Anda di halaman 1dari 8

JABATAN PEMBANGUNAN

KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER


MANUSIA ARAS
SM PENDIDIKAN 7 and
KHAS 8 BLOK D4, SHAH ALAM
VOKASIONAL
KOMPLEKS D
PUSAT
JALAN PENTADBIRAN
SENANGIN KERAJAAN
17 / 2, SEKSYEN 17, PERSEKUTUAN
62530 PUTRAJAYA
40200 SHAH ALAM, SELANGOR.

KOD DAN NAMA K05048


SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL
PUSAT BERTAULIAH
SHAH ALAM

SOALAN PENILAIAN PENGETAHUAN (OBJEKTIF)

KOD UNIT CORE ABILITY Z-009-3:2015 CA01

NAMA UNIT ABILITY KOMUNIKASI EFEKTIF

NAMA CALON

NO. KAD PENGENALAN

MASA

TARIKH

MARKAH

Arahan kepada calon:

1. Tulis nama dan nombor kad pengenalan calon pada ruangan yang disediakan;
2. Calon tidak dibenarkan membuka kertas soalan sehingga dibenarkan;
3. Calon hendaklah menjawab semua soalan;
4. Calon dilarang membawa nota atau sebarang bahan rujukan kecuali yang
dibenarkan.
5. Dilarang meniru semasa penilaian dijalankan ; dan
6. Dilarang membawa keluar kertas soalan dari bilik peperiksaan

KERTAS PENILAIAN INI MENGANDUNGI 7 MUKA SURAT BERCETAK


1. Manakah maksud yang paling tepat bagi komunikasi berkesan?

A. Komunikasi yang dapat menggembirakan kedua-dua belah pihak.


B. Percakapan yang digunakan adalah ringkas dan menjimatkan masa.
C. Ucapan atau perkataan yang digunakan tidak menimbulkan sensitiviti
sesetengah pihak.
D. Ucapan lisan atau kaedah penyampaian maklumat yang mudah difahami
oleh pihak yang menerima.

2. Langkah manakah tidak sesuai dilakukan bagi mewujudkan suasana komunikasi


yang berkesan?
A. Pilih masa yang sesuai.
B. Gunakan bahasa isyarat.

C. Memulakan perbincangan tentang topik berat pada lewat petang.

D. Wujudkan suasana selesa untuk menggalakkan berkomunikasi terbuka.

3. Yang manakah aliran komunikasi formal?

I. Komunikasi ke kiri

II. Komunikasi lateral

III. Komunikasi ke bawah

IV. Komunikasi horizontal

A. I, II, III

B. II, III, IV

C. II dan IV

D. III dan IV
4. Antara berikut, aliran komunikasi manakah yang melibatkan komunikasi dari pihak
pengurusan kepada kakitangan?

A. Komunikasi lateral

B. Komunikasi ke atas

C. Komunikasi ke bawah

D. Komunikasi horizontal

5. Manakah bukan pernyataan benar tentang kepentingan saluran komunikasi


formal?

A. Komunikasi melalui saluran formal terhad kepada mesej organisasi

B. Saluran komunikasi formal merupakan cara untuk berkongsi maklumat.

C. Saluran komunikasi formal merupakan cara untuk berkongsi mesej peribadi

D. Peraturan, prosedur atau standard tertentu perlu diikuti dalam menggunakan


saluran komunikasi formal.

6. Yang manakah bukan komunikasi ke atas?

A. Polisi
B. Aduan
C. Maklum balas
D. Laporan prestasi

7. Apakah bentuk komunikasi yang diperlukan untuk menyampaikan maklumat


semasa bermesyuarat?

A. Berbahas

B. Berpidato

C. Menerangkan

D. Mendemonstrasikan
8. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah komunikasi lateral atau horizontal?

A. Dilakukan antara staf dari tahap yang sama.

B. Dilakukan dengan pembekal atau pelanggan.

C. Dilakukan antara pengurus dengan kakitangan.

D. Dilakukan untuk meningkatkan usaha koordinasi.

9. Apakah teknik untuk menjadi seorang komunikator yang baik?

A. Menggumam apabila bercakap.

B. Menggunakan bahasa berbunga.

C. Menggunakan bahasa yang mudah difahami.

D. Menggunakan suara yang lantang pada setiap masa.

10. Manakah merupakan cara komunikasi yang baik?

A. Mengumumkan kepada orang ramai

B. Merahsiakan maklumat daripada orang lain.

C. Menyimpan maklumat untuk kegunaan sendiri.

D. Berkongsi maklumat dengan ahli pasukan yang lain.

11. Apakah perkara yang boleh berlaku sekiranya komunikasi yang dilakukan tidak

berkesan?

A. Pengurus berpuas hati.

B. Maklumat akan sampai kepada penerima.

C. Arahan pengurus mungkin tidak dilaksanakan.

D. Kakitangan akan mengikut cakap ketua mereka.


12. Apakah maksud rundingan?

A. Proses soal jawab antara ketua dan ahli kumpulan.

B. Proses tawar menawar bagi menetapkan harga barangan sahaja.

C. Proses tawar menawar antara kedua belah pihak atau lebih bagi mencapai
persetujuan.

D. Tindakan tata tertib yang dilaksanakan bagi pekerja yang cuai dalam
melaksanakan tugas.

13. Pilih ciri-ciri asas bagi seorang perunding yang baik.

I. Pendengar yang baik.

II. Komunikator yang baik.

III. Boleh membuat keputusan.

IV. Gemar memberi pendapat.

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

14. Manakah objektif rundingan yang paling tepat?

A. Untuk menjimatkan masa dalam mencapai kata sepakat.

B. Untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah pihak.

C. Untuk memberikan keuntungan kepada sebelah pihak dengan


pembangunan yang terancang.

D. Untuk mencapai persetujuan bersama tanpa halangan masa depan untuk


pembangunan atau kerja‐kerja selanjutnya.
15. Antara berikut, manakah melibatkan teknik perundingan asas?

I. Melakukan perbincangan berperingkat.

II. Mengenal pasti keperluan dan kemahuan kedua-dua pihak.

III. Mengenal pasti perkara yang perlu dikompromikan.

V. Menilai keperluan dan kehendak serta matlamat sebenarnya.

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. I, II, III dan IV

16. Pilih pernyataan bukan berkaitan dengan kepentingan perundingan.

A. Bagi mengelakkan konflik.

B. Untuk mencapai keputusan.

C. Bagi membentangkan hujah-hujah.

D. Bagi menyelesaikan isu-isu yang berlarutan.

17. Yang manakah prinsip rundingan?

I. Meneliti sasaran

II. Mementingkan diri

III. Mengumpul maklumat

IV. Memutuskan perhubungan

A. I, dan III

B. II dan III

C. III dan IV

D. I, II dan IV
18. Apakah perkara yang perlu dipastikan apabila membuat sebarang rundingan?

A. Membiarkan perbincangan menjadi hangat.

B. Bersetuju dengan semua syarat pihak lawan.

C. Memulakan perbincangan dengan tawaran akhir.

D. Mengenali punca, implikasi, dan beberapa kemungkinan penyelesaian.

19. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya rundingan gagal dan persetujuan tidak
dapat dicapai?

A. Menamatkan rundingan

B. Penjadualan semula perlu dilakukan

C. Ketua menetapkan keputusan muktamad

D. Meneruskan perdebatan sehingga selesai

20. Manakah hasil rundingan yang berjaya?

I. Tentukan tindakan susulan untuk mencapai persetujuan.

II. Perjanjian akhir perlu ringkas dan ditulis di akhir rundingan.

III. Memastikan tarikh akhir yang dipersetujui untuk penyelesaian

IV. Rancang keputusan alternative sekiranya persetujuan tidak dapat dicapai.

A. I dan II

B. II dan III

C. I, II dan III

D. I, II, III dan IV

SKEMA JAWAPAN
PENILAIAN PENGETAHUAN

CA MODUL 1 (TAHAP 3)

1. D 6. A 11. C 16. C
2. B 7. C 12. C 17. A
3. B 8. B 13. A 18. D
4. C 9. C 14. D 19. B
5. C 10. D 15. D 20. D

Anda mungkin juga menyukai