Anda di halaman 1dari 13

Apa itu LGBT?

LGBT atau juga dikenali dengan nama lain GLBT adalah merujuk kepada sekelompok
golongan yang mengamalkan cara hidup Gay, Lesbian, biseksual, dan transeksual.
Nama ini telah diguna pakai sejak tahun 1990an lagi bagi melabel mereka yang
mejalani hidup LGBT. Singkatan ini juga diterima oleh setengah Negara di barat seperti
amarika syarikat yang memberi kebenaran untuk menjalan cara hidup LGBT ini, sama
seperti protokol Negara mereka iaitu ‘American is a free country’. Selain daripada itu
Negara lain yang membenarkan cara hidup LGBT ini adalah Argentina, Perancis dan
Turki. Istilah LGBT bertujuan untuk menekankan kepelbagaian seksualiti dan gender
budaya berasaskan identiti. Ia boleh digunakan untuk merujuk kepada sesiapa yang
bukan heteroseksual atau bukan cisgender, bukan semata-mata untuk orang-orang
yang lesbian, gay, biseksual atau transgender.

Tidak semua Negara memandang cara hidup ini patut dijalankan, sesetengah negara
juga telah menentang secara habis-habisan cara hidup ini. Kebanyakan Negara ini
adalah Negara-negara islam seperti Malaysia. Walaupun cara hidup ini telah sampai di
Negara itu, namun masyarakat telah menolak untuk menerima kelompok ini. Ini adalah
kerana cara hidup LGBT ini tidak selari dengan cara yang telah diajar oleh islam.
Adalah lebih sedih lagi apabila kelompok-kelompok ini juga telah sekali digelar sebagai
islam dan mendapat tuntutan ilmu yang mendalam tentang islam.
Lesbian

Lesbian adalah golongan yang mempunyai tarikan seksual terhadap perempuan lain,
Golongan ini mudah jatuh cinta dan kasih sesama mereka. Mereka juga mempunyai
keinginan yang tinggi untuk hidup bersama selama-lamanya. Golongan lesbian ini
bukan golongan yang biasa, mereka adalah golongan yang istimewa. Sesetengah
daripada mereka merasakan kurang sopan apabila berada dalam masyarakat yang
tidak mengamalkan gejala ini. Segelintir daripada mereka akan merasa kurang selesa
bila berpakaian dengan pakaian perempuan, mereka lebih selesa apabila memakai
pakaian lelaki sebagai hiasan tubuh. Mereka juga lebih cenderung untuk melakukan
aktiviti lasak yang selalu dilakukan oleh golongan lelaki seperti bersukan. Seorang
daripada pasangan ini lebih cenderung untuk menjadi seperti lelaki malah memakai
pakaian seperti lelaki, mempunyai rambut seperti lelaki (pendek), dan bersifat kasar
atau dikenali sebagai penkid. Bertentangan dengan pasangannya memakai seperti
perempuan biasa tetapi mereka menggamalkan cara hidup songsang ini. Di Negara
Malaysia sering didengari dengan pelbagai telatah buruk yang dilakukan oleh pasangan
ini, seperti cerita yang heboh baru-baru ini iaitu golongan yang dikenali sebagai penkid
ini memakai seperti lelaki dan mendirikan solat jumaat, yang hanya boleh didirikan oleh
kaum adam sahaja.
Gay

Seterusnya, maksud G di dalam LGBT yang memberi maksud Gay. Perkataan Gay
selalunya digunakan untuk merujuk kepada pasangan sejenis sama seperti lesbian
tetapi yang membezakan nya adalah lelaki bersama lelaki. Gay juga merupakan satu
gejala yang tidak sihat kerana individu tersebut mudah tertarik dengan kaum sejenis.
Perkara ini dilarang sama sekali dalam Islam. Menurut Bieschke (2011), gay bermaksud
seorang lelaki yang mempunyai emosi dan keinginan seksual terhadap lelaki lain.
Golongan ini sangat mudah tertarik dengan lelaki lain terutamanya kepada lelaki yang
mempunyai rupa paras menarik, tampan, bergaya, bertubuh sasa dan sebagainya.

Menurut Bieschke (2011) lagi, perkataan gay ini juga membawa maksud homoseksual.
Dari sudut yang lain pula, ia membawa maksud “seronok” dan “riang”. Seronok yang
dimaksudkan ialah mereka merasa lebih seronok dan bahagia apabila aktiviti yang
mereka lakukan mendapat perhatian daripada pihak yang lain. Apatah lagi, mereka
mempunyai pasangan yang memahami jiwa mereka dan kehendak mereka. Tidak
hairanlah, pada zaman sekarang golongan gay ini mampu menubuhkan persatuan
mereka yang bergerak secara senyap dan aktif.
Tetapi, baru-baru ini golongan ini berani untuk menunjukkan diri mereka kepada
halayak ramai dan membuat huru-hara. Sebagai contoh, baru-baru ini terdapat
sekelompok golongan gay yang membuat ganguan seksual di tempat awam di shah
alam. Mereka dikatakan menangkap dan meliwat orang yang sedang bersenam. Yang
lebih mengerunkan kaum adam ini adalah kelompok yang melakukan jenayah ini
mempunyai badan-badan yang tegap. Bukan dengan itu sahaja, malah sarang-sarang
maksiat di Negara Malaysia ini sesetengah nya adalah dipenuhi dengan golongan gay
ini.

Biseksual

Biseksual adalah merujuk kepada individu yang mempunyai kecenderungan untuk


melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan.
Golongan seperti ini mempunyai keinginan seks yang melampau kerana mereka rela
dan seronok apabila melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina. Biseksual
adalah istilah untuk orang yang tertarik secara seksual baik terhadap lelaki mahupun
perempuan. Biseksual juga didefinisikan sebagai orang yang memiliki ketertarikan
secara psikologi, emosional dan seksual terhadap lelaki dan perempuan

Seorang yang mengalami biseksual akan menjalinkan hubungan asmara dalam


tempoh waktu tertentu dengan seseorang daripada gender yang sama, kemudian di
waktu yang lain, pelaku biseksual akan menjalinkan hubungan serius dengan
seseorang dari jantina yang berbeza pula menurut seorang pengamal blog melalui
blognya (http://ramuanboyke.com/blog/waspadai-gejala-biseksual/). Jelas disini bahawa
biseksual bukanlah satu gejala yang memberikan manfaat dan juga kesihatan yang
baik. Apabila hubungan seks dilakukan dengan ramai pasangan, melibatkan jantina
yang berbeza pula, ia akan mendatangkan kemudaratan pada si pelaku. Walaupun
perkara ini susah untuk dipercayai oleh sesetengah daripada pembaca, namun ia benar
berlaku di zaman yang serba moden ini.

Transeksual

Manakala Transeksual atau transgender ialah satu keadaan di mana seseorang


cenderung mengenalpasti diri mereka dengan gender yang tidak konsisten dengan
jantina biologi mereka. Biasanya mereka akan melakukan beberapa usaha perubatan
untuk menukar keadaan fizikal mereka supaya menyerupai jantina berlawanan.
Menurut beberapa pengkaji, golongan transeksual ini mengalami kecelaruan gender
iaitu merasai dirinya terperangkap dalam tubuh yang salah, di mana mereka
berkeinginan untuk memiliki jantina yang berlawanan dari yang ditentukan sejak lahir.

Golongan ini, kebanyakannya dapat dilihat di kawasan-kawasan maksiat, seperti


dirumah pelacuran, sesetengah dari golongan ini kebanyakannya telah menukar alat
kelaminnya malah sesetengah hanya memakai pakaian seperti mengikuti jantina lain.
Malah terdapat juga yang hanya menambah buah dada untuk menampakkan persis
seperti perempuan.
Mungkin dari sezi fizikalnya, lelaki ini menyerupai wanita, tetapi secara zahirnya beliau
dilahirkan sebagai lelaki yang telah melakukan pelbagai cara untuk menyerupai wanita.
Hukum LGBT menurut islam

Masalah LGBT di Malaysia amat membimbangkan, yang lebih sedih lagi apabila hampir
kesemua golongan ini ialah umat islam, yang diberikkan pendidikan islam dan hukum-
hukumnya. Semua manusia sama ada lelaki atau perempuan setaraf di sisi Tuhan.
Selain daripada identiti jantina tersebut, semua agama mengakui terdapat manusia
yang mengalami kekeliruan identiti jantina. Hal ini, turut memberi kesan kepada
orientasi seksualnya. Dalam Islam, ia dikenali sebagai khunsa yang terbahagi kepada
dua; khunsa wadhih dan khunsa mushkil. Kecelaruan identiti jantina transgender dan
khunsa disebabkan oleh beberapa faktor, khasnya genetik, hormon, persekitaran dan
psikologi. Masalah utama kebanyakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)
ialah dosa dan mental, bukannya genetik dan lain-lain.

Sejarah telah membuktikan bahawa golongan LGBT ini tidak diterima oleh ALLAH. Hal
ini telah dibuktikan melalui sejarah yang telah berlaku pada zaman Nabi Lut a.s. Beliau
diutuskan oleh ALLAH untuk kaum yang sangat degil dan selalu membuat bencana iaitu
kaum Sadum. Keinginan dan aktiviti kaum Sadum ini sangat aneh. Mereka gemar
melakukan rompakan dan samun di tengah jalan. Bagi golongan lelaki kaum Sadum ini,
mereka tidak mempunyai keinginan terhadap kaum wanita walaupun sedikit, malah
mereka lebih tertarik kepada lelaki. Mereka tidak akan berkahwin kecuali dengan
pasangan yang sama jenis jantinanya.

Tanggungjawab yang dipikul oleh Nabi Lut a.s amatlah berat. Beliau terpaksa
berhadapan dengan kaum yang amat derhaka kepada ALLAH serta melawan fitrah
kejadian manusia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Nabi Lut a.s. Namun, usaha
yang dilakukan menemui kegagalan. Malah, baginda pernah diugut supaya
menghentikan dakwahnya. Kaumnya juga pernah mencabar Nabi Lut a.s supaya
mendatangkan seksaan ALLAH kepada mereka sekiranya dia benar-benar seorang
nabi. Akhirnya Nabi Lut berdoa pada ALLAH, “ Ya Allah, tolonglah aku untuk melawan
kaum yang membuat bencana ini”.
Tidak lama kemudian, Allah swt telah memerintahkan beberapa orang malaikat untuk
berjumpa dengan Nabi Ibrahim a.s bagi memberitahu bahawa kaum dan negeri Nabi
Lut a.s akan ditimpa bencana oleh ALLAH. Serentak dengan itu, Nabi Ibrahim bertanya
kepada malaikat, adakah Nabi Lut a.s dan ahlinya akan terlibat sama dalam bencana
tersebut. Dijawab oleh para malaikat yang datang menemuinya ketika itu bahawa Nabi
Lut a.s dan ahlinya akan diselamatkan oleh ALLAH kecuali isterinya sahaja.
Sesungguhnya ALLAH itu berkuasa menyelamatkan mana-mana hamba yang
dikehendakiNYA.

Beberapa hari selepas itu, ALLAH telah memerintahkan beberapa orang malaikat
untuk menziarahi Nabi Lut a.s. untuk mengkhabarkan berita bencana yang akan
diturunkan. Para malaikat yang datang menziarahi Nabi Lut telah menyamar sebagai
seorang lelaki kacak. Nabi Lut a.s. merasa terkejut tatkala dikhabarkan dengan berita
bencana itu, namun baginda telah ditenangkan oleh malaikat bahawa baginda tidak
perlu bimbang kerana baginda dan ahlinya akan selamat kecuali isterinya yang derhaka
itu.

Peristiwa kehadiran malaikat ke rumah Nabi Lut a.s dapat dihidu oleh kaumnya. Mereka
sama sekali tidak tahu bahawa lelaki yang ada di dalam rumah Nabi Lut a.s itu adalah
malaikat. Mereka segera ke rumah Nabi Lut a.s lalu mendesak baginda supaya
menyerahkan lelaki itu kepada mereka untuk dikahwini. Serentak dengan itu, Nabi Lut
a.s berkata kepada kaumnya, “ Wahai kaumku, aku sama sekali tidak keberatan untuk
menyerahkan anak gadisku kepada kamu untuk kamu kahwini, nescaya aku akan
menyerahkan dengan senang hati, tetapi, jangan sesekali kamu inginkan akan tamu-
tamuku ini, apakah tidak waras fikiran kamu lagi? Tolonglah jangan membuat aku malu
dihadapan tetamuku ini”. Itulah, kata-kata Nabi Lut a.s kepada kaumnya.

Berlaku perbalahan antara Nabi Lut dan kaumnya, yang mana kaumnya yang degil itu
tetap mahukan lelaki itu. Mereka tidak mahukan anak gadis Nabi Lut a.s. Serentak
dengan itu, para malaikat tersebut telah memberitahu kepada Nabi Lut a.s supaya
segera meninggalkan negerinya pada malam tersebut kerana ALLAH akan menurunkan
bencana pada keesokkan harinya. Nabi Lut a.s bersama ahlinya segera meninggalkan
negeri mereka pada malam itu kecuali isterinya yang derhaka itu.

Pada keesokkan harinya, seperti yang dijanjikan ALLAH, telah berlaku satu bencana
besar yang amat dahsyat kepada kaum Sadum. Negeri mereka telah ditimpa dengan
tanah runtuh yang amat dahsyat hingga tidak ada seorang pun yang terselamat.
Kesemuanya telah ditenggelamkan oleh ALLAH dengan timbunan tanah dan kaum
Sadum telah dimusnahkan oleh ALLAH. Demikianlah balasan ALLAH terhadap kaum
yang ingkar dengan arahanNYA.

Daripada cerita di atas, jelaslah disini bahawa aktiviti LGBT ini adalah songsang dan
dibenci oleh ALLAH. Seperti kisah kaum Sadum yang diturunkan bala oleh ALLAH telah
cukup menggambarkan kepada kita bahawa LGBT adalah satu aktiviti yang haram dan
keji. Hal ini kerana LGBT ini melawan fitrah manusia yang telah diciptakan oleh ALLAH
sebagai berpasang-pasangan.
Kesan LGBT

Kesan kepada masyarakat

LGBT bukan lagi perkara yang jarang kita dengar pada zaman yang serba moden in,
malah perkara ini makin membimbangkan pelbagai pihak sebagai contoh pihak
masyarakat. Masyarakat semakin merasa tidak selesa dengan kewujudan golongan ini
yang semakin hari semakin berani menunjukkan diri mereka melalui pelbagai cara,
seperti di laman-laman sosial. Dalam kehidupan bermasyarakat, seseorang yang tidak
mematuhi peraturan masyarakat, ianya akan disingkirkan daripada masyarakat
tersebut. Hal ini kerana mereka akan membawa masalah dalam masyarakat. Sebagai
contoh, golongan LGBT atau ahli masyarakat yang terlibat dengan LGBT akan diusir
oleh masyarakat kerana dikhuatiri akan mempengaruhi individu lain untuk menyertai
mereka. Sekiranya ia berlaku, masyarakat yang terlibat akan menanggung malu dan
kehormatan masyarakat tersebut akan jatuh.

Kesan kepada agama

Malaysia bukanlah seperti Negara-negara barat yang lain yang menggunakan nama
Negara terbuka, malah Negara Malaysia adalah Negara yang penuh dengan adat dan
tata susilah, tidak kurang dengan itu, Malaysia juga dikenali dengan Negara islam yang
gah dimata Negara-negara islam yang lain. Perkara ini secara langsung akan memberi
kesan yang mendalam terhadap agama islam.

Agama adalah panduan hidup bagi pengantunya dan dalam agama mempunyai
tatacara hidup yang sempurna dan baik. Yang pasti sama ada Islam, Hindu, Buddha,
Sikh dan agama-agam lain turut menolak LGBT ini. Mengapa? Kerana aktiviti LGBT ini
amatlah dilarang dalam semua agama. Seperti yang telah diceritakan di awal atikel ini,
kisah kaum sadum yang dibinasakan oleh ALLAH akibat perbuatan jijik mereka, sudah
cukup membuktikan bahawa Islam menentang dan melarang umatnya terlibat dengan
LGBT. Tujuan setiap perkahwinan adalah untuk meramaikan umat manusia di muka
bumi ini. Bagaimana pula jika LGBT ini dibenarkan, seorang lelaki bersuamikan lelaki
dan seorang perempuan beristerikan perempuan Sekiranya amalan LGBT ini
berleluasa maka, matlamat Islam untuk meramaikan umat tidak dapat dicapai degan
baik.

Tidak kurang dengan itu, di seperti yang diceritakkan diatas hampi 70% yang terlibat
daripada golongan ini adalah anak-anak melayu yang dilahirkan beragama islam. Ia
tidak sahaja memberi nama yang buruk kepada Negara maka ia mungkin akan
membusukkan nama islam seperti mana pejuang-pejuang islam yang sesat beri kesan
yang busuk kepada nama islam.
Kesimpulan

Keismpulannya, isu LGBT ini yang mengamalkkan cara hidup yang songsang perlu
dicaegah dengan pelbagai cara, jika isu ini terus berlanjutan maka mungkin ramai lagi
anak-anak muda di luar sana akan turut terjebak dengan permasalahan ini. Golongan
ini bukan sahaja melakukan sesuatu yang tidak normal malah mereka juga tidak
menghormati institusi keluarga, agama dan aspek moral. Akibat daripada pembudayaan
negatif ini, kemusnahan sistem sosial akan berlaku dengan pecanggahan nilai dan adat
budaya timur. Dalam usaha untuk membangunkan dan mengekalkan nilai murni yang
baik, anak-anak yang terjerumus ke dalam gejala LGBT tidak patut disisihkan dan
dibiarkan. Mereka perlu diberikan perhatian secukupnya bagi menyedarkan mereka
bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah salah. Institusi kekeluargaan dilihat agen
yang paling penting untuk menyedarkan golongan ini.

Islam mempunyai alasan yang amat kukuh dengan melihat amalan ini sebagai satu
gejala yang jauh menyimpang daripada fitrah kejadian manusia yang beradab dan
berakhlak mulia. Penolakkan gejala ini perlu dilakukan dengan kerjasama daripada
pelbagai pihak. Terutamanya pihak kerajaan serta pihak-pihak yang berkaitan dengan
agama dan undang-undang. Keterlibatan daripada badan-badan NGO dan
sukarelawaan juga amat diperlukan.

Oleh itu, janganlah kita memandang rendah dan bersikap diam diri dengan alasan hal
ini tidak melibatkan diri kita. Sesungguhnya bala ALLAH itu tidak turun hanya pada
orang yang melakukan kesalahan sahaja tetapi orang yang tidak bersalah pun turut
menerima bala. Oleh itu, sudah menjadi kewajipan kita untuk membendung dan
menegah gejala ini yang semakin menular dengan begitu cepat.

Sebagai kesimpulannya, Islam menggalakkan, kebaikan dan menegah kemungkaran.


Sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada terjerumus ke
dalam lembah kemaksiatan. Tindakan kita pada hari ini akan menentukan masa depan
kita pada hari esok.

Anda mungkin juga menyukai