Anda di halaman 1dari 16

MPU PENGAJIAN ISLAM

INSTITUSI SIASAH: PERANAN HISBAH TERHADAP NEGARA

SECTION NO. 39
USTAZAH NURUL ASMAT BINTI MOHD OMARAN
LECTURER
NAME STUDENT ID

ARIANNA LETISHA BINTI MHD SYAHRUL AZAM BGN220210649

NURUL AINA BINTI ROSSAIDI BGN220210757

NIK HAIFA YASMIN BINTI NIK HAK BGN220210653

IRDINA AISYAH BINTI AHMAD RIDZUAN BGN220210639

15 Jun 2023
SUBMISSION DATE: _________________________________

1
TABLE OF CONTENT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 DEFINISI DAN KONSEP INSTITUSI


SAHSIAH SERTA PERANAN HISBAH
2.1 DEFINSI INSTITUSI SAHSIAH
4-9
2.2 DEFINSI HISBAH
2.3 KONSEP INSTITUSI SAHSIAH
2.4 KONSEP HISBAH

3.0 PERANAN HISBAH 10

4.0 PERBEZAAN HISBAH PADA MASA 12


KINI DAN ZAMAN RASULLAH

5.0 KEPENTINGAN HISBAH PADA MASA 13


KINI

6.0 KESIMPULAN 15

7.0 RUJUKAN 16

2
1.0 PENGENALAN

Islam ialah agama yang mengambil kira setiap aspek kehidupan manusia. Orang diajar untuk
melakukan pelbagai perkara, seperti ibadat, muamalat, munakahat, jihad, politik, dan
sebagainya. Syariat Islam yang sempurna telah memberikan undang-undang yang jelas,
sama ada umum atau khusus. Kitab agung menyediakan peraturan untuk semua tindakan
manusia.al-Quran, hadith Rasulullah SAW, dan bukti Ijma’ dan Qiyas adalah dalil syariah lain.
Orang Islam masih hidup dalam keadaan yang dipandu oleh syariat Ilahi yang adil.
Pemerintahan dan pentadbiran adalah komponen penting ketamadunan mahupun
kenegaraan. Rasulullah SAW dilantik sebagai ketua negara dan ditubuhkan Negara Islam
pertama di Madinah menunjukkan betapa pentingnya pemerintahan. Selain itu, ia
merangkumi elemen tambahan seperti program, penggubalan undang-undang dan peraturan,
lantikan pemimpin dan sebagainya. Dalam dunia hari ini, banyak perkara yang berkaitan
dengan pemerintahan Islam tidak disertakan dengan nas yang jelas. Hal ini memerlukan
neraca politik yar'iyyah dalam menjamin sistem pemerintahan yang berkesan dan adil
diwujudkan. Kepentingan politik akan dibincangkan dalam penulisan ini.yar'iyyah di
pemerintahan. Oleh itu, ia akan memberi tumpuan kepada beberapa elemen. Di awal
perbincangan, penulis akan memberi gambaran umum tentang pemerintahan Islam.
Kemudian, pengertian Siyasah yar'iyyah daripada perkataan dan perpekstif bahasa, bukti
pensyariatan, syarat seperti peraturan pakaian, klasifikasi pakaian, dan kepentingannya untuk
kerajaan.

Siyasah Syariyyah merupakan suatu displin yang semakin perlu difahami secara akademik.
Ini kerana ia menyediakan suatu rangka berfikir yang mempertimbangkan antara kehendak
wahyu dan keperluan realiti makhluk. Keseimbangan ini akan menjadikan hukum yang
diputuskan itu mempunyai nilai-nilai yang dinamik. Untuk itu, bagi mengaplikasikannya
kefahaman terhadap nas dan keprihatinan ke atas realiti adalah pra syarat utama. Dalam
konteks Malaysia pengamalan siyasah syar`yyah telah mengalami perubahan
pelaksanaannya yang ketara dan perlu penambahbaikan setelah negara mengalami proses
penjajahan yang lama sejak sebelum merdeka. Masyarakat Islam perlu kembali kepada
konsep siyasah syar`iyyah yang sebenar berdasarkan sumber utama iaitu al-Quran dan al-
hadith. Sistem politik demokrasi berparlimen adalah satu-satunya sistem yang paling mirip
dengan politik Islam. Politik demokrasi yang mirip kepada politik Islam adalah dilihat dari
aspek kebebasan bersuara, mengeluarkan pendapat, mengkritik atau menegur kepimpinan.

Sistem, peraturan dan undang-undang yang diperlukan dalam urusan sesebuah negara yang
bertepatan dengan asas agama dan boleh menguntungkan manusia dan memenuhi segala
keperluan mereka dikenali sebagai perbincangan siyasah syar'iyyah.

3
2.0 DEFINISI DAN KONSEP INSTITUSI SAHSIAH SERTA PERANAN HISBAH

2.1 DEFINISI INSTITUSI SIASAH


Perkataan siyasah pada penggunaannya di sudut bahasa bermaksud mentadbir
sesuatu perkara dengan baik atau pemerintah mentadbir urusan rakyat (Mu‟jam al-
Wajiz: 1980). Para fuqaha pula mentakrifkannya sebagai tindakan pemerintah
terhadap sesuatu perkara kerana suatu kemaslahatan walaupun tindakan itu tidak
mempunyai dalil pada juzuknya (Abdul Wahab Khallaf: 1982, hal. 18) atau dengan
kata lain menguruskan kemaslahatan manusia dengan mengikut ketentuan syarak.
Perkataan Syari`ah berasal dari perkataan Syari`at dalam bahasa Arab, yang dalam
penggunaan biasanya diertikan sebagai jalan yang lurus, tempat keluar sesuatu dan
jalan ke tempat air minum. Kaitan perkataan syariah dari segi Bahasa menunjukkan
kepada kita bahawa kewujudan air adalah penghubung kepada penerusan hayat
manusia. Begitu juga jalan yang lurus adalah sesuatu yang membawa manusia ke
arah kebaikan. Perkataan Syari`ah juga digunakan di dalam alQuran dalam banyak
ayat, antaranya ada yang bermaksud sebagai peraturan hidup yang terkandung dalam
suruhan dan larangan dan ada juga yang bermaksud seluruh ajaran agama yang
merangkumi aspek keimanan, perundangan dan akhlak. Manakala Syari`at Islam ialah
seluruh apa yang disyari`atkan oleh Allah di dalam agama sama ada dengan wahyu
atau dengan sunnah Rasulullah SAW. Ianya termasuklah perkara-perkara yang
berkaitan dengan persoalan akidah dan keimanan, akhlak-akhlak yang mulia dalam
perhubungan sesama anggota masyarakat dan hukum-hukum Allah yang berkaitan
dengan perbuatan para mukallaf sama ada halal, haram, wajib, sunat dan harus yang
dikenali sebagai fiqh dan juga perundangan Islam (Muhammad Yusuf Musa: 1996).
Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya yang
bermaksud: "Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi
(tasusuhum al-anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang
menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu
bermaksud mengurusi urusan masyarakat. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: "Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan
urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang
siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk
golongan mereka (iaitu kaum Muslim).” (Hadis Riwayat Thabrani) Kebanyakan ulama
mendefinasikan pengertian siyasah dengan definasi yang tidak lari daripada kedua-
dua takrifan di atas. Oleh itu ilmu siyasah syar`iyyah ialah ilmu yang membincangkan

4
mengenai pentadbiran sebuah kerajaan Islam yang terdiri daripada undangundang
dan sistem yang berasaskan kepada asas-asas Islam atau sebagaimana pernyataan
Abdul Wahab Khallaf iaitu mentadbir urusan umum bagi daulah Islamiah dengan
perkara yang membawa kebaikan kepada manusia dan mengelakkan kemudaratan
daripada mereka dengan tidak melanggar sempadan syarak dan asas-asas kulliyyah
walaupun dalam perkara yang tidak disepakati oleh ulama mujtahidin. Kandungan
perbincangan siyasah syar`iyyah ialah sistem, peraturan dan undangundang yang
diperlukan dalam urusan sesebuah negara yang bertepatan dengan asas-asas agama
dan dapat mencapai kemaslahatan kepada manusia dan menunaikan segala
keperluan mereka. Perbincangan ulama-ulama silam mengenai siyasah syar`iyyah
dalam kitab-kitab mereka adalah bertujuan untuk menjelaskan kepada pemerintah
ketika itu khususnya dan kepada ummah amnya mengenai ilmu-ilmu pentadbiran
Islam sebagaimana Abu Yusuf menulis kitab al-Kharaj, al-Juwaini menulis kitab al-
Ghiyasi, Ghiyas al Umam Fi Tayas Ahl al-Dzalam, al-Mawardi menulis kitab al-Ahkam
al-Sultaniyyah, Ibn Taimiyyah menulis Siyasah Syar`iyyah Fi Ra`i wa al-Ra`iyyah, Ibn
Qayyim menulis kitab Turuk al-Hukmiyyah, Ibn Jamaah menulis kitab Tahrir al-Ahkam
Fi Tadbir Ahl al-Islam dan begitu juga ulama 3 mutakhir seperti Abdul Wahhab Khallaf
menulis kitab Siyasah Syar`iyyah Fi Syu‟un AlDusturiyah wa al-Kharijiah wa al-
Maliyah. Perbezaan corak penulisan ulama silam dan penulisan ulama mutakhir ialah
pendekatan ulama silam lebih detail sebaliknya penulisan ulama mutakhir lebih
kepadamenjadi pengantar dan menonjolkan fakta sejarah dengan menekankan
bahawa siyasah syar`iyyah boleh dilaksanakan dan perlu dijadikan asas pemerintahan
yang adil di sepanjang masa.

5
2.2 DEFINSI HISBAH
Hisbah adalah satu satu konsep penting dalam sistem pentadbiran Islam. Sesebuah
rakyat dan kerajaan perlu bertanggungjawab atas setiap tindakan yang dilakukan dan
tertakluk kepada pengawasan beberapa bentuk pemantauan, kawal selia dan
semakan. Konsep hisbah ini sebenarnya luas kerana ia berteraskan kepada
konsep al-amru bil ma’ruf wa al-nahyu an al-munkar iaitu menyeru kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran. Pada zaman awal Islam, institusi penguatkuasaan dan
pemantauan amalan dan undang-undang syariah seperti polis dan pengawas pasar-
pasar juga dianggap pelaksana hisbah. Begitu juga amalan pemantauan ke atas
pegawai-pegawai kerajaan juga dianggap sebagai amalan hisbah. Dalam hal ini,
hisbah bukan sahaja berfungsi memantau kerajaan, bahkan juga rakyat secara
keseluruhan.

Dalam Islam, prinsip hisbah berdiri atas konsep pemantauan dan pemerhatian.
Pemerhatian yang paling tinggi tentunya adalah pemantauan dari Allah SWT sendiri.
Maksudnya, konsep hisbah ini menghubungkan konsep akauntabiliti dalam
pentadbiran negara dengan soal aqidah dan tauhid. Pemimpin dan rakyat yang baik
adalah mereka yang sentiasa merasai bahawa diri mereka diperhatikan oleh Allah
SWT. Walau bagaimana pun, memandangkan manusia tidak terpisah dari kesilapan,
maka perlu wujud

mekanisme khusus seperti badan penguatkuasa bagi melengkapkan konsep hisbah.

Hisbah juga amat selari dengan konsep politik Islam yang menganggap pemimpin
sebagai insan yang melaksanakan amanah dari Allah. Jawatan dan kedudukan adalah
satu bebanan yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Sebab itulah dua khalifah yang
awal iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab menyebut tentang
kesediaan mereka untuk menerima teguran dan pemantauan dari orang ramai. Dalam
tradisi politik Islam, para ulama berperanan sebagai pengimbang kepada pengaruh
dan kuasa khalifah. Sebahagian ulama’ berperanan sebagai penasihat yang hampir
dengan pemerintah, manakala sebahagian lain adalah menjadi pengkritik dari luar
kerajaan. Hisbah berfungsi untuk memastikan setiap pihak sentiasa berhati-hati dalam
melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan
keseragaman dalam tindakan penguatkuasaan.

6
2.3 KONSEP INSTITUSI SIASAH
Secara umumnya manusia adalah makhluk yang hidup bermasyarakat secara semula
jadi. Kepimpinan politik adalah satu yang dharuri dalam apa sistem sekalipun, demi
menjaga kestabilan, keamanan dan kelangsungan hidup manusia di atas muka bumi.
Ini kerana secara semula jadinya, manusia suka bercakaran antara satu sama lain.
Orang yang kuat akan menindas orang yang lemah dan begitulah seterusnya. Siyasah
dalam Islam terbina atas tujuan menjaga kemaslahatan hidup manusia berasaskan
syariat. Ada pemerintahan yang diatur secara tabe‟i dan ada yang berpandukan
manhaj ilmu. Manakala yang berpandukan syarak dinamakan siyasah syar‟iyyah. Ini
dijelaskan lagi berdasarkan pendapat sarjana Islam berikut.

• Menurut Ibn Khaldun (meninggal 808 H) Siyasah syar‟iyyah adalah satu mekanisme
untuk menjalankan pentadbiran negara dan pelaksanaan hukum-hukum, merancang
dan meminda peraturan dan undang-undangnya (Ibn Khaldun: tt, hal. 302-311). Bagi
melaksanakan siyasah syar‟iyyah ini, Ibn Khaldun menyatakan dua kaedah yang
perlu digunakan. Pertama, dinamakan siyasah 4 diniyyah (agama) untuk kebaikan
dunia dan akhirat bersandarkan kepada prinsip-prinsip dan ketentuan syariat yang
diturunkan Allah di mana ia wajib dipatuhi dan ditaati tanpa dipersoalkan berdasarkan
kepada konsep keimanan dan pembalasan di akhirat kelak. Kedua, bersandarkan
kepada kekuatan akal (siyasah aqliyyah) yang juga wajib dipatuhi. Kewajiban
mematuhi siyasah akal ini kerana tindakan, keputusan dan dasar yang diambil melalui
kaedah ini tetap berpandu kepada kepentingan dan kemaslahatan masyarakat
seluruhnya. Ibnu Khaldun berpendapat kerajaan atau al-mulk bertanggungjawab
menanggung semua manusia mengikut kehendak tujuan dan nafsu, dan kerajaan
siyasi atau politik, menanggung semua manusia mengikut kehendak pandangan akal
dalam membawa kemaslahatan dunia dan menolak kemudharatan. Oleh sebab itu,
khilafah ialah menanggung semua manusia mengikut kehendak pandangan syarak
untuk mendatangkan kemaslahatan akhirat dan dunia yang kembali kepadanya iaitu
mengawal agama dan menyusun urusan dunia dengannya. Ibn Khaldun juga
berhujah bahawa kerajaan yang berasaskan kepada ketentuan syariat akan
menzahirkan tuntutan sosial masyarakat yang harmonis, sejahtera dan berkeadilan
sebagaimana yang menjadi tujuan syariat itu diturunkan. Sedangkan bagi pemerintah
atau Sultan yang mengabaikan syariat sebagai sistem politiknya, maka kehidupan
masyarakat dan negara terancam dengan kehidupan yang tidak stabil, keharmonian
antara puak dan golongan sentiasa menjadi sesuatu yang menakutkan dan menjadi

7
bom jangka yang pada bila-bila masa boleh meletup, kekerasan dan paksaan menjadi
santapan rutin masyarakat dan memberi kesan negatif lain. Ini kerana kerajaan yang
tidak menerapkan syariah sebagai tunggak utama pemerintahan, maka ia hanya lebih
banyak memberi faedah kepada pemimpin tertentu dibanding membela rakyatnya dan
mengutamakan kepentingan awam lainnya. Oleh sebab itu, Ibn Khaldun berpendapat
siyasah syar‟iyyah sebagai peraturan-peraturan kerajaan yang selaras dengan
ketentuan syariat dan apapun peraturan yang dijalankan kepada masyarakat yang
dapat memenuhi kehendak syariah Islamiyyah.

2.3 KONSEP HISBAH


Hisbah adalah satu mekanisme pengawasan dalam sesebuah pemerintahan Islam.
Secara ringkasnya, dalam Islam terdapat empat peringkat pengawasan untuk
menjamin kesejahteraan dan keadilan (Auni,2000:6-10):

• Pengawasan diri sendiri (al-raqabat al-zatiah): Pengawasan inibergantung kepada


kemampuan seseorang mengawal dan mendisiplinklan diri sendiri. Ini berhgantung
kepada tahap kefahaman, keimanan dan ketaqwaan seseorang. Seseorang pengurus
atau pemimpin yang mempunyai ilmu dan ketakwaan mampu membendung dirinya
dari terjebak dalam melakukan penyelewengan dan kezaliman. Begitu juga rakyat
biasa yang memiliki asas dan pegangan agama yang teguh pada umumnya mampu
mengawal dirinya dari melakukan maksiat dan jenayah. Pengawasan secara ini juga
dikenali sebagai penghntungan

terhadap diri sendiri (muhasabah al-nafs) iaitu amalan sentiasa memperhintung diri
sendiri tentang segala yang dilakukan sepanjang hari.

• Pengawasan Ilahi: Pengawasan ini ialah pengawasan dari luar dirimanusia.


Pengawasan ini sedia ada selari dengan sifat asasi semula jadi manusia. Ia berlaku
selari dengan kebesaran dan keagungan Allah S.W.T. Yang Maha Berkuasa, Maha
Mengetahui, Maha Melihat dan Maha Mendengar. Pengawasan Ilahi ialah bentuk
pengawasan yang mutlak dan mampu menembusi apa jua keadaan dan menagani
apa jua halangan. Ia adalah rahmat Ilahi untuk mengingatkan manusia agar berhati-
hati dalam menjalankan usaha dan tanggungjawab. Oleh itu kadang-kadang
pengawasan ini disebut pengawasan oleh Yang Maha Pengasih (al-raqabah al-
rahmaniah).

• Pengawasan oleh masyarakat (al-raqabat al-mujtama’) atau pengawasan oleh


rakyat (al-raqabat al-sya’biah): Pengawasan inimemberikan hak kepada rakyat

8
untuk mengawasai kegiatan para pemimpin dan ia merupakan hak keistimewaan bagi
rakyat yang dijamin oleh Islam (Mustafa, 1977:262-3). Pengawasan rakyat ini selari
dengan ajaran Islam yang menjamin kebebasan asasi manusia seperti kebebasan
bersuara, kebebasan berfikir, kebebasan menyertai persatuan dan kebebasan
berhimpun. Pengawasan rakyat ini dapat mengelakkan pemerintah bertindak sesuka
hati sehingga boleh membawa kepada pemerintahan kuku besi. Rakyat yang bebas
menegur pemerintah dapat menjadi pengimbang kepada kuasa yang ada di tangan
pemerintah.

• Pengawasan rasmi oleh pemerintah (al-raqabah al-sultah al-


rasmiah): Pengawasan ini adalah satu mekanisme yang dilaksanakanoleh kerajaan
bagi memantau perjalanan hidup rakyat keseluruhannya. Ia juga bertujuan untuk
memantau pegawai-pegawai kerajaan, badan-badan perniagaan serta pemimpin
kerajaan sendiri. Pengawasan ini mesti diwujudkan oleh pemerintah bagi
melaksanakan tanggungjawab menyeru

9
3.0 PERANAN HISBAH
Peranan umum yang dimaksudkan ialah peranan institusi hisbah dalam
menegakkan ma’ruf dan mencegah mungkar yang bersifat umum
iaitu pelaksanaannya menyeluruh dan tidak terbatas kepada tempattempat tertentu
sahaja. Biasanya ia melibatkan perkara-perkara yang bersangkutan dengan nilai-nilai
keagamaan dan kepentingan awam.
Antara peranan umum institusi hisbah yang ada hubung kaitnya dengan
sektor ekonomi ialah:
• Menjaga dan mengawasi kesahihan akidah dan ibadat umat Islam Akidah dan ibadat
merupakan dua perkara pokok dalam ajaran Islam. Umat Islam wajib dan mesti
menetapkan dirinya berada dalam akidah Islam yang betul dan seterusnya wajib pula
mengerjakan segala ibadat yang difardukan oleh Allah SWT. Oleh itu, dalam
memastikan umat Islam sentiasa beriltizam atas landasan Islam yang sebenar dan
mengikuti segala ajarannya serta menjauhi segala larangannya maka institusi hisbah
bertanggungjawab untuk mengawasi, menasihati, dan memperbetulkan keadaan
sekiranya terdapat orang-orang yang jahil dan ingkar dalam kedua-dua perkara ini
walau di mana ia berlaku. Contoh yang biasa berlaku kecuaian dan kealpaan dalam
perkara ini ialah solat Jumaat, di mana ramai yang tidak menunaikan solat jumaat
terutamanya di kawasan-kawasan sibuk seperti pusat perniagaan, pasar dan
seumpamanya. Dalam hal ini muhtasib boleh memantau dan mengambil tindakan ke
atas mereka yang ingkar.17

• Mengawasi akhlak dan moral masyarakat Antara tanggungjawab institusi hisbah


adalah untuk memastikan setiap anggota masyarakat di bawah jagaannya mematuhi
dan mengamalkan akhlak dan moral Islam dalam setiap perkara. Untuk tujuan tersebut
muhtasib boleh mengambil Tindakan menasihati, menangkap atau mendenda individu
yang didapati perlakuannya mencurigakan seperti berdua-duaan lelaki dan
perempuan, mengintai keaiban orang, mengunjungi pusat-pusat hiburan dan
seumpamanya.18 Begitu juga muhtasib berhak melarang pembawa kayu api, batu
bata, air dan sebagainya memasuki pasar dalam keadaan atau masa tertentu kerana
dibimbangi akan mengotorkan pakaian orang ramai yang lalu-lalang di situ.

• Menyelia dan menjaga kemudahan awam Kemudahan-kemudahan awam yang


disediakan oleh kerajaan adalah untuk kepentingan dan kesenangan bersama.
Kemudahan awam yang bersih, elok, dan selamat tentunya memberi keselesaan

10
kepada orang ramai ketika menggunakannya. Demi memastikan kemudahan-
kemudahan awam ini kekal selamat dan tidak menyusahkan orang ramai, pihak
kerajaan Islam melalui institusi hisbah berkewajipan melindungi dan menjaga harta
awam ini daripada anasir-anasir yang boleh merosak atau mencacatkan kemudahan
awam tersebut. Sehubungan itu, muhtasib boleh mencegah setiap halangan yang
dapat mengganggu kelancaran lalu lintas di jalan raya seperti melarang penjual
meletakkan barangan di jalan yang sesak, peniaga yang memanjangkan dinding
kedainya sehingga melewati Kawasan laluan awam, individu yang memanjangkan
anjung rumah atau menanam pokok di jalan yang sempit sehingga mengganggu orang
ramai yang menggunakan jalan tersebut.20 Selain itu, muhtasib juga berperanan
memastikan kedudukan pasar selesa dan sesuai untuk kegiatan perniagaan. Mereka
bertanggungjawab Menyusun kedudukan kedai-kedai di mana setiap kedai diasingkan
mengikut jenis barangan yang diniagakan. Contohnya bahagian makanan, buah-
buahan dan sayuran diletakkan pada satu tempat, sementara bahagian wangi-
wangian dan ubat-ubatan pula di tempat yang lain. Muhtasib juga memainkan peranan
memupuk persefahaman dan menjalin kerjasama antara pelbagai sektor ekonomi di
satusatu Kawasan
• Mengawasi kebersihan premis dan kesihatan penduduk Kebersihan premis-premis
perniagaan menjadi tugas institusi hisbah menjamin dan memastikan berada di tahap
yang memuaskan dan terkawal. Antaranya, muhtasib bertanggungjawab mengawasi
kebersihan makanan, bekas makanan, tempat makan dan para pekerjanya. Setiap
makanan yang dijual hendaklah dipastikan bersih dari sebarang kekotoran. Muhtasib
berhak untuk memerintahkan tukang-tukang masak membersihkan bekas-bekas
masakan dan membasuhnya dengan air panas. Mereka juga hendaklah menutup
bekas-bekas makanan dan menjaganya supaya tidak terkena debu dan dihinggapi
lalat. Muhtasib seterusnya diberi kuasa memeriksa makanan yang dijual di pasar-
pasar dan hotel-hotel untuk memastikan kebersihannya dan mereka juga berhak
menyuruh penjual air menutup bekas airnya dengan kain agar tidak dimasuki kotoran.
Seterusnya soal kesihatan penduduk juga turut diawasi oleh muhtasib. Menjadi
tanggungjawab muhtasib mengawasi kelayakan para doctor dan ahli farmasi kerana
merekalah orang yang bertanggungjawab menjaga kesihatan awam. Muhtasib juga
diberi kuasa melakukan pemeriksaan terhadap ubat-ubatan yang dipasarkan pada
setiap minggu. Di samping itu, mereka juga hendaklah memastikan bahawa ahli
farmasi yang bertugas mencampurkan ubat-ubatan atau makjun itu benar-benar
berkelayakan dan mahir dalam tugasnya supaya tidak memudaratkan pesakit atau
membawa maut

11
4.0 PERBEZAAN HISBAH PADA MASA KINI DAN ZAMAN RASULULLAH

Perbedaan yang terlihat terdapat pada spesifikasi, jika hisbah hanya dalam satu lembaga atau
belum terbentuknya lembaga, walaupun seiring perkembangannya ada tugas khusus seperti
bukan hanya mengawasi transaksi dan pasar namun ada tugas untuk mengawasi
perencanaan dan industri. Sedangkan pada zaman modern, semua lembaga telah di
kelompokkan masing-masing ke dalam fungsinya, seperti BPOM yang mengawasi khusus
dalam perdagangan yang berkaitan dengan pangan, obat dan kosmetik, kemudian Pasca lahir
dan berlakunya Undang-Undang No. 33 Tahun 2014, LPPOM MUI tidak lagi memiliki hak
penuh atas pengeluaran dan penetapan sertifikasi jaminan produk halal, melainkan hanya
sebagai mitra, lalu KPPU yang mengawasi dalam aspek ekonomi persaingan usaha skala
makro dalam pelanggaran monopoli dan persaingan usaha yang tidak sehat seperti YLKI
(Yayasan Lembaga Konsumen Indonesia) serta OJK yang terkait dalam pengawasan industri
keuangan, dan lembaga DPS yang mengawasi produk bank atau lembaga keuangan syariah
apakah sesuai atau tidak dengan fatwa yang telah ditetapkan.22

Pada zaman Rasul, hisbah selain menindak lanjuti dalam bentuk hukuman preventif dan juga
bisa memberikan hukuman berupa tas’ir. Sedangkan pada zaman modern, hanya dalam
bentuk pengawasan dan mencegah langsung jika terjadi pelanggaran dalam kasus berat akan
dilaporkan ke pihak yang berwajib untuk diadili secara hukum tertulis.

Dalam hisbah pada zaman Rasul, pengawas atau muhtasib tersebar di semua pasar agar
lebih terawasi secara teratur dan tertata. Sedangkan pada zaman modern, para petugas
ditempatkan hanya di kota besar dan jarang terjun langsung ke tempat kejadiannya,
pemeriksaan dan fungsi pengawasan hanya berjalan jika hari-hari besar islam.

Hisbah dalam pengawasannya hanya dalam aspek distribusi dan produksinya saja.
Sedangkan pada zaman modern, masing-masing mempunyai kekhususan walaupun rata-rata
hampir sama dalam aspek produksi dan distribusi, karena tidak ada lembaga yang khusus
mengawasi dalam aspek konsumsinya.

Jika hisbah dijalankan dalam Negara Islam yang dimulai sejak zaman Rasulullah, dan itu
dalam bentuk Negara Islam sampai kekhalifahan setelahnya. Pada zaman modern, dijalankan
di Indonesia dalam bentuk republik dan Negara yang menganut UUD dan Pancasila bukan
Negara Islam. Institusi hisbah adalah elemen pelengkap dalam menjaga syariat Islam. Pada
zaman modern juga sebagai elemen pelengkap dalam tugas Negara menyejahterakan
masyarakatnya yang tertuang dalam UU No. 5 tahun 1999 “Terwujud Ekonomi Nasional Yang
Efisien Dan Berkeadilan Untuk Kesejahteraan Rakyat

12
5.0 KEPENTINGAN HISBAH PADA MASA KINI
Bila disebut tentang institusi hisbah dalam konteks semasa, terdapat kecenderungan untuk
menyempitkan institusi berkenaan kepada institusi khusus agama Islam seperti jabatan
agama Islam negeri atau persekutuan. Kita tidak nafikan bahawa institusi penguatkuasaan
undang-undang Islam seperti bahagian penguatkuasaan jenayah syariah memainkan
peranan hisbah seperti dalam kes zina, khalwat, makan di tempat awam pada bulan Ramadan
dan seumpamanya, namun kita tidak boleh menyempitkan pelaksanaan hisbah dalam aspek
ini semata-mata. Sebenarnya prinsip dan amalan hisbah boleh berlaku dalam pelbagai
kaedah dan melalui pelbagai institusi dalam sistem pentadbiran moden, tanpa tertakluk
kepada penjenamaan khusus.

Tujuan hisbah bukan sahaja dapat dicapai melalui penubuhan institusi tertentu, bahkan ia
boleh terlaksana melalui penyusunan struktur kerajaan serta amalan pentadbiran yang dapat
mendorong amalan hisbah. Misalnya struktur kerajaan yang berteraskan doktrin pengasingan
kuasa antara badan pentadbiran, badan perundangan dan badan kehakiman sebenarnya
menjadi asas yang kukuh dalam amalan hisbah. Kuasa yang terhad bagi setiap institusi, serta
peranan untuk saling semak dan imbang menjadikan konsep dan amalan pengasingan kuasa
ini sebagai tapak penting dalam mengukuhan amalan hisbah dalam sistem politik negara.

Dalam hal ini, sejarah Islam menunjukkan bahawa konsep hisbah pernah menjadi satu faktor
yang mewujudkan elemen ‘semak dan imbang’ dalam pemerintahan Islam klasik. Noah
Feldman (2007) misalnya menganggap bahawa institusi ulamak yang sangat berpengaruh
dan dominan pada waktu itu memainkan peranan mengimbangi badan eksekutif iaitu khalifah.
Dengan lain perkataan, para ulamak yang memainkan tanggungjawab mereka melaksanakan
amar makruf dan nahi munkar telah menjalankan tugas badan legislatif dari sudut perspektif
sistem politik moden.

Selain itu, proses pengkanunan undang-undang yang melibatkan kesalahan jenayah,


kesalahan berkaitan perniagaan dan perihal dagangan, kecuaian, pencerobohan hak peribadi
dan seumpamanya adalah langkah penting dalam proses hisbah dalam sistem pentadbiran
moden. Sesuatu kesalahan yang dimasukkan dalam perundangan melalui proses
pengkanunan menjadi satu panduan kepada rakyat dalam perhubungan antara satu dengan
yang lain.

Undang-undang yang dikanunkan tadi dikuatkuasakan oleh badan-badan penguatkuasa yang


dilantik dalam sesebuah negara termasuklah institusi polis, penguatkuasa pihak berkuasa
tempatan, badan pencegah rasuah, penguatkuasa pengangkutan jalan raya, penguatkuasa
maritim dan seumpamanya. Dari perspektif sistem politik Islam, semua badan penguatkuasa
ini adalah badan yang melaksanakan peranan amar makruf dan nahi munkar dan memenuhi

13
definisi sebagai badan hisbah. Oleh yang demikian, dari sudut operasinya kita boleh
menganggap agensi seperti Polis Di-Raja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), penguatkuasa Majlis-majlis
Bandaraya, Perbandaran dan Daerah, dan seumpamanya adalah pelaksana kepada peranan
hisbah dalam negara.

Selain daripada institusi penguatkuasaan undang-undang, terdapat banyak lagi badan atau
kumpulan manusia yang menjalankan peranan hisbah dan sesebuah negara. Kewujudan
institusi yang melaksanakan audit ke atas

pengurusan kewangan dan harta juga seperti Jabatan Audit Negara, memainkan peranan
penting dalam hisbah. Dalam konteks pentadbiran kerajaan, jabatan yang menerima
pengaduan terhadap prestasi jentera kerajaan seperti Biro Pengaduan Awam (BPS) dan
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) juga memainkan peranan hisbah.
Tegasnya, jentera kerajaan yang terletak di bawah badan eksekutif dalam sesebuah kerajaan
bukan sahaja memberikan khidmat kepada masyarakat, bahkan menyediakan mekanisme
yang perlu bagi membuat semakan berterusan dan menerima aduan ke atas sistem
penyampaian kerajaan.

14
6.0 KESIMPULAN
Demikianlah beberapa peranan yang dimainkan oleh institusi hisbah pada zaman
kegemilangannya telah mampu mendedahkan berbagai-bagai bentuk penipuan,
penyelewengan, pengeksploitasian dan pemalsuan yang berlaku dalam sektor ekonomi di
negara Islam dan seterusnya menghapuskan kezaliman dan penindasan. Peranannya bukan
setakat mengawasi kesalahan luaran semata-mata bahkan melampaui kesalahan-kesalahan
lain yang berkait dengan aspek spiritual, akhlak, dan moral penduduk.

Menurut prinsip politik Islam, kerajaan bertanggungjawab untuk memastikan wujudnya


amalan hisbah dalam sesebuah pentadbiran. Perlaksanaan hisbah ini boleh disesuaikan
berdasarkan perkembangan zaman. Mungkin ada yang berhujah bahawa sistem pentadbiran
sedia ada telah memenuhi keperluan hisbah melalui pelbagai mekanisme dan institusi di
peringkat negeri dan Persekutuan. Tidak dinafikan bahawa sebahagian besar fungsi hisbah
telah terlaksana melalui sistem sedia ada, namun skop hisbah adalah lebih luas berbanding
perlaksanaan semasa. Selain itu, konsep hisbah yang mempunyai

Ikatan dengan unsur tauhid dan adab Islam menjadikannya lebih komprehensif dan luas
berbanding sistem sedia ada. Selain itu, hisbah bukan sahaja menyentuh soal
penguatkuasaan peraturan, bahkan ia melibatkan proses membetulkan tindakan eksekutif
menggunakan pendekatan yang terbaik

15
7.0 RUJUKAN

• https://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-muamalat/5_institusi_hisbah.pdf
• https://people.utm.my/fathi/hisbahdun/#:~:text=Hisbah%20berfungsi%20untuk%20m
emastikan%20setiap,mewujudkan%20keseragaman%20dalam%20tindakan%20pen
guatkuasaan.&text=Hisbah%20adalah%20satu%20mekanisme%20pengawasan%20
dalam%20sesebuah%20pemerintahan%20Islam.
• https://e-jurnal.staiattanwir.ac.id/index.php/attanwir/article/view/11
• http://journalarticle.ukm.my/11210/
• https://journal.uinsgd.ac.id/index.php/mua/article/download/16270/7703

16

Anda mungkin juga menyukai