Anda di halaman 1dari 14

ISI KANDUNGAN

No. Kandungan Muka surat

1 Isi kandungan 1

2 Pengenalan 2

3 Isu dan Lampiran Masalah Pekerja 5

4 Faktor berlakunya isu disiplin pekerja

5 Hubungkait teori dengan isu displin

6 Penyelesaian Masalah

7 Rujukan

1
1. PENGENALAN

Etika berasal dari perkataan Yunani adalah (Ethos), merupakan salah satu
cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Manakala
disiplin pula merujuk kepada peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk
membentuk seseorang insan selari dengan kehendak agama, norma-norma
masyarakat dan undang-undang sesebuah negara.

Dalam sektor pekerjaan pula, isu disiplin sering berlaku dalam pelbagai cara
walaupun di mana kita berada. Isu disiplin ini terjadi akibat daripada sikap individu yang
tidak mengendahkan kebajikan syarikat dan orang bekerja dibawahnya.

Antara isu disiplin yang serius di tempat kerja ialah rasuah. Rasuah merupakan isu
terbesar yang berlaku dalam sesebuah organisasi. Walaupun secara jelasnya isu
tersebut hanya melibatkan pemberi dan penerimanya sahaja, namun kesannya meliputi
seluruh organisasi tersebut. Lebih-lebih lagi sekiranya rasuah yang dilakukan
melibatkan pegawai sektor kerajaan,maka kesan yang berlaku lebih buruk kerana
mampu menjejaskan nama negara dan nama pemimpin negara.

Selain itu, isu disiplin yang kerap berlaku dalam organisasi dan syarikat sektor
awam mahupun swasta pula ialah isu berkaitan salah laku jenayah seperti mencuri atau
merompak. Jenayah seperti mencuri ini dapat menyebabkan syarikat mengalami
kerugian. Kecurian bukan sahaja melibatkan wang,malah juga melibatkan barang-
barang yang kecil di dalam sebuah syarikat seperti kertas,pen,kerusi,meja dan
makanan.

2
Disamping itu, isu disiplin yang menjadi hal biasa bagi pekerja ialah berkenaan
dengan penampilan yang tidak formal dan professional. Pemakaian di tempat kerja
adalah sesuatu yang penting untuk diberikan perhatian. Sebagai seorang pekerja,
pemakaian seharusnya Kemas, formal dan kelihatan professional. Berpakaian selekeh
dan tidak kemas adalah termasuk dalam kategori masalah disiplin pekerja. Manakala
berpakaian seksi dan mejolok mata juga tidak sesuai di tempat kerja.

Selanjutnya, isu disiplin yang berat di tempat kerja ialah bergaduh. Bergaduh
dengan rakan sekerja adalah perkara yang serius kerana melibatkan keselamatan diri
sendiri. Pergaduhan selalunya bermula dari lisan, namun akhirnya menjadi pegaduhan
menggunakan fizikal. Malah isu disiplin ini lebih teruk kerana dapat menjejaskan
syarikat. Hal ini kerana bergaduh akan menyebabkan kerja tidak berjalan dengan
lancar dan segala urusan akan tergendala akibat kegagalan membentuk kerjasama dari
semua pekerja.

Akhir sekali, isu disiplin yang sering menjadi masalah kepada pekerja terutama
sekali bagi kaum wanita ialah gangguan seksual. Masalah gangguan seksual di tempat
kerja bukan suatu isu yang kecil untuk dibahaskan, malah isu ini merupakan satu
fenomena yang mula diiktiraf pada tahun 1999 dengan pelancaran kod Amalan untuk
Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja oleh Kementerian
Sumber Manusia. Gangguan seksual bukan sahaja membabitkan perbuatan meraba
atau mencabul, malah kata-kata yang bersifat lucah juga salah satu gangguan seksual
di tempat kerja.

3
2. ISU DISIPLIN

Isu disiplin pekerja sering berlaku di negara Malaysia. Baik negara sendiri mahupun
negara lain,masing-masing mencatatkan purata isu disiplin di tempat kerja.
Disini,saya akan menyatakan isu-isu disiplin pekerja berserta lampiran gambarnya.

Rajah 2.1 adalah berkaitan tentang jenayah rasuah.

4
Rajah 2.2 adalah isu disiplin yang berkaitan dengan salah laku jenayah iaitu mencuri.

Rajah 2.3 ialah isu disiplin yang berkaitan tentang penampilan diri semasa berada di
tempat kerja.

5
Rajah 2.4 merujuk kepada isu disiplin bergaduh di tempat kerja.

Rajah 2.5 menunjukkan isu disiplin berkenaan tentang gangguan seksual di tempat
kerja.

6
3. FAKTOR BERLAKUNYA ISU DISIPLIN PEKERJA

Isu disiplin boleh dilihat daripada pelbagai sudut dan punca. Namun hampir 90%
daripada setiap faktor adalah berpunca daripada diri pelaku itu sendiri.

Faktor yang menyebabkan isu disiplin rasuah di kalangan penjawat awam ialah gaji
yang rendah. Gaji merupakan faktor utama yang menyumbang ke arah wujudnya
masalah rasuah. Hal ini kerana,bagi pegawai yang bergaji rendah dan bekerja di
bandar, mereka kerap menghadapi masalah kewangan. Sebagai contoh, gaji pekerja
sokongan kerajaan adalah sekitar lapan ratus hingga seribu ringgit sebulan, sedangkan
kos hidup di bandar terus meningkat. Oleh itu, sekiranya ada peluang untuk melakukan
rasuah, mereka tidak berfikir panjang lagi untuk melakukan perbuatan tersebut.

Selain itu,faktor yang menyebabkan isu disiplin mencuri ialah ketidakpuasan hati
terhadap majikan yang tidak menaikkan gaji dan memberikan komisen kepada pekerja.
Faktor ini sering menjadi alasan mereka kerana terdorong untuk melakukan kecurian.
Contohnya, seorang bekas juruwang memberitahu Mahkamah Majistret Kuala Lumpur
bahawa dia mencuri di tempat kerjanya kerana tidak berpuas hati terhadap majikan
yang tidak menaikkan gaji dan memberikan komisen kepadanya. Namun,adalah
menjadi sia-sia kerana pelaku terseut tetap dijatuhkan kerana kesalahan mencuri.

Faktor seterusnya yang menyebabkan penampilan diri yang tidak kemas di tempat
kerja ialah kekangan masa. Kebanyakan penjawat awam merupakan orang yang sudah
berkeluarga,namun etika berpakaian tetap harus dititik beratkan kerana penampilan diri
adalah imej yang ditunjukkan kepada orang lain. Hal ini berlaku kerana mereka agak
sibuk untuk melayan keluarga sebelum pergi ke tempat kerja,oleh itu mereka tidak
sempat untuk menyiapkan pakain yang ingin dipakai di tempat kerja.

Seterusnya,faktor yang menyebabkan berlakunya pergaduhan di tempat kerja ialah


dengki dengan pekerja lain. Perasaan dengki mendorong seseorang untuk bertindak
menjatuhkan orang lain. Sebagai contoh, seorang pekerja di dalam sebuah pejabat
sering dijadikan contoh oleh pegawai atasan , namun seorang lagi pekerja berasa

7
dengki dengan pekerja contoh itu kerana dia merasakan dirinya lebih baik, tambahan
pula dia tahu segala kelemahan perkerja contoh itu. Maka pergaduhan berlaku apabila
pekerja yang dengki itu menunjuk perasaannya dengan menyakiti orang yang didengki
secara lisan.

Akhir sekali, faktor yang menyebabkan jenayah gangguan seksual di tempat


kerja ialah perbezaan hormon. Mengikut teori biologi, gangguan seksual berlaku
disebabkan oleh perbezaan hormon antara lelaki dan perempuan. Komponen hormon
lelaki yang menyebabkan mereka mempunyai rangsangan seks yang lebih tinggi
daripada wanita. Perkara tersebut akan menjurus mereka sehingga terlibat dalam
tingkah laku yang bersifat gangguan seksual. Ia berlaku seolah-olah di luar kawalan
pengganggu tersebut. Namun mangsa akan berasa takut dan tidak ingin ke tempat
kerja kerana takut dengan gangguan seksual keatas mereka.

HUBUNGKAIT TEORI DENGAN ISU DISIPLIN

Etika Professional melibatkan semua isu etika dan nilai dalam sesuatu bidang profesion
dan tingkahlaku golongan profesion dalam masyarakat.

8
1. Teori Keperibadian Mulia
Teori ini menitikberatkan perbuatan atau perlakuan manusia dari segi falsafah moral.

2. Teori Wajiban
Teori yang berlandaskan prinsip moral dan kewajiban moral.

3. Teori Hak Asasi


Teori ini menyatakan setiap orang mempunyai hak dalam memikul tanggungjawab
dalam kehidupan mereka.

Hubungkait teori dengan isu disiplin :

Isu disiplin : Rasuah


Teori yang dikaitkan : Teori Keperibadian Mulia
Perbuatan merasuah dan menerima rasuah adalah amalan yang tidak patut berlaku
terutamanya di tempat kerja. Jenayah ini mempamerkan keperibadian seseorang
individu yang tidak baik. Hal ini jelas bahawa isu rasuah dapat dikaitkan dengan teori
keperibadian mulia kerana seharusnya seseorang individu mempunyai peribadi yang
kuat melalui didikan agama agar berani untuk menghindari rasuah.

Isu disiplin : Mencuri


Teori yang dikaitkan : Teori Keperibadian Mulia
Perbuatan mencuri memberi kesan yang sangat buruk untuk masa depan sesebuah
syarikat . Justeru itu,impaknya kepada diri sendiri dan masyarakat serta negara juga
mendatangkan kejatuhan yang negatif kerana asas kejayaan sesuatu perkara adalah
berkenaan dengan kejujuran. Seharusnya, masalah disiplin ini dapat ditangani dengan
mengaitkannya dengan teori keperibadian mulia. Hal ini kerana seseorang yang
mengamalkan nilai jujur akan mengelakkan diri daripada mencuri.

9
Isu disiplin : Berpenampilan diri tidak formal dan professional
Teori yang dikaitkan : Teori Keperibadian Mulia
Penampilan diri yang professional dapat melambangkan identiti diri yang mana
mencerminkan watak seseorang yang berkualiti. Isu disiplin ini dapat dikaitkan dengan
teori keperibadian mulia kerana seseorang yang tidak mengabaikan penampilan dirinya
akan menjadi contoh yang terbaik dalam sesuah organisasi.

Isu disiplin : Bergaduh di tempat kerja


Teori yang dikaitkan : Teori Keperibadian Mulia
Isu disiplin ini memberi impak yang sangat memalukan kerana dapat menunjukkan
identiti pekerja yang tidak berfikiran matang dalam sesuatu pekerjaan. Seharusnya
individu berfikiran rasional dan bersifat mudah untuk berbincang dalam menyelesaikan
sesuatu perkara. Isu ini dapat dikaitkan dengan teori keperibadian mulia kerana individu
yang mengamalkan nilai kesabaran dan timbangrasa dapat menghindari isu
pergaduhan di tempat kerja.

Isu disiplin : Gangguan Seksual


Teori yang dikaitkan : Teori Keperibadian Mulia
Isu gangguan seksual di tempat kerja menjadi salah satu isu yang dapat mencemarkan
imej seseorang individu meskipun dia seorang yang berpotensi tinggi dalam syarikat.
Isu disiplin ini dapat dikaitkan dengan teori keperibadian mulia. Hal ini kerana
seseorang individu yang bijak memikirkan perkara yang baik dan buruk mampu untuk
mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini seperti gangguan seksual di tempat
kerja.

PENYELESAIAN MASALAH

Rasuah

10
Penyelesaian yang boleh dilakukan untuk mengelakkan isu rasuah di tempat kerja ialah
dengan menguatkuasakan undang-undang yang peru dipatuhi. Hal ini bagi memastikan
pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah. Selain itu,
membuat pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah sejak di bangku sekolah
lagi melalui kempen. Hal ini akan mendidik generasi muda agar membenci rasuah.
Seterusnya, memantnapkan iman dan mengukuhkan jati diri seseorang. Hal ini kerana
kekuatan iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah walaupun peluang terbuka
luas di hadapan mata.

Mencuri
Penyelesaian yang boleh dibuat untuk mencegah kecurian di tempat kerja ialah dengan
memasang sistem pengawasan video di setiap pelosok ruang sebagai penghalang. Hal
ini kerana,individu tidak akan berani melakukan kelakuan tidak jujur sekiranya dia tahu
bahawa dia berada di kamera. Selain itu,melaksanakan sistem buddy yang melibatkan
sekurang-kurangnya dua pekerja yang bekerja bersama-sama sepanjang masa.
Seterunya, meningkatkan semangat pekerja dengan cara mewujudkan hubungan dan
membina perhubungan. Hal ini kerana,individu akan kurang cenderung kepada godaan
jika mereka gembira di tempat kerja.

Penampilan diri tidak Formal dan Professional


Penyelesaian yang dapat dibuat untuk mencegah isu disiplin ini ialah memakai pakaian
yang sesuai di tempat kerja. Beberapa tempat kerja mempunyai kod pakaian bertulis
yang menggariskan secara khusus apa yang sesuai atau tidak. Selain itu,memerhatikan
orang di sekitar tempat kerja. Sebagai contoh,sekiranya individu tidak pasti cara
berpakaian formal,cuba perhatikan pakaian yang ada dalam pejabat. Secara tidak
langsung adalah dengan mencontohi individu lain yang boleh dijadikan role model.
Seterusnya, mengutamakan kebersihan diri. Sebagai contohnya mandi untuk
mendapatkan kesegaran fizikal sebelum ke tempat kerja,membuat dandanan yang
rapi,memakai sedikit wangian dan perkara kebersihan mulut yang baik atau bebas dari
bau rokok dan makanan yang menyengat.

Bergaduh Di Tempat Kerja


Penyelesaian yang boleh dilakukan untuk mencegah isu disiplin ini ialah menghargai
pendapat individu lain. Hal ini dapat menghindari konflik kerana tidak bersependapat.
Selain itu,bersikap tenang. Individu seyarusnya berhati-hati dengan bahasa
tubuh,ekspresi wajah dan juga nada bicara yang digunakan untuk tidak menimbulkan
11
sebarang masalah perasaan individu lain. Seterusnya, melaporkan kepada pihak
atasan dengan segera serta langkah awal sekiranya melihat ada rakan sekerja yang
berada dalam kondisi yang tidak bersependapat.

Gangguan Seksual
Penyelesaian masalah yang boleh dibuat untuk mencegah jenayah gangguan seksual
ialah dengan menguatkan undang-undang pekerja di tempat kerja agar individu berada
takut untuk melakukan sesuatu yang tidak diingini. Selain itu, syarikat harus berusaha
dalam memberi informasi-informasi yang cukup kepada pekerja dengan cara
mengadakan seminar tahunan untuk mengkaji semula polisi gangguan seksual. Hal ini
adalah untuk memberikan penerangan apakah yang perlu dilakukan sekiranya telah
diganggu secara seksual. Seterusnya,bertindak dengan yakin. Sekiranya seseorang
membuat tindakan luca,minta mereka untuk tidak melakukan hal tersebut.

REFLEKSI

Berdasarkan penulisan di atas,perkara yang boleh disimpulkan ialah jelas bahawa


setiap permasalahan tersebut merupakan isu disiplin di tempat kerja yang perlu
ditangani. Hal ini kerana isu-isu tersebut membawa kesan yang buruk terhadap individu
12
dan juga organisasi. Malah turut memberi kesan terhadap masyarakat dan negara.
Hanya kerana faktor-faktor seperti kepuasan diri sendiri atau ketidakjujuran dalam
melakukan sesuatu perkara,segalanya dapat membendung kecacatan dalam sikap
pekerja. Majikan seharusnya mengambil tindakan yang pantas untuk mencegah
perilaku buruk oleh pekerjanya kerana isu disiplin tidak boleh dipandang mudah.
Sebagai seorang yang profesional dalam profesion tertentu seharusnya mengamalkan
sikap yang berkaitan dengan teori keperibadian mulia untuk membentuk jati diri yang
berkualiti.

RUJUKAN

13
14

Anda mungkin juga menyukai