Anda di halaman 1dari 6

4.

0 Penulisan Esei

Terdapat tiga teknik utama yang boleh digunakan oleh para penterjemah untuk menterjemah
bahasa sumber ke dalam bahasa penerima. Teknik-teknik tersebut ialah teknik secara terus,
teknik secara struktural dan teknik secara global.
Terjemahan secara terus juga dikenal sebagai terjemahan harfiah atau literal. Abdul
Hamid Mahmod et al. (2011) mengklasifikasikan terjemahan kaedah harfiah atau secara
langsung sebagai kaedah secara tradisional. Teknik ini meminta penterjemah untuk
menterjemahkan perkataan-perkataan dalam teks bahasa sumber satu persatu dengan
perkataan yang sepadan dalam bahasa penerima. Perkataan bahasa penerima yang
sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya mengandungi makna asal perkataan
atau teks bahasa sumber. Semua tanda bacaan dalam bahasa sumber dikekalkan.
Terjemahan jenis ini banyak berlaku dalam terjemahan buku-buku agama pada zaman
dahulu.
Menterjemah secara struktural bermaksud teks asal dalam bahasa sumber
dipisahkan atau dipecahkan kepada ayat-ayat atau frasa-frasa. Terjemahan dilakukan ke
atas pecahan-pecahan tersebut. Teknik ini memberi keutamaan terhadap bahasa sumber.
Bentuk ayat, struktur ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca dan makna bahasa
sumber mestilah dikekalkan. Perkataan-perkataan bahasa sumber mestilah sama dengan
perkataan-perkataan dalam bahasa penerima.
Teknik terjemahan global bermksud terjemahan secara keseluruhan. Terjemahan
jenis ini memerlukan dan mengutamakan pemahaman pembaca. Penterjemah bebas
menyesuaikan perkataan bahasa sumber dengan perkataan dalam bahasa sasaran.
Penterjemah menyesuaikan unsur-unsur bahasa dan budaya dalam bahasa sumber
termasuk tanda baca dengan unsur-unsur dan tanda bahasa sasaran. Dengan demikian
makna atau maksud asal petikan atau teks masih kekal dan terpelihara.
Berpandukan ketiga-tiga teknik terjemahan tersebut kita boleh membuat banding
beza berdasarkan aspek konsep atau bentuk serta definisi, makna bagi petikan yang telah
diterjemah, gaya bahasa serta tatabahasa serta tanda baca bagi petikan asal ke bahasa
penerima.

10

4.1 Banding beza Teknik-teknik Terjemahan

Aspek

Terjemahan secara
Terus/ Harfiah

Terjemahan secara
Struktural

Terjemahan secara
Global

Konsep/

Menterjemah ayat

Mengubah struktur ayat

Terjemahan secara

Bentuk

secara terus satu

bagi mendapatkan

keseluruhan teks serta

persatu perkataan dan

makna yang serupa

memerlukan

menurut susunan yang

dalam teks sumber.

pemahaman pembaca.

Menyebabkan konteks

Mengandungi makna

Idea asal dikekalkan tapi

makna dalam teks asal

yang serupa dalam teks

menggunakan perkataan

tidak dikekalkan.

sumber

lain tidak sama dengan

sama.
Makna

perkataan yang terdapat


dalam bahasa sumber.
Gaya

Dapat kekalkan gaya

Aspek gaya bahasa dari

Aspek gaya bahasa

Bahasa

bahasa dalam teks

teks sumber tidak dapat

dalam teks sumber dapat

sumber.

dikekalkan.

dikekalkan.

Tatabahasa/

Semua tanda bacaan

Semua aspek

Penterjemah bebas

Tanda Baca

dalam bahasa sumber

tatabahasa termasuk

menyesuaikan perkataan

dikekalkan.

tanda baca dari bahasa

bahasa sumber dengan

sumber mestilah

bahasa sasaran serta

dikekalkan.

menyesuaikan unsurunsur bahasa dan


budaya dalam bahasa
sumber termasuk tanda
baca dengan unsurunsur dan tanda bahasa
sasaran.

JADUAL 1: Banding beza Teknik-teknik Terjemahan

11

Berdasarkan jadual banding beza di atas dapatlah dinyatakan bahawa setiap jenis
terjemahan sama ada terjemahan secara terus, terjemahan secara struktural dan
terjemahan secara global mempunyai kelebihan serta kekurangan masing-masing. Kita
boleh melihat perbandingan ketiga-tiga jenis terjemahan ini melalui aspek konsep serta
bentuk terjemahan itu sendiri. Bagi terjemahan bentuk terus atau bentuk harfiah yang juga
dikenali sebagai kaedah langsung, teknik terjemahan ini menterjemah ayat secara terus
satu persatu perkataan dan menurut susunan yang sama. Terjemahan secara struktural pula
mengubah struktur ayat bagi mendapatkan makna yang serupa dalam teks sumber
manakala bagi terjemahan global pula ialah menterjemah secara keseluruhan teks serta
memerlukan pemahaman pembaca. Terjemahan secara global memerlukan seorang
penterjemah yang mempunyai kemahiran berbahasa yang tinggi serta berpengetahuan luas.
Dari segi makna pula, teknik terjemahan secara terus akan menyebabkan konteks
makna dalam teks asal tidak dapat dikekalkan. Bagi terjemahan berbentuk struktural
terjemahan ini mengandungi makna yang serupa dalam teks sumber. Terjemahan secara
global pula akan menjadikan makna dikekalkan bersama idea asal namun perkataan yang
digunakan tidak sama dengan perkataan yang digunakan dalam bahan sumber.
Penterjemah bebas menggunakan perkataan yang sesuai dan mempunyai perkaitan antara
bahasa sumber dengan perkataan dalam bahasa sasaran.
Dari segi gaya bahasa pula, teknik terjemahan secara terus akan dapat
mengekalkan gaya bahasa yang terdapat dalam teks sumber tersebut. Aspek gaya bahasa
bagi teks sumber tidak dapat dikekalkan sekiranya menggunakan teknik terjemahan secara
struktural. Ini disebaban sifatnya sendiri iaitu menterjemah perkataan satu persatu. Seperti
teknik terjemahan secara terus yang dapat mengekalkan gaya bahasanya dari teks sumber
kepada teks sasaran begitu juga dengan teknik terjemahan secara global turut dapat
mengekalkan gaya bahasa teks sumber kepada gaya bahasa teks sasaran.
Bagi

aspek

tatabahasa

terutamanya

tanda

baca,

penterjemah

hendaklah

mengekalkan semua tanda baca dalam teks sumber kepada teks sasaran sekiranya mereka
menggunakan teknik terjemahan terus mahupun struktural. Berbanding teknik global
penterjemah bebas menyesuaikan perkataan bahasa sumber dengan bahasa sasaran serta
menyesuaikan

unsur-unsur bahasa dan budaya dalam bahasa sumber termasuk tanda

baca dengan unsur-unsur dan tanda bahasa sasaran.

12

4.2 Kelebihan Teknik Terjemahan Terus


Menurut Wikipedia, konsep penterjemahan membawa maksud perbuatan mentafsir makna
sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan
adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna
yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan
satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia membolehkan
masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada budaya asing.
Dalam melakukan terjemahan, pemilihan teknik penterjemahan sangat
penting kepada penterjemah dalam memastikan hasil terjemahannya itu difahami oleh
audien atau pembaca. Dalam kata lain, pembaca akan mendapat kesan pemahaman yang
sama apabila membaca hasil terjemahan sepertimana dia membaca sumber asal.
Pada pendapat saya, teknik penterjemahan yang sesuai dilaksanakan dalam
sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah adalah teknik terjemahan secara
terus kerana pemilihan perkataan terjemahan adalah berdasarkan teks asal. Biasanya
pemilihan bahasa yang digunakan adalah lebih mudah difahami. Seseorang penterjemah
tidak perlu mempunyai pengetahuan penggunaan bahasa yang tinggi seperti mana teknik
terjemahan secara global yang memerlukan kemahiran berbahasa
Dalam teknik terjemahan terus juga berdasarkan frasa yang mana adalah
lebih mudah difahami dan lebih dekat dengan pembaca. Menurut Salleh Mohd Akib(1975)
kaedah terjemahan terus ini adalah juga kaedah pengajaran secara perbualan untuk
memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak.
Teknik terjemahan terus ini juga dikenali sebagai terjemahan harfiah. Menurut
Catford (1965 ) telah melabelkan bahawa terjemahan harfiah ini sebagai terjemahan struktur
nahu. Melalui terjemahan harfiah, penterjemah menterjemahkan teks sumber satu demi satu
tanpa satu kata pun yang ditinggalkan. Terjemahan harfiah ini akan dilakukaan setepat
mungkin berdasarkan makna sebenar teks asalnya sekaligus terjemahan ini merupakan
terjemahan yang paling mirip dan setia dengan teks asal.
Dalam memperkatakan teknik terjemahan terus ini kita juga boleh menunjukkan
kelebihan teknik secara terjemahan literal. Teknik terjemahan literal ini amat setia pada teks
sumber dengan menekankan kepada salah satu struktur atau bentuk nahu bahasa teks asal
sahaja. Kemurnian nahu bahasa sumber dipelihara dan nahu bahasa sasaran tetap dijaga
kegramatisannya. Oleh itu kaedah ini lebih bersifat relatif dan telus kerana ttap menghormati
konsep kebebasan menterjemah pada hierarki nahu tertentu. Terjemahan ini juga

13

diklasifikasikan sebagai terjemahan langsung kerana masih mengekalkan bentuk dan


struktur nahu bahasa sumber walaupun tidak semuanya. Kesetiaan melibatkan unsur nahu
dan bukan unsur budaya. Dalam penterjemahan bahan moden juga terutama teks bukan
sastera, banyak digunakan kerana terjemahan ini sehampir mungkin sama dengan keaslian
dan ketulinan teks asalnya malah turut mengekalkan salah satu bentuk teks asal seperti
morfem dan fonetik.
Teknik terjemahan terus ini dapat memudahkan guru untuk menterjemahkan sesuatu
teks secara terus dan menggunakan bahasa yang mudah yang dapat difahami oleh muridmurid. Guru tidak perlu memikirkan perkataan yang mempunyai aras yang tinggi tetapi
hendaklah menterjemahkan setiap perkataan bagi teks asal mengikut makna perkataan
bahasa sumber tersebut.
Kos bagi melakukakan penterjemahan tersebut juga murah. Guru hanya perlu
menterjemah sesuatu buku terutamanya buku cerita kanak-kanak dengan bahasa yang
mudah. Guru tidak perlu membeli buku daripada pelbagai bahasa tetapi cukup dengan satu
bahasa dan dengan kemahiran yang ada pada guru mereka dapat menterjemahkan teks
sumber secara terus dan menggunakan bahasa yang mudah.
Dengan melakukan terjemahan secara terus juga murid-murid dapat melakukan
terjemahan sendiri mengikut aras kemahiran berbahasa mereka. Mereka tidak perlu
memahami petikan secara keseluruhan untuk menterjemah teks tetapi mereka hanya perlu
menterjemah mengikut makna yang bersesuaian serta hampir bagi bahasa sumber tersebut.
Di samping itu juga murid-murid dapat melakukan sendiri terjemahan secara terus kerana
sudah banyak kemunculan kamus yang pelbagai bentuk serta fungsi yang terdapat di
pasaran yang dapat membantu murid-murid untuk melakukan sendiri terjemahan tersebut
walau di mana jua mereka berada. Contohnya kamus elektronik, e-kamus serta kamus
manual dalam membantu murid melaksanakan proses terjemahan ini.
Saya juga memilih teknik terjemahan terus ini kerana teknik ini dapat memudahkan
saya menerangkan sesuatu perkataan yang sukar difahami dan berbentuk abstrak.
Perkataan yang mengandungi bentuk abstrak akan diterjemahkan secara yang mudah bagi
memberi kefahaman yang jelas kepada murid-murid. Murid-murid tidak perlu mencari
maksud yang tersirat tetapi hanya perlu mengetahui maksud yang tersurat yang ingin
disampaikan oleh penulis bahasa sumber tersebut kepada bahasa penerima.

14

Selain itu terjemahan terus juga dapat membantu guru memberi penjelasan seperti
yang digambarkan menerusi bahasa sumber ataupun bahasa pertama. Apa yang ditulis
dalam bahasa sumber dapat dijelaskan oleh guru seperti yang dinyatakan dalam bahasa
sumber. Setiap idea atau intipati dalam petikan dapat difahami oleh guru dan dapat
diterjemahkan dengan baik dan betul serta dapat difahami dengan jelas oleh murid-murid.
Seterusnya terjemahan secara terus ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari segi bahasa kerana bahasa dapat
diterjemahkan dengan mudah walaupun bahasa tersebut datang dari rumpun bahasa yang
lain. Sebagai seorang guru serta penterjemah yang baik guru perlu mempunyai ilmu
pengetahuan yang secukupnya serta menyediakan diri dalam bidang terjemahan semasa
menjalankan tugas berkenaan.

( 1519 patah perkataan )


5.0 Penutup
Kemahiran menterjemah merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari . Kemahiran ini
bukannya dapat diwarisi daripada ibu bapa mereka. Walau bagaimanapun seorang
penterjemah perlu mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang terjemahan tersebut.
Ini disebabkan tugas menterjemah memerlukan pengorbanan bukan sahaja dalam bentuk
masa malah wang ringgit serta memerlukan persediaan yang tinggi sama ada daripada
aspek fizikal mahupun mental. Sesuatu bahan yang hendak diterjemahkan juga dapat
disiapkan dalam tempoh cepat mahupun lambat bergantung kepada tinggi atau rendahnya
minat seorang penterjemah terhadap bidang terjemahan tersebut.
Berdasarkan ketiga-tiga teknik terjemahan tersebut walaupun saya dapati teknik
global menjadi pilihan yang popular namun saya tetap memilih teknik terjemahan terus
sebagai teknik yang paling sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah bagi murid-murid sekolah rendah berdasarkan pernyataan-pernyataan yang
telah saya nyatakan di atas.
( 129 patah perkataan )
Jumlah Perkataan : 1684 patah perkataan

15

Anda mungkin juga menyukai