Anda di halaman 1dari 15

Bincangkan tentang kepentingan perihal devian dan masalah sosial dalam abad ke-21

Seperti yang kita ketahui bahawa tingkah laku devian merupakan suatu perlakuan yang
menyimpang atau melencong dan melanggar norma-norma masyarakat tertentu seperti
rasisime, keganasan domestik dan sebagainya yang terjadi apabila wujudnya emosi yang
tidak gembira hasil dari faktor persekitaran misalnya hubungan kekeluargaan yang berpecah
belah dan kurang mendapat perhatian ibu bapa. Oleh itu amatlah penting perihal devian dan
masalah sosial dalam abad ke-21 bagi mengelakkan berlakunya tingkah laku devian dalam
masyarakat. Hal ini boleh menyebabkan masyarakat akan berusaha meninggalkan tingkah
laku devian kerana mengetahui terdapat pelbagai keburukan dan kesalahan yang tidak
seharusnya dilakukan dalam kehidupan.
perbezaan antara devian diterima masyarakat barat tetapi ditolak oleh masyarakat timur

Antara perbezaan yang dapat saya lihat ialah devian yang diterima masyarakat barat
kerana mereka sendiri sengaja memlilih tingkah laku devian tersebut dan
menganggap tingkah laku itu sesuai dengan kehidupan mereka walaupun perlakuan
tersebut boleh dianggap sebagai melanggar norma setempat tetapi mereka pilih
untuk dijadikan tingkah laku normal dalam kehidupan mereka.
Seterusnya masyarakat timur menolak tingkah laku devian kerana tingkah laku
tersebut dianggap tidak bermoral bagi masyarakat dan terlibat dengan perlakuan
songsang yang agama serta tidak diiktiraf sah dalam sesuatu sistem sosial. Hal ini
kerana masyarakat timur sangat mementingkan pengamalan akhlak yang baik
dalam mematuhi sesebuah norma masyarakat.

punca-punca dan kepincangan yang berlaku. Ini berikutan rakyat Malaysia terutamanya bangsa
Melayu yang beragama Islam begitu tinggi nilai kesopanan ataupun pegangan agamanya masih
lagi menjadi penyumbang utama yang terlibat dengan perlakuan songsang yang menyimpang
daripada nilai-nilai keislaman dan juga norma-norma yan
Menurut gambar ini, ceritakan bagaimana stigma itu
wujud terutamanya apa yang berlaku terhadap
masyarakat Muslim global dan apa tugas anda
dalam memastikan stigma ini tidak berlarutan.

Stigma terjadi disebabkan wujudnya perasaan tidak berpuas hati terhadap individu lain atas
sebab-sebab tertentu misalnya perbezaan dari segi perwatakan dan berpakaian atau faktor-
faktor yang memperlihatkan tanggapan buruk dalam sesebuah masyarakat. Seperti yang kita
dapat lihat dalam gambar di atas perempuan muslim yang berhijab dipandang serong kerana
tercetusnya stigma yang disebabkan oleh islamophobia iaitu rasa takut dan benci terhadap
muslim dan kebanyakkan masyarakat di sana mengatakan masyarakat muslim mempunyai
ideologi yang ganas sebagai satu agama. Perkara ini sering terjadi di negara luar misalnya di
Australia, walaupun sebahagian masyarakat di sana boleh menerima masyarakat muslim
tetapi masih ada sebilangan yang tidak dapat menerimanya.
Seterusnya, antara tugas-tugas yang perlu dilakukan untuk memastikan stigma ini tidak
berlarutan dan dapat dihapuskan adalah dengan menggunakan cara berhikmah iaitu melalui
pendekatan berdakwah secara langsung ataupun melalui media sosial seperti Facebook,
Youtube dan sebagainya boleh membantu menangani islamophobia dengan menerangkan dan
perbetulkan anggapan mereka bahawa masyarakat muslim bukanlah pengganas. Di samping
itu, umat islam mestilah mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan kegiatan
berunsurkan keganasan kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam yang menekankan
nilai murni iaitu sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik. Hal ini kerana sikap
mencerminkan peribadi seseorang dan boleh mengubah persepsi orang lain terhadap diri kita.
Kesimpulannya, setiap masyarakat perlulah memainkan peranan masing-masing agar stigma
ini dapat dihapuskan dan boleh mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai tanpa
wujudnya islamophobia dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Berdasarkan video 'White Collar Crime' tersebut, bincangkan kategori devian
yang paling sesuai mewakili jenayah/devian tersebut. Sejauh mana jenayah
kolar putih ini boleh dikaitkan dengan sistem kapitalis yang ada pada hari ini?
Jenayah “white collar” dikategorikan dalam devian yang dikenali sebagai inovator kerana
devian ini membawa maksud seseorang yang berstatus tinggi atau terhormat yang
mempunyai matlamat yang betul tetapi menggunakan kaedah yang salah untuk mencapai
matlamat tersebut contohnya melakukan jenayah korporat seperti penipuan kad kredit,
rasuah, penipuan insurans, penggubahan wang haram dan sebagainya. Jenayah kolar putih
lebih berbahaya daripada jenayah konvensional kerana jenayah ini menjejaskan kewangan
komersial di sesebuah negara. Sebagai contoh, sebuah syarikat yang terkemuka menggunakan
kuasa monopoli mereka untuk mengaut keuntungan melalui rasuah ketika memohon tender
projek. Di samping itu, jika jenayah kolar putih dibiarkan berleluasa di negara kita
menyebabkan ahli perniagaan tempatan mahupun asing hilang keyakinan dan kepercayaan
untuk melabur di negara kita.
Bincangkan 2 perkara di bawah:
1. Adakah sistem kita adil terhadap pelaku jenayah kolar putih atau jenayah korporat?

1) Seperti yang kita ketahui negara kita menggunakan sistem hukuman yang sudah
cukup adil kepada pesalah jenayah kolar putih mahupun jenayah korporat
misalnya mengenakan hukuman berbentuk bayaran denda yang tinggi berdasarkan
kepada jenayah yang dilakukan oleh kolar putih dan turut dikenakan hukuman
penjara bergantung kepada peruntukkan yang dikeluarkan oleh mahkamah jika
disabitkan dengan sesuatu kesalahan. Selain itu, negara Malaysia akan
mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada penjenayah kolar putih kerana
jenayah ini memberikan impak yang sangat besar kepada kewangan negara.

2. Adakah kadar jenayah keseluruhan meningkat atau menurun di kawasan anda


tinggal? Adakah anda fikir dunia akan lebih selamat atau berbahaya pada masa akan
datang?

2) Pada pendapat saya, kadar jenayah boleh berlaku di mana sahaja tetapi kita perlulah
mempunyai perancangan untuk membanteras jenayah yang berlaku. Selain itu, kadar
jenayah yang berlaku di tempat tinggal saya menurun kerana adanya pengawasan dan
kecekapan pihak polis dan mendapatkan kerjasama daripada pelbagai pihak bagi
mencegah berlakunya pertambahan kadar jenayah yang dilakukan masyarakat.
Namun, saya juga terfikira bahawa dunia akan lebih selamat pada masa-masa akan
datang sekiranya setiap masyarakat memainkan peranan dan mempunyai perancangan
masing-masing dalam membanteras kegiatan jenayah di Malaysia daripada berleluasa
supaya dapat mewujudkan sebuah negara yang aman dan bebas daripada jenayah. Hal
ini kerana, saya percaya bahawa setiap masyarakat semestinya tidak inginkan hidup
dalam persekitaran yang memberi ancaman bahaya kepada keluarga mereka. Akhir
sekali, pihak berkuasa mestilah mengeluarkan dan mengenakan tindakan yang
sewajarnya kepada setiap pelaku yang melakukan jenayah supaya mereka takut untuk
melakukan jenayah.
SILA KUPAS VIDEO YANG SAYA KONGSIKAN
SEMALAM (KLIK LINK) DAN APA PANDANGAN
ANDA TENTANG TINGKAHLAKU SEKOLAH ITU
TERHADAP GURU YANG MELAPORKAN DEVIAN
TERSEBUT? (DR. ADZIM)

https://www.youtube.com/watch?time_continue=7&v=toCArnzIZB0&feature=emb_title
Melalui hasil video yang dipaparkan memperlihatkan seorang guru lelaki iaitu Peter
Maliarakis memberikan maklumat tentang kesalahan seorang pengetua di sekolahnya yang
merahsiakan hubungan sulit pelajar dengan seorang guru, menipu berkaitan gred
matapelajaran contohnya pelajar yang gagal juga layak bergraduasi dan melakukan
penyalahgunan dana kepada “Crime Watch”. Selain itu, Peter Maliarakis turut memberikan
bukti-bukti yang kukuh berkenaan kesalahan yang dilakukan pengetua tersebut kepada pihak
atasan tetapi tidak diendahkan malahan beliau diberikan hukuman dan dibuli dengan
melakukan kerja yang banyak seperti menampal setem pada buku-buku yang bukan tugasnya.
Oleh itu, pada pandangan saya, pengetua tersebut melakukan kesalahan yang besar
dan perlu dikenakan tindakan sewajarnya kerana perbuatan beliau dilabelkan sebagai devian
negatif manakala tindakan yang dilakukan oleh Peter dianggap sebagai devian positif kerana
beliau cuba merungkai kebenaran yang disorokkan oleh pengetua dan tindakan beliau
dianggap sangat berani walaupun beliau menerima hukuman disebabkan kebenaran tersebut.
Jelaslah bahawa, “Crime Watch” merupakan sebuah rancangan yang memaparkan
perbuatan yang menyalahi undang-undang di sekolah seperti perbuatan pengetua tersebut
tidak seharusnya dicontohi oleh masyarakat. Dalam hal ini, masyarakat perlu memandang
serius terhadap perkara tersebut dan membuat aduan jika perkara tersebut turut berlaku
kerana pihak atasan seharusnya mengenakan hukuman yang tegas terhadap seseorang
pesalah.
ANDA DIBERI PELUANG UNTUK TERLIBAT DALAM AKTIVITI KESEDARAN SEPERTI DI ATAS,
APAKAH ANTARA INISIATIF YANG AKAN ANDA LAKSANAKAN SEPANJANG MINGGU
KESEDARAN TERSEBUT?
1. NYATAKAN NAMA AKTIVITI/PROGRAM (SEKURANG-KURANGYA 3) BESERTA
ALASAN KAMU MEMILIH AGENDA TERSEBUT. 

Program “Anda Bijak Jauhi Zina”


Kempen “Hentikan Rogol: Aku Kisah!”
Program “Isu rogol: pemangsa serakah vs mangsa menyerah”
 Saya memilih program dan kempen tersebut kerana ia dianjurkan untuk memberi
pendedahan berkenaan kes rogol dan tentang keganasan seksual yang berlaku pada masa kini
semakin berleluasa. Di samping itu, program yang dijalankan tersebut dapat memberi
kesedaran kepada masyarakat untuk untuk bersama-sama membanteras jenayah rogol dalam
masyarakat. Melalui program itu juga dapat memberi kaunseling terhadap mangsa-mangsa
rogol.

Seperti yang kita ketahui jenayah rogol bukanlah perkara asing lagi dalam kalangan
masyarakat di Malaysia. Selain itu, banyak juga kes rogol yang melibatkan remaja bawah
umur. Hal ini terjadi kerana, ramai remaja yang menjadi kes rogol disebabkan mudah
terpedaya dengan kata-kata manis yang diucapkan perogol dan disebabkan oleh pengaruh
rakan sebaya sendiri. Oleh itu, remaja yang di bawah umur sepatutnya dijaga bukannya
mengambil kesempatan ke atas mereka kerana mereka tidak berfikiran matang.
Selain itu, semua pihak mestilah menggalas tanggungjawab masing-masing agar jenayah
rogol dapat dibanteras di negara kita. Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam
melindungi anak-anak mereka dan sentiasa menasihati agar tidak mudah percaya dengan
orang yang tidak dikenali. Di samping itu, sebagai masyarakat kita tidak seharunya menghina
mangsa rogol kerana mereka akan merasa lebih tertekan dan akan bertindak melakukan
perkara sepatutnya seperti membunuh diri. Sebaliknya, kita harus memberi kata-kata
semangat dan memberi sokongan sewajarnya kepada mereka.
 
MENGGUNAKAN DATA YANG TERTERA DI ATAS, KONGSIKAN PANDANGAN ANDA
TENTANG MASALAH DADAH DAN PERKAITANNNYA DENGAN BANGSA MELAYU.

Seperti yang kita tahu, masalah penyalahgunaan dadah sememangnya menjadi satu isu yang
hangat di negara kita. Hal ini berlakunya peningkatan angka penagih dadah dari semasa ke
semasa. Menurut data di atas menunjukkan sebanyak 80% penagih dadah merupakan orang
melayu. Manakala bilangan penagih dadah yang tertinggi direkodkan dalam kategori usia 19
hingga 39 tahun dan kebanyakkan yang menjadi penagih dadah dari kalangan lelaki iaitu
sebanyak 96%. Selain itu, orang melayu mudah terjebak dengan gejala penyalahgunaan
dadah kerana faktor persekitaran tempat tinggal seperti tinggal di perkampungan, faktor
kemiskinan dan tahap pendidikan yang rendah.

Di samping itu, seseorang yang terjebak dengan gejala penyalahgunaan dadah kerana mereka
berfikir bahawa dengan mengambil dadah menyebabkan mereka lupa terhadap masalah yang
mereka alami, dapat mengurangkan tekanan dan dapat merasakkan keseronokan kerana
dadah dapat mengakibatkan seseorang itu berhalusinasi dalam dunianya sendiri. Oleh itu,
dapat disimpulkan bahawa masalah dadah berkait rapat dengan faktor-faktor yang disebutkan
di atas dan menjadi masalah besar dalam setiap lapisan masyarakat bangsa melayu mahupun
bangsa lain.

Menurut gambar di bawah , apakah yang anda boleh terjemahkan mengenai devian positif dan
devian yang boleh diterima?
 

Melalui gambar di atas, devian positf dan devian yang boleh diterima merupakan suatu
perbuatan yang berada di luar kawalan masyarakat ataupun luar daripada kawalan norma
kebiasaan manusia namun perbuatan tersebut dianggap sebagai perubahan positif yang
mewujudkan kesepaduan antara satu sama lain. Sebagai contoh yang kita dapat lihat ialah
melalui kaedah mengolekkan tayar dari bukit lebih mudah berbanding mengangkat tayar
kerana ianya memerlukan tenaga ramai orang.
Kesimpulannya, melalui devian positif merupakan suatu tingkah laku yang bertentangan
dengan sesuatu norma tetapi pada masa yang membawa banyak kebaikan ke arah yang positif
dalam sesebuah masyarakat.
Undang-undang adalah teknik yang digunakan untuk tujuan kawalan sosial. Sebagai contoh ada
undang-undang tertentu mengenai hubungan seksual yang sesuai dan ini sebahagian besarnya
berdasarkan nilai masyarakat. Dari segi sejarah, homeseksual telah dianggap sebagai jenayah. Pada
zaman moden ini, ini bukan lagi suatu kesalahan dan ini disebabkan oleh perubahan nilai-nilai
masyarakat. Namun masih ada undang-undang mengenai usia persetujuan sumbang mahram kerana
ini masih dianggap sebagai isu dalam masyarakat yang memerlukan cara kawalan.

Seperti yang kita homeseksual merupakan suatu hubungan sumbang mahram yang boleh
merosakkan imej agama Islam dan negara. Oleh itu, setiap negara perlulah mengeluarkan
undang-undang berkenaan homeksual dengan memfatwakan homeseksual sebagai perlakuan
yang haram untuk diamalkan sebagai gaya hidup dan tidak diiktiraf oleh mana-mana
perundangan Malaysia.
Seterusnya, parlimen di peringkat persekutuan dan dewan undangan negeri sepatutnya
lebih progresif dalam meluluskan peruntukan undang-undang yang spesifik untuk
membendung gejala homeseksual. Di samping itu, masyarakat perlulah sedar bahawa
kebebasan yang tiada pedoman ini bukan sahaja mengancam kemaslahatan umum tetapi juga
akan menghancurkan sistem sosial dan nilai masyarakat Malaysia yang diterapkan melalui
nilai-nilai agama, budaya dan etika
Selain itu, homeseksual juga dapat dicegah melalui kawalan sosial. Hal ini kerana,
kawalan sosial diwujudkan untuk mencegah manusia daripada persimpangan negatif. Antara
kaedah kawalan sosial yang boleh digunakan ialah kawalan sosial secara formal misalnya
kerajaan mestilah mengenakan undang-undang dan mengekang segala tingkah laku yang
dilakukan serta menafikan hak asasi yang diberikan kepada golongan homeksual. Seterusnya,
kaedah kedua melalui kawalan tidak formal melalui masyarakat. Sebagai contoh, setiap
masyarakat seharusnya memberikan dorongan dan nasihat kepada golongan tersebut
bukannya memandang serong terhadap apa yang mereka lakukan. Ini kerana masyarakat juga
memainkan peranan dalam membanteras gejala homeseksual dari terus berleluasa.
APAKAH SOLUSI YANG AKAN ANDA LAKUKAN UNTUK MENGATASI MASALAH SEPERTI YANG
TERTERA DI DALAM PIKTOGRAF DI ATAS

Fenomena transgender bukanlah satu masalah baru. Hal ini kerana, dalam masyarakat
transgender menjadi isu yang hangat diperkatakan. Seperti yang kita tahu masyarakat
memandang transgender sebagai seseorang yang tidak mempunyai ketidaksamaan terhadap
jenis kelaminya. Kebiasaanya, seseorang yang mengalami transgender dianggap menyimpang
dari norma yang berlaku.
Antara beberapa solusi yang akan saya lakukan ialah menangkap dan memenjarakan
golongan yang terlibat dengan aktiviti negatif. Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan
undang-undang dengan menyekat segala kegiatan yang berunsurkan LGBT secara
menyeluruh supaya kegiatan LBGT dapat dibanteras secara habis-habisan. Sebagai contoh
menubuhkan badan kebajikan yang bertanggungjwab membawa golongan ini ke jalan yang
benar. Di samping itu, menganjurkan kempen ‘Jom Perangi LGBT’ atau ‘Hidup Sihat Tanpa
LGBT’ menerusi media massa elektronik seperti Facebook, Twitter dan Instagram untuk
membasmi gejala LGBT dan melalui iklan atau rencana.
Rumusannya, setiap pihak harus berganding bahu bagi membendung gejala LGBT.
Oleh itu, masyarakat yang mempunyai sikap memandang remeh tentang isu ini perlulah
dikikis supaya semua anggota masyarakat dapat hidup bebas dari gejala LGBT.

Anda mungkin juga menyukai