Anda di halaman 1dari 3

ALUAN PENGERUSI

Bismillahirahmanirahim

Yang dihormati Puan Khatijah Bt Taharin selaku pengetua Sekolah Tinggi


Islam As-sofa Seremban
Yang berusaha Encik Mohd Azhani Bin Mohd Azhari, Guru Penolong Kanan
1
Yang berusaha Ustaz Muhammad Syafiq Bin Badrishah, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid
Yang berusaha Encik Khairul Shahrin Bin kamarul Baharin, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum

Para pendidik, ibu bapa serta sahabat sahabat seperjuangan yang dikasihi
sekalian.
Assalamualaikum wbt
Bersongkok bersampin segak berseri
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya
Alhamdulillah, majlis sambutan hari raya ini akhirnya dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurniaNya jua kita bersama masih
diberikan kesempatan untuk menghirup udara syawal setelah sebulan Ramadhan
kita berpuasa.
Untuk pengetahuan para hadirin sekalian, bacaan yassin yang telah diadakan
pada sebentar tadi bagi meraikan dan medoakan para pelajar yang akan
menduduki peperiksaan bulanan pada bulan hadapan dan pelajar tingkatan 3
yang akan menghadapi peperiksaan percubaan pt3 pada bulan ogos ini.
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Majlis sambutan hari raya aidilfitri ini kita mulakan dengan munajat doa dan
memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan al fadhil ustaz
muhammad syafiq bin badrishah bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan
Terima kasih atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi.
Hadirin hadirat para pelajar yang dikasihi sekalian,
Lemang dihidang enak rasanya
Nasi arab pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan pengetua bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan
yang dihormati Puan Khatijah Binti Taharin Pengetua Sekolah Tinggi Islam As Sofa
Seremban untuk menyampaikan sepatah dua kata. Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada ustazah Khatijah
Ketupat lemang nasi impit laksa
Mi kuah bihun sup tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera
Sambil para tetamu menjamu selera tedapat beberapa aktiviti yang akan
diadakan sepanjang majlis ini diadakan. Selain itu , aktiviti tersebeut akan
diselang-selikan dengan beberapa klip video yang istimewa bersempena hari
raya , tetapi yang paling penting adalah tayangan montaj yang telah disediakan
oleh pelajar tingkatan 4.
Maka dengan ini , bermulalah aktiviti yang saya sebutkan sebentar tadi . iaitu
cabutan bertuah. baiklah para tetamu , sedialah , mana tahu nombor yang anda
pegang adalah nombor betuah .
Tetapi tidak sahlah jika cabutan bertuah nombornya tidak dicabut . Dengan itu ,
dijemput Ustazah Khatijah Bt Taharin untuk ke
hadapan . ...............................................................
Terima kasih Ustazah Khatijah Bt Taharin kerana sudi membuat cabutan
bertuah yang pertama. Tahniah kepada para tetamu yang mendapat hadiah dari
cabutan bertuah tadi . Yang nombornya tidak disebut janganlah sedih , sebentar
lagi ada lagi..
*iklan
KUIZ SYAWAL .
*ambil 4 atau lima soalan selang seli
*tanya soalan kepada orang bermula dengan bertanya
Nama . umur . ahli keluarga yang bersekolah di sini .
(kalau dia tak dapat jawab suruh salah seorang dari keluarga dia)
PENUTUP . YEAY .
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis
sambutan hari raya aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan
meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama
yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Anda mungkin juga menyukai