Anda di halaman 1dari 23

MPU 3223

ETIKA PROFESSIONAL
BAB 3 KESEDARAN ETIKA
KOLEJ UNIVERSITY ISLAM PERLIS (KUIPS)
SIDANG AKADEMIK 2018/2019

NAMA PENSYARAH: MUHAMMAD NOOR AIDIL BIN LOKMAN


TANPA MELIHAT BUKU/NOTA/GOOGLE.
NYATAKAN:

1. Relativsme Moral ?
2. Objektivisme Moral ?
3. Teori Deontologikal ?
4. Menurut Aristotle, Cara Untuk Mencapai Eudaimonia?
KESEDARAN ETIKA

• Kesedaran etika adalah kesediaan dan keupayaan untuk


mengenalpasti konteks moral dan etika dan dilemanya;
• menilai secara kritikal, menilai atau mengubah nilai etika
seseorang dan diri sendiri; dan mengkaji kesan tingkah
laku seseorang untuk kehidupan orang lain.
UNSUR-UNSUR UTAMA

Terdapat beberapa unsur utama dalam kesedaran etika:


1. Tanggungjawab peribadi
2. Mengambil berat dan berkongsi
3. Keyakinan diri
4. Empati
1. TANGGUNGJAWAB PERIBADI

• Mempunyai rasa tanggungjawab sepenuhnya untuk membuat keputusan


dan tindakan kita adalah perkara yang betul untuk dilakukan.
• Sebagai seorang manusia kita harus melakukan tugas dan tindakan
dengan jujur, tekun, profesionalisme, adil dan berintegriti.
• Seseorang yang mempunyai standard moral yang tinggi melayan orang di
sekitarnya dengan rasa hormat dan bersopan.
2. MENGAMBIL BERAT DAN SALING BERKONGSI

• Mengambil berat adalah satu proses yang menunjukkan minat dan


sokongan kepada orang lain dengan keadilan dan kesaksamaan.
• Ia termasuk menghormati perasaan orang lain, dan juga menghormati
dan memelihara kepentingan orang lain.
• Ia mempengaruhi perkongsian, bermakna memindahkan pengetahuan,
pengalaman dan komoditi yang sah dan asli.
• Melalui pengalaman tindakan sukarela, keahlian, kebijaksanaan dan
manfaat lain.
3. KEYAKINAN DIRI

• Ia adalah pemikiran positif tentang diri sendiri.


• Mereka mempunyai keberanian dan kepercayaan yang tak
tergoyahkan dalam keupayaan mereka dan tidak
dipengaruhi oleh ancaman atau cabaran.
• Mereka menghormati kesan orang lain dan memberi kredit.
• Hidup dengan damai.
4. EMPATI
• Merasakan apa yang orang lain rasa, tanpa bercakap terbuka.
• Ia bermula dengan kebimbangan, dan kemudian memperoleh dan
memahami perasaan orang lain.
• Ia juga keupayaan untuk meletakkan diri seseorang ke sudut
pandangan orang lain, untuk mengetahui bagaimana perasaan
orang lain.
• Ini penting untuk hubungan dan transaksi manusia yang baik.
PERANGKAP ETIKA
PUSAT RUJUKAN
PERSURATAN
MELAYU (PRPM)
PERANGKAP ETIKA
• Perangkap etika adalah situasi apabila kita percaya bahawa kita
membuat keputusan yang betul apabila sebenarnya, kita tidak.
• Malangnya, perangkap etika membawa kita jauh dari kod etika
profesional dan ke jalan lain.
• Walaupun laluan lain ini sering kelihatan selamat dan sesuai, tetapi
sebenarnya tidak membawa kepada penyelesaian.
• Perangkap etika membawa kepada masalah etika yang lain.
Kesedaran perangkap ini adalah penting.
CONTOH PERANGKAP ETIKA

Gotong- Royong di Kolej


CONTOH PERANGKAP ETIKA
• Pergi bergotong-royong membersihkan kawasan kolej sebab khuatir
jika rakan-rakan kata kita hidup tidak bermasyarakat.
• Sebagai seorang manusia kita janganlah membuat sesuatu kerana
risau ‘’nanti apa orang kata”
• Seharusnya kita melakukan sesuatu tindakan itu atas rasa
tanggungjawab moral dan ikhlas.
Masalah kekaburan tentang CONTOH PERANGKAP ETIKA
prinsip etika yang boleh atau
tidak untuk dilakukan.

Contoh:
Anda sebagai pegawai
kerajaan ditawarkan ganjaran
kereta mewah oleh syarikat X
bagi menyelesai urusan
kelulusan projek tender.

Adakah dianggap rasuah?


Boleh beri konflik?
APA ITU RASUAH?
• Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang
individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan
dengan tugas rasmi.
• Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah,
diskaun.

• Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada
seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik
kontraktor berkenaan.

(SUMBER: Dipetik Dan Diubahsuaikan http://www.sprm.gov.my/index.php/pendidikan/kenali-


rasuah )
DALIL DARIPADA AL-QURAN TENTANG RASUAH

• "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang


lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula
kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-
hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari
harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui
(salahnya)."
Al-Baqarah: 188
KESAN-KESAN RASUAH
Tidak mendapat rahmat Menerima hukuman penjara dan denda

Jalan mudah ke neraka Merosakkan keadilan sosial dan


kesaksamaan ekonomi

Didakwa di mahkamah Melahirkan masyarakat yang tiada


kemahiran dan skill

Kehilangan pekerjaan Mengurangkan pendapatan Negara

Kejatuhan moral atau maruah Mencemarkan imej negara


KESEDARAN YANG TIDAK MENCUKUPI
• Walaupun kita mempunyai kesedaran etika tetapi jika kita tidak melakukannya
dengan ikhlas maka ia dianggap tidak mencukupi atau tidak membawa kesan
ke arah yang lebih baik.
• Antara ciri-ciri kesedaran yang tidak mencukupi seperti:
1. Legalisme
2. Tidak merealisasikan makna baik
3. Moral sebagai tindakan peribadi
4. Etika sebagai perkara sensitif
CIRI-CIRI KESEDARAN YANG TIDAK MENCUKUPI
Legalisme
• Dalam hal ini, manusia melakukan sesuatu tindakan moral disebabkan oleh peraturan
yang telah ditetapkan.
• Seseorang itu melakukan sesuatu perkara moral tanpa melibatkan keikhlasan hati.
• Hal ini akan menyebabkan tindakan untuk ke arah kebaikan berasa agak janggal.
• Contoh: Cikgu menyuruh memberi salam. Pakai tali pinggang.
CIRI-CIRI KESEDARAN YANG TIDAK MENCUKUPI

Tidak Merealisasikan Makna Baik


• Seseorang itu mempunyai niat untuk berubah ke arah yang positif.
• Walau bagaimanapun, menurutnya untuk berubah ke arah itu hanya
sekadar keinginan.
• Hal ini kerana untuk berubah ke arah itu adalah sesuatu yang sukar
dan mempunyai halangan.
CIRI-CIRI KESEDARAN YANG TIDAK MENCUKUPI

Moral Sebagai Tindakan Peribadi


• Apabila kita berada dalam komuniti atau kelompok masyarakat, seharusnya
kita mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.
• Walau bagaimanapun, ada seseorang individu itu beranggapan bahawa
sesuatu tindakan moral atau yang beretika itu adalah kelakuan peribadi
bukannya kelakuan bersama.
• Misalnya: dadah, merompak, chewing gum.
CIRI-CIRI KESEDARAN YANG TIDAK MENCUKUPI

Etika Sebagai Perkara Sensitif


• Salah satu ciri yang menampakkan kesedaran etika seseorang itu tidak cukup
ialah seseorang itu tidak berani menegur kesalahan atau tindakan yang salah
daripada rakan atau orang lain.
• Kita mengetahui bahawa sesuatu tindakan itu sama ada betul atau salah. Jadi
yang salah perlu ditegur atau dinasihat.
• Contoh: ???

Anda mungkin juga menyukai