Anda di halaman 1dari 6

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA


KOLEJ VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURSUS ETIKA PROFESIONALISME

SEMESTER SEMESTER 1/TAHUN 1

NO. DAN TAJUK MODUL 2.0 TEORI ETIKA

KEBOLEHAN MENGENALPASTI TEORI ETIKA PROFESIONALISME

PADA AKHIR MODUL, PELAJAR DAPAT:


1) MENGETAHUI TEORI ETIKA YANG DIPELAJARI.
OBJEKTIF MODUL
2) MEMBEZAKAN TEORI ETIKA YANG DIPELAJARI

KOD KURSUS MPU2232

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 6


2.0 Teori Etika

2.1 Menyatakan Teori Keperibadian Mulia

Teori ini dianggap teori yang tertua hasil daripada perkembangan falsafah tradisi Greek.
Aristotle (384-322 s.m) yang menjadi pendokong utama teori ini menyatakan bahawa
peribadi mulia dianggap sebagai satu keperluan untuk membolehkan seseorang
melaksanakan aktiviti yang rasional secara berkesan. Keperibadian mulia telah didefinisikan
sebagai kualiti terbaik atau istimewa dan mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu
kehidupan yang bermoral. Teori ini berkait rapat dengan ”kaedah sikap baik” dan sifat-sifat
seorang insan bermoral. Keperibadian mulia ialah kecenderungan untuk sesuatu tujuan. Ia
bukanlah perasaan atau kebolehan dan kekuasaan manusia merasai kerana seseorang itu
tidak boleh dipuji atau dikeji dan dikatakan baik atau jahat hanya sebab perasaannya atau
kerana dia berupaya merasai. Keperibadian mulia dianggap tidak lahir secara semulajadi
kerana seseorang individu itu tidak dikudratkan dengan sifat mulia atau jahat. Sebaliknya
cara untuk memperoleh keperibadian mulia adalah menerusi latihan dan pengamalan
sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyenangkan dan menyeronokkan.

Teori keperibadian mulia menitikberatkan perbuatan atau perlakuan manusia dari segi
falsafah moral. Etika keperibadian mulia mengambil berat tentang budi pekerti manusia yang
yang berasaskan keunggulan sikap seseorang individu. Menurut teori keperibadian mulia,
etika berkaitan dengan keperibadian, tingkah laku dan watak yang mulia. Keperibadian mulia
juga dikaitkan dengan keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran dan
kebijaksanaan. Contohnya, seseorang yang mengamalkan nilai berani hendaklah
mengelakkan diri daripada perkara yang bahaya. Teori ini menekankan cara-cara untuk
individu menjadi seorang insan yang mulia.

Menurut Aristotle, terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu yang bersifat intelektual dan
bersifat moral. Keperibadian mulia intelektual dikaitkan dengan kecemerlangan minda untuk
memahami, menaakul dan membuat penilaian dengan baik. Manakala keperibadian mulia
yang bersifat moral menekankan kepada tuntutan berkelakuan baik dengan menjalankan
proses pengulangan dan pelaziman. Contohnya, seorang insan yang mengamalkan sifat jujur
akan cenderung menjadi insan yang jujur dalam hidupnya.

Proses pengajaran Pengalaman dalam


dan pembelajaran kehidupan

Cara
mengembangkan sifat
keperibadian mulia

Denda dan Kerasionalan dan


ganjaran kematangan

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 7


Teori Keperibadian mulia boleh dilihat dalam situasi berikut :

Situasi berikut mengisahkan mengenai seorang individu yang dalam dilema dengan
perbuatannya. Pertama, Tony sedar dia perlu menandatangani satu dokumen yang penting
dan menentukan kestabilan syarikatnya. Kedua, Tony tahu perbuatan menandatangani
dokumen palsu itu adalah salah dan tidak amanah. Ketiga, sebagai seorang yang jujur, Tony
tidak mahu menandatangani dokumen atau penyata yang palsu.

Situasi tersebut menunjukkan teori keperibadian mulia menyatakan sesuatu tindakan atau
perlakuan yang betul. Sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai sikap peribadi yang
mulia, maka individu tersebut akan melakukan tindakan yang baik. Nilai mulia pula ialah ciri-
ciri kemanusiaan yang ada pada manusia dan penting untuk perkembangan dan kehidupan
yang baik. Di Malaysia, nilai mulia atau nilai yang baik itu akan diterima dalam masyarakat
Malaysia.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 8


Di Malaysia, nilai-nilai mulia yang berkembang dalam diri seseorang individu boleh dilihat
dalam tiga peringkat hidup seperti di bawah.

Teori keperibadian mulia menguntungkan diri sendiri dan juga orang lain dalam sesuatu
masyarakat. Seseorang yang bersikap amanah akan mempraktikkan ciri-ciri amanah dalam
kerjaya dan kehidupannya. Begitu juga seorang doktor yang mempunyai ciri-ciri timbang
rasa, bersopan dan sensitif kepada perasaan orang lain akan menjadi seorang doktor yang
baik dari segi kemahiran mengubati pesakitnya serta berkomunikasi secara bermoral dengan
pesakitnya.

Kemahiran dan sikap peribadi mulia adalah dua perkara berbeza. Tanpa kemahiran dalam
suatu pekerjaan, kita masih boleh hidup tetapi tanpa sikap peribadi mulia, kita bagaikan
’rangka berjasad yang tidak bermoral’. Tetapi dengan adanya kemahiran tertentu, seperti
kemahiran menyelesaikan konflik, sifat peribadi kita akan semakin kukuh kerana kita tahu
cara untuk mencapai atau mengukuhkan sikap peribadi mulia.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 9


2.2 Menjelaskan Teori Wajiban (Deontologis)

Teori ini berasaskan oleh Immanuel Kant iaitu ahli falsafah Jerman (1724-1804). Asas
pemikiran teori ini lebih menekankan prinsip tanggungjawab dan tidak terikat dengan akibat
satu-satu tindakan iaitu dengan tindakan yang betul. Menurut pengasas teori ini, melakukan
tindakan baik seperti berlaku adil, jujur, simpati, dan sebagainya adalah tanggungjawab yang
perlu dilakukan oleh individu.

Definisi Deontologi adalah dari istilah bahasa Greek yang merujuk kepada tanggungjawab
atau kewajipan seorang individu. Deon bermaksud apa yang harus dilakukan (kewajipan)
atau "yang diharuskan atau diwajibkan" (duty). Deontologi ialah suatu sistem moral / etika
yang mengukur baik tidaknya suatu perbuatan semata-mata berdasarkan maksud si pelaku
dalam melakukan perbuatan tersebut.

Teori Wajiban juga merupakan satu teori etika yang berlandaskan prinsip moral dan
kewajipan moral. Bagi memilih tindakan moral yang betul, kita perlu memahami obligasi atau
kewajipan moral kita dan apakah peraturan betul yang sedia ada untuk kita melakukan
kewajipan tersebut. Andaian dalam teori ini apabila melakukan sesuatu kewajipan
menunjukkan kita bermoral manakala jika gagal mengikut kewajipan maka kita berkelakuan
tidak bermoral. Sebagai contoh, manusia beribadah kepada Tuhan kerana ia merupakan
kewajipan manusia untuk menyembah Tuhannya, bukan kerana perbuatan tersebut akan
mendapat pahala.

Mengikut teori etika ini, ia menyatakan nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas
kesudahannya (hasil / kebaikan yang akan didapati) kerana kesudahannya tidak jelas dan
tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan / keputusan tersebut dibuat. Nilai prinsip
bermoral sesuatu tindakan sebaliknya harus bergantung pada niat seseorang itu yang
membuat keputusan atau melakukan tindakan. Teori ini menegaskan bahawa betul atau
salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan
tersebut. Pendekatan deontologi sudah diterima dalam konteks agama sekarang dan
merupakan juga salah satu teori etika yang terpenting. Contohnya seperti kewajipan
seseorang yang memiliki dan mempercayai agamanya, maka orang tersebut harus beribadah,
menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya. Falsafah ini juga mempunyai pandangan
bahawa terdapat perkara-perkara yang kita tidak boleh lakukan walaupun untuk
menghasilkan sesuatu yang baik.

Deontologi menekankan perbuatan tidak menghalalkan cara kerana tujuannya. Tujuan yang
baik tidak semestinya menjadi perbuatan itu juga baik. Di sini kita tidak boleh melakukan
suatu perbuatan jahat agar sesuatu yang dihasilkan itu baik. Contohnya kita tidak boleh
mencuri, berbohong untuk membantu orang lain. Penindasan terhadap seseorang tidak
boleh dilakukan kerana ianya bertentangan dengan hak-hak yang dimiliki oleh setiap individu
walaupun tindakan tersebut akan membawa kebaikan kepada masyarakat. Secara
keseluruhannya, teori ini menunjukkan sesuatu tindakan berasaskan tanggungjawab dan
bukan kesan daripada sesuatu tindakan. Betul atau salah ditentukan oleh pegangan
seseorang berdasarkan ajaran agamanya.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 10


2.3 Meneroka Teori Hak Asasi

Teori ini menyatakan setiap orang mempunyai hak dalam memikul tanggungjawab dalam
kehidupan mereka. John, Lacke (1632-1704), merupakan pendukung teori ini menekankan
bahawa sekiranya sesuatu tindakan yang melanggar hak-hak seseorang dianggap tindakan
tidak bermoral. Selain, itu teori ini menegaskan bahawa setiap individu mempunyai sifat
tanggungjawab dalam menghormati hak orang lain. Hak asasi yang memberi kebebasan
kepada individu ini dikatakan bersifat individualistik iaitu mementingkan diri, kerana hak
akan menghalang individu mencampuri urusan dan bebas untuk melakukan tindakan negatif
tanpa peneguran.

Terdapat pandangan lain yang menyatakan bahawa hak asasi ini adalah Konsep Hak
Kebajikan. Konsep hak kebajikan membentuk masyarakat menjadi lebih bertanggungjawab di
samping menunjukkan rasa keprihatinan kepada orang lain supaya kehidupan akan lebih
selesa dan sejahtera. Teori ini juga merupakan sesuatu tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan kerana setiap manusia mempunyai hak tertentu. Setiap manusia ada
tanggungjawab terhadap orang lain kerana orang lain mempunyai hak yang sepatutnya
dihormati.

Namun hak asasi ini wujud konflik yang ditangani bagi memastikan hak asasi ini memberi
keseimbangan kepada diri sendiri atau masyarakat. Berikut antara isu yang timbul dalam
teori hak asasi dalam lingkungan masyarakat.

a) Adakah seorang peguam mempertahankan atau memberi bantuan kepada pesalah


kerana telah dibayar dengan jumlah yang lumayan?
b) Kaum wanita tidak dibenarkan bekerja dalam bidang kejuruteraan kerana bidang itu
hanya sesuai untuk lelaki.
c) Wanita tidak dibenarkan berpurdah di tempat kerja kerana melanggar hak polisi
peraturan tempat kerja.

Konflik hak asasi ini perlu dikendali dengan baik supaya masyarakat tidak menyalahguna
teori hak asasi manusia untuk kepentingan mereka tetapi sebaliknya teori ini memberi
kebaikan dan mengimbangi hak-hak manusia.

MPU 2232 ETIKA PROFESIONALISME | 11

Anda mungkin juga menyukai