Anda di halaman 1dari 9

PENGGUNAAN BUKU SKRAP DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN KATA

KERJA MURID TAHUN 3


FRESILLA BINTI MAGIAL
Pelatih PISMP Bahasa Melayu Semester 8
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
Fcyla.on@gmail.com
ENCIK MAZLAN BIN NGAH
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan penggunaan
buku skrap dalam meningkatkan penguasaan kata kerja murid tahun 3. Selain
itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti minat murid dalam aktivti
pengajaran dan pembelajaran semasa penggunaan buku skrap. Kumpulan
sasaran dalam kajian ini terdiri daripada 11 orang murid dari tahun 3 Dinamik
yang memperoleh markah terendah bagi ujian aspek tatabahasa, kata kerja yang
lalu. Data dikumpulkan melalui praujian, pascaujian, lembaran kerja murid,
senarai semak pemerhatian dan temu bual bersama Guru Bahasa Malaysia
Tahun 3 Dinamik. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan peratus, gred
dan min. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 7 orang kumpulan sasaran yang
mendapat gred A dalam pascaujian yang telah dilakukan selepas 8 sesi
intervensi dijalankan. Purata peningkatan markah, iaitu perbandingan markah
praujian dan pascaujian adalah sebanyak 25.2%. Manakala murid juga
menunjukkan purata min 4.25 bagi minat dalam pengajaran dan pembelajaran
semasa penggunaan buku skrap. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan buku skrap sangat berkesan dalam membantu murid meningkatkan
penguasaan dalam aspek tatabahasa, kata kerja. Selain itu, kajian ini juga
membuktikan bahawa murid-murid amat berminat untuk menggunakan buku
skrap sebagai bahan bantu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka.
Implikasinya guru-guru boleh menggunakan buku skrap dalam pengajaran dan
pembelajaran aspek tatabahasa, kata kerja.
Kata kunci: penggunaan, buku skrap, kata kerja, minat, penguasaan

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Dalam Standard kandungan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) terdapat lima
kemahiran utama iaitu kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca,
kemahiran menulis, aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa yang digunakan untuk
pengajaran dan pembelajaran harian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).
Semasa pengkaji mengajar aspek tatabahasa iaitu kata kerja terhadap murid tahun 3
Dinamik, pengkaji mendapati terdapat banyak kesalahan penggunaan kata kerja dalam
binaan ayat mereka. Perkara ini menyebabkan pengkaji sukar untuk mengajar murid
khususnya dalam binaan ayat. Malahan, perkara yang merisaukan pengkaji lagi apabila
hampir kesemua murid masih tidak mengetahui maksud kata kerja apatah lagi untuk
memberi contoh kata kerja yang sesuai. Ini menjadi lebih jelas apabila guru mengajukan
soalan tentang maksud kata kerja, tidak ada seorang murid pun yang dapat menjelaskannya.
Antara respon yang diterima oleh pengkaji termasuklah apa itu cikgu?, kami tidak tau.
Seharusnya murid-murid ini sudah mengetahui serba sedikit tentang aspek kata kerja, namun
dalam senario ini, murid masih kurang jelas dan menyebabkan murid tidak dapat
memberikan contoh kata kerja dengan betul. Berikut merupakan salah satu contoh kesalahan
penggunaan kata kerja dalam lembaran kerja murid:
Jadual 1: Kesalahan Penggunaan Kata Kerja
Kesalahan penggunaan kata kerja
Pemandu bas mini itu membawa dengan laju tanpa
menghiraukan keselamatan para penumpang.

Penggunaan kata kerja yang betul


Pemandu bas mini itu memandu dengan laju tanpa
menghiraukan keselamatan para penumpang.

Jadual 1 merupakan kesalahan penggunaan kata kerja murid dalam soalan aneka jawapan.
Antara pilihan jawapan yang telah disediakan termasuklah membawa, memandu,
mengangkut dan menunggang. Berdasarkan konteks ayat tersebut, kata kerja yang paling
sesuai ialah memandu. Ini disebabkan bagi kenderaan yang mempunyai roda dan digerakkan
oleh enjin (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010) haruslah menggunakan kata kerja
memandu. Ini bermakna kata kerja membawa tidak sesuai untuk digunakan dalam konteks
ayat tersebut. Sejajar dengan masalah murid ini, pengkaji telah menjadikan aspek
penguasaan kata kerja sebagai fokus dalam kajian tindakan pengkaji. Melalui pemerhatian
pengkaji, murid-murid tahun 3 Dinamik amat tertarik dengan aktiviti seperti melekatkan
gambar, menyusun puzzle serta melukis. Minat murid ini adalah selari dengan pendapat
Noriati et al., (2009). Melalui penggolongan gaya pembelajaran yang telah dijelaskan oleh
mereka, murid-murid tahun 3 ini dapat digolongkan dalam kumpulan murid visual. Ini
kerana sepanjang pengalaman pengkaji dalam pengajaran murid tahun 3, mereka lebih
mudah menjalani pembelajaran melalui penglihatan.
Justeru, pengkaji mendapat inspirasi daripada pendapat Noriati et al., (2009) mengenai
aktiviti yang sesuai bagi murid-murid visual ini. Lantaran pengkaji telah membuat keputusan
untuk memilih penggunaan buku skrap sebagai medium bagi pengajaran dan pembelajaran
aspek kata kerja. Ini sejajar dengan pendapat Ismail (2001) yang mengatakan bahawa buku
skrap merupakan buku yang mengandungi catatan ringkas, lukisan dan koleksi gambar.
Kajian ini harus dijalankan bagi membantu murid mengurangkan kesalahan penggunaan kata
kerja seterusnya memperbaiki kemahiran membina ayat mereka.

FOKUS MASALAH
Masalah utama dalam kajian ini adalah kurangnya penguasaan murid dalam aspek
tatabahasa, dikhususkan untuk penguasaan kata kerja. Oleh itu, fokus utama kajian ini adalah

mengenal pasti kesan penggunaan buku skrap dalam membantu meningkatkan penguasaan
murid bagi aspek tatabahasa kata kerja. Selain itu, pengkaji juga akan mengenal pasti minat
murid dalam pengajaran dan pembelajaran kata kerja melalui penggunaan buku skrap.
Pengkaji berharap murid-murid dapat menggunakan buku skrap ini sepenuhnya untuk
pengajaran aspek tatabahasa kata kerja.
Pengkaji telah melakukan analisis masalah melalui lembaran kerja murid-murid tahun 3 yang
berkaitan dengan latihan kata kerja dan mendapati bahawa penggunaan kata kerja murid
masih berada dalam tahap yang lemah. Salah satu punca penguasaan kata kerja yang lemah
dalam kalangan murid adalah dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka. Ini dapat dibuktikan
semasa pengkaji memberikan latihan kata kerja kepada murid-murid. Pengkaji telah
memberikan gambar ransangan seekor anjing yang sedang menyalak. Pengkaji meminta
murid untuk membina ayat berdasarkan gambar rangsangan tersebut. Setelah pengkaji
menyemak salah satu hasil kerja murid, murid tersebut telah menulis ayat seperti ini, iaitu
Anjing itu menusik. Dalam bahasa ibunda murid tersebut, perkataan menusik bermaksud
menyalak. Namun, disebabkan pengaruh bahasa ibunda, murid tersebut cenderung untuk
menggunakan kata kerja yang digunakan dalam bahasa ibundanya. Berikut merupakan
contoh penggunaan kata kerja yang tidak sesuai di dalam ayat:

Rajah 2 : Kesalahan Penggunaan Kata Kerja dalam Ayat


Malahan, pengkaji juga mendapati murid sukar untuk memilih kata kerja yang paling sesuai
dalam konteks ayat yang diberikan. Berikut merupakan contoh kesalahan penggunaan kata
kerja yang dilakukan oleh murid:

Rajah 3: Contoh Kesalahan Pemilihan Kata Kerja yang Sesuai Mengikut Konteks Ayat
Manakala dalam Rajah 3 pula, jawapan yang paling sesuai bagi ayat tersebut ialah
mengucapkan, namun begitu murid tersebut telah memilih jawapan menaiki dan jawapan ini
sudah tentu tidak sesuai dengan konteks ayat tersebut.
Selaras dengan masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 ini, pengkaji telah memilih
penggunaan buku skrap bagi membantu murid meningkatkan penguasaan dalam pengunaan
kata kerja. Dengan adanya penggunaan buku skrap sebagai medium untuk menyimpan
maklumat-maklumat berkaitan kata kerja, diharapkan murid lebih memahami dan dapat
meningkatkan lagi penguasaan mereka dalam penggunaan kata kerja.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini diharapkan dapat mencapai objektif-objektif berikut:
1. Mengenal pasti kesan penggunaan buku skrap dalam penguasaan kata kerja murid tahun 3.
2. Mengenal pasti adakah penggunaan buku skrap dapat meningkatkan minat murid dalam
penguasaan kata kerja.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran dalam kajian ini hanya kepada populasi murid-murid tahun 3 Dinamik
Sekolah Kebangsaan Liau, Keningau seperti yang telah dinyatakan dalam jadual yang
berikut:

Jadual 2: Kumpulan Sasaran dalam Kajian Tindakan


Bilangan
Tahap pencapaian
Sosioekonomi
Bangsa
Kelas
Jumlah Keseluruhan

2 (Perempuan), 9 (Lelaki)
Sederhana dan lemah (30% - 60%)
Sederhana (petani, penoreh getah, penjual kecil-kecilan)
Dusun, Murut, Sino
3 Dinamik
11

Dalam kajian ini, pengkaji sendiri juga terlibat secara langsung dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Peranan pengkaji dalam kajian ini adalah sebagai guru yang akan memberi
latihan, arahan, bimbingan dan menyediakan bahan bantu belajar yang diperlukan sepanjang
aktiviti sesi intervensi yang dijalankan.
PELAKSANAAN TINDAKAN
Satu model kajian tindakan yang telah dipilih sebagai panduan penyelidikan tindakan ini.
ialah model kajian Stephen Kemmis dan Robbin MC Taggart tahun 1988 dalam Cohen et al.,
(2007). Model ini menerajui empat fasa utama iaitu merancang, tindakan, pemerhatian dan
refleksi.
Perancangan Tindakan
Tindakan dimulakan dengan fasa merancang, fasa bertindak, fasa memerhati dan fasa
mereflek. Berikut merupakan rajah yang menunjukkan perancangan tindakan yang telah
dijalankan:
Merancang

Refleksi Awal
Mengenal pasti masalah murid: Lemah dalam penguasaan kata kerja
Mereflek gaya pengajaran yang diminati murid-murid: Murid aktif dan minat dengan bahan visual
Bertindak
Penggunaan buku skrap: 8 kali sesi intervensi dijalankan
Memerhati
Refleksi
Ada peningkatan

Tiada peningkatan

Diteruskan

Penambahbaikan/ ubahsuai

Rajah 4: Carta Alir Pelaksanaan Tindakan


Instrumen Kajian
Terdapat lima instrument utama yang telah digunakan sebagai langkah untuk mencapai
objektif kajian ini. Instrumen tersebut terdiri daripada lembaran kerja murid, praujian,
pascaujian, senarai semak pemerhatian dan temu bual bersama guru bahasa Malaysia tahun 3
Dinamik.
Jadual 3: Instrumen Kajian dan Cara Analisis Data
Instrumen

Aspek

Cara

analisis

Praujian
Lembaran kerja murid
Pascaujian
Pemerhatian dan senarai semak
Temu bual bersama guru bahasa
Malaysia tahun 3

Mengenal pasti Pencapaian murid


Mengenal pasti pencapaian dan minat
Mengenal pasti keberkesanan rawatan
Mengenal pasti minat murid
Mengenal pasti minat murid

data
Peratus/ gred
Gred
Peratus / gred
Kekerapan/ min
Temu bual bertema

Kesan penggunaan buku skrap dalam meningkatkan penguasaan kata kerja murid diukur
menggunakan peratus mengikut jadual berikut:
Jadual 4: Peratus dan Gred Tahap Pencapaian Murid
Peratus %
100-80
60-79
40-59
20-39
0-19

Gred
A
B
C
D
E
T

Tahap Pencapaian
Sangat baik
Baik
Sederhana
Lemah
Sangat lemah
Tidak hadir

Sumber: Lembaga Peperiksaan Awam (Gred Peperiksaan Awam), (2010)


Tahap minat murid dalam borang senarai semak akan diukur menggunakan min mengikut
jadual yang ditentukan oleh Jamil Ahmad (2002).
Jadual 5: Jadual Penentu Tahap Minat Murid
Skor
1.00-2.33
2.34-3.66
3.67-5.00

Tahap
Rendah
Sederhana
Tinggi

Sumber: Jamil (2002)


DAPATAN KAJIAN
Soalan Kajian 1: Apakah kesan penggunaan buku skrap dalam penguasaan kata kerja
murid tahun 3?
Berikut merupakan graf perbandingan praujian dan pascaujian murid:

Markah (% )

90
80
70
60
50
40
30
20
10
0

80
60

84

80
56

51 47

76
56

87
58

31

87
60

84
62 62

80
56

67
51

31
PRAUJIAN
PASCAUJIAN

Murid

Rajah 5: Perbandingan Markah (%) Praujian dan Pascaujian

Berdasarkan Rajah 5, didapati murid D menunjukkan perubahan yang paling tinggi iaitu
sebanyak 37% (47% 84%). Manakala peningkatan terendah dalam Rajah 5 adalah
daripada murid K iaitu 16% (51% 67%). Markah pascaujian. Murid A, Murid C, Murid E,
menunjukkan perubahan peratus sebanyak 20%. Manakala Peratus peningkatan bagi Murid
B dan Murid J adalah sebanyak 24%, Murid I memperoleh peratus peningkatan sebanyak
26%, Murid G sebanyak 27% diikuti oleh Murid H sebanyak 31% dan Murid F sebanyak
32%. Penggunaan buku skrap ini amat sesuai untuk digunakan sebagai medium pengajaran
bagi murid D yang mempunyai sifat introvert. Carl Jung (1933) dan J. Eysencek (1967)
seperti yang terdapat dalam Mohd Sharani dan Zainal (2005) telah menyatakan dua jenis
teori personaliti iaitu teori introvert dan ekstrovert. Kanak-kanak yang digolongkan dalam
kumpulan introvert mempunyai personaliti suka membaca ataupun membuat kerja sendirian,
suka merancang dengan teratur demi kepentingan masa depan dan lain-lain ciri.
Murid D mempunyai sifat introvert yang suka membuat kerja sendirian. Murid D sangat
fokus semasa aktiviti melengkapkan buku skrap. Oleh itu, melalui teori ini, gaya
pembelajaran yang lebih bersifat individu dan kreatif merupakan gaya pembelajaran yang
mudah diterima oleh murid tersebut seterusnya membantu murid itu untuk fokus dalam
penguasaan kata kerja. Sifat Murid D ini pula bertentangan dengan sifat Murid K yang
menunjukkan peratus peningkatan paling rendah iaitu hanya sebanyak 16%. Murid K
merupakan murid yang bersifat ekstrovert iaitu sentiasa aktif dan suka bergembira,
mempunyai mental-emosi yang stabil, dan lain-lain. Pencapaian yang ditunjukkan dalam
setiap lembaran kerja amat memberansangkan. Namun begitu semasa pascaujian dijalankan,
sifat ekstrovert murid ini telah menyebabkan murid tersebut terganggu semasa menjawab
soalan. Akibat suka bercerita dengan rakan, murid K kurang fokus dan lambat menyiapkan
pascaujian yang diberi.
Bagi mengukuhkan dapatan kajian ini, pengkaji juga telah merekodkan pencapaian gred
yang diperoleh oleh murid-murid dalam lembaran kerja mereka yang terdapat dalam buku
skrap mereka masing-masing.Berikut merupakan data gred pencapaian murid-murid melalui
aktiviti melengkapkan buku skrap mereka:
Jadual 6: Gred Pencapaian Murid Semasa Intervensi
Murid
Jumlah
Gred

A
B
C

A
4
4
0

B
2
4
2

C
2
5
1

D
4
2
2

E
2
6
0

F
8
0
0

G
5
3
0

H
3
5
0

I
4
4
0

J
3
5
0

K
8
0
0

Berdasarkan Jadual 6, dapat dilihat bahawa Murid D mempunyai keputusan gred pencapaian
yang sederhana iaitu empat kali intervensi mendapat gred A, dua kali intervensi mendapat
gred B dan dua kali intervensi mendapat C. Manakala Murid K pula menunjukkan keputusan
yang konsisten sepanjang lapan kali intervensi dijalankan iaitu lapan kali intervensi
mendapat gred A, Walau bagaimanapun, keputusan yang ditunjukkan oleh murid semasa
pascaujian kurang memberansangkan kerana mendapat peratus peningkatan yang paling
rendah iaitu hanya sebanyak 16%. Secara keseluruhannya, kesemua 11 orang murid
kumpulan sasaran telah menunjukkan perubahan yang positif dalam penguasaan kata kerja
melalui penggunaan buku skrap.

Kajian 2: Adakah murid berminat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kata
kerja semasa penggunaan buku skrap?
Borang senarai semak telah digunakan bagi pemerhatian minat murid yang dijalankan
sepanjang 8 kali intervensi dengan penggunaan buku skrap. Hasil pemerhatian pengkaji ini
juga ditriangulasikan dengan temu bual yang dijalankan bersama guru bahasa Malaysia

tahun 3 Dinamik (Guru X).Berikut merupakan jadual bagi taburan data analisis minat murid
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa penggunaan buku skrap:
Jadual 7: Taburan Data Analisis Minat Murid P&P semasa Penggunaan Buku Skrap
Bil
1
2
3
4
5
6
7

Kriteria
Terlibat secara aktif dalam aktiviti melengkapkan
buku skrap
Menyiapkan tugasan mengikut masa yang
ditetapkan
Bersungguh-sungguh melakukan setiap tugasan
yang diberikan
Menggunakan pelbagai kreativiti dalam buku
skrap
Melengkapkan buku skrap mengikut arahan guru
Kerap bertanya tentang pembelajaran yang
menggunakan buku skrap
Menggunakan buku skrap semasa pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas
Purata Keseluruhan

Kekerapan/skala
2
3
4
5

Min

31

57

4.65

31

53

4.52

37

49

4.51

60

21

4.08

79

4.51

11

15

20

41

3.74

11

13

23

41

3.80
4.25

Sumber: Senarai semak diadaptasi dan diubahsuai daripada Ahisah (2011)


Berdasarkan Jadual 7, min tertinggi adalah daripada kriteria terlibat secara aktif dalam
aktiviti melengkapkan buku skrap iaitu sebanyak 4.65. Min tertinggi adalah disebabkan
murid-murid amat berminat dengan penggunaan buku skrap dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Murid menjadi lebih aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
mengurangkan masa bermain dan fokus dengan pembelajaran mereka semasa penggunaan
buku skrap.
Manakala kriteria yang mempunyai min terendah adalah kriteria kerap bertanya tentang
pembelajaran yang menggunakan buku skrap iaitu min sebanyak 3.74. Min terendah ini
adalah disebabkan oleh terdapat beberapa orang murid yang agak pendiam dalam kalangan
kumpulan sasaran ini. Namun begitu, minat mereka dalam pengajaran dan pembelajaran
semasa penggunaan buku skrap ini dapat dilihat apabila mereka diberikan tugasan untuk
melengkapkan buku skrap mereka. Ini berhubung secara langsung dengan kriteria yang
mempunyai min dalam lingkungan 4.08 hingga 4.52 . Kriteria bersungguh-sungguh
melakukan setiap tugasan yang diberikan dengan min 4.15. Manakala kriteria
melengkapkan buku skrap mengikut arahan guru juga mempunyai min 4.15. Kriteria
menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan mempunyai min 4.52. Kriteria
menggunakan pelbagai kreativiti dalam buku skrap mempunyai min 4.08. Kriteria
menggunakan buku skrap semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mempunyai
min 3.80.
Hasil daripada analisis ini, didapati purata min adalah 4.25. Berdasarkan ukuran min
mengikut jadual yang ditentukan oleh Jamil (2002), purata min 4.25 terletak pada tahap skor
yang tinggi. Ini membuktikan bahawa minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran
semasa menggunakan buku skrap amat tinggi dan memuaskan.
Malahan dapatan data ini juga disokong oleh temu bual bersama Guru X selaku guru bahasa
Malaysia yang mengajar kelas tahun 3. Jadual berikut menunjukkan item dan intipati temu
bual bagi mengenal pasti minat murid melalui Guru X:
Jadual 8: Senarai Item Soalan yang Digunakan dalam Temu bual Bersama Guru X
Bil
1

Item soalan
Pendapat guru tentang minat yang ditunjukkan oleh murid-murid semasa penggunaan buku

skrap dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran?


Murid-murid lebih menumpukan perhatian, kurang bermain dan bersungguh-sungguh dalam
menyiapkan kerja yang telah diberikan oleh guru.
Adakah murid lebih suka membuat latihan kata kerja menggunakan buku skrap?
Murid-murid ini lebih menunjukkan minat yang tinggi dalam membuat latihan kata kerja di
dalam buku skrap berbanding latihan biasa mereka.
Adakah murid seronok semasa belajar kata kerja menggunakan buku skrap?
Murid seronok dengan cara pembelajaran menggunakan buku skrap dan salah satu sebab
keseronokan ini adalah murid mempunyai rasa sayang pada buku skrap mereka.
Adakah murid-murid bosan melengkapkan buku skrap ini?
Murid-murid kumpulan sasaran ini tidak menunjukkan kelakuan yang kebosanan dengan
aktiviti melengkapkan buku skrap ini.
Adakah murid yang mengantuk sepanjang pembelajaran menggunakan buku skrap?
Disebabkan semangat bersungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh murid, maka dapat
menghilangkan perasaan mengantuk sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Sumber: Item temu bual diadapatasi dan diubahsuai daripada Flora (2012)
Tegasnya, buku skrap ini telah dapat menarik minat murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Min senarai semak pemerhatian dan temubual bersama Guru X ini secara
langsung telah membuktikan bahawa penggunaan buku skrap dapat meningkatkan minat
murid dalam akiviti pengajaran dan pembelajaran.

CADANGAN
Implikasinya, melalui penggunaan buku skrap ini, murid dapat meningkatkan penguasaan
dalam aspek tatabahasa, kata kerja. Murid juga semakin menunjukkan minat yang tinggi
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Walaupun teknik ini telah terbukti keberkesanannya, namun begitu, pengkaji berpendapat
untuk melakukan beberapa penambahbaikan pada masa akan datang. Kajian ini telah
dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Oleh itu berdasarkan batasan-batasan ini, berikut
merupakan beberapa cadangan bagi kajian lanjutan:
1. Kajian lanjutan dicadangkan supaya lebih ramai kumpulan sasaran akan dilibatkan dan
juga dijalankan di sekolah yang lain. Selain itu, juga dijalankan kepada murid tahap 2
dan di peringkat sekolah menengah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
efektif dan menyeronokkan.
2. Justeru, kajian lanjutan dicadangkan supaya, penggunaan buku skrap juga digunakan
untuk pengajaran aspek tatabahasa yang lain. Begitu juga dengan mata pelajaran lain
yang dapat disesuaikan menggunakan bahan bantu belajar ini.
3. Kajian ini merupakan kajian yang bersifat individualisme. Oleh itu, bagi kajian lanjutan,
pengkaji mencadangkan untuk menggunakan buku skrap ini secara berkumpulan.
4. Dari segi rancangan pelaksanaan pula, murid boleh dilibatkan dengan penggunaan buku
skrap digital.
Sehubungan itu, pengkaji berharap pada kajian lanjutan, pembaharuan dan penambahbaikan
ini akan dapat dilakukan oleh pengkaji-pengkaji yang lain agar dapat meningkatkan lagi
pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan buku skrap.

RUJUKAN

Ahisah

Wasli. (2011). Penggunaan teknik Akrostik dalam pengajaran dan


pembelajaran Sains darjah Lima. Institut Pendidikan Guru Kampus
Keningau:Tesis Sarjana Muda.
Cohen L., Monion L. Morrison K. (2007). Research methods in education (6 thedition).
Madison Avenue, New York: Taylor & Francis Group.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Flora Gubin. (2012). Penggunaan Team Games Tournament (TGT) terhadap kebolehan
mengenal nombor dalam kalangan murid LINUS. Institut Pendidikan Guru
Kampus Keningau, Sabah: Tesis Sarjana Muda.
Ismail Zain. (2001). 7 Strategi pemantauan pembelajaran untuk ibu bapa. Kuala Lumpur:
Utusan Publications.
Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu
penilaian. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Standard Kurikulum Sekolah Rendah Pelajaran
Bahasa Malaysia Tahun 3. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Gred Peperiksaan Awam. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd Sharani Ahmad dan Zainal Madon. (2005). Panduan mengurus remaja
moden.
Kuala Lumpur. PTS Professional.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan
alam belajar:Siri pendidikan guru. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai