Anda di halaman 1dari 4

Hubungan paradigmatik dan sintagmatik

Dalam kajian bahasa terdapat dua jenis hubungan, iaitu paradigmatik dan sintagmatik.

Contoh 1:
saya kaya / s / dan / k / yang merupakan unit linguistik berada pada konteks ( di tempat) yang sama dalam suatu struktur. unit linguistik ini dikatakan berada pada hubungan paradigmatik. Manakala unsur / s / dalam kata saya berada pada hubungan sintagmatik dengan / a /, / y / dam / a /.

Contoh 2:
sebuah buku
Hubungan sintagmatik Hubungan paradigmatik

Sebuah buku

Sebuah buku

Sebuah

buku

Sebuah kereta

sintagmatik

Sebuah rumah

Kedua-dua jenis hubungan ini dapat dijelaskan melalui contoh berikut: saya kaya. Oleh sebab / s / dan / k / yang merupakan unit linguistik berada pada konteks ( di tempat) yang sama dalam suatu struktur, maka unit linguistik ini dikatakan berada pada hubungan paradigmatik. Dengan kata lain, kedua-dua unsur ini sefungsi kerana berada di tempat yang sama dalam struktur bahasa. Manakala unsur / s / dalam kata saya berada pada hubungan sintagmatik dengan / a /, / y / dam / a /. Hubungan paradigmatik dan sintagmatik bukan sahaja dapat diperlihatkan pada peringkat perkataan, malah pada semua peringkat penghuraian linguistik misalnya, rangkai kata sebuah buku. Kata buku berada pada hubungan sintagmatik dengan kata sebuah. Jika dibandingkan dengan rangkai katasebuah kereta, dan sebuah rumah pula, kata buku tadi berada pada hubungan paradigmatik dengankereta dan rumah. Begitu jugalah jika kita mengkaji hubungan tersebut dalam kejadian ayat Dia makan roti dan Dia makan nasi. Dapatkah anda jelaskan hubungan paradigmatik dan sintagmatik yang berlaku? Dengan melihat hubungan tersebut tentu kita dapat menjelaskan sistem dan struktur bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai