menjadi debu atau bertepung disebabkan oleh pendedahan luaran. Cat berkapur perlu di
keluarkan dan permukaan dasar di basuh untuk mendapatkan permukaan yang baik. Permukaan
dasar kemudianya di kaliskan dan di sapu dengan cat baru.
4. Cissing
Cissing ialah keretakan halus di permukaan lapisan pengemas di sebabkan perbezaan tegangan,permukaan
keadaan ini berlaku apabila lapisan asas di sapu di atas lapisan permukaan yang berminyak atau bergris.
Lapisan pengemas yang di letakan di atas lapisan asas yang berminyak juga akan memberikan kesan yang
sama.
5. Keperoian
Keperoian merupakan pembentukan hablur-hablur putih di permukaan cat atau di bawah lapisan cat. Hablur ini
terbentuk hasil pemeluwapan larutan garam daripada struktur batu bata. Keperoian ini mencacatkan rupa cat
dan merosakan lapisan cat. Keperoian yang berlaku hendaklah di bersihkan,di biarkan kering untuk beberapa
ketika untuk melihat perkembangannya. Jika kesannya sudah hilang,cat yang baru boleh di sapukan.

3.6 Definisi keretakan

Retak pada permukaan atau peda sambungan tembok merupakan kecacatan yang paling lazim di alami dalam
pembinaan tembok bata dan konkrit. Keretakan berpunca daripada beberapa kemungkinan seperti :

1. Pengecutan dan pengembangan yang berlaku pada tembok kerana cuaca berubah.
2. Mendapan berlaku kerana beban binaan yang berlebihan atau kegagalan asasnya.
3. Kekurangan dalam rekabentuk seperti besi tetulang yang tidak mencukupi dan sebagainya.
4. Kesilapan dalam kerja dan pengawalan seperti bata tidak dibasahkan sebelum di ikat, pengawetan tidak
dilakukan, bancuhan mortar tidak mengikut nisbah yang ditentukan dan sebagainya.
5. Bahan-bahan yang bermutu seperti pasir mengandungi kelodak berlebihan dan sebagainya.
(Sumber:Buku Tan Boon Tong)

3.7 Kerosakan dan kemusnahan pada konktit bertetulang

Struktur konkrit bertetulang memerlukan penyenggaraan minimum walaupun ianya mempunyai ketahanlasakan
yang tinggi berbanding bahan binaan yang lain. Ini disebabkan oleh konkrit tersebut akan mengalami
kerosakan seperti keretakan atau kemusnahan disebabkan oleh beban berlebihan atau keadaan persekitaran.
Bagi memastikan kaedah pembaikan yang sesuai dijalankan, beberapa proses perlu dibuat dengan teliti
mengikut langkah-langkah seperti berikut :
(i) Pemeriksaan awal di tapak bangunan.
(ii) Penyiasatan dan ujian makmal terhadap sampel dijalankan.
(iii) Menganalisa dan membuat kesimpulan tentang jenis kerosakan.
(iv) Menentukan kaedah pembaikian serta kosnya.
(v) Kerja-kerja pembaikan dilakukan.
(vi) Kerja-kerja pemantauan terhadap pembaikian kerosakan dijalankan.

Sebelum menilai tahap kerosakan yang dialami oleh konkrit dan kaedah untuk membaikinya, maka kerja-kerja
pemeriksaan dan penyiasatan bagi menentukan punca kerosakan tersebut perlu dilakukan terlebih dahulu.
Contoh kes seperti kebakaran, kerosakan konkrit jenis ini boleh dilihat dengan nyata. Walaubagaimanapun
kerosakan yang lain memerlukan penyiasatan dan ujian-ujian tertentu bagi menentukan punca kerosakannya.
Tidak semua kerosakan berlaku secara tiba-tiba, sebagai contohnya pemendapan yang berlaku pada asas
bangunan atau lebihan beban, keretakannya
berlaku dengan mengambil masa yang panjang. Kemusnahan yang dialami oleh konkrit pula mengambil masa
yang lama setelah binaan siap. Berdasarkan pengalaman, kemusnahan konkrit ini agak sukar dikenalpasti
puncanya. Pembaikian ke atasnya biasanya memerlukan kerja-kerja pembaikian semula memandangkan
kesukaran mengenalpasti punca sebenar berlakunya kemusnahan konkrit.
(Sumber:Buku Tan Boon Tong)

3.8 Keretakan pada konkrit

Kerosakan atau kemusnahan konkrit boleh dikatakan berlaku apabila keretakan mula kelihatan. Dengan itu
penyiasatan terhadap jenis atau corak keretakan akan memberikan petanda awal untuk mengetahui punca-
punca yang menyebabkan kerosakan atau kemusnahan konkrit itu berlaku. Perlu diingatkan rekabentuk konkrit
bertetulang adalah bedasarkan kepada keratan keretakan dan kebanyakan kes bagi keretakan halus atau
’crazing’ yang tidak melibatkan kes pengaratan keluli atau tindakbalas alkali-aggregat ianya tidak berbahaya
dan tidak perlu dibaiki.
Keretakan berlaku apabila daya tegangan melebihi kekuatan tegangan pada
waktu ianya berlaku. Beberapa keretakan berlaku sebaik sahaja konkrit dituang
iaitu konkrit pada tahap plastik. Jika keretakan pada tahap plastik ini termasuk
pengecutan awal suhu menjadi lebar ianya akan menyebabkan pengaratan keluli
berlaku kerana terdedah dengan persekitaran. Keretakan konkrit pada tahap
’hardened’ pula disebabkan oleh beban yang berlebihan, pergerakan asas bangunan,
kebakaran ataupun konkrit yang terdedah kepada persekitaran yang teruk.
(Sumber:Buku Tan Boon Tong)

3.9 klasifikasi retak

Semasa siasatan dijalankan terhadap kerosakan struktur konkrit, keretakan


selalunya diklasifikasikan mengikut keadaan semulajadi, arah dan lebar keretakan
seperti berikut :
(i) Klasifikasi Retak berdasarkan Arah iaitu ’longitudinal
cracks’,’transverse cracks’, ’diagonal cracks’ atau ’random cracks’.
(ii) Klasifikasi Retak berdasarkan Lebar iaitu ’hairline cracks (0.1mm), ’fine cracks (0.1mm – 1mm), ’medium
cracks’(1mm – 2mm) dan
’wide cracks’ (> 2mm).
Keretakan yang tidak aktif ialah keretakan di mana lebarnya tidak berubah.
Keretakan ini dibaiki dengan menggunakan bahan yang ’rigid’. Manakala
keretakan yang aktif pula diistilahkan sebagai keretakan di mana lebarnya berubahubah
kerana pertambahan atau pengurangan beban dan apabila perubahan suhu
berlaku. Bahan untuk membaiki keretakan ini hendaklah dari jenis ’flexible’ kerana
ia dapat membenarkan pergerakan keretakan tersebut. Keretakan menjadi lebih
aktif apabila lebarnya semakin bertambah dengan masa terutama keretakan ini
disebabkan oleh berlakunya pengaratan keluli atau pergerakan asas bangunan.
Kerja-kerja pembaikian keretakan aktif ini hendaklah didahului dengan
mengenalpasti punca sebenarnya, jika tidak keretakan masih juga berlaku selepas
pembaikian dilakukan. Arah keretakan juga memain peranan yang penting bagi mengetahui atau memilih
kaedah pembaikian yang sesuai. ’Longitudinal cracks’, mendedahkan tetulang keluli kepada pencemaran dari
persekitaran bagi membolehkan proses pengaratan berlaku. ’Transverse cracks’ yang berlaku mungkin serius
mungkin
tidak, ianya bergantung kepada lebar keretakan, lokasi atau kawasan yang terdedah
kepada persekitaran. ’Diagonal cracks’ adalah berpunca dari kegagalan ricih dan
keretakannya terjadi secara tiba-tiba. ’Randoms cracks’ biasanya tidak berbahaya
melainkan keretakannya disebabkan oleh kebakaran atau kemusnahan oleh tindakan
kimia di dalam konkrit.

3.10 Pemantauan terhadap keretakan

Keretakan biasanya tidak berbahaya kecuali disebabkan oleh pengaratan keluli. Jika keretakan halus yang
berlaku, kerja-kerja pembaikian tidak perlu disegerakan. Kerja-kerja pemantauan sangat-sangat diperlukan
terutamanya bagi keretakan pada asas bangunan. Pergerakan keretakan boleh dikesan dengan menggunakan
alat ’glass tell-tales’. Keretakan yang disebabkan oleh struktur lemah atau tekanan suhu menunjukkan
perubahan yang ketara dan memerlukan pemantauan yang teliti terhadap keretakannya. Jika struktur konkrit
mengalami kemusnahan yang teruk, pemantauan terhadap keretakan akan memberikan peringatan bahawa
kerja-kerja pembaikian hendaklah dijalankan dengan segera. Kaedah alternatif untuk mengukur lebar keretakan
ialah dengan menggunakan alat ’demountable mechanical gauge (Demec)’. Kesan terhadap tindakan suhu dan
perubahan cuaca adalah diambilkira.
(Sumber:Buku Tan Boon Tong)

6.0 KESIMPULAN
Penyenggaraan hendaklah dilihat sebagai satu fungsi yang perlu di beri keutamaan. Kerja penyenggaraan yang
dilakukan berdasarkan “rosak-baiki” hendaklah dielakkan kerana tidak ekonomik. Diperingkat awal
perancangan perlaksanaan penyenggaraan yang bersistematik akan melibatkan kewangan yang tinggi tetapi
jika di ambil kira kos jangka panjang ianya lebih ekonomik dan praktikal. Penilaian objektif perlu dibuat sebelum
keputusan di ambil samada menggunakan perkhidmatan buruh langsung atau kontraktor. Mana-mana kaedah
yang dipilih hendaklah memberi kelebihan dari segi kos, kualiti, masa dan keselesaan. Tanpa memberikan
penekanan kepada perkara-perkara di atas penyenggaraan sesuatu aset tidak lengkap dan keberkesanannya
akan terjejas

Anda mungkin juga menyukai