Anda di halaman 1dari 14

KOD DAN NAMA KURSUS

ESB 3012 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

TAJUK TUGASAN
ASAS KOMUNIKASI

NAMA PELAJAR
FATIN NORAYUNI BINTI MOHAMAD BASHARUDDIN

ANGKA GILIRAN
AKV0522HA004

NAMA PENSYARAH
CIK ROZAILIN BINTI OMAR
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 penghargaan 1
2 Definisi komunikasi 2
3 Jenis jenis komunikasi 3
4 Ciri-ciri komunikasi 4
5 Proses komunikasi 5-6

6 Langkah-langkah meningkatkan keberkesanan 7


komunikasi
7 Halangan dalam komunikasi 8-9
8 Kesan komunikasi 10

9 Kepentingan kemahiran komunikasi dalam bidang 11


yang diceburi
10 rujukan 12
PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirahim.Alhamdulillah

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt kerana


dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja
folio ini dengan penuh sukses.

Dikesempatan ini saya ingin menghadiahkan ribuan terima kasih


kepada pensyarah saya iaitu Cik Rozailin binti Omar,selaku pensyarah bagi
matapelajaran ESB 3012 kemahiran komunikasi kerana telah meletakkan
sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk menyempurnakan tugasan
penting ini.

Ucapan penghargaan juga ingin saya berikan kepada para rakan


seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan mahupun
kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan
baik sekali.

Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan teramat saya hargai.

Sekian, terima kasih

1
DEFINISI KOMUNIKASI

Pelbagai definisi bagi komunikasi telah dikemukakan oleh pelbagai


tokoh. Menurut McPheat (2010), komunikasi merupakan seni dan proses
mencipta serta berkongsi idea. Komunikasi yang berkesan bergantung
kepada kesuburan idea-idea itu. Griffin (2012) pula berpendapat, komunikasi
merupakan proses relasional yang mewujudkan serta menginterprestasikan
mesej-mesej yang menimbulkan respon. Mengikut Robbins dan Coulter
(2014), komunikasi merupakan satu proses pemindahan dan pemahaman
maksud, mesej yang disampaikan haruslah jelas dan dapat diterjemahkan
oleh penerima mesej tersebut. Guffrey dan Loewy (2015) pula mendefiniskan
komunikasi sebagai proses pemindahan maklumat dan maksud daripada
individu atau kumpulan kepada pihak lain.

Verdeber & Verdeber (2002) and Hybels & Weaver (2001)


mendefinisikan komunikasi adalah proses membentuk dan berkongsi makna,
perasaan dan idea dalam ucapan, interaksi kumpulan bertulis atau ucapan
awam. Proses biasa melibatkan individu dan interaksi mereka dengan unsur-
unsur konteks, mesej, saluran, bunyi bising (gangguan) dan maklum balas
diguna pakai.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, komunikasi dapat
ditakrifkan sebagai perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan
surat, radio, telefon dan lain-lain.Akhir sekali, komunikasi boleh mengambil
bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-geri, bahasa
isyarat, sentuhan, hubungan mata, dan penulisan.

2
JENIS-JENIS KOMUNIKASI

Terdapat dua jenis komunikasi yang digunakan oleh manusia untuk


berkomunikasi antara individu dengan individu yang lain. Antaranya adalah
komunikasi lisan. Komunikasi lisan merupakan komunikasi melalui tutur kata
atau percakapan. Proses penghantaran maklumat secara lisan dan idea dari
satu individu atau kumpulan kepada yang lain dengan kata-kata mulut.
Komunikasi bentuk ini dilakukan antara kedua belah pihak secara bertatap
muka, baik secara langsung dengan kehadiran fisik atau melalui media
seperti telefon atau panggilan video. Komunikasi lisan berbentuk sehala atau
dua hala dan sesuai digunakan dalam situasi formal atau tidak formal.
Komunikasi ini dipengaruhi oleh nada,kecepatan dan kejelasan percakapan.

Seterusnya, komunikasi bukan lisan. Komunikasi bukan lisan


merupakan komunikasi selain melalui tutur kata atau percakapan. Penulisan
melibatkan penggunaan bahasa, tatabahasa, struktur ayat, dan gaya
penulisan dalam pelbagai keadaan atau situasi. Penulisan memerlukan
kreativiti, ketekunan, tepat pada sasarannya dan bahasa yang sesuai dengan
penerimanya. Terdapat juga dua komunikasi yang termasuk dalam
komunikasi bukan lisan iaitu komunikasi visual dan komunikasi bertulis.

Komunikasi visual merupakan sebuah rangkaian proses penyampaian


kehendak atau maksud tertentu kepada pihak lain dengan penggunaan media
penggambaran yang dapat terbaca oleh indera penglihatan. Komunikasi
visual mengkombinasikan seni, lambang, tipografi, gambar, desain grafis,
ilustrasi, dan warna dalam penyampaiannya.

Akhir sekali, komunikasi bertulis. Komunikasi bertulis merupakan


komunikasi melalui simbol bertulis atau perkataan. Komunikasi ini biasanya
berbentuk sehala dan digunakan dalam situasi formal. Komunikasi bertulis
dipengaruhi oleh penggunaan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang
sesuai, gaya penulisan, ketetapan dan kejelasan bahasa yang digunakan.

3
CIRI-CIRI KOMUNIKASI BERKESAN

Komunikasi yang berkesan mempunyai ciri-ciri tertentu. Antaranya


adalah ciri kefahaman. Apabila individu yang mendengarnya memahami kata-
kata yang disampaikan oleh pihak yang menyampaikan sebagaimana yang
dimaksudkan maka komunikasi tersebut berkesan. Jika pendengar
memahami maksud yang berlainan maka disimpulkan bahawa komunikasi itu
tidak berkesan kerana maklumat yang disampaikan gagal difahami. Selain itu,
Wujudnya tindakan susulan. Terdapat individu yang berkomunikasi
disebabkan kehendak dirinya supaya ada tindakan dilakukan. Sebagai
contoh, seseorang pemimpin berdakwah kepada sekumpulan penagih dadah
di pusat pemulihan supaya penagih tersebut berhenti menggunakan dadah.
Apabila para penagih tersebut itu keluar dari pusat pemulihan dan
meneruskan perbuatan dadah maka komunikasi tersebut tidak berkesan.

Seterusnya, mendengar dengan aktif. Kita juga mesti menjadi


pendengar yang aktif supaya maklumat yang telah diterima akan dapat
diaplikasikan dalam diri. Seseorang individu berkomunikasi dengan orang lain
tetapi tidak mendengar dengan aktif, maka komunikasi itu akan terhalang
kerana pihak yang menerima maklumat itu tidak mengambil perhatian dan
mendengar dengan baik. Ini akan menyebabkan penerima maklumat akan
mendapat maklumat yang kurang jelas kerana tidak mendengar dengan aktif
dan juga boleh menyalah tafsirkan sesuatu maklumat.

Akhir sekali, mengemukakan soalan yang disukai oleh pihak yang lain.
Dengan mengemukakan soalan yang disukai, maka komunikasi ini akan
menjadi sesuatu yang lebih menarik. Ia juga akan menjadikan sesuatu
perbincangan menjadi lebih bermakna dan kedua-dua pihak yang sedang
berkomunikasi akan memahami sesuatu maklumat yang diberi dan diterima
daripada kedua-dua belah pihak. Dengan adanya soalan yang dikemukakan,
ini akan membolehkan sesuatu masalah akan dapat diselesaikan dengan
mudah seterusnya mewujudkan komunikasi secara tidak langsung dalam
kehidupan seharian kita.

4
PROSES KOMUNIKASI

Komunikasi adalah satu aktiviti yang memberi kesan kepada manusia.


Proses komunikasi satu siri kejadian yang dinamik dan berterusan.
Komunikasi bukan merupakan satu perkara yang mudah. Ia melalui satu
proses yang rumit dan memerlukan satu pemerhatian yang serius. Antara
komponen-komponen utama dalam proses komunikasi adalah penghantar.
Penghantar ialah individu atau pihak yang memulakan sesuatu komunikasi.
Sumber ini awalnya bertanggungjawab atas keberhasilan pesan tersebut.
Pengalaman, sikap, pengetahuan, keterampilan, persepsi, dan budaya
pengirim memengaruhi pesan.

Selain itu, mesej. Proses komunikasi dimulai dengan adanya mesej


yang akan disampaikan. Mesej dalam komunikasi boleh berbentuk idea,
pemikiran dan informasi. Ianya boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk
termasuklah perkataan , bahasa badan, air muka, nada suara dan
sebagainya. Kemudian, enkod. Proses menterjemahkan maklumat dalam
bentuk simbol seperti perkataan atau suara supaya mudah difahami oleh
penerima. Simbol dapat mengambil berbagai bentuk seperti, bahasa, kata,
atau gerak tubuh. Simbol-simbol ini menjadi mesej yang dapat difahami orang
lain.

Seterusnya, Saluran. Alat perantaraan yang digunakan untuk


menghantar mesej daripada penghantar kepada penerima. Sebagian besar
saluran adalah lisan atau tulisan, tetapi saat ini saluran visual menjadi lebih
umum seiring berkembangnya teknologi. Ini termasuklah TV, radio, akhbar
dan sebagainya. Penggunaan “suara” untuk menyampaikan dan “mata” untuk
melihar adalah dua cara yang berkesan. Di samping itu, dekod. Dekod
dilakukan oleh penerima. Setelah mesej diterima dan diperiksa, stimulus
dikirim ke otak untuk diinterpretasikan, untuk memberikan beberapa jenis
maksud padanya. Penerima mulai mentafsirkan kod yang dihantar oleh
penghantar, menterjemahkan kembali kod kepada idea yang sebenar.

5
Selain itu, penerima iaitu sasaran individu atau kumpulan yang akan
menerima mesej daripada penghantar. Seterusnya, maklumbalas.
Tindakbalas yang dihantar oleh penerima kepada penghantar setelah
mentafsir sesuatu maklumat. Merujuk kepada tindakan yang dilaksanakan
oleh penerima seperti setuju, tidak setuju atau sikap tidak peduli.
Maklumbalas dilakukan dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Akhir sekali,
gangguan. Pelbagai jenis rintangan yang menghalang proses penyampaian
mesej. Ianya mungkin datang dari luar atau dari dalam.

6
LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KEBERKESANAN KOMUNIKASI

Terdapat pelbagai langkah untuk meningkatkan keberkesanan


komunikasi. Antaranya adalah bersedia. Kita hendaklah jelas dengan
matlamat yang ingin di capai dari komunikasi anda dan jelas cara yang
terbaik untuk menyampaikan mesej. Yang kedua, memastikan penerima
telah bersedia secara fizikal atau psikologi untuk menerima mesej anda. Yang
ketiga, bersemuka. Bersemuka merupakan perhubungan mata yang
menjadikan mesej yang disampaikan lebih jelas. Yang keempat,
menggunakan perkataan atau bahasa yang difahami. Kita perlu mengelakkan
perkataan yang double-meaning, susah difahami dan pastikan jelas 'apa,
bila, berapa, di mana, siapa, bagaimana?.

Yang kelima, menunjukkan apa yang dimaksudkan dengan


memberikan contoh dan teladan bagi apa yang diperkatakan. Yang keenam,
Ulangi atau tekankan perkara atau noktah yang penting untuk lebih mudah
diingati oleh penerima, penyampai mestilah mengulangi perkara yang
penting. Yang ketujuh, menggunakan saluran komunikasi yang betul. Elakkan
saluran atau pengantaraan yang terlalu banyak dan utamakan secara
terus ( direct ) daripada in-direct. Akhir sekali, memberi peluang untuk
penerima bertanya atau meminta penjelasan. Beri peluang untuk penerima
bertanya atau meminta penjelasan terutama bagi sesuatu mesej atau
perkara yang baru jika penerima belum pernah menerima mesej yang sama.

7
HALANGAN DALAM KOMUNIKASI

Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan


komunikasi tersebut kurang berkesan.Kesemua halangan ini telah dikelaskan
kepada 5 kategori iaitu halangan fizikal, halangan bahasa, halangan sikap
penghantar, halangan sikap penerima dan halangan alam sekitar.

Halangan fizikal merupakan halangan yang melibatkan kedua-dua


belah pihak. Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima
dari sudut pendidikan, latar belakang, pemahaman dan tahap intelektual
meruapakan halangan yang sangat ketara dalam komunikasi. Terdapat
individu yang menggunakan cara komunikasi yang agak kasar dan terdapat
juga yang lemah lembut. Justeru ianya menjadi halangan fizikal ketara
apabila kedua-dua golongan ini berkomunikasi.

Selain itu, halangan bahasa. Perbezaan asal usul dan keturunan


menyebabkan bahasa menjadi salah satu halangan komunikasi berkesan
kerana penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa yang berbeza,
nada suara dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti
menggunakan perkataan yang susah difahami juga menjadi penyebab
maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat. Sesuatu perkataan mungkin
membawa maksud yang berbeza mengikut negeri dan individu tersebut.

Seterusnya, halangan sikap penghantar. Sikap penghantar yang suka


memerintah dan mengarah menyebabkan kesan kepada penerima sekaligus
menjadikan mereka pasif dan takut. Ini juga memberi halangan yang besar
kerana komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran yang negatif.
Sikap penghantar yang kerap menyiasat dan bertanya secara terperinci akan
menjadikan penerima merasa tidak selesa dan seolah-olah telah melakukan
kesalahan yang besar.

8
Kemudian, halangan sikap penerima. Terdapat penerima yang telah
mengetahui maklumat yang ingin disampaikan oleh penghantar akan
menganggap komunikasi itu membosankan dan mula memberi perhatian
terhadap perkara lain. Sesetengah penerima tidak dapat menerima maklumat
baru kerana mengangganya tidak perlu kerana mereka ingin mendengar dan
melihat apa yang mereka mahu dengar dan lihat sahaja. Sekiranya kenyataan
atau maklumat yang diterima bercanggah dengan apa yang disangka lebih
awal akan menghalang individu untuk terus mendengar dan menerima mesej.

Akhir sekali, halangan alam sekitar. Keadaan persekitaran yang tidak


selesa, bising, kotor dan sebagainya turut mempengaruhi keberkesanan satu
proses komunikasi. Dalam situasi ini individu akan mudah rasa tertekan dan
tidak menumpukan kepada perkara yang ingin disampaikan. Proses
komunikasi juga sering terjejas kerana medium yang menghantar maklumat
terputus atau terjejas akibat rebut petir, hujan dan sebagainya. Halangan
alam sekitar berkait rapat dengan masalah persekitaran yang menyebabkan
proses komunikasi tidak efektif.

9
KESAN KOMUNIKASI

Komunikasi adalah satu alat perhubungan. Dengannya kita dapat


mengenali anatar satu sama lain, dapat menyelesaikan masalah dan dapat
menghubungkan antara seorang individu dengan individu yang lain. Terdapat
beberapa kesan komunikasi iaitu kesan dari pengirim misalnya mesej yang
akan disampaikan belum jelas bagi dirinya atau pengirim, hal ini dipengaruhi
oleh perasaan atau situasi emosi. Yang kedua, kesan dalam simbol.Hal ini
dapat terjadi kerana bahasa yang digunakan tidak jelas sehingga mempunyai
makna lebih dari satu, simbol yang digunakan antara pengirim dan penerima
tidak sama atau bahasa yang digunakan terlalu sulit.

Selain itu, Impak dari media. Kesan yang terjadi dalam


penggunaan media komunikasi, misalnya gangguan suara radio dan aliran
listrik sehingga tidak dapat mendengar mesej yang ingin disampaikan. Yang
keempat, kesan dari penerima pesanan, misalnya kurangnya perhatian pada
saat menerima atau mendengar pesanan, sikap salah faham yang keliru dan
tidak mendapatkan informasi lebih lanjut. Yang kelima, kesan dalam
memberikan respon. Respon yang diberikan tidak menggambarkan apa yang
diinginkan tetapi memberikan interpretatif atau tidak jelas dan sebagainya

Seterusnya, kesan fizikal. Kesan fizikal dapat mengganggu


komunikasi yang efektif, keadaan gangguan alat komunikasi dan lain-lain.
Yang ketujuh, kesan semantik. Kata-kata yang digunakan dalam komunikasi
mempunyai makna yang berbeza, tidak jelas atau berbelit-belit antara
pemberi pesanan dan penerima. Akhir sekali, kesan psikologi.Kesan psikologi
dan sosial kadang-kadang mengganggu komunikasi, misalnya perbezaan
nilai-nilai serta harapan yang berbeza antara penghantar dan penerima.

10
KEPENTINGAN KOMUNIKASI DALAM BIDANG YANG DICEBURI

Peranan dan kepentingan komunikasi dalam hospitaliti yang


sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dan penting walau
bagaimanapun ia sering dipinggirkan serta dianggap remeh. Dalam bidang
hospitaliti komunikasi dianggap begitu penting kerana hospitaliti merangkumi
pelbagai kerjaya yang memerlukan kita mahir dalam berkomunisasi. Antara
contoh pekerjaan dalam bidang ini adalah pramusaji, pemandu pelancong,
penyambut tetamu dan sebagainya. Pengalaman dan permintaan daripada
pelancong yang merupakan pelanggan dalam industri pelancongan telah
berubah seiring dengan kemajuan teknologi. Justeru, tuntutan pelanggan juga
semakin meningkat dan pengusaha memerlukan pekerja mahir teknologi dan
komunikasi yang berupaya memberi respons kepada permintaan pelanggan.

Hospitaliti terbahagi kepada pelbagai sektor seperti sektor


pelancongan. Dalam sektor pelancangon kita perlu mahir berkomunikasi
dalam pelbagai bahasa terutamanya bahasa melayu dan bahasa inggeris. Hal
ini supaya kita dapat berkomunikasi dengan pelancong dari serata dunia yang
datang melancong ke negara kita dengan lancar supaya mereka dapat
memahami dengan mudah. Dengan komunikasi kita juga dapat meningkatkan
ekonomi negara kerana kemesraan kita dengan pelancong membuatkan
mereka lebih seronok melancong ke negara kita.

Akhir sekali, impak komunikasi yang baik kepada kita sebagai pelajar
ialah kita dapat berkomunikasi dengan baik dan lancar ketika bertemu dengan
rakan-rakan,guru dan orang di sekeliling kita. Kita mudah bertanyakan soalan
kepada guru kerana kurang memahami terhadap sesuatu perkara tanpa rasa
segan kerana kita sudah mahir dalam berkomunikasi dengan individu yang
lain. Dengan komunikasi kita juga memudahkan diri kita dalam setiap urusan
dan dapat menambah ilmu pengetahuan kerana banyak bertanya tentang
perkara yang kurang difahami.

11
RUJUKAN

Rujukan buku
 Asher Cashdan and Martin Jordin (1987). Studies in Communication.
United Kingdom : Basil Blackwell Ltd.
 Phillip K. Tompkins (1982). Communication as Action An Introduction
to Rhetoric and Communication. California : Wadsworth Publishing
Company, Inc.

Rujukan internet
 KOMUNIKASI - Definisi komunikasi dalam kamus Melayu. (n.d.).
https://educalingo.com/ms/dic-ms/komunikasi
 Senikomunikasi. (2022). Jenis-Jenis Komunikasi dan Contohnya. Seni
Komunikasi. https://senikomunikasi.com/jenis-jenis-komunikasi-dan-
contohnya/
 Karthik, C. (n.d.). Komunikasi- Proses komunikasi.
http://cikgukarthik.blogspot.com/2015/03/komunikasi-proses-
komunikasi.html

12

Anda mungkin juga menyukai