Anda di halaman 1dari 3

1.

Tidak hadir kerja


Isu disiplin pekerja yang pertama ialah tidak hadir bekerja tanpa sebab yang
munasabah dan gagal untuk memaklumkan kepada pihak Jabatan Sumber
Manusia. Bahasa mudahnya ialah ponteng kerja. Jika anda mempunyai pekerja
yang kaki ponteng, ia adalah isu disiplin yang perlu ditangani dengan segera.
Pekerja yang selalu tidak hadir akan menjejaskan prestasi syarikat. Sesi
kaunseling mungkin membantu.

2. Selalu datang lewat ke tempat kerja


Selain tidak datang bekerja, selalu datang lewat ke pejabat juga adalah satu lagi
isu disiplin pekerja yang biasa berlaku. Ada sahaja alasan yang akan diberikan
sama ada:
 Kesesakan lalu lintas
 Keretapi tidak berjalan pada masanya
 Hujan
 Anak tidak sihat
 Kereta rosak

3. Penampilan yang tidak formal dan profesion


Pemakaian ke pejabat adalah sesuatu yang penting. Sebagai seorang pekerja,
seharusnya pekerja anda sentiasa berpakaian kemas, formal dan kelihatan
profesional. Berpakaian selekeh ke pejabat adalah termasuk dalam kategori
masalah disiplin di kalangan pekerja. Selain itu, pakaian yang  terlalu seksi dan
menjolok mata juga adalah tidak sesuai. Pastikan anda memasukkan etika
pakaian ke dalam surat tawaran pekerja.

4. Curi tulang semasa berkerja


Isu disiplin pekerja yang seterusnya ialah masalah curi tulang semasa bekerja.
Ada pekerja yang curi-curi untuk tidur apabila tidak diperhatikan. Ada yang
minum pagi atau keluar makan tengah hari bukan pada waktunya atau
mengambil masa yang terlalu lama. Ada juga pekerja yang mengambil
kesempatan untuk keluar membeli-belah semasa bekerja apabila boss tiada.
Pekerja yang kaki bermain game pula mungkin menghabiskan masa di pejabat
untuk bermain game secara online. Kesemua perbuatan mencuri tulang semasa
bekerja ini akan merugikan syarikat.
5. Bergaduh dengan perkerja lain
Bergaduh dengan rakan sekerja atau duduk berkumpulan secara berpuak-puak
adalah satu lagi isu disiplin pekerja yang boleh menjejaskan syarikat anda.
Pekerja yang bergaduh dan berpuak-puak akan menyebabkan kerja serta
tugasan tidak berjalan dengan lancar. Malah segala urusan pejabat juga akan
tergendala akibat kegagalan untuk mendapatkan kerjasama yang baik daripada
semua pekerja.

6. Mencuri barang syarikat


Isu disiplin pekerja yang seterusnya ialah perbuagan mencuri barang syarikat.
Perbuatan ini bukan sahaja akan menyebabkan syarikat mengalami kerugian,
malah jika seorang pekerja berjaya melakukannya tanpa tertangkap, pekerja
lain juga mungkin akan terpengaruh dan ingin melakukannya juga. Di antara
barang syarikat yang sering dicuri ialah:
 Kertas
 Pen
 Dakwat mesin pencetak
 Kerusi
 Meja

7. Berniaga atau melakukan pekerjaan lain sewaktu bekerja


Pada hari ini, ramai yang berniaga online atau melakukan kerja secara online.
Tidak menjadi masalah jika ianya dilakukakn secara sambilan semasa di rumah
atau hujung minggu, namun ianya adalah satu idu disiplin pekerja jika mereka
melakukannya semasa bekerja. Untuk mengelakkan pekerja anda berniaga atau
melakukan kerja lain sewaktu bekerja, anda boleh memantau media sosial para
pekerja anda. Dengan cara ini mereka yang terlibat akan dapat dikesan.

8. Prestasi perkerjaan tidak baik

Pastinya anda mengharapkan pekerja melakukan yang terbaik dalam


menjalankan tugas. Prestasi pekerja akan sentiasa dipantau bagi memastikan
kesemua pekerja melakukan tugasan dengan sebaiknya. Namun tidak dinafikan
bahawa prestasi kerja yang tidak baik atau jatuh merudum boleh berlaku pada
pekerja yang mempunyai masalah disiplin.
Sebagai majikan, anda perlu memanggil pekerja tersebut untuk berbincang
dengan baik dan mencari jalan penyelesaian. Sekiranya prestasi pekerja
tersebut terjejas disebabkan masalah yang dihadapi, bantu untuk mengatasi
masalah tersebut. Jika masih berterusan, anda boleh memberikan amaran
kepada pekerja tersebut.

Anda mungkin juga menyukai