Anda di halaman 1dari 28

MPU 3223

ETIKA PROFESIONAL
BAB 2
PEMIKIRAN DAN TEORI-TEORI ETIKA

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPs)

NAMA PENSYARAH: MUHAMMAD NOOR AIDIL BIN LOKMAN


PENGENALAN
 Dalam bab 1 telah diperkenalkan tentang asal-usul
perkataan etika dan makna yang dijelaskan oleh para
sarjana falsafah.
 Secara ringkasnya, etika ialah kajian tentang tingkah
laku manusia dan cara bagaimana seseorang itu
sepatutnya lakukan.
 Etika ialah salah satu cabang daripada ilmu falsafah.
 Secara umumnya, ilmu falsafah mempunyai lima cabang.
Lima Cabang Ilmu Falsafah

Metafizik Kajian kewujudan


Apa yang berada di
sana?

Bagaimana saya
Epistimologi Kajian tentang
pengetahuan
tahu tentang
perkara itu?

Kajian tentang Apa yang perlu


Etika tingkah laku saya lakukan?

Politik Kajian tentang


pemikiran
Tindakan apa yang
dibenarkan?

Estetika Kajian tentang


Bagaimana hidup
seni
Etika
Kajian etika boleh dibahagikan kepada dua(Newall, 2005), iaitu
1.metaetika
2.etika normatif.

 Metaetika ialah kajian tentang asal-usul konsep etika dan


maknanya. Oleh itu, kajian metaetika juga berkaitan dengan
konsep dan makna moral kerana etika mempunyai makna yang
sama dengan moral.
 Metaetika ialah melihat sesuatu peristiwa itu dari segi betul atau
salah bergangantung kepada sesuatu hal itu atau sudut
pandangan. (dua sudut - bola)
Metaetika : Teori Relativisme Moral dan
Objektivisme Moral

Metaetika boleh dibahagikan kepada dua jenis,


iaitu:
i.Relativisme Moral/Etika
ii.Objektivisme Moral/Etika.
Metaetika : Teori Relativisme Moral dan
Objektivisme Moral
 Relativsme moral ialah pertimbangan bahawa benar atau salah bukan
sesuatu yang mutlak. Hal ini kerana ia bergantung kepada seseorang
itu, keadaan, dan persekitaran sosial.
 Menurut (Shaw, 2011), relativsme moral ialah teori yang melihat
sesuatu perkara itu sama ada benar atau salah bergantung kepada
sesuatu kumpulan sosial atau budaya sesuatu tempat.
 Sesuatu hal itu mungkin benar dalam sesuatu tempat tetapi salah di
tempat yang lain.
 Oleh itu, kuasa kebenaran itu berada dalam tangan sesuatu budaya
atau masyarakat.
Contoh:
 Ada seseorang individu yang meminta pertolongan kepada anda untuk
mendapatkan tempat berlindung kerana individu tersebut diancam
untuk dibunuh. Oleh itu, anda memberi pertolongan kepada individu
tersebut dengan memberikan dia tempat yang selamat. Apabila
pembunuh itu mendekati anda, anda pun menafikan/menipu dengan
mengatakan bahawa anda tidak memberikan perlindungan kepada
individu tersebut.
 Tindakan anda itu adalah contoh relativisme moral.
 Walaupun secara umumnya perbuatan ‘menipu’ itu perkara yang salah
tetapi ia boleh diterima dalam situasi dan keadaan yang tertentu (niat
baik).
Teori Relativisme Moral dan
Objektivisme Moral
 Sebaliknya, objektivisme moral ialah pertimbangan beberapa
tindakan itu benar-benar betul atau salah bergantung kepada
pandangan manusia secara bebas.
 Banyak kod atau undang2 yang dibuat didasari oleh sesuatu
kepercayaan dan agama masing-masing.
 Misalnya, dalam agama hindu, iaitu karma.
 Dalam Islam pula, semua tindak-tanduk hanya berteraskan Al-
Quran dan sunnah.
Etika Normatif: Etika Deontologikal dan
Teologikal
 Etika normatif pula ialah satu set prinsip yang membimbing
kelakuan manusia daripada tersasar (Rahayu, 2012)
 Ia juga menjelaskan tentang garis panduan yang umum dalam
membuat keputusan tentang apa yang betul atau salah.
 Etika ini terbahagi kepada dua, iaitu:
1. Etika Deontologikal (Teori Wajiban)
2. Etika Teologikal
Etika Normatif: Etika Deontologikal dan
Teologikal
 Teori Deontologikal adalah satu teori etika yang berasaskan prinsip moral dan
kewajipan moral. Seseorang itu perlu melakukan kebaikan tanpa memikirkan
kesannya.
 Untuk memilih tindakan moral yang betul kita perlu memahami kewajipan
moral kita dan apakah peraturan yang betul yang sedia ada untuk kita
melaksanakan kewajipan tersebut.
 Andaian dalam Teori Deontologikal adalah apabila kita mengikut kewajipan kita
dianggap moral dan apabila kita gagal menurut kewajipan, kita dianggap tidak
bermoral (ketuhanan).
Etika Normatif: Etika Deontologikal dan
Teologikal
 Etika teologikal pula ialah nilai betul dan salah bergantung kepada
kesan sesuatu. Dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang
dihasilkan melebihi kejahatan.
 Seseorang itu dikatakan mempunyai moral yang baik apabila
bertindak dengan berfikir dulu tentang kesan sama ada baik atau
tidak.
 Teori teologikal boleh dipecahkan kepada dua perspektif:
1. Utilitarianisme
2. Egoisme
Etika Normatif: Etika Deontologikal dan
Teologikal
Utilitarianisme
 Memaksimumkan kebahagiaan untuk bilangan orang yang banyak
 Sesuatu tindakan itu betul atau salah ditentukan oleh kepentingan
tindakan tersebut yang dibawa kepada bilangan yang banyak.
 Pada akhirnya keputusan tersebut akan membawa kebaikan terbaik
secara menyeluruh.
 Contoh : pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki (1945) oleh AS,
tujuan untuk melemahkan kekuasaan Jepun dan penamat untuk
PDK2.
 Kritikan teori ini ialah ianya mudah berkonflik matlamat
menghalalkan cara.
2. Egoisme
 Sesuatu itu mempunyai nilai baik apabila ia mendatangkan keuntungan
dan sebaliknya.
 Boleh terbahagi kepada dua, iaitu
 Egoisme psikologikal (EP) dan egoisme etika (EE).
 EP berlandaskan doktrin yang menyatakan seseorang manusia itu akan
melakukan sesuatu itu berdasarkan kepentingan sendiri.
 EE ialah doktrin yang berlandaskan apakah yang patut dilakukan oleh
seseorang berdasarkan kepentingan diri.
 EE menekankan seseorang itu ada kewajipan moral untuk mengambil
keputusan dan bertindak dengan merujuk kepada ukuran moral yang
meningkatkan kebajikan diri sendiri. Contoh: kes banjir dan
sukarelawan, beri sumbangan.
Teori Keperibadian Mulia
 Merupakan teori yang tertua. Pengasas utama teori ini ialah Aristotle
(384 – 322 s.m). Aristotle berpendapatan bahawa keperibadian mulia
ini penting kerana ia membolehkan seseorang itu mendapatkan
kehidupan yang baik dan aman.
 Teori ini menekankan tentang kebaikan seseorang manusia. Secara
literalnya, sifat mulia adalah nilai moral yang baik.
 Teori keperibadian mulia mengiktiraf keperluan seseorang untuk
memiliki sifat yang mulia seperti kejujuran, menghormati, kawalan
diri dan keberanian kepada manusia dan bukan manusia untuk
mendapatkan kehidupan yang bermanfaat.
Teori Keperibadian Mulia
 Menurut Aristotle, untuk mencapai kehidupan yang baik, seseorang
perlu hidup dalam masyarakat yang sentiasa menggalakan keadilan.
Ini adalah tanggungjawab ahli politik dan sains sosial untuk
membangunkan masyarakat dan mencapai
eudaimonia(kebahagiaan).
 Kedua, seseorang itu perlu melibatkan diri dan mencari rakan-rakan
yang baik demi mencapai eudaimonia.
 Kedua-dua syarat di atas jelas menunjukkan bahawa untuk
mencapai kehidupan yang baik, kita perlu saling bergantungan
dengan orang-orang disekeliling kita.
Teori Keperibadian Mulia
 Yang ketiga, Aristotle berpendapatan bahawa manusia memerlukan
material atau barangan untuk mencapai kehidupan yang baik.
 Dan yang terakhir adalah berbalik kepada tanggungjawab diri sendiri
untuk memajukan diri. Kita sendiri yang mengetahui tentang PROS &
CONS dalam diri.
 Aristotle mengatakan bahawa nilai moral bermula dari seseorang dan
menyebarkan kepada sekitarnya.
 Secara amnya, Aristotle berpendapat bahawa manusia sebenarnya ingin
mencapai kebahagiaan dalam hidup pada akhirnya.
Teori Keperibadian Mulia

 Terdapat dua jenis keperibadian mulia:


1. Keperibadian mulia intelektual
2. Keperibadian mulia moral
Teori Keperibadian Mulia
1. Keperibadian mulia intelektual
 Manusia dianugerahkan akal yang membolehkan seseorang itu memahami
dan menaakul dengan baik.
 Pemikiran yang baik boleh dipelajari daripada pengalaman dan pertumbuhan
manusia. Boleh dipelajari daripada seorang guru.
2. Keperibadian mulia moral.
 Seseorang itu tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat.
 Manusia tidak secara semula jadi menjadi seorang yang baik.
 Oleh itu, teori ini mewajibkan kita belajar bertingkah laku dengan baik.
 Boleh diperoleh dan dipelajari (latihan, tindakan-tindakan yang kerap
diulang sehingga menjadi satu kebiasaan, menyenangkan serta
menyeronokkan. )
‘Jalan Tengah’ (Golden Mean) menurut
Aristotle
 Beliau menyarankan doktrin ‘jalan tengah’ yang bermaksud
melakukan sesuatu perkara itu secara bersederhana demi mencapai
keperibadian yang mulia.
 Tidak berlebihan atau keterlaluan
 Sabar – panas baran

Perasaan Berlebihan Jalan tengah Terlalu kurang


takut Gopoh Berani Pengecut/penakut

Malu Terlalu malu Sopan Muka tebal


Kekuatan Teori Keperibadian Mulia
 Teori menyatakan bahawa seseorang itu dinilai berdasarkan sifat
moralnya sama ada baik atau tidak.
 Seseorang itu mempunyai sifat yang baik dianggap sebagai orang yang
mempunyai keperibadian mulia dan vice versa (sebaliknya).
1. Teori ini menganjurkan keharmonian antara akal dan keinginan manusia.
Ia mengenal pasti apakah tindakan yang tepat untuk menjalani kehidupan
yang memuaskan. Keinginan perlu dikawal.
 Untuk mencapai keperibadian mulia, perlu belajar dan asah (tabiat).
Kekuatan Teori Keperibadian Mulia

2. Teori ini menyatakan bahawa manusia melakukan kesalahan disebabkan


perangai manusia yang semula jadi.
 Oleh itu, untuk menjadi seseorang yang mulia, perlu mengawal
keinginan mereka dengan berfikiran secara rasional. Perlu sentiasa
berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
3. Teori ini juga memberikan kriteria2 yang berguna untuk menilai institusi
sosial dan amalannya. Mengingatkan seseorang untuk memeriksa cara
bagaimana sifat yang baik dibentuk oleh persekitaran.
Kelemahan Teori Keperibadian Mulia

 Teori ini tidak menampakkan ruang untuk konsep asas seperti hak
dan kewajipan.
 Bahagia itu bersifat subjektif.
 Keperibadian bukan bersifat semula jadi.
 Manusia sukar untuk menggunakan ‘jalan tengah’
 ia tidak cukup untuk menyelesaikan isu yang besar.
Teori Hak Asasi
 Teori ini diasakan oleh John Locke (1704)
 Teori ini menjelaskan bahawa semua manusia mempunyai hak
sebagai manusia yang membentuk asas kewajiban yang dibenarkan
kerana mereka mengungkapkan tujuan moral yang terbaik.
 Berdasarkan teori ini sebagai seorang manusia, mereka berhak
mendapatkan hak kebebasan dalam pelbagai sudut.
 Oleh itu, hak asasi manusia boleh diperjuangkan oleh setiap orang
di dunia ini tanpa mengambil kira umur, jantina, bangsa dll.
Teori Hak Asasi
 Teori hak asasi boleh diklasifikasikan seperti berikut:
1. Hak Undang-undang Dan Hak Moral
2. Hak Khusus Dan Hak Umum
Teori Hak Asasi
1. Hak Undang-undang Dan Hak Moral
 Hak undang2 ialah segala peraturan yang telah dikuatkuasakan sebagai
undang2.
 Sebagai contoh, Akta Pekerjaan (1995) di Malaysia memperuntukkan untuk
melindungi pekerja daripada dieksploitasi oleh majikan atau orang atasan.
 Hal ini bertujuan untuk membela hak golongan pekerja sebagai manusia.
 Hak moral pula ialah hak yang sepatutnya dimiliki dalam prinsip dan
peraturan etika yang umum.
 Dengan kata yang lain, hak moral tidak diperlukan untuk dimasukkan dalam
sistem perundangan.
 Contoh, perasaan hormat terhadap khalayak/pekerja/lain2.
Teori Hak Asasi
2. Hak Khusus Dan Hak Umum
 Hak khusus ialah hak yang berkaitan dengan seorang individu dengan
individu yang lain. Mislanya, dalam sesuatu perjanjian atau kontrak, ia
melibatkan obligasi dan komitmen seseorang.
 Contoh, dalam urusan penjualan dan pembelian, pembeli perlu
menandatangani surat perjanjian. Dalam perjanjian tersebut ada
termaktub hak-hak tertentu untuk kedua-dua pihak sama ada pembeli
dan penjual. Dalam perjanjian tersebut menyatakan bahawa pembeli
perlu mendapatkan barangan tersebut dalam tempoh kurang daripada
12 bulan. Kegagalan penjual untuk memenuhi hak pembeli maka perlu
dibayar pampasan.
 Ini contoh hak tertentu seseorang pembeli.
Teori Hak Asasi
Hak Umum
 Hak umum pula ialah hak yang boleh dituntut oleh semua orang.
 Dimana seseorang itu mempunyai hak untuk bersuara, hak untuk
dihormati.
 Contoh, Encik A cuba menghalang Encik B untuk bersuara dalam isu
kepentingan dan keselamatan. Perbuatan Encik A dilihat melanggar
hak Encik B.
Sekian. Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai