Anda di halaman 1dari 23

Siasah Syar’iyyah

CDA 21103
AHMAD FAIZOL ISMAIL
PUSAT PENGAJIAN SYARIAH
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
Definisi Siyasah Syariyyah (Bahasa)

Siyasah )‫(سياسة‬
 Kata terbitan (masdar) daripada kata
dasar sāsā – yasūsū - siyāsatan.

 ‫ سياسة‬-‫يسوس‬ -‫ساس‬

 Apabila disebut sāsā alamr, siyāsatan ia


bermaksud mentadbir dan
mengendalikan sesuatu urusan,
pekerjaan dan sebagainya dengan baik
 Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik
(siyasah) dalam sabdanya :

‫كانت بنوا إسرائيل تسوسهم األنبياء كلما هلك نيب خلفه نيب وانه ال نيب بعدي‬
‫انه سيكون خلفاء فيكثرون‬

Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah)


urusannya oleh para nabi (tasusuhum al-anbiya).
Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain
datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku,
namun akan ada banyak para khalifah." (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
 Siyāsah adalah satu istilah yang sangat berkaitan dengan
urusan kerajaan dan rakyat, skopnya ialah bagaimana
pihak kerajaan mengendalikan hal-ehwal kenegaraan
yang memberi kebaikan dan keuntungan kepada rakyat
dan masyarakat.

 Skop penggunaan siasah dalam bahasa Arab, begitu


meluas sehingga merangkumi pengendalian segala
urusan manusia, haiwan dan sebarang kerjaya di setiap
peringkat
Syariah

 Syariat dalam bahasa Arab, yang dalam penggunaan


biasanya diertikan sebagai jalan yang lurus, tempat keluar
sesuatu dan jalan ke tempat air minum.

 Kewujudan air adalah penghubung kepada penerusan hayat


manusia.

 Jalan yang lurus adalah sesuatu yang membawa manusia


ke arah kebaikan.
Syariah

Dalam al-Quran dalam banyak ayat


 antaranya ada yang bermaksud sebagai peraturan hidup
yang terkandung dalam suruhan dan larangan
 juga yang bermaksud seluruh ajaran agama yang
merangkumi aspek keimanan, perundangan dan akhlak.
Syariah

 Seluruh apa yang disyari`atkan oleh Allah di dalam


agama sama ada dengan wahyu atau dengan sunnah
Rasulullah SAW.
 Ianya termasuklah perkara-perkara yang berkaitan
dengan persoalan akidah dan keimanan, akhlak-akhlak
yang mulia dalam perhubungan sesama anggota
masyarakat dan hukum-hukum Allah yang berkaitan
dengan perbuatan para mukallaf sama ada halal,
haram, wajib, sunat dan harus yang dikenali sebagai
fiqh dan juga perundangan Islam.
Syariah

 Undang-undang Islam yang kebiasaanya diterjemahkan


dalam perbincangan fiqh
Definisi Siyasah Syariyyah (Istilah )

 Siasah Syariyyah bermaksud pentadbiran urusan manusia


dan urusan dunia mereka dengan syariat Islam. Dengan
ini kita dapati mereka mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai :

‫نيابة عن رسول اهلل صلى اهلل عليهم وسلم في‬


‫حراسة الدين وسياسة الدنيا به‬
“Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan
mentadbir Dunia dengan berpaksikan agama”
Definisi Siyasah Syariyyah (Istilah )

 Tindakan-tindakan yang dibuat oleh Imam (Pemerintah)


berdasarkan sumber-sumber, bertujuan untuk
menghalang kerosakan dan mencegah kerosakan yang
belum melanda atau suatu langkah pemulihan.

Sebagai contoh tindakan seumpama ini adalah tindakan


yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a, Ali
r.a dan Khalid al-Walid r.a yang membakar peliwat,
Khalifah Umar Al-Khattab ra pula pernah mencukur
rambut Nasar bin Hajjaj akibat digilai oleh perempuan
Madinah. Semua tindakan ini berubah menurut
kepentingan maslahat setempat dan zaman.
Definisi Siyasah Syariyyah (Istilah )

 Ibn Khaldun:

Siyasah syariyyah adalah satu mekanisme untuk


menjalankan pentadbiran negara dan pelaksanaan hukum-
hukum, merancang dan meminda peraturan dan undang-
undangnya
Definisi Siyasah Syariyyah (Istilah )

Abdul Wahab Khallaf:


 ilmu yang membincangkan pentadbiran sesebuah
kerajaan Islam
 yang terdiri daripada undang-undang dan sistem yang
berasaskan kepada Islam
 atau mentadbir urusan umum daulah Islamiah dengan
cara yang membawa kebaikan kepada manusia dan
mengelakkan mereka daripada kemudharatan
 tanpa melanggar sempadan syarak dan asas-asas
kulliyyah walaupun dalam perkara yang tidak
disepakati oleh ulama mujtahidin
Definisi Siyasah Syariyyah (Istilah )

 Dr. Yusuf al-Qardawi


 Sistem politik yang menjadikan syariat sebagai teras
 kembali dan bersandar kepadanya,
mengaplikasikannya di muka bumi
 melaksanakan ajaran-ajaran dan prinsipnya di tengah
masyarakat
 sebagai matlamat dan sasaran sistem dan
tatacaranya.
 Tujuannya berdasarkan syariat dan sistem yang dianut
berdasarkan syariat.
Definisi Siyasah Syariyyah (Istilah )

 Pengurusan hal ehwal negara Islam dalam perkara yang


tiada nas secara langsung, atau dalam perkara-perkara
yang berubah-ubah sifatnya demi kemaslahatan umat.
(Dr Abdullah Syakir Junaidi)
Definisi Siyasah Syariyyah (Istilah )
 Menguruskan kemaslahatan manusia dengan mengikut
ketentuan syarak.
 Tindakan pemerintah terhadap sesuatu perkara kerana
mendapatkan suatu kemaslahatan walaupun tindakan itu
tidak mempunyai dalil pada juzuknya.
Definisi Siyasah Syariyyah (Istilah )

 Fath al-Duraynī:

Menjalankan pentadbiran negara (umat) sama ada hal


ehwal dalam negara atau luar negara berpandukan
maslahah
Definisi Siyasah Syariyyah (Istilah )

 Rizq Muh ammad al-Zalbanī:

Mengendalikan urusan awam atau bersama berdasarkan


hikmat yang tidak bercanggah dengan ajaran yang dibawa
oleh Rasulullah walaupun tindakan tersebut tidak disokong
oleh dalildalil juz`i
Definisi Siyasah Syariyyah (Istilah )

 Dr. Muh ammad Na‘īm Yāsin:

Pentadbiran hal ehwal rakyat yang dijalankan oleh


pemimpin Islam atau pembantunya berdasarkan maqasid
al-Ammah walaupun perkara itu tidak menepati pendapat
para imam mazhab
Definisi Siyasah Syariyyah (Istilah )

 Dua kaedah yang perlu digunakan.

 Pertama:

Siyasah diniyyah (agama) untuk kebaikan dunia dan


akhirat bersandarkan kepada prinsip-prinsip dan
ketentuan syariat yang diturunkan Allah di mana ia wajib
dipatuhi dan ditaati tanpa dipersoalkan berdasarkan
kepada konsep keimanan dan pembalasan di akhirat kelak.
 Bersandarkan kepada kekuatan akal (siyasah
aqliyyah) yang juga wajib dipatuhi. Kewajiban
mematuhi siyasah akal ini kerana tindakan,
keputusan dan dasar yang diambil melalui
kaedah ini tetap berpandu kepada kepentingan
dan kemaslahatan masyarakat seluruhnya. Ibnu
Khaldun berpendapat kerajaan atau al-mulk
bertanggungjawab menanggung semua manusia
mengikut kehendak tujuan dan nafsu, dan
kerajaan siyasi atau politik, menanggung semua
manusia mengikut kehendak pandangan akal
dalam membawa kemaslahatan dunia dan
menolak kemudharatan. Oleh sebab itu,
khilafah ialah menanggung semua manusia
mengikut kehendak pandangan syarak untuk
mendatangkan kemaslahatan akhirat dan dunia
yang kembali kepadanya iaitu mengawal agama
dan menyusun urusan dunia dengannya.
 Siyāsah Syar‘iyyah merupakan sistem politik
yang mentadbir kerajaan Islam, yang
mengurus urusan kerajaan dan rakyat dalam
setiap aspek. Kaedah pentadbiran ini dipetik
dari nas-nas syariah yang terdiri dari al-
Qur’an dan al-Sunnah yang ditafsirkan oleh
para ulama. Jika sekiranya kaedah
pengurusan itu tidak disebut oleh nas al-
Qur’an dan al-Sunnah maka ia hendaklah
diambil daripada pendapat imam mujtahid,
dengan syarat ianya tidak bertentangan
dengan ketetapanketetapan umum dan
kaedah-kaedah asas yang ditetapkan oleh
syariah Islam. Begitu juga secara dasarnya ia
tidak boleh bercanggah dengan dalil-dalil
yang nyata serta semangat perundangan
Islam.
 Secara umumnya bolehlah dinyatakan bahawa Siyāsah
Syar‘iyyah adalah ilmu yang membincangkan tentang:

i. Kaedah pemerintahan Islam yang merangkumi segala


tindakan kerajaan dalam membentuk dasar, peraturan dan
polisi negara. Ia meliputi seluruh institusi kerajaan seperti
kementerian, agensi-agensi kerajaan, jabatan dan jentera
kerajaan. Justeru cakupannya adalah lebih luas lagi yang
membabitkan tentang perjalanan dan pentadbiran di bawah
bidang kuasa kerajaan.
ii. Mas lah ah al-‘Ammah adalah suatu neraca bagi
menimbangkan polisi atau dasar pemerintah terhadap
rakyat.

iii. Penggubalan polisi dan dasar kerajaan diperluaskan


kepada keperluan semasa selagi tidak bertentangan secara
hakiki dengan syariat Islam.

Anda mungkin juga menyukai