Anda di halaman 1dari 11

ISI KANDUNGAN

BIL PENERANGAN MUKASURAT


1. Pengenalan 3-5
I. Pengenalan Etika Profesinalisme
II. Profesion yang dipilih
III. 5 tugas profesion
2. 10 ciri etika kerja 6-7
3. 5 kebaikan mematuhi etika kerja 8
4. Refleksi 9
5. Lampiran 10
6. Rujukan 11

2
1.0 PENGENALAN

Etika professional melibatkan semua isu etika dan nilai dalam satu bidang
profesion dan tingkahlaku golongan professional dalam masyarakat . Etika professional
bertujuan mewujudkan Autonomi moral di kalangan professional. Autonomi manual
bermaksud kebolehan menggunakan pandangan moral yang sesuai berdasarkan asa – asas
nilai kemanusiaan . Hal ini dapat meningkatkan kebolehan dan keprihatinan pekerja
dalam sesuatu situasi.Selain itu , masyarakat mehukan professional menjalankan kerja
mereka dengan beretika . Hal ini demikian kerana terdapat pekerja professional tidak
beretika dan mendatangkan mudarat kepada hasil kerja dan masyarakat . Oleh kerana ini ,
pengetahuan meluas tentang etika perlula diterapkan dalam diri seseorang yang digelar ‘
pekerja ‘ supaya menjadi pekerja professional yang mengamalkan etika kerja dengan
tepat.

Seterusnya , profesion yang telah saya pilih ialah jurusolek .Jurusolek bermaksud
seseorang yang menggunakan teknik dan langkah kosmetik untuk mencipta seni atau
kecantikan pada wajah seseorang .Ianya dapat meningkatkan penampilan seseorang,
menampilkan warna – warna yang menarik yang sesuai dengan baju semasa petunjukkan
fesyen dan menutupi cela pada wajah menggunakan produk kosmetik seperti foundation
,concealer , loose powder dan banyak lagi. Solekan dapat menunjukkan emosi dan
peribadi seseorang . Jurusolek sangat fleksibel kerana terdapat pelbagai jenis solekan
dari pelbagai acara yang mereka boleh lakukan .Contohnya, solekan pengantin ,
photoshoot , barbie , halloween , petunjukkan fesyen , makan malam dan banyak lagi .
Hal ini menunjukkan bahawa jurusolek akan sentiasa berjumpa dengan pelbagai jenis
pelanggan semasa bekerja dimana jurusolek hendaklah sentiasa mengamalkan etika
profesionalisme dengan baik .Antara faktor yang perlu dititikberatkan oleh jurusolek
sebelum menerima pelanggan ialah jenis kulit muka , warna kulit , majlis , tema , cuaca
dan masa . Hal ini untuk memastikan jurusolek sentiasa bersiap sedia dan menepati cita
rasa pelanggan .

Antara tugas sebagai jurusolek ialah menganalisis kulit pelanggan . Tugas ini
sangatla penting untuk memastikan solekan yang disolek pada muka pelanggan sesuai
dengan kulit muka . Contohnya ,muka yang berminyak memerlukan bedak asas jenis
matte finish . Ini bagi mengelakkan solekan pelanggan bercapuk dan tidak tahan lama

3
akibat lebihan sebum dari muka .Analisis kulit dibuat sebelum memulakan solekan oleh
jurusolek supaya hasil solekan di tahap maksimum dan pelanggan berpuas hati .

Selain itu , jurusolek perlu merancang dan memilih solekan yang sesuai dengan tema
dan kehendak pelanggan . Terdapat pelbagai tema , acara atau majlis dan masing –
masing mempunyai jenis solekan yang berlainan . Masa juga memainkan peranan yang
penting , jika siang solekannya tidak gah seperti solekan malam yang memerlukan glitter
dan warna yang terang . Antara jenis- jenis tema solekan ialah gothic , barbie , futuristic ,
clown , karakter filem , makan malam , red carpet , 90 – an , tradisional dan banyak lagi.
Ketepatan solekan mengikut tema adalah perkara yang perlu dititiberatkan oleh jurusolek
untuk menjaga reputasi diri dan pekerjaan . Kerana disinila timbulnya etika
profesionalisme apabila jurusolek sentiasa bersedia dan menepati dalam segala hal .

Justeru itu , jurusolek perlu memilih warna solekan mata , bibir dan warna kulit
pelanggan dengan tepat . Ini ialah untuk mengelakkan pelanggan yang berkulit perang
atau gelap kulitnya kelihatan kelabu dan bercapuk atau gincu yang dipakai tidak sesuai
dengan warna solekan mata atau warna yang digunakan untuk solekan mata tidak sesuai
dengan warna kulit atau bentuk mata pelanggan . Selepas memilih tema solekan yang
tepat , jurusolek hendaklah memilih warna yang sesuai digunakan mengikut warna kulit
pelanggan supaya solekan pelanggan hasilnya cantik dan sesuai .

Di samping itu , jurusolek perlu menutup segala cela yang terdapat pada muka
pelanggan . Tujuan solekan ialah untuk menutup cela pada muka dengan menggunakan
produk kosmetik . Penggunaan bedak asas yang full coverage sangatla membantu untuk
menutup segala cela yang ada pada kulit muka . Contohnya bitnik hitam , jerawat , jeragat
, eyebag , parut jerawat dan pigmentation ( dikeliling mulut ). Penggunaan concealer
yang betul juga dapat memainkan peranan penting dalam memantapkan keberkesanan
penutupan cela yang tertentu yang tahan lama . Contohnya concealer warna oren ialah
untuk dark spot , eyebag dan pigmentation atau concealer yang berwarna hijau ialah
untuk jerawat dan pipi yang kemerahan .

Akhir sekali , memilih produk kosmetik yang tidak mengandungi bahan berbahaya
seperti merkuri . Adalah tanggungjawab seorang jurusolek untuk memastikan kulit
pelanggan sesuai dengan produk kosmetik tersebut dan keaslian produk kosmetik itu

4
terjamin. Produk yang dijual di pasar malam sangat tidak sesuai untuk dipakai pada muka
kerana risiko muka akan rosak sangat tinggi . Alternatif untuk perkara ini ialah membeli
produk kosmetik pada kedai solekan yang keaslian nya dijamin dan kandungan bahan
dalam produk dibenarkan . Produk kosmetik yang asli mempunyai banyak kelebihan
seperti pigmentasi warna yang pekat , produk tahan lama pada kulit atau lebih baik lagi
jika produk kosmetik itu boleh merawat kulit .

5
2.0. 10 CIRI ETIKA KERJA

1. Keperibadian
 Menunjukkan kesetian , kejujuran ,amanah , kebolehpercayaan , boleh diharap,
berinisiatif , disiplin diri dan bertanggung jawab sebagai jurusolek .
 Jujur dengan harga solekan dan keaslian barangan solekan yang digunakan.
2. Penampilan
 Berpakaian sesuai , kemas , mengamal kebersihan semasa menyolek dan beretika
dengan pelanggan .
 Sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan juga sebelum , semasa , selepas
menyolek . Memastikan tiada tumpahan produk kosmetik padda baju atau tudung
pelanggan .
3. Kemahiran organisasi
 Merancang solekan yang sesuai dengan faktor cuaca , tema , baju dan acara .
 Mengurus masa memyolek dengan tepat .
 Fleksibel melakukan pelbagai solekan .
4. Mengutamakan keselamatan dan kebersihan
 Memastikan kuku sentiasa pendek untuk elak cederakan pelanggan
 Memastikan berus yang hendak digunakan bersih daripada habuk habuk .
 Memastikan produk yang digunakan asli dan tidak tarikh luput.
5. Kehadiran
 Hadir pada lokasi yang ditetapkan dalam janji temu pada masa yang tepat .
6. Kerja Berpasukan
 Merupakan seseorang yang boleh bekerja secara berpasukan dengan
pembahagian tugas dengan adil.
 Saling bantu – membentu antara satu sama lain .
 Biasanya jurusolek dan pendandan rambut melakukan kerja dalam masa yang
sama , kerjasama ini amatla menjimatkan masa pelanggan untuk bersiap.
7. Komunikasi
 Berkomunikasi perkara yang berfaedah dan menggunakan perkataan yang sopan .
 Berkomunikasi dengan rakan sekerja dengan serasi supaya tiada pertembungan antara
satu sama lain.

6
8. Hormat
 Saling hormat menghormati antara rakan sekerja , pelanggan dan semua orang .
 Menggunakan perkataan yang sopan seperti ‘ kak atau miss ‘ semasa
berkomunikasi dengan pelanggan .
 Menghormat privasi pelanggan , budaya dan kaum .
9. Sikap
 Mempamerkan sikap positif , tampil berkeyakinan dan mempunyai jangkaan
realistik terhadap diri sendiri.
10. Kerjasama
 Mempamerkan ciri – ciri kepimpinan , kebolehan menangani kritikan dan
masalah dengan penyelesaian yang sewajarnya .
 Mengekalkan hubungan baik dengan rakan sekerja dan pelanggan .

7
III.0 . 5 KEBAIKAN MEMATUHI ETIKA KERJA

1. Memperoleh kepercayaan pelanggan


 Hasil kerja yang baik dan etika yang baik akan menarik perhatian
pelanggan supaya percaya akan hasil kerja seseorang .
 Dalam masa yang sama , anda telah memiliki pelanggan tetap dan juga
mungkin disyorkan kepada kawan – kawan pelanggan tersebut .
2. Memaksimumkan prestasi kerja
 Dengan wujudnya disiplin diri , bijak merancang dan boleh menyelesaikan
masalah prestasi kerja semestinya akan mantap .
3. Membantu meningkatkan imej syarikat
 Pelanggan akan berpuas hati dengan servis dan menyebarkan berita ini
sama ada ke media massa ataupun kenalan mereka . Sekaligus akan
menyebabkan anda menjadi permintaan ramai pelanggan .
4. Pekerjaan akan berjalan secara sistematik dan teratur
 Apabila wujudnya etika kerja di sesebuah syarikat. Sebagai contoh,
menepati masa di tempat kerja dan menghantar kerja dengan tempoh yang
telah di tetapkan. Pekerja dapat membuat kerja dengan teratur dan
menghasilkan hasil kerja yang terbaik ,kemas dan berkualiti di syarikat.
5. Dapat mengawal sesebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang.
 Dengan itu, kita dapat menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan
tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat.
 Pembahagian tugas juga dapat dibahagikan dengan adil .

8
4.0 REFLEKSI

Kesimpulannya, etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para


profesional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan
kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini tidaklah
dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk
menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.

Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu


melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi
dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya. Oleh itu,
faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-
undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu diambil kira supaya mewujudkan
satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong seseorang individu melakukan sesuatu
yang hanya mendatangkan faedah dan kebaikan semua pihak.

Etika kerja professional bukanlah merupakan jalan penyelesaian masalah yang


kompleks, tetapi ianya tetap penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri untuk
mengawal tingkahlaku para professional. Etika kerja professional telah menentukan asas-asas
hubungan di antara para professional dengan masyarakat, majikan, pelanggan dan rakan
sekerja. Etika kerja professional telah wujud sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini masih
dianggap penting dan berfaedah. Sesiapapun tidak terkecuali daripada patuh kepada prinsip
dan nilai etika termasuklah para teknokrat.

9
5.0 LAMPIRAN

10
6.0 RUJUKAN

1) Internet
 Ayee J (1998) Ethics in the Public Service. A paper delivered at the Second Pan –
African Conference of the Ministers Of Civil service, Rabat, Morocco.
 Community Oriented Policing Service ( COPS Office ) (2014) Ethics and Integrity.
2014. United State : U.S Department of Justice, United State. [ Cited 7/1/2016].
 Service : The Case of Uganda. Enhancing Professionalization Of Human Resources
Management In The Public Service In Africa, Uganda
 Faan Malan, Ben Smith ( 2001 ). Ethics and Leadership in Business and Politics.
Orchard Publishing, South Africa.

11

Anda mungkin juga menyukai