Anda di halaman 1dari 6

Amalgamasi antara etnik Portugis dan Melayu di Melaka

1.0 Pendahuluan

Kajian lapangan ini merupakan kajian yang berkaitan kesan amalgamasi yang berlaku
dalam kalangan masyarakat Portugis dan Melayu yang terdapat di Melaka. Masyarakat
keturunan Portugis muncul di Melaka selepas pihak Portugis menawan Melaka pada
tahun 1511. Dianggarkan kini terdapat 20,000 orang keturunan Portugis di Malaysia.
Bermula dari tarikh tersebut, sedikit demi sedikit orang-orang Portugis membentuk
komuniti mereka sendiri dan mengamalkan perkahwin campur dengan penduduk tempatan.
Amalan ini diteruskan semasa pemerintahan Belanda dan juga Inggeris di Tanah
Melayu. Hasil daripada perkahwinan campur tersebut, maka wujudlah asimilasi yang
berlaku antara etnik Portugis dan Melayu.

Amalgamasi ini dapat dilihat melalui proses penyatuan dan percantuman budaya antara
masyarakat Portugis dan Melayu dalam aspek budaya, pemakanan dan amalan adat resam
Melayu yang sudah bercampur dan diadaptasi dalam kehidupan seharian mereka. Jika
dilihat dalam konteks asimilasi itu secara mendalam, masyarakat Portugis adalah
kaum minoriti dan tidak terlalu menonjol berbanding kaum lain. Hal ini kerana
sebahagian generasi masyarakat Portugis sekarang tidak lagi mengamalkan adat dan
budaya yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Perkara ini terjadi kerana proses
perkahwinan campur telah mempengaruhi budaya, agama dan bahasa. Oleh sebab itu,
keberjayaan sesebuah etnik dalam konteks asimilasi ialah terdapat banyak persamaan
budaya antara kumpulan etnik dan kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan
identiti mereka. Apabila memerhatikan cara kehidupan masyarakat Portugis pada era
ini, kebanyakan daripada mereka lebih menggemari untuk mengamalkan adat dan budaya
masyarakat Melayu seperti dari segi pemakanan, mereka suka akan sambal belacan dan
cencaluk. Selain daripada itu, mereka lebih selesa untuk makan dengan cara
menggunakan tangan.

Tambahan itu pula, perkahwinan campur ini juga telah menghasilkan masyarakat
Portugis yang berbeza agama, terutamanya bagi perkahwinan antara Portugis dan
Melayu. Kebanyakan daripada mereka memeluk agama Islam dan mengamalkan cara hidup
masyarakat Melayu. Walaupun berbeza agama, tetapi mereka masih berhubung secara
aman dan baik. Bahkan ada sebahagian penganut agama Islam ini, menetap terus di
perkampungan Portugis agar masyarakat ini tidak berpecah walaupun berlainan agama.
Bukan itu sahaja, kelebihan bagi masyarakat Portugis yang berkahwin campur ini
telah menghasilkan wajah yang berbeza dari masyarakat Portugis yang asal. Ini
dibuktikan dengan wajah yang mirip kepada wajah orang Asia. Ciri-cirinya ialah
berkulit sawo matang dan ada juga yang berkulit gelap seperti kaum India. Kadang
kala masyarakat sekeliling keliru dengan wajah masyarakat Portugis dan mungkin juga
tidak kenal langsung akan perawakan etnik Portugis yang sebenarnya. Namun kalau
diperhatikan secara fizikal rupa mata, hidung dan rambut masih ada ciri-ciri
peninggalan orang Portugis.

Walaupun masyarakat Portugis ialah kaum yang minoriti, kerajaan tidak pernah sama
sekali menganaktirikan masyarakat ini, bahkan mereka tersenarai dalam masyarakat
Malaysia yang unik dan sekali gus mengangkat etnik Portugis ini di dalam Konsep
1Malaysia. Justeru itu, masyarakat Portugis adalah masyarakat yang mempunyai budaya
yang tersendiri tetapi telah dicampurkan dengan budaya lain disebabkan berlakunya
konsep amalgamasi iaitu perkahwinan campur dan asimilasi yang membawa masyarakat
ini terus kearah penyatuan adat dan budaya. Sekali gus menghasilkan masyarakat yang
unik dan sangat istimewa.
2.0 Sorotan Kajian

2.1 Definisi Amalgamasi

Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kumpulan negara mundur kepada
negara sedang membangun. Kini, Malaysia bergerak menuju ke arah status negara maju
seperti yang dicita-citakan dan digariskan dalam Wawasan 2020. Pergerakan daripada
negara mundur kepada negara sedang membangun berlaku dalam tempoh 50 tahun (1957-
2007). Ia merupakan suatu jangka waktu yang cukup singkat menurut ukuran sejarah
dunia. Pencetusan kepada proses transformasi sosioekonomi yang luar biasa ini ialah
akibat dari peristiwa rusuhan etnik 13 Mei 1969 yang telah membuat semua rakyat
Malaysia tersentak lalu membuka mata bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam
masyarakat kita, khususnya dari segi hubungan etnik walaupun kita sudah merdeka dan
perlahan-lahan sudah mula menikmati keselesaan ekonomi. Dalam usaha membina
kesepaduan antara etnik yang terdapat di Malaysia, antara sedar atau tidak
penerapan amalgamasi yang dilaksanakan oleh etnik yang terdapat di negara ini telah
menjadi salah satu wadah dalam memperbaiki lagi kesepaduan dan mengeratkan lagi
hubungan sesama etnik yang terdapat di Malaysia.

Amalgamasi dapat ditakrifkan sebagai satu proses yang terjadi apabila budaya atau
ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam
menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara
kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, di sini
A, B dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan
baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan
etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi
baru seperti etnik Portugis berkahwin dengan etnik Melayu maka wujud satu generasi
baru yang dikenali sebagai Papia Kristang. Antara tokoh yang lahir kesan dari
amalgamasi seperti Tony Fernandes, Tiara Jacquelina dan Hans Isaac.

2.2 Kesan Amalgamasi Dari Sudut Budaya Dan Bahasa

2.2.1 Aspek Budaya

Orang Luso-Melayu Malaysia ialah suku kacukan Portugis dengan Melayu Melaka. Mereka
daripada perkahwinan orang Portugis dengan orang Melayu Melaka semasa pemerintahan
Portugis di Melaka pada 1511 hingga 1641.Walaupun asal darah suku ini ialah kacukan
orang Portugis dengan Melayu, kebanyakan mereka hari ini mempunyai darah kaum lain.
Agama asal dan tradisional Orang Luso-Melayu ialah Roman Katolik. Tetapi, ada Orang
Luso-Melayu hari yang beragama lain. Masyarakat Portugis sentiasa gembira dan
senang hati dalam menjalani kehidupan seharian. Kegembiraan itu dapat diperlihatkan
melalui tarian, muzik dan juga lagu- lagu yang dinyanyikan. Oleh sebab itu, tarian
Portugis mempunyai kaitan dengan sejarah pemerintahan Portugis di sini. Pengaruh
kuat tarian Portugis ini telah menyerap ke dalam tarian Melayu seperti yang kita
dapat lihat pada tarian joget.

Selain itu, dari segi aspek amalan kehidupan, terdapat juga amalan yang diamalkan
sehingga kini oleh kedua- dua etnik. Amalan ini dilakukan apabila hari bersalin
sudah tiba. Bagi ibu yang baru melahirkan anak, jururawat dari hospital akan datang
untuk memeriksa kesihatan bayi untuk memastikan keadaan bayi yang baru lahir itu
baik dan sihat bagi beberapa minggu. Jika tidak ada apa-apa masalah, selepas
pantang pihak keluarga akan mencari bidan kampung yang dipanggil daya untuk
mengurut ibu-ibu, memakaikan bengkung, bedak dan sebagainya. Bidan Melayu yang
mempunyai pengalaman bekerja sebagai jururawat biasanya akan dipanggil dengan
diberi bayaran atas perkihdmatan yang diberikan. Ibu-ibu yang baru bersalin
mempunyai pantangnya tersendiri. Oleh kerana bidan yang merawat ialah orang Melayu
maka cara berpantang juga adalah seperti adat orang Melayu. Bagi ibu-ibu Portugis,
mereka berpantang sama seperti etnik Melayu iaitu memakai bengkung, berpupuk, makan
makanan yang berebus dan biasa meletakkan halia dalam makanan untuk membuang angin
dalam badan. Mereka pantang terkena air sejuk, maka hal penjagaan bayi seperti
mandi akan diuruskan oleh orang lain seperti daya dan adik beradik.

2.2.2 Aspek Bahasa

Mengikut borang soal kaji selidik yang telah diadakan terhadap penduduk
Perkampungan Portugis di Melaka, bahasa yang sering mereka gunakan sebagai
pertuturan seharian ialah bahasa Kristang (bahasa ibunda Portugis), bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris. Bahasa Kristang selalunya digunakan dalam urusan jual beli,
perayaan, kejiranan, dan keagamaan. Sejak bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
kebangsaan selepas merdeka, banyak pengaruhnya dapat dilihat terpupuk dalam bahasa
Kristang. Pengaruh bahasa Melayu dalam bahasa Kristang dikategorikan kepada
beberapa jenis seperti kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata supraayat.
Kata nama boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti kata nama kumpulan
(hiponim), kata nama ukuran dan kata nama gandaan. Kata nama kumpulan (hiponim)
merangkumi kata nama haiwan, buah-buahan, sayur-sayuran dan kenderaan seperti
blankas (belangkas), ampeh (ampai-ampai), cacin (cacing), cica (cicak), botor
(kacang botor), kaladi (keladi), tangkoh (tengkuk), praw (perahu) dan manga
(mangga). Kata nama ukuran pula seperti ganta (gantang), inci (inci) dan kati
(kati) dilihat sangat hampir dengan bahasa Melayu sendiri.

Kata nama gandaan dalam bahasa Kristang kurang merujuk seperti penggunaan kata
ganda dalam bahasa Melayu. Kata gandaan bahasa ini lebih merujuk kepada makna jamak
dari segi jumlahnya dan jenisnya. Contohnya, albi-albi (pokok-pokok) dan macu-macu
(budak-budak). Kata ganda seperti guru-guru yang bermaksud bunyi guruh sabung-
menyabung dan laba-laba (labah-labah) juga digunakan. Kata adjektif atau kata sifat
dalam bahasa Kristang mempunyai pengaruh bahasa Melayu yang agak kuat seperti amis
(bau hamis), kacah (kacak), tompol (tumpul), jinadu (jinak) dan brani (berani).
Bagi kata kerja dalam bahasa Kristang, pengaruh bahasa Melayu yang dapat
dikenalpasti dalam pengunaannya adalah seperti cubah (mencuba, cuba) dan katoh
(mengetuk, ketuk).

Kata supraayat ialah kata yang penggunaannya hanya jelas dalam hubungan antara
ayat. Dalam konteks bahasa Kristang, kata supra ayat yang jelas pengaruhnya
daripada bahasa Melayu adalah seperti pon (pun) dan seja (sahaja). Selain dalam
tatabahasa bahasa Melayu yang diterapkan dalam bahasa Kristang, masyarakat Portugis
juga mengambil pengaruh puisi seperti pantun masyarakat Melayu ke dalam puisi
bahasa Kristang sebagai bukti bahawa masyarakat Portugis terdedah dengan budaya
orang Melayu sejak dulu lagi. Penggunaan rima akhir a, b, a, b dalam pantun
masyarakat Melayu sangat jelas dalam lagu masyarakat Portugis seperti Jingli Nona.

Penggunaan pantun dan puisi tidak terhad di dalam lagu sahaja, malah turut
digunakan dalam adat merisik, seperti masyarakat Melayu. Pihak lelaki dan pihak
perempuan akan cuba berkias-kias, jika tidak berpantun.

3.0 Metodologi Kajian

Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan kepada kajian lapangan yang telah
dijalankan di Perkampungan Portugis dan sekitar kawasan Melaka Tengah. Kajian
lapangan yang dijalankan adalah untuk memperolehi data berkaitan dengan kesan
perkahwinan campur yang berlaku antara dua etnik ini iaitu Portugis dan Melayu
dalam sudut budaya dan bahasa dalam melahirkan sebuah hubungan etnik yang lebih
baik di Melaka. Terdapat beberapa kaedah yang telah diaplikasikan dalam kajian
lapangan ini. Antaranya ialah kaedah pemerhatian, rakaman dan temu bual.

Berdasarkan kaedah pemerhatian, tinjauan di sekitar Perkampungan Portugis dan mini


muzium Portugis telah dilaksanakan. Selain itu, bagi kaedah temu bual dan rakaman,
temu ramah bersama dengan ketua kampung Perkampungan Portugis iaitu En. Peter
T.Gomes, penjaga muzium iaitu En. Geozge. Paul. Overee dan penduduk tempatan yang
terdapat di sekitar kawasan perkampungan itu. Maklumat yang diberikan mengupas
sejarah terdahulu dan serba sedikit mengenai kehidupan masyarakat Portugis dan
Melayu yang telah menjalani kehidupan amalgamasi dan penyerapan konsep asimilasi
dalam kehidupan seharian.

4.0 Hasil Kajian

Berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan, didapati bahawa masyarakat di


sekitar kawasan Perkampungan Portugis bukanlah keseluruhannya adalah masyarakat
Portugis tetapi juga terdiri daripada masyarakat dari etnik-etnik lain seperti
Cina, India dan Melayu. Hal ini kerana kesan daripada amalgamasi yang telah
diamalkan oleh masyarakat itu sendiri.

Sebanyak 53% daripada responden yang diambil adalah terdiri daripada responden
lelaki, manakala 47% adalah responden perempuan. Responden yang telah terpilih
adalah terdiri dalam kalangan masyarakat Portugis itu sendiri dan beberapa orang
responden yang terdiri daripada masyarakat etnik lain, seperti Cina dan India yang
turut tinggal di lokasi tersebut. Mereka begitu faham akan konsep amalgamasi
(perkahwinan campur).

Rajah 1: Pecahan peratusan jumlah responden yang memahami konsep amalgamasi

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati semua responden menyatakan bahawa


mereka memahami konsep tersebut. Hal ini kerana kehidupan di sekeliling mereka
sememangnya di kelilingi dengan masyarakat yang mengamalkan perkahwinan campur ini
semenjak zaman penjajahan lagi seperti etnik Cina dengan etnik Melayu, etnik India
dengan Cina dan sebagainya. Maka tidak dapat disangkal lagi apabila 100% daripada
responden mengatakan bahawa mereka memahami akan konsep amalgamasi ini dengan
sepenuhnya.
Rajah 2 di bawah menunjukkan peratus jenis bahasa pertuturan harian yang digunakan
masyarakat campuran dari etnik Portugis dan Melayu di Melaka. Hasil kaji selidik
yang dijalankan, didapati seramai 40% responden menyatakan bahawa bahasa Portugis
adalah bahasa yang paling kerap digunakan dalam pertuturan seharian mereka. Situasi
ini menunjukkan bahawa walaupun mereka tidak lagi tinggal di Portugis, namun
masyarakat etnik ini masih lagi mengekalkan penggunaan Bahasa Portugis dalam
kehidupan seharian mereka. Bahasa Inggeris pula dilihat telah menjadi bahasa kedua
yang sering digunakan oleh masyarakat etnik ini ketika berkomunikasi antara satu
sama lain dengan peratusan sebanyak 33%.

Rajah 2: Peratus bahasa pertuturan harian yang digunakan oleh masyarakat campur
antara etnik Portugis dan Melayu

Selain daripada dua bahasa tersebut, etnik ini juga tidak melupakan penggunaan
bahasa Melayu dalam komunikasi dan menjadikannya sebagai bahasa pilihan ketiga
mereka. Perkara yang menarik minat di sini adalah, walaupun mereka jarang
menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian, tahap penguasaan bahasa mereka
mampu berada setaraf dengan etnik Melayu yang sebenar kerana ramai di antara mereka
fasih dalam berbahasa Melayu. Hal ini dapat dibuktikan menerusi rajah di atas di
mana 20% dari kalangan mereka bertutur dalam bahasa Melayu sewaktu berkomunikasi
sesama mereka.

Peratus selebihnya pula adalah penggunaan bahasa-bahasa lain yang telah mencatatkan
jumlah peratus yang paling rendah iaitu sebanyak tujuh peratus. Perkara ini telah
menunjukkan bahawa terdapatnya keunikan yang tersendiri bagi etnik ini di mana
mereka mampu untuk menuturkan lebih dari satu bahasa dalam menjalani kehidupan
sehari-hari.

Rajah 3 menunjukkan peratus pemakaian pakaian tradisi yang digunakan oleh


masyarakat etnik Portugis dan etnik Melayu. Seramai 97% responden mengatakan bahawa
pakaian tradisi mereka hanya dipakai ketika sambutan atau musim perayaan dan hanya
tiga peratus sahaja yang mengatakan bahawa mereka memakai pakaian tradisi mereka
pada setiap hari.

Rajah 3: Peratus tahap kekerapan amalan pemakaian tradisi masyarakat yang berkahwin
campur

Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa kesan amalgamasi dan peredaran zaman telah
membawa kepada beberapa perubahan dalam budaya pemakaian pakaian tradisional etnik
Portugis yang majoritinya hanya dipakai sewaktu hari perayaan dan hanya sebilangan
kecil memakainya pada setiap hari. Pemakaian pakaian tradisional ini juga
kebiasaannya hanya dipakai oleh warga tua yang masih mempunyai kesedaran yang
tinggi dalam mengekalkan budaya dan adat resam mereka.

Rajah 4 pula memberi penjelasan tentang penggunaan adat yang dilaksanakan antara
etnik Portugis dan Melayu sewaktu majlis perkahwinan mereka berlangsung. Sebanyak
77% responden mengatakan bahawa mereka mengamalkan adat istiadat Melayu seperti
merisik dan bertunang dalam proses perkahwinan mereka. Sebanyak 16% yang lain pula
lebih selesa dan berminat untuk mengamalkan adat Portugis semasa mereka mengadakan
majlis perkahwinan. Namun begitu, terdapat juga segelintir responden yang
mengatakan bahawa mereka menggunakan adat daripada etnik-etnik lain seperti adat
dari etnik Cina dan etnik India dengan mencatatkan jumlah peratus sebanyak tujuh
peratus.

Rajah 4: Peratus jenis adat yang digunakan semasa majlis perkahwinan

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, membuktikan bahawa kepelbagaian adat dan
budaya sewaktu perkahwinan telah dapat diterima oleh etnik ini dalam kehidupan
mereka. Konklusinya, kebanyakan masyarakat dari etnik ini akan mengikut adat
perkahwinan mengikut kepercayaan, pegangan agama dan tidak kurang juga yang
mengikut adat dan budaya etnik lain yang mereka minati.

Rajah 5 menunjukkan peratus perkahwinan campur terhadap taraf pemikiran masyarakat


etnik Melayu dan etnik Portugis. Sebanyak 23% responden bersetuju bahawa terdapat
peningkatan taraf pemikiran yang wujud kepada anak-anak mereka kesan daripada
perkahwinan yang berlainan etnik. Manakala, sebanyak 77% responden sangat tidak
bersetuju dengan penyataan ini. Hal ini kerana mereka tidak dapat melihat sebarang
peningkatan taraf pemikiran anak-anak mereka kesan daripada perkahwinan tersebut.

Rajah 5: Peratus kesan perkahwinan campur terhadap taraf pemikiran


masyarakat Melayu dan Portugis

Oleh itu, mereka berpendapat bahawa taraf pemikiran anak-anak masyarakat yang
berkahwin campur adalah sama dengan anak-anak yang lain dan peningkatan taraf
seseorang individu itu adalah bergantung kepada usaha dan titik peluh seseorang
individu yang mengimpikan kejayaan dalam mengubah kehidupan sekarang menjadi lebih
baik.

Rajah 6 menunjukkan peratus responden yang bersetuju bahawa perkahwinan campur


mampu mewujudkan keharmonian dan kesepaduan antara masyarakat dalam mencapai
Gagasan 1Malaysia. Seramai 93% responden bersetuju bahawa dengan wujudnya
perkahwinan campur ini, masyarakat akan semakin harmoni dan bersatupadu antara satu
sama lain. Hal ini disebabkan terdapatnya pelbagai etnik yang wujud dalam sesebuah
keluarga tersebut kesan daripada perkahwinan campur ini dan mereka saling hormat
menghormati antara satu sama lain.

Rajah 6: Peratus kesan perkahwinan campur terhadap keharmonian dan kesepaduan


masyarakat

Hanya tujuh peratus responden yang tidak bersetuju dangan penyataan di atas dengan
alasan bahawa perpaduan dalam masyarakat hanya dapat dicapai sekiranya setiap
individu dapat menyedari akan kepentingannya untuk masa depan negara. Isu ini
menjelaskan bahawa sesebuah perkahwinan itu belum cukup mampu untuk menjadi benteng
dalam mencapai perpaduan negara dan bangsa jika kesepaduan dan keharmonian dalam
rumah tangga itu tidak dicapai dengan baik.

Rajah 7 menunjukkan peratus pendapat responden tentang pengekalan Kampung Portugis


di Melaka. Pengekalan kampung ini penting bagi pengetahuan generasi pada masa akan
datang.

Rajah 7: Peratus pendapat responden tentang pengekalan


Kampung Portugis Melaka

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa sebanyak 97% responden
berpendapat bahawa Kampung Portugis yang ada pada masa kini akan dapat dikekalkan
untuk pendedahan sejarah kepada generasi akan datang manakala hanya tiga peratus
responden tidak bersetuju bahawa Kampung Portugis akan kekal pada masa akan datang
kerana mereka memberi alasan bahawa pengekalan kampung tersebut bergantung juga
kepada pihak kerajaan, sama ada mereka mahu mengekalkan kampung tersebut ataupun
tidak sebagai satu aset sejarah yang kepada generasi akan datang. Responden yakin
bahawa pengekalan kampung ini akan berlaku kerana perkampungan ini telah diberi
geran pada setiap penduduknya dan geran tanah ini tidak akan berpindah milik kepada
pihak lain melainkan keturunan Portugis itu sendiri. Maka kampung ini akan terjaga
dari segi hak dan pihak luar tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil kesempatan.

5.0 Kesimpulan

Amalgamasi merupakan salah satu tonggak kejayaan negara Malaysia pada hari ini.
Perpaduan yang utuh di antara kaum di Malaysia telah menunjukkan kepada dunia
bahawa perbezaan agama, bangsa dan budaya bukan penghalang untuk tinggal dan
menetap di sebuah negara yang harmonis ini. Bahkan, masyarakat Malaysia telah
bersatu hati untuk terus melindungi Malaysia daripada terus dijajah sama ada secara
fizikal dan mental. Justeru itu, perkahwinan campur dan perkongsian budaya adalah
salah satu lambang kepada Malaysia terutama di negeri Melaka sebagai satu titik
perubahan untuk Malaysia terus maju ke hadapan.

Masyarakat yang berjumlah minoriti seperti etnik Portugis merupakan salah satu
masyarakat yang berkongsi budaya dari aspek adab dan budaya Melayu serta India.
Maka tidak hairan jika dalam kalangan etnik Portugis itu sendiri mempunyai pelbagai
paras rupa seperti berkulit gelap, dan paras rupa yang lebih kepada orang Asia.
Walaupun etnik itu berjumlah manoriti, ia tidak sama sekali menjadi penghalang
untuk menwujudkan semangat bersatu padu dengan masyarakat yang lain. Hal ini kerana
Malaysia memerlukan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa agar
negara lain mampu mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum tetapi
mampu untuk mewujudkan satu rantaian perpaduan yang kukuh bagi membina satu tamadun
yang tersendiri pada masa hadapan

Anda mungkin juga menyukai