Anda di halaman 1dari 6

KONSEP ASIMILASI

Asimilasi merupakan suatu proses yang terdapat dalam masyarakat dan terjadi
disebabkan adanya golongan-golongan manusia yang mempunyai latar belakang
berbeza-beza tetapi saling bergaul di antara satu sama lain secara langsung melalui
cara intensif dalam tempoh masa yang panjang. Hal ini menyebabkan, kebudayaan
terhadap golongan tersebut berubah sifat sebenarnya dan merubah unsur-unsur
kebudayaan sebenar apabila terhasilnya budaya campuran. Selain itu, sudah
menjadi kebiasaannya golongan-golongan yang terdapat dalam proses asimilasi
merupakan golongan yang terdiri daripada mayoritas dan golongan minoritas. Dalam
hal ini, golongan minoritas dapat mengubah sifat sebenar unsur kebudayaan dan
menyesuaikan dengan kebudayaan yang terdapat pada golongan mayoritas. Namun
disebabkan perkara ini golongan minoritas kehilangan identiti kebudayaan dan
menyerap sepenuhnya budaya mayoritas menjadi kebudayaan sendiri.

Selanjutnya, proses sosial yang diperkatakan dalam asimilasi banyak


diperhatikan oleh para sarjana sosiologi yang hebat-hebat misalnya, yang menetap
di Amerika Syarikat, yang mana merupakan tempat wujudnya pelbagai masalah
berkaitan dengan adanya masyarakat dan golongan imigran yang berasal dari
pelbagai suku kaum dan bangsa di negara Eropah. Golongan tersebut mempunyai
kebudayaan yang berbeza-beza. Manakala, di Indonesia pula terdapat banyak
golongan khusus terutama yang terdiri daripada suku kaum bangsa, lapisan sosial,
keagamaan dan pengetahuan mengenai proses asimilasi dari pelbagai tempat yang
berlainan yang merupakan maklumat terpenting dalam perbandingan.
Sebagai contoh, A merupakan orang Indonesia dan sukakan tarian Bali serta
berteman baik dengan B merupakan orang Amerika Latin yang boleh membuat
tarian tradisionalnya iaitu (Tango). Disebabkan keduanya terus berteman baik maka
terjadilah percampuran budaya yang menghasilkan budaya baru daripada tarian Bali
dan Tango, namun kedua-dua tarian tersebut tidak sama langsung dengan tarian
Bali dan Tango.

Seterusnya, para ahli sosiologi Amerika Syarikat telah membuat penyamaan


terhadap pengertian asimilasi dan akulturasi. Hal ini dapat dibuktikan lagi apabila
asimilasi diertikan sebagai satu bentuk akulturasi yang ekstrim (an extreme form of
acculturation). Asimilasi bukan sahaja meliputi bahan-bahan yang kultural relatif
serta mudah dikenali dan dikaji misalnya pakaian, bentuk elemen, makanan dan
bahasa. Tetapi asimilasi merangkumi semua bahan kultural yang lain iaitu nilai-nilai,
kenangan atau peristiwa yang lalu, sentimen-sentimen dan sikap.

Milton M.Gordon (1968) memperkenalkan suatu model asimilasi yang


tercetus dalam proses multi-tingkatan (multi-stages of assimilation) yang mempunyai
tujuh bahagian misalnya, asimilasi budaya atau perilaku (cultural of behavioral
assimilation ) berkaitan dengan perubahan pola kebudayaan bagi menyesuaikan diri
dengan golongan mayoritas. Selain itu, asimilasi structural (structural assimilation)
berhubung dengan kemasukkan golongan minoritas secara besar-besaran pada
kelompok primer dari golongan mayoritas. Seterusnya, asimilasi perkahwinan
(marital assimilation) yang dilakukan secara gilang-gemilang. Selanjutnya, asimilasi
identifikasi (identificational assimilation) pula mengenai kemajuan kebangsaan yang
berlaku secara ekslusif hasil daripada golongan mayoritas. Di samping itu, proses
asimilasi penerimaan sikap (attitude receptional assimilation) iaitu tidak adanya
prasangka dari golongan mayoritas. Asimilasi penerimaan perilaku (behaviour
receptional assimilation) turut diperkatakan tidak ada diskriminasi dari golongan
mayoritas dan asimilasi terakhir ialah asimilasi kewargenegaraan (civic assimilation)
berkait rapat dengan tidak ada konflik nilai dan kekuasaan dengan golongan
mayoritas.
Melalui teori asimilasi cultural Gordon, akulturasi merupakan sub-proses dari
asimilasi dan dapat diaplikasikan dengan adanya pergantian ciri-ciri budaya
masyarakat minoritas dengan ciri-ciri budaya masyarakat asli. Tetapi akulturasi juga
memperlihatkan bahawa kumpulan minoritas tetap memiliki ciri-ciri budaya asli
mereka dan menghilangkan ciri-ciri yang lain serta mereka juga menerima ciri
budaya mayoritas dan menolak ciri-ciri lain.

Secara aplikasinya, Abdullah Idi (2009) mengatakan proses asimilasi dapat


meningkatkan dan mendeskripsikan asimilasi etnik Cina dan Melayu di Bangka
melalui beberapa proses antaranya asimilasi kultural (cultural assimilation) yang
berlaku pada empat elemen kultural iaitu penggunaan Bahasa Melayu, makanan
khas dan pakaian Melayu, aktivitis ritual/seremonial tahunan dan konversi agama.
Seterusnya, asimilasi structural (structural assimilation) terjadi secara meluas
disebabkan partisipasi orang Cina dalam kegiatan ekonomi dan pendidikan.
Selanjutnya, asimilasi perkahwinan (marital assimilation), sering terjadi dalam
kalangan orang Cina berstatus sosial ekonomi yang berada di desa-desa atau di
kota-kota dan permukiman yang relatif serta tidak berjauhan dengan permukiman
orang Melayu. Justeru itu, asimilasi identifikasi/rasa kebangsaan (assimilation of
identification) terjadi pada kedudukan yang tinggi dan tidak terdapat perbezaan
darjat yang signifikan dalam pelbagai lapisan sosial masyarakat baik Cina ataupun
Melayu di desa dan kota. Lantaran itu, asimilasi tanpa prasangka(unprejudiced
attitude assimilation) amat penting kerana asimilasi tersebut berlaku tanpa
diskriminasi(behaviour receptional assimilation). Asimilasi ini terjadi di Bangka
secara meluas. Orang Cina yang menetap di kota atau desa tidak pernah
mengalami tindakan prasangka dan diskriminasi dari kelompok etnik mayoritas
Melayu.

Oleh itu, jelaslah bahawa tujuh teori bahagian asimilasi Gordon tetap relevan
digunakan dalam mengkaji asimilasi namun teori tersebut agak susah untuk
diaplikasikan secara berterusan. Perkara ini menyebabkan masyarakat lebih
cenderung untuk mempunyai keadaan ekonomi dan sosial secara berlainan. Hal ini
kerana struktur ekonomi dan sosial sendiri mempengaruhi proses asimilasi.
Kesimpulannya, para pengkaji telah membuktikan bahawa hanya dengan
pergaulan antara kelompok-kelompok secara luas dan intensif sahaja belum tentu
akan terjadi suatu proses asimilasi. Hal ini kerana, jika kumpulan-kumpulan
masyarakat tersebut tidak menanam sikap toleransi dan simpati antara satu sama
lain maka proses asimilasi ini tidak akan tercetus. Sebagai contoh, masyarakat cina
yang menetap di Indonesia dan mewujudkan hubungan dengan masyarakat
Indonesia sejak berabad-abad lamanya masih belum juga dapat menyelami
kebudayaan yang diterapkan dalam masyarakat Indonesia. Ini menunjukkan bahawa
mereka tidak menerapkan sikap saling bertoleransi dan bersimpati sesama sendiri.
Sikap toleransi dan simpati terhadap kebudayaan lain sering terhalang oleh pelbagai
faktor dan faktor-faktor ini sudah tentu juga menjadi penghalang proses asimilasi
dalam masyarakat. Antara faktor-faktornya ialah, kurang pengetahuan mengenai
kebudayaan dalam masyarakat lain. Seterusnya, sikap takut terhadap kekuatan dari
budaya lain. Akhir sekali, munculnya perasaan kagum terhadap individu-individu dari
kebudayaan yang lain.
RUJUKAN
Abdullah Idi. 2009. Asimilasi Cina Melayu di Bangka. Yogyakarta: Tiara Wacana.
Hal: 267 – 269.

Koentjaraningrat. (1990). Pengantar Ilmu Antropologi. PT Rineka Cipta: Jakarta.

Milton M.Gordon. (1968). Assimilation in American Life: The Role of Race, Religion,
and National Origins: New York.

Anda mungkin juga menyukai