Anda di halaman 1dari 8

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA


KOLEJ VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KURSUS ETIKA PROFESIONALISME

SEMESTER SEMESTER 1/TAHUN 1

NO. DAN TAJUK MODUL 4.0 ETIKA KERJA

MENGENALPASTI CIRI-CIRI ETIKA KERJA, NILAI TERAS


KEBOLEHAN DALAM ETIKA KERJA, KEAKURAN KEPADA PERATURAN
SERTA KOD ETIKA PEKERJAAN

PADA AKHIR MODUL, PELAJAR DAPAT:


1) MENGETAHUI CIRI-CIRI ETIKA KERJA.
2) MENGENALPASTI NILAI TERAS DALAM ETIKA KERJA.
OBJEKTIF MODUL
3) MENGENALPASTI KEAKURAN KEPADA PERATURAN DAN
KOD ETIKA KERJA.

KOD KURSUS MPU2232

4.0 Etika Kerja

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 17


4.1 Mengenalpasti Definisi Etika Kerja

Etika Kerja merujuk kepada tindakan seseorang dalam situasi tertentu. Hal ini termasuklah
persoalan tentang apa yang betul dan boleh diterima, dan paling penting adalah menentang
nilai-nilai yang salah, penipuan dan ketidakjujuran.

Etika kerja adalah satu kumpulan nilai-nilai berdasarkan kemuliaan akhlak termasuklah
kerajinan bekerja dan ketekunan. Adalah dipercayai bahawa kerja boleh memberi kebaikan
kepada moral seseorang, dan boleh meningkatkan keperibadian diri. Etika kerja termasuklah
boleh dipercayai, mempunyai inisiatif dan berkemahiran dalam pergaulan.

4.2 Menghuraikan 10 Ciri Etika Kerja

Tokoh-tokoh industri dan perniagaan telah mengenalpasti ciri-ciri etika kerja yang penting
yang sepatutnya diajar di kolej. Pelajar perlu mengamalkannya untuk membentuk tenaga
kerja yang berkesan dan berdaya saing.

Berikut adalah 10 ciri-ciri yang membentuk Etika Kerja :

(a) Kehadiran

Hadir ke tempat kerja / balik pada masa yang ditetapkan, memaklumkan dahulu kepada
majikan sekiranya tidak dapat hadir, dan melaksanakan tugasan tepat pada masanya.

(b) Keperibadian

Menunjukkan kesetiaan, kejujuran, amanah, kebolehpercayaan, boleh diharap, berinisiatif,


disiplin diri dan bertanggungjawab.

(c) Kerja Berpasukan

Merupakan seorang yang boleh bekerja dalam pasukan, bekerjasama, tegas, menunjukkan
sikap membantu pelanggan, sentiasa mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran dan
bersikap berbudi bahasa.

(d) Penampilan Diri

Berpakaian sesuai, kemas, mengamalkan kebersihan dan beretika.

(e) Sikap

Mempamerkan sikap positif, tampil berkeyakinan dan mempunyai jangkaan yang realistik
terhadap dirinya.

(f) Produktiviti

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 18


Mematuhi amalan keselamatan, menjaga bahan dan sumber, mengekalkan persekitaran kerja
yang kemas dan bersih, mematuhi arahan dan prosedur.

(g) Kemahiran Organisasi

Mempamerkan kemahiran dalam pengurusan diri, pengurusan masa, memilih keutamaan,


pengurusan stres, menangani perubahan serta fleksibel.

(h) Komunikasi

Mempamerkan kemahiran lisan dan bukan lisan yang bersesuaian.

(i) Kerjasama

Mempamerkan ciri-ciri kepimpinan, berkebolehan menangani kritikan dan aduan dengan


sewajarnya, menunjukkan kebolehan menyelesai masalah, mengekalkan hubungan baik
dengan penyelia dan rakan sebaya, serta mematuhi arahan.

(j) Hormat

Menghormati hak orang lain, menangani sebaiknya kepelbagaian budaya dan kaum dan tidak
sesekali melibatkan diri dalam sebarang bentuk kacau ganggu (harassment).

4.3 Membincangkan Nilai-nilai Teras dalam Etika Kerja

Setiap individu perlu mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kualiti kehidupan yang
tinggi, kerjaya yang hebat dan menjadi warganegara yang baik. Adalah perlu bagi setiap
organisasi untuk mengamalkan nilai-nilai utama dengan menyediakan kod perilaku atau
standard tingkah laku yang diharapkan dari setiap orang yang berkhidmat di dalam organisasi.
Nilai-nilai berkenaan perlu dipelajari dan ini akan membentuk perilaku seseorang.

(a) Kejujuran

Bersikap amanah dan tidak berpura-pura atau menipu dan berpegang teguh kepada
kebenaran

(b) Hormat

Mempunyai keperihatinan yang ikhlas terhadap orang lain dan menunjukkan timbangrasa.

(c) Ihsan

Memahami perasaan orang lain dan mengenalpasti kesan sesuatu tindakan terhadap orang
lain.

(d) Keadilan

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 19


Mengamalkan keadilan dan ketelusan dalam tindakan-tindakan yang diambil, serta memberi
layanan sama adil kepada semua orang.

(e) Tanggungjawab

Bertanggungjawab terhadap tindakan peribadi dan bertanggungjawab terhadap perilaku


seseorang, tugasan yang diberi, tugas-tugas dan fungsi-fungsi. Bertanggungjawab juga
bermaksud mengambil tindakan terhadap salahlaku dan tidak bertolak ansur terhadap
mereka yang tidak jujur dan terbabit dalam penyelewengan atau menunjukkan tingkahlaku
yang tidak wajar.

4.4 Menerangkan Kebaikan Etika Kerja

Etika kerja akan dapat mencapai matlamat-matlamat berikut :

i) Membantu pelajar memasuki alam pekerjaan dengan kemahiran etika kerja yang
positif, menjadikan mereka lebih bernilai dan mudah mendapat pekerjaan.

ii) Membantu majikan memperolehi pekerja yang mempunyai tabiat kerja yang baik.

Perniagaan dan industri yang mengambil graduan yang beretika kerja akan lebih produktif
dan mampu bersaing di peringkat global kesan dari persediaan kemahiran teknikal yang
berkualiti.

4.5 Menerangkan Keakuran kepada Peraturan dan Standard Kualiti yang ditetapkan

Dalam mengekalkan tingkahlaku dan etika kerja yang profesional, pekerja bukan hanya perlu
mengamalkan nilai moral dan etika kerja, tetapi mereka perlu melaksanakan kerja mengikut
peraturan dan standard kualiti tertentu.

Peraturan dan standard kualiti tertentu yang perlu dipatuhi oleh pekerja adalah berdasarkan
persekitaran kerja di mana mereka berada. Contohnya :

I) AKTA ( 514 ) 1994 – Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja : Satu akta untuk
menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja, serta
melindungi daripada risiko keselamatan dan kesihatan yang berkaitan dengan aktiviti
di tempat kerja. (OSHA 1994 (Act 514), page 5 – ILBS).
II) AKTA ( 139 ) 1967 – Akta Kilang dan Jentera 1967 : Satu akta pengawalan kilang
berkaitan hal-hal keselamatan, kesihatan dan kebajikan, serta pemeriksaan jentera.

4.6 Menerangkan Kod Etika Pekerjaan

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 20


Kod Etika merupakan dokumen rasmi yang menyatakan nilai-nilai utama sesebuah organisasi
untuk dipatuhi oleh ahli organisasi tersebut. Semua badan profesional mempunyai kod etika
masing-masing yang menjadi panduan kepada ahli-ahlinya tentang peraturan dan tingkah
laku perlu dipatuhi. Dengan erti kata lain, kod etika bagaikan sumber inspirasi dan rangsangan
positif kepada obligasi terhadap norma-norma profesional. Kod etika juga berkaitan dengan
proses sosialisasi dan pendidikan di kalangan profesional. Hampir semua kod etika
mempunyai implikasi undang-undang dan sosial.

Umumnya kod etika profesional menekankan perkara-perkara seperti :

 Norma-norma profesional yang perlu dipatuhi.


 Akauntabiliti dan tanggungjawab profesional.
 Bentuk-bentuk penyelewengan yang perlu dihindarkan.
 Bentuk-bentuk hukuman yang dikenakan.
 Norma-norma profesional yang diterjemahkan dalam tingkahlaku yang khusus.

Kod Etika berperanan sebagai inspirasi dan tunjuk ajar. Ia menyediakan satu rangsangan
positif terhadap tingkahlaku yang beretika. Kod etika juga berperanan sebagai sokongan
positif kepada mereka yang ingin berkelakuan secara beretika. Selain itu juga, kod etika
berperanan sebagai pendidikan dan kefahaman yang digunakan dalam perbincangan isu-isu
etika. Jika dilihat secara umum, kod etika merupakan peraturan sendiri di kalangan
profesional yang dikuatkuasakan terhadap ahli-ahlinya. Penulisan kod etika yang menyeluruh
dan komprehensif bukanlah perkara yang mudah. Tambahan lagi persepsi masyarakat
terhadap golongan profesional juga sudah berubah selari dengan perkembangan semasa
terutamanya dikalangan masyarakat industri. Walau bagaimanapun, kod etika masih boleh
berperanan sebagai panduan kepada profesional sebagaimana yang diharapkan oleh
masyarakat.

Kod etika dijadikan sebagai :

i) Inspirasi dan tunjuk ajar.


Kod etika menyediakan satu ransangan yang positif terhadap perlaksanaan tingkah
laku yang beretika, tunjuk ajar dan nasihat baik tentang peranan utama seseorang
profesional. Walaupun kod etika merupakan dokumen yang pendek dan ringkas
namun asas-asas panduannya masih tetap berguna.

ii) Sokongan.
Kod etika memberikan sokongan positif kepada mereka yang ingin berkelakukan
secara beretika. Keputusan beretika yang dibuat selalunya disandarkan kepada kata-
kata, “saya berbuat demikian sebagaimana yang terdapat dalam kod etika profesion
saya”. Hal ini menyebabkan kod etika tersebut menjadi kurang berkesan untuk
mengawal tingkah laku golongan profesional.

Kedua, kadang-kadang terdapat peruntukan penyataan dalam kod etika berkonflik


antara satu sama lain. Contohnya seksyen 1 dalam kod etika untuk jurutera
menyatakan, “Hubungan profesional untuk jurutera mestilah didasarkan kepada
standard intergriti yang tinggi dan akan bertindak secara profesional terhadap klien

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 21


atau majikan dengan penuh rasa amanah dan jujur”. Seksyen 2 pula menyatakan,
“seorang jurutera patut mengambil berat akan aspek keselamatan, kesihatan dan
kebajikan awam semasa menjalankan tugas-tugas profesionalnya”.

Persoalannya, seksyen peruntukan manakah yang patut dipatuhi (peruntukan),


manakah yang patut dipatuhi apabila seseorang jurutera diminta untuk tidak
menghiraukan situasi yang akan mengancam keselamatan awam atas alasan bahawa
keputusan perniagaan perlu dibuat bagi kepentingan syarikat (majikan).
Contoh di atas meletakkan seseorang jurutera dalam keadaan penuh dilema (seksyen
mana yang patut dipatuhi). Jurutera yang mempunyai kesedaran etika yang rendah
sudah pasti akan memilih jalan mudah, iaitu menyebelahi pihak majikan (kepentingan
perniagaan) walaupun ternyata tindakan itu tidak beretika.

Ketiga, kod etika tidak boleh berperanan sebagai autoriti etika yang mutlak untuk
mengawal tingkah laku golongan profesional. Ini kerana nilai-nilai dan tafsirannya
yang diterapkan dalam kod etika tersebut adalah nilai-nilai umum yang tidak mutlak
dalam masyarakat. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa nilai-nilai yang diterima (ditulis
dalam kod etika) sebenarnya adalah hasil kompromi daripada berbagai-bagai
penilaian(pertimbangan) yang kadang-kadang tidak semestinya mendapat
persetujuan sebulat suara daripada ahli jawatankuasa pembentuk kod etika tersebut.
Ini menjadikan kod etika yang dihasilkan hanya boleh dianggap sebagai satu panduan
umum (tidak mutlak) sahaja yang masih mungkin menimbulkan banyak keraguan.

Keempat, kewujudan terlalu banyak kod etika (malah dalam bidang profesion yang
sama seperti kejuruteraan) menjejaskan keberkesanan kod etika tersebut. Keadaan
ini memberikan gambaran dan persepsi bahawa tingkah laku etika itu adalah sesuatu
yang bersifat relatif. Ini sudah tentu menimbulkan kesukaran untuk meyakinkan
masyarakat umum dalam menentukan kod etika yang “baik” dan “betul”.
Walaupun batasan tersebut di atas agak mudah dikenal pasti dalam hampir semua
kod etika yang sedia ada, namun batasan ini mempunyai ciri-ciri persamaan dalam
beberapa konsep terasnya. Hampir semua kod etika meliputi aspek tentang (a)
kepentingan awam, (b) kualiti dari segi sikap amanah, jujur dan adil(saksama) dan (c)
Prestasi profesional.

iii) Pendekatan Baru.


Memandangkan peraturan sendiri kurang berkesan dalam menghalang atau
menghukum perbuatan salah laku, alternatif lain perlu dicari, tiga pendekatan
diketengahkan untuk dipertimbangkan iaitu :

a) Penglibatan Orang Biasa.


Orang biasa mempunyai kemampuan untuk menilai tingkah laku profesional.
Pada masa yang sama penilaian awam menunjukkan perspektif masyarakat
dalam pembentukan norma yang nampaknya kurang berjaya melalui sistem
peraturan sendiri. Ada pendapat yang mengatakan bahawa profesional
sepatutnya dinilai oleh profesional lain, iaitu rakan profesional. Dakwaan ini
kurang tepat kerana meletakkan kedudukan profesional melebihi orang lain
dalam masyarakat. Bukti menunjukkan bahawa orang awam telah melibatkan diri
dalam dalam menguatkuasakan norma-norma profesional (dengan jayanya).
Malah pernah dikatakan “orang awam juga mempunyai kopetensi seperti
peguam dan membuat penilaian terhadap perbuatan salah laku”. Di Canada,
misalnya, orang biasa berkhidmat dalam kumpulan-kumpulan badan profesional
yang terdiri daripada jurutera dan peguam.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 22


b) Penguatkuasaan yang berkesan.
Satu sistem pengukuran yang lebih berkesan untuk mengawal sebarang isu etika
secara tidak langsung.

c) Halangan dan disiplin.


Kod etika boleh dijadikan asas yang formal untuk menyiasat sebarang perlakuan
tidak beretika di kalangan profesional. Disebabkan ada asas penyiasatan yang
sedemikian rupa, maka motif untuk melakukan perlakuan tidak beretika dapat
dihalang.

iv) Pendidikan dan Kefahaman.


Kod etika boleh digunakan dalam bilik-bilik kuliah dan mana-mana juga untuk
membantu dalam perbincangan tentang isu-isu etika. Seterusnya kod erika dapat
mewujudkan kefahaman yang dikongsi bersama di kalangan profesional, orang awam
dan organisasi tentang tanggungjawab profesional. Dalam hal ini kod etika dapat
mewujudkan kefahaman yang dikongsi bersama dikalangan profesional, orang awam
dan organisasi tentang tanggungjawab profesional. Dalam hal ini kod etika dapat
disebarkan dengan meluas dan diiktiraf oleh badan-badan profesional.

v) Sumbangan kepada imej profesion.


Kod etika menampilkan imej positif golongan profesional yang beretika kepada
masyarakat. Ini sudah tentu dapat membantu profesional untuk terus berkhidmat
kepada masyarakat dan lebih berdedikasi dan berkesan.

vi) Mempertahankan status


Kod etika menentukan peraturan etika yang membantu dalam mempromosikan satu
peringkat persetujuan yang minimun terhadap perlakuan beretika yang membantu
dalam mempromosi satu peringkat persetujuan yang minimum terhadap perlakuan
beretika. Kod etika juga dapat menyelesaikan percanggahan atau perbalahan antara
profesion.

Untuk menjamin keberkesanan kod etika tersebut perkara-perkara berikut patut


diberikan perhatian:

i. Isi kandungan kod etika hendaklah disebarkan dengan meluas kepada semua
ahli profesional terutama kepada mereka yang menceburi bidang profesion
berkenaan.

ii. Butiran dalam kod etika mestilah jelas, khusus dan terperinci dalam semua
aspek nilai yang hendak ditekankan.

iii. Kod etika dapat menangani isu-isu pokok dengan tepat.

iv. Kod etika hendaklah dikuatkuasakan dengan bersungguh-sungguh


terutamanya apabila menjatuhkan hukuman tertentu.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 23


v. Kod perlu disemak semula dari semasa ke semasa sesuai dengan keperluan
dan perubahan masyarakat industri.

Untuk menambahkan keberkesanan kod etika yang telah sedia ada, satu
jawatankuasa etika dibentuk bagi memantau keadaan. Sewajarnya jawatankuasa
bebas juga dibentuk dengan ahlinya terdiri daripada orang biasa (awam). Lebih
penting lagi ialah pendidikan etika berterusan diberikan untuk mempertingkatkan lagi
tahap kesedaran etika di kalangan profesional.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 24

Anda mungkin juga menyukai