Anda di halaman 1dari 71

1.

KONSEP BUDAYA MELAYU

 Takrif Budaya

Dari sudut etimologi, perkataan “budaya” berasal dari akar kata yang tersusun daripada dua
perkataan yang terpisah iaitu “budi” dan “daya”. Kalimah“budi” bererti cahaya atau
sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan “daya” bertalian dengan upaya iaitu
usaha,keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan oleh
budinya.Pandangan ini disokong oleh Haji Abdul Karim Amrullah (1908M-1981M) dan Sutan
TakdirAlisjahbana (1908M-1994M).

Perkataan budaya mengalami proses hiplologi (budaya + daya: budaya). Bertentngan


dengan Koentjaraningrat kerana beliau berpendapat istilah “budaya” berasal daripada
bahasa Sanskrit “buddhayah” iaitu kata jamak dari perkataan “buddhi” yang bererti budi atau
akal. Dengan demikian, kebudayaan dapat diertikan sebagai hal-hal yang bersangkutan
dengan akal. Begitu juga Bakkar dalam buku Filsafat Kebudayaan: Sebuah Pengantar yang
mendakwa perkataan budaya berasal dari perkataan Sanskrit “Abhudaya” yang bererti hasil
baik, kemajuan dan kemakmuran yang lengkap.

Manakala perkataan Inggeris, istilah “culture” berasal dari perkataan Latin “colere”
yangbermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau menanam.

Orang Eropah memilih perkataan “culture”untuk menggambarkan pemikiran mereka di mana


salah satu dari maknanya adalahberhubungan dengan kehidupan mereka yang sangat rapat
dengan aktiviti pertanian (agriculture)pada masa tersebut. Justeru, sesiapa menyebut
“cultivated person” merujuk seseorang yangmempunyai “culture”

Sedangkan dalam bahasa Arab, istilah kebudayaan ini sinonim dengan perkataan “al-
thaqa fah”. Penggunaan istilah ini tidak ditemui dalam hasil karya karangan para
cendekiawan zaman pemerintahan Dinasti Umawiyyah (661M-749M),begitu juga era Dinasti
‘Abbasiyyah (750M-1258M) dan tiada juga dalam hasil penulisan Ibn Khaldun (1332M-
1406M) tetapi iatidak bererti kebudayaan dalam bentuk praktis atau cara hidup yang
kompleks tidak pernah wujudpada masa tersebut. Istilah al-thaqa fah membawa erti cepat
memahami dan kecerdikan. Dalam Dalam  kamus leksikon Lisan al-‘Arab karangan Ibn
Manzur, dinyatakan thaqafa al- syay’ tsaqfan wathiqa fan wa thuqu fatan ertinya memahami
secara mendalam,rajul thaqfun wa thaqifun wathaqufunertinya, seorang lelaki yang cerdik
dan cepat mengerti.

 Berasaskan pengertian literal tersebut, beberapa perkara utama yang berkaitan dengan
kebudayaan dapat disimpulkan. Perkataan budaya dalam bahasa Melayu yang berasal dari
“budi”dan “daya” serta bahasa Arab “al-thaqa fah” lebih menghampiri falsafah kebudayaan
yangberhubung-kait dengan penjelmaan akal manusia. Begitu juga dalam penggunaan
bahasaInggerisnya, “culture” yang merujuk kepada hubung-kaitnya dengan aktiviti
pertanian.Kemajuandalam sektor pertanian pada zaman Renaisancemenjadi titik tolak
penggunaan istilahculture.Selaras dengan pandangan ahli sosiologi Amerika, Will Durant
dalam bukunyaThe Story of Civilizationbahawa bentuk pertama kebudayaan adalah
pertanian.

Manifestasi daripadakemajuan mekanikal dalam bidang pertanian menjadi filsafat kelahiran


istilah culture Justeru, berdasarkan kenyataan tersebut, dapat disimpulkan bahawa istilah

1
kebudayaanmerujuk dua proses utama, iaitu internal dan eksternal. Proses internal
(dalaman) bersumberkan“budi” ataupun kecerdikan akal yang menjana proses eksternal
yang berasaskan “daya” ataupuntenaga manusia sebagai momentum dalam mengatur
urusan hidupan harian bermasyarakat.Tegasnya, kebudayaan adalah hasil interpretasi akal
manusia dalam memenuhi keperluan danaktiviti hidupnya.

Bertitik tolak dari akal sebagai esensi utama dalam menghasilkan sesuatu polakebudayaan,
dapatlah dirumuskan bahawa kebudayaan merupakan satu cara berfikir yangkomprehensif
kumpulan manusia untuk dijadikan nilai yang dikongsi bersama dan diterjemahkandengan
tindakan dalam setiap aspek kehidupan sosial.

Mereka merumuskan kepada beberapa kategori besar mengikut disiplin masing-masing,


iaitu:

i. Ahli Sosiologi mendefinisikan kebudayaan sebagai keseluruhan kegiatan


(adat,kesenian, ilmu dan lain-lain yang dimiliki oleh manusia sebagai
subjek masyarakat).

ii. Ahli Sejarah mendefinisikan kebudayaan sebagai warisan sosial atau tradisi.

iii. Ahli Falsafah mendefinisikan kebudayaan sebagai pembinaan nilai dan realisasi cita-
cita.

iv. Ahli Antropologi melihat kebudayaan sebagai penyesuaian (adjustment ) pemakaian


simbol sebagai pedoman.

v. Ahli Etnologi (ethnology) mentaksirkan kebudayaan atas hasil artifak kesenian.

 Jenis Budaya
Budaya boleh dibahagi kepada dua, iaitu budaya material dan budaya bukan
material.

- Budaya Material

Budaya material terdiri daripada objek fizikal atau artifak. Peralatan atau kelengkapan hidup
seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya merupakan contoh budaya material.
Contohnya keris. KerisKeris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu
sejakzaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahunyang
lampau terutamanya oleh pendekar, pahlawan serta kalangan pembesaristana. Keris ialah
suatu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaanatau kedaulatan. Keris
mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirusdi hujungnya serta tajam. Terdapat
mata keris yang lurus dan berlok-lok dengankeindahan pamor serta hulu yang menarik dan
juga sarungnya.Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris
terdiridaripada jenis yang berlok, sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan
lurus.Terdapat juga keris yang panjang berukuran 61 sm dengan matanya berbentukmata
pedang seperti Keris Sundang. Aspek penting mata keris ialah rupa awanlarat dan corak
pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud daripadacampuran logam dan nikel.

2
Inilah kehebatan orang Melayu yang bijakmencampurkan bahan-bahan logam hingga
terbentuknya senjata yang demikian rupa.

- Budaya Bukan Material

Budaya bukan material pula ialah unsuryang tidak wujud secara fizikal (no physical
existence), misalnya adat,kepercayaan, bahasa, dan nilai. Contohnya adat istiadat.

Adat istiadat ialah sistem nilai yang berhubung dengan cara berfikir, peganganhidup serta


amalan sesuatu masyarakat. Tingkah laku yang diterima olehmasyarakat disebut kebiasaan
dan seterusnya kebiasaan tersebut akan menjadiadat yang diterima secara bersama-sama
oleh masyarakat. Adat menjadiperaturan yang dipatuhi dan dihormati oleh masyarakat yang
mendukungnyatanpa paksaan. Adat ialah peraturan yang sudah diamalkan secara turun-
temurun dalam masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harusdipatuhi.
Istiadat pula ialah cara-cara atau peraturan untuk melakukan sesuatuyang sudah menjadi
kebiasaan atau resam. Dalam masyarakat Melayu, ada duabentuk adat yang penting, iaitu
Adat Perpatih dan Adat Temenggung.

 Ciri-ciri Budaya
Masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri. Budaya yang menjadiamalan
masyarakatnya melambangkan keperibadian, identiti, dan jati dirimasyarakat
tersebut. Sikap, amalan, dan penerimaan masyarakat terhadapbudayanya
dapat menjelaskan budaya masyakat tersebut. Antara ciri budayamasyarakat adalah
seperti yang beriku:

- Dinamik

Kebudayaan bersifat dinamik bermaksud amalan dan cara hidup masyarakatmengalami


perubahan kesan perkembangan masa, dan kemajuanmasyarakatnya. Masyarakat
Melayu misalnya, menerima kedatangan Islamdengan senang hati tanpa ada sikap
penolakan. Lama-kelamaan, budayaHindu dan Buddha dalam diri masyarakat Melayu
terpinggir dan semakindilupakan. Dari sudut pekerjaan, perubahan berlaku dengan
wujudnyakeperluan semasa. Pada masa dahulu, pertanian merupakan
pekerjaanmasyarakat Melayu untuk meneruskan kehidupan tetapi kini mereka
terlibatdengan sektor perindustrian dan perdagangan

- Berubah-ubah

Penolakan atau penentangan terhadap perubahan asalnya didorong oleh sikap


masyarakat yang ingin mempertahankan dan mengekalkan nilai-nilaidan cara hidup
lama yang sedia ada. Ada juga penolakan berlaku disebabkanunsur yang masuk tidak
sesuai dengan masyarakat berkenaan. Penerimaanterhadap unsur baharu pula berlaku
kerana anggota masyarakat bersediauntuk memasukkan idea-idea baharu yang
membawa kebaikan kepadamasyarakatnya. Perubahan ini diterima dengan syarat tidak
bercanggahdengan kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh masyarakat
berkenaan,terutamanya hal yang berkaitan dengan agama.

- Diwarisi

Kebudayaan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain.
Kebudayaan yang menjadi amalan nenek moyang suatu masa dahuludiperturunkan

3
kepada generasi baharu dan secara tidak langsung menjadi amalan dan perlakuan
masyarakatnya. Sebagai contoh, adat perkahwinan yang diwarisi daripada nenek
moyang dahulu masih dikekalkan, seperti berandam, malam berinai, khatam Qur‟an
dan adat bersanding. Adat tersebut masih diamalkan walaupun ada perbezaan dari segi
pelaksanaannya akibatperedaran zaman.

- Berkesinambungan

Kebudayaan mengalami proses kesinambungan. Proses kesinambungan berlaku sama


ada dalam bentuk seni bina, peralatan, dan budaya bukan kebendaan seperti
kepercayaan, nilai, dan adat resam. Misalnya, budaya seni bina yang dahulunya dalam
bentuk sederhana mengalami proses kesinambungan yang berterusan sehingga
melahirkan daya kreativiti masyarakat untuk mencipta berbagai-bagai bentuk seni bina
rumah pada hari ini. Adat resam juga diteruskan walaupun terdapat sedikit perubahan di
sana sini.

2. KONSEP MASYARAKAT

4
 Masyarakat Melayu
Menurut sarjana, perkataan Melayu mungkin berasal daripadanama sebuah anak
sungai yang bernamaSungai Melayu di hulu Sungai BatangHari, Sumatera. Di sana
letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya
Kerajaan Srivijaya. 
Dari segi etimologi, perkataan"Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan
Sanskrit "Malaya" yangbermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber
sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal daripada "Sungai
Melayu" di Jambi.
Dalam pengertian yang khusus, istilah Melayu merujuk kepada
bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan juga disebut
gugusan pulau Melayu. Gugusan pulau Melayu meliputi Semenanjung TanahMelayu
dan juga Indonesia. Istilah "Melayu" ditakrifkan olehUNESCOpada
tahun1972sebagai sukubangsa Melayu diSemenanjung
Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, danMadagaskar.

Walau bagaimanapun, menurut Perlembagaan Malaysia, istilah"Melayu" hanya


merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yangmenganut agama
Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yangberketurunan daripada
nenek moyang Melayu adalah orang Melayu

Istilah Melayu yang lebih umum merujuk kepada suku bangsa yang menuturkan
bahasa Melayu. Kelompok ini mendiami Semenanjung TanahMelayu, pantai timur,
Sumetera, Brunei dan beberapa kawasan yangberhampiran. Bahasa suku bangsa ini
ialah bahasa Melayu yang diktiraf sebagaibahasa kebangsaan di negara Malaysia,
dan dikenali sebagai bahasa Indonesiadi negara Indonesia.

- Akal Budi Masyarakat Melayu

Metafora Melayu inilah yang mengayakan sastera lisannya iaitu pantun,


peribahasa, syair dan karya lipur lara. Produk metafora Melayu ini mengandungi rahsia
dan petua kemajuan cara berfikir, kepintaran dan kearifan lokal orang Melayu
yang hari ini dipakejkan semula sebagai Akal Budi Melayu. Oleh sebab kemajuan
cara berfikir, kepintaran dan kearifan lokal sebagai satu konsep positif ini
dihujahkan sebagai Akal Budi Melayu maka adalah penting untuk dimengertikan, di
dalam bahasa Melayu, secara ringkasnya akal itu juga bermaksud budi. Sementara
budi itu juga bererti akal. Akal menurut pengertian dalam bahasa Melayu adalah
‘kebijaksanaan, pekerti perangai, akhlak, tingkah laku, kelakuan, watak, sifat baik,
perbuatan baik, kebajikan, tutur bicara, daya upaya’. Akal juga dikaitkan dengan
‘kebebasan membuat pertimbangan yang sewajarnya daripada seseorang yang
dianggap berkuasa (berwibawa) dalam sesuatu hal’.

Oleh sebab itu berpekerti atau berkelakuan buruk seperti menyeleweng,


memperdaya, menipu, menculik orang, menfitnah, anti-dialog, dan menganiayai
pihak lain sering dirujuk sebagai perbuatan tidak berakal.

Demikianlah juga hal yang melibatkan budi, ia membawa maksud ‘segenap tenaga
dan fikiran’; dan berakal’ justeru ‘mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir),

5
pandai mencari akal (ikhtiar)’ atau ‘mencarikan ikhtiar (daya upaya)’ dalam
sesuatu hal atau masalah yang menjelma.

Kebalikan dari budi itu tentulah badi iaitu tidak berperangai baik dan tidak berfikir
dengan akal sehingga mendapat ‘kesan buruk’ lantaran melanggar kesaktian budi
dan akal itu sendiri.

- Pemikiran

Alam pemikiran sosial Melayu ini merangkumi akal-fikiran, akal-budi, alam, ilmu
yang diperlihatkan dalam siratan Alam-Manusia-Tuhan. Pemikiran orang Melayu ini
banyak tergarap dalam hasil-hasil karya tradisi lama mereka seperti pantun, syair,
gurindam, seloka dan sebagainya. Berdasarkan hikayat dan tradisi pantun Melayu,
kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi semua ini
terhalang apabila negara dijajah oleh British. British menolak semua idea yang
datangnya dari orang Melayu, seperti pantun dan folk art, dan semua yang
dihasilkan oleh orang Melayu sebagai ‘second class’

- Pertuturan

  Daripada segi pertuturan pula, masyarakat Melayu dapat dilihat melalui sifat
kesantunan. Menurut Kamus Dewan(1984),hal 115, santun bermaksud halus budi
bahasa atau “berbudi pekerti” dan berusaha menghindari konflik antara penutur
dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.

                   Berdasarkan seorang ahli bahasa Malaysia yang terkenal, Awang Sariyan(2007)


memberi takrifan kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan,
beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada
pihak yang menjadi teman bicara. Manakala, menurut tokoh Nusantara iaitu Hamka
pernah  menyatakan bahawa kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab
dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah atau pakaian.

                   Antara contohnya ialah,masyarakat Melayu akan menggunakan kata ganti nama
diri yang lebih lembut(merendah diri). Senario ini dapat dilihat melalui pertuturan
antara rakyat jelata dengan Raja(Sultan). Rakyat akan menggunakan kata ganti nama
diri pertama(patik atau hamba)manakala Raja akan menggunakan kata ganti nama
diri ketiga(tuanku) dalam pertuturan laras bahasa istana. Tambahan pula,
masyarakat Melayu ditegah sama sekali menghina dan merendah-rendahkan
peribadi seseorang kerana mulut merupakan salah satu anggota yang
perlu dijaga kerana mulut akan mengungkapkan kata-kata yang kurang sopan. Oleh
itu,penggunaan mulut pada setiap hari perlu ada hadnya dan orang Melayu
sangat menitik beratkan hal sebegini selaras dengan penciptaan peribahasa
seperti ”kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa”.
http://heyantasha.blogspot.com/2016/03/akal-budi-masyarakat-melayu-dari-segi.html

- Perlakuan

Selain itu, akal budi  masyarakat  Melayu juga dapat dilihat melalui perlakuan
seharian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat,
perlakuan dapat ditafsirkan sebagai perbuatan. Dalam kehidupan seharian,
masyarakat Melayu dapat dikateogorikan masyarakat yang kaya dengan tingkah laku

6
yang berhemah dan baik. Misalnya, masyarakat Melayu akan melayan tetamu
terlebih dilihat di Negara Korea. Mereka akan memberitahu secara berterus-terang
bahawa mereka sedang sibuk dan menyuruh tetamu tersebut pulang. Selain itu,
tertulis dalam hikayat sastera klasik di mana terdapat beberapa pergaduhan yang
mengaibkan atau menghukum seseorang. Contohnya, kerana Jebat ingin
membalas dendam  ke atas Sultan Melaka, Tuah telah dimalukan dan dijatuhi
hukuman bunuh kerana difitnah bermukah dengan perempuan istana. Oleh
itu,lahirlah peribahasa “menconteng arang di muka” yang bermaksud sesuatu
perlakuan yang mendatangkan malu atau aib kepada keluarga. Anggota
masyarakat yang sanggup memalukan diri sendiri dan ahli keluarganya ataupun
seseorang dianggap sebagai tidak bermaruah. Justeru,masyarakat perlu menjaga
perlakuan agar tidak menyinggung perasaan seseorang.

http://heyantasha.blogspot.com/2016/03/akal-budi-masyarakat-melayu-dari-segi.html

- Gaya hidup

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, gaya hidup bermaksud cara tertentu
seseorang individu atau kumpulan menjalani kehidupan mengikut
kemampuan(mewah,sederhana dan sebagainya). Manakala kehidupan dapat
didefinisikan sebagai perihal hidup(Sumber:Kamus Dewan Edisi
Keempat). Terdapat beberapa jenis akal budi yang dapat dilihat dalam kehidupan
seharian iaitu agama dan kepercayaan, adat istiadat, kesenian, sistem
kekeluargaan dan pengamalan nilai-nilai murni.

                      Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur lokal dan unsur luar
seiring dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu.
Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan
ajaran Islam dibenarkan. Contohnya,adat kunjung-mengunjungi jiran tetangga.
Melalui principle of co-existence ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan
agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang
bertentangan tapi terus diamalkan. alam masyarakat Melayu. Antara gaya hidup
masyarakat Melayu ialah semangat kejiranan yang kuat,gotong-royong, hormat
guru dan amalkan gaya hidup sihat dengan amalan pantang-larang.

 Manifestasi akal budi masyarakat Melayu dalam karya puisi tradisional:

- Syair

Perkataan syair berasal dari bahasa Arab, syu’ur yang berarti “perasaan”. Dilihat
daripada kata asalnya, syair boleh disimpulkan sebagai ekspresi perasaan atau
fikiran penciptanya.

Syair tergolong dalam puisi tradisional yang merupakan peninggalan masyarakat


lama yang terus hidup dan berperanan dalam masyarakat semasa. Syair terdiri
daripada empat baris, dengan sanjak a,a,a,a. Setiap baris terdiri daripada 9, 10
atau 12 suku kata. Keempat-empat baris ini merupakan sebahagian daripada
sebuah puisi yang agak panjang. Fungsi syair adalah untuk menyampaikan cerita

7
dan pengajaran dan digunakan juga dalam kegiatan-kegiatan yang berunsur
keagamaan.

Syair terdiri daripada 5 jenis, iaitu:

 Syair Panji: Syair panji iaitu syair yang memuat/menceritakan tentang suasana
yang berlaku di dalam istana (kerajaan), suasana orang-orang yang berada atau
berasal dari dalam istana. Misalnya “Syair Ken Tambunan”.
 Syair Romantis: Syair romantis iaitu syair yang berkisar tentang percintaan
penglipur lara, cerita rakyat. Misalnya, “Syair Bidasari”.

 Syair Kiasan: Syair kiasan iaitu syair yang bercerita tentang percintaan antara
ikan, burung, bunga, atau buah-buahan yang sebenarnya itu cuma simbolik
yang terkandung di dalamnya, kiasan atau sindiran. Misalnya, “Syair Burung
Pangguk”.

 Syair Sejarah: Syair sejarah iaitu syair yang bersumberkan peristiwa sejarah
paling penting, contohnya tentang peperangan. Contoh, “Syair Perang
Mengkasar”.

 Syair Agama: Syair agama iaitu syair yang mengandungi topik ajaran ilmu
tasawuf. Syair agama juga syair paling penting, terbahagi empat, iaitu syair sufi,
syair tentang ajaran Islam, syair kisah Nabi, dan juga syair nasihat.

https://www.romadecade.org/contoh-syair/#!

Contoh-contoh Syair:

Syair Bidasari
Sebuah syair romantis yang mengisahkan tentang Bidasari yang rupawan menjadi
mangsa cemburu Permaisuri Indrapura.

Syair surat al-qiyamah


Disalin pada tahun 1306H. [1888M.]
Sebuah syair berbentuk keagamaan yang menceritakan tentang keadaan hari
kiamat, nikmat di syurga dan seksa di neraka.

Syair Siti Zubaidah


Sebuah syair bercorak romantis yang mengisahkan tentang kesetiaan, ketabahan
dan keberanian seorang wanita bernama Siti Zubaidah yang telah berusaha sedaya
upaya untuk menjejaki dan membebaskan suaminya yang di dalam tawanan.

Syair Sultan Abdul Muluk


Disalin oleh Morset Subinder Malun Rabflis di Kampung Lebach (?), Kolombo, [Sri
Lanka]. Kitab asal ditulis oleh Raja Ali Haji. Menceritakan bagaimana Sultan Abdul
Muluk yang ditawan oleh Sultan Hindustan diselamatkan oleh isterinya, Siti Rafiah.

Syair Pertuanan Alif


Disalin oleh Muhammad Yusuf pada hari Jumaat, bulan Rabiulakhir. Sebuah syair
berbentuk keagamaan yang antara lainnya membicarakan mengenai makrifat
Islam.

8
Syair Burung Merpati
Sebuah syair yang menerangkan mengenai ilmu tauhid, merangkumi rukun iman
dan amalan-amalan yang perlu dilakukan. Penerangan dilakukan melalui perbualan
pelbagai jenis burung.

https://www.pnm.gov.my/manuskrip/melayu/03koleksi/303_syair.htm

- Nazam

Nazam ialah puisi yang berasal dari kesusasteraan Arab-Parsi. Mengikut Kamus
Dewan (1994:858) “Nazam” ialah perkataan Arab yang bermaksud gubahan puisi
seperti sajak dan syair, ”bernazam” adalah bercerita dengan lagu, bersajak atau
bersyair, manakala menazamkan bermaksud menceritakan dengan lagu atau
mengubah dan menyajakkan. Kamus Dewan juga memberikan kata lain yang
digunakan untuk nazam iaitu nalam.

Mengikut Kamus At-tullab Arab-Melayu (1994:) nazam dalam bahasa Arab bererti
merangkai, mengarang, menyusun dan mengatur. Makna ini termasuklah
merangkai, mengarang dan menyusun kata-kata dalam mencipta puisi. Dalam
Kamoes Bahasa Minangkabau-Bahasa Melayoe Riau, (Jakarta,1935) tidak
dijumpai kata "nazam", namun dapat disamakan dengan "nalam", iaitu banalam
(bernazam) ialah bertjerita dengan lagu terutama tentang agama atau yang berisi
pengajaran.

Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia,terbitan Balai Pustaka 1988, ditemukan


kata "nalam" dan "nazam". "Nalam" adalah gubahan sajak (syair, karangan);
sementara bernalam, bermaksud membaca puisi atau bercerita dengan lagu;
bersajak (bersyair). Mengikut Kamus Umum Bahasa Indonesia (1984) mengatakan
"nalam": gubahan sajak, syair atau karangan); "bernalam" bermakna bersajak atau
bersyair; bercerita dengan lagu; "menalamkan" adalah menyajakkan; menceritakan
dengan lagu.

Definisi-definisi di atas menunjukkan bahawa dalam bahasa asalnya, nazam


bermakna puisi secara umum. Di samping itu istilah ‘bernazam’ pula digunakan
bagi maksud berlagu. Di dalam hal ini istilah Nazam mengalami kedudukan yang
sama dengan istilah syair dan gurindam. Ketiga-tiga perkataan itu diambil dari bahasa
asing. Syair dan nazam diambil dari bahasa Arab, gurindam pula berasal dari
bahasa Tamil. Ketiga-tiga perkataan ini bermaksud gubahan puisi secara umum di
dalam bahasa asal masing-masing.

Setelah diterima ke dalam bahasa Melayu perkataan-perkataan ini kemudian


mengalami pengubahsuaian dan digunakan sebagai istilah teknikal yang merujuk
kepada sesuatu jenis puisi yang mempunyai struktur, isi dan fungsi yang tersendiri.
Perkataan nazam yang digunakan sebagai istilah teknik kepada suatu jenis puisi
mula ditemui dalam Tajus Salatin yang dikarang oleh Bokhari al-Jauhari kira-kira
dalam tahun 1603.

Istilah nazam dalam konteks puisi Melayu tradisional yang diterima pada masa ini
merujuk kepada sejenis puisi tradisional yang mempunyai beberapa ciri khas.

9
Ciri-ciri utama nazam adalah seperti di bawah:
1. Gubahan puisi yang mengandungi dua baris serangkap. Dalam aspek ini ia
menyerupai pantun dua kerat tetapi tidak mempunyai pembayang maksud.
Kedua-dua baris adalah maksud.
2. Skima rima Nazam ialah a-a, b-b. Namun begitu skima rima ini tidaklah terlalu
rigid. Terdapat nazam yang selepas beberapa rangkap, skima rimanya menjadi
agak longgar.
3. Lazimnya, tiap-tiap baris nazam terdiri daripada lima atau enam perkataan
menjadikan sukukata antara sepuluh hingga dua belas. Namun begitu ada juga
yang lebih daripada enam perkataan dan mempunyai hingga 20 sukukata.
4. Bilangan baris pada sesuatu nazam adalah tidak terhad. Ada nazam yang
panjang hingga seribu rangkap.
5. Nazam adalah puisi yang bertemakan keagamaan seperti menceritakan tentang
hukum hakam dan kisah kehidupan Nabi Muhammad saw.
6. Dari sudut gaya bahasa, terdapat banyak penggunaan perkataan Arab.
7. Ciri signifikan dalam Nazam ialah ia dimulakan dengan puji-pujian terhadap Allah
dan selawat ke atas Nabi. Baris yang berupa puji-pujian dan selawat ini diulang-
ulang hingga ke baris akhir.
8. Nazam biasanya disampaikan dengan lagu yang agak rancak,lazimnya diiringi
paluan rebana
9. Pada masa ini nazam biasanya dinyanyikan dalam majlis-majlis berendoi dan
majlis-majlis keagamaan yang lain

Mengikut sejarah, nazam dibawa ke Asia Tenggara pada abad ke 16 oleh


pedagang dan alim ulama yang menyebarkan agama Islam ke Alam Melayu. Nazam,
di samping syair, adalah puisi yang lahir dari kedatangan dan perkembangan
kesusasteraan Islam sejak zaman Kerajaan Pasai hingga ke empayar Melayu
Melaka. Mereka menggunakan nazam untuk menyampaikan ajaran Islam,
mengajar hukum hakam dan kisah Nabi-nabi.

Selepas kejatuhan Melaka, Aceh telah muncul sebagai pusat perkembangan dan
kekuatan kesusasteraan Islam. Di sinilah lahirnya pengarang dan pujangga Melayu
yang turut menghasilkan karya-karya agung. Pada peringkat awal
pengarang-pengarang Aceh telah memperkenal dan menterjemah karya-karya Arab
dan Parsi ke dalam bahasa Melayu. Hal ini dituruti dengan percubaan untuk
mencipta puisi dalam bahasa Melayu dengan menggunakan gaya atau metrum
puisi Arab Parsi. Kegiatan ini menyuburkan perkembangan syair dan nazam.

  Nazam tidak begitu tekenal seperti pantun dan syair dan perkembangan nazam
hanya terbatas kepada beberapa buah negeri, iaitu Terengganu, Pahang dan
Melaka sahaja.

Struktur Nazam.
ciri-ciri nazam yang dikenali pada hari ini, iaitu puisi yang terdiri dari dua baris
menepati huraian Zaaba bahawa Nazam adalah puisi yang rangkapnya dihitung
dua-dua serangkap dengan skima rima a-a, b-b. (Harun Mat Piah,1994:286). Dalam
hal ini ia menyerupai pantun dua kerat. Bezanya nazam tidak mempunyai
pembayang maksud, kedua-dua baris adalah maksud. Serangkap nazam tidak
boleh berdiri sendiri. Ciri ini juga membezakannya daripada pantun dua kerat,

10
Sesuatu rangkap mesti dikaitkan dengan rangkap-rangkap yang lain untuk
membawa satu tema utama dan tema itu adalah tema keagamaan.

Nazam juga berbeza dari syair yang kebanyakannya mengandungi empat


perkataan sebaris dengan sepuluh sukukata. Rima syair ialah a-a-a-a sementara rima
nazam ialah a-a atau a-b, c-b, d-b dan d-e. Skima rima ini tidak terlalu rigid dan boleh
juga menjadi a-a, b-a, c-a, d-a,. Baris nazam mungkin lebih panjang daripada syair
dan pantun, iaitu mengandungi lebih daripada lima perkataan dan mencapai hingga
dua puluh sukukata.

Naskah awal nazam yang ditemui ditulis di dalam tulisan jawi. Dari sudut gaya
bahasa nazam banyak menggunakan perkataan yang berasal dari bahasa Arab
terutama perkataan yang berkaitan dengan agama Islam. Ciri yang signifikan di
dalam nazam ialah ia dimulai dengan puji-pujian dan pengucapan syukur terhadap
Allah SWT dan selawat ke atas nabi.
Contohnya:
Puji itu bagi Allah yang tunggal
Yang tiada ada baginya itu misal

Yang menunjuk atas wajib wujudnya


Itu oleh ni kainat samuhanya

Maka salatul-Llah dan salamnya


Itu turun kedua atas Rasul-Nya

Muhammadin yang dibangkit akan dia


Dengan surah tauhid Tuhan yang sedia.

Pada masa sangat umum syiriknya


Dengan sebab sangat banyak jahilnya

Maka menunjuklah ia akan kita


Dengan bujuk bagi nasihat yang nyata

Tunjuk pula hingga perang dengan pedang


Maka nyatalah agama putih terang

Petikan di atas adalah dari Nazam al-Jawahir al-Samiyah, (sumber: Harun Mat
Piah, 1977:288).

Nazam berfungsi sebagai media pembelajaran agama, khasnya untuk masyarakat


yang tidak mahir di dalam bahasa Arab dan tidak mampu membaca kitab-kitab yang
lebih tebal, oleh itu ia diringkaskan dalam bentuk nazam.

Dari aspek isi, Nazam juga menyerupai berzanji yang mengandongi doa-doa, puji-pujian
dan penceritaan riwayat Nabi Muhammad saw. yang disebutkan berturut-turut iaitu
salasilah keturunannya, masa kanak-kanak, remaja, pemuda, hingga diangkat menjadi
rasul. Di dalamnya juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Nabi Muhammad,
serta berbagai peristiwa untuk dijadikan teladan umat manusia.

11
Selain menyampaikan pengajaran agama, nazam juga telah digunakan bagi
menyampaikan nasihat dan panduan kepada pemerintah dan pemimpin. Contoh nazam
yang demikian ditemui dalam Tajus Salatin.

http://zurinahhassan.blogspot.com/2008/04/bercakap-tentang-nazam.html

- Seloka

Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka. Dalam bahasa Melayu,


seloka bererti berseloroh, berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan puisi yang paling
tua dalam kesusasteraan Melayu. Seloka dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama
perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks Mahabarata dan Ramayana
merupakan buku terawal yang tertulis dalam bentuk seloka.

Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih
merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka,
gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. Walaupun seloka merupakan puisi yang
bercorak senda gurau namun isinya mengandungi sindiran yang menjadi pengajaran
dan teladan kepada pembaca. Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat
yakni empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun atau syair. Selain itu
seloka juga ditulis dalam bentuk bebas iaitu setiap barisnya menjadi isi puisi berkenaan.

Sebenarnya ada beberapa pengertian dari seloka yang disampaikan oleh beberapa ahli
antara lain: 

 B.Simorangkir menjelaskan bahawa seloka merupakan peribahasa


atau pepatah yang di dalamnya diberi sampiran. 

 Hooykaas menjelaskan bahawa Seloka adalah pantun yang


didalamnya ibarat mengandungi kisah-kisah dan berisi unsur nasihat.

Fungsi Seloka

Umumnya seloka biasa menggambarkan masyarakat yang melahirkannya, iaitu


masyarakat yang sangat peduli dengan keharmonian dan ketatasusilaan. Puisi seloka
oleh orang Melayu digunakan untuk mengkritik semua kelakuan negatif anggota
masyarakat tanpa harus menyinggung perasaan dari individu yang bersangkutan.
Selain itu, fungsi dari seloka adalah sebagai panduan atau pengajaran bagi anggota
masyarakatnya.

Ciri-ciri Seloka

Seloka mempunyai beberapa ciri-ciri seperti berikut :

 Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas

 Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat)

 Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap

 Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda

12
 Digunakan untuk menyindir sambil mengajar

Jenis-jenis Seloka

Seloka mempunyai beberapa jenis-jenis seperti berikut :

 Seloka gurau senda

 Seloka nasihat

 Seloka pendidikan

 Seloka sindiran

Contoh Seloka Pak Kaduk:


Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
http://itacateringdcameron.blogspot.com/2011/04/seloka.html

- Pantun

Pantun merupakan puisi tradisional Melayu yang terpenting, paling popular dan
penggunaannya sangat meluas. Pantun merupakan puisi tradisional Melayu yang asli
kerana hanya bangsa Melayu sahaja yang mempunyai bentuk-bentuk pantun ini di
kawasan Nusantara. Istilah pantun yang kita gunakan pada hari ini dapatlah
disimpulkan sebagai satu bentu atau cara yang cukup tersusun, teratur, bersistematik dalam
usahanya untuk melahirkan sesuatu maksud, pemikiran, idea dan gagasan.

Dari segi isi/tema, pantun biasanya menyentuh keseluruhan kehidupan masyarakat


Melayu. Pendeta Za’ba mengatakan bahawa pantun merupakan puisi Melayu yang
tertua seiring usia bangsa Melayu itu sendiri. Mengikut sejarah, pantun wujud sejak
zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi. Pantun dicipta
sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap
seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir,
berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. Di sebabkan bahasa yang
digunakan sangat teliti dan puitis, teguran dan nasihat lebih mudah diterima.

Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai sejenis puisi lama yang terdiri
daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan : 813) atau sajak pendek.
Setiap rangkap biasanya empat baris dan dua baris. Bagi pantun yang popular,

13
bentuknya terdiri daripada empat baris iaitu, dua baris pembayang dan dua baris
maksud.

https://sites.google.com/site/jpmipgkpi/financial-status/struktur-pantun

https://soscili.my/pantun-melayu-lama-nasihat-4-kerat/

Perkaitan Pembayang dengan Maksud Pantun 

Pembayang dengan maksud pantun yang mempunyai perkaitan akan menjadikan


sesebuah pantun itu baik dari segi struktur dan maknanya. Pantun juga mempunyai
wacaha yang padat dengan cerita, falsafah, pemikiran dan akal budi Melayu.
Pembayang maksud dalam pantun juga mempunyai maksud tersendiri dan dapat
dikaitkan dengan maksud pantun. Contohnya pantun yang berbunyi : 

Dua tiga kucing berlari, 


Mana nak sama si kucing belang; 
Dua tiga boleh ku cari, 
Mana nak sama cik abang sorang. 

Pantun ini memberi pembayang tentang kehebatan harimau jika dibandingkan dengan
semua jenis kucing dalam kelompok yang sama seperti kucing kampung, harimau
kumbang, kucing hutan dan dan kucing-kucing lain. Harimau dalam pantun ini digelar si
kucing belang. Dalam budaya Melayu harimau dianggap sebagai haiwan yang hebat
sehingga digelar Raja Rimba. Jika dibandingkan dengan budaya barat yang
mengangkat singa sebagai raja dengan gelaran The Lion King. Singa tidak terdapat di
Nusantara iaitu kawasan yang didiami oleh orang Melayu. Pembayang ini apabila dikaitkan
dengan maksud pantun menunjukkan individu yang dirujuk ialah seorang hebat, gagah dan
berketrampilan sehingga menjadi pilihan antara sebilangan lelaki yang dibariskan.

Satu contoh lagi pantun Melayu yang ada hubungan antara pembayang dan dan
maksud ialah pantun yang berbunyi : 

Pisang emas dibawa belayar, 


Masak sebijik di atas peti; 
Hutang emas boleh dibayar, 
Hutang budi dibawa mati. 

Dalam bahagian pembayang pantun, pemantun memilih pisang emas pisang untuk
dibawa belayar kerana pisang boleh dijadikan makanan yang membekalkan tenaga
dengan cepat. Sifat pisang emas yang akan masak sebiji demi sebiji menyebabkan
pisang boleh disimpan untuk dimakan untuk esoknya. Walaupun pisang ini diberi nama
pisang emas tetapi pisang tidak perlu disimpan di dalam peti seperti emas yang
berharga. Pisang emas ini juga tidak perlu diperam selain sifat fizikalnya yang cantik dan
sesuai untuk dijadikan buah tangan. Dalam bahagian maksud pantun pula frasa “hutang
emas boleh dibayar” pemikiran Melayu menunjukkan kita perlu melangsaikan semua
hutang-hutang jika kita berhutang. Frasa “hutang emas” juga merujuk kepada material
yang dimiliki seseorang di dunia ini. Sedangkan frasa “hutang budi dibawa mati”
merujuk kepada kebaikan yang kita hulurkan kepada orang lain tanpa mengharapkan
balasan dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. 

Ada banyak lagi pantun Melayu yang bersifat seperti di atas. Hubungan antara
pembayang dan masud perlu selari, berkait dan berhunungan serta mempunyai maksud
yang tersirat untuk kita fikirkan bersama. Jelaslah pantun Melayu dapat merungkai alam
pemikiran dan budaya bangsanya yang kreatif menggunakan bahasa yang puitis.

14
https://sites.google.com/site/jpmipgkpi/financial-status/struktur-pantun

Gurindam

Gurindam merupakan salah satu jenis puisi lama yang berasal dari Tamil (India),
gurindam berisi tentang nasihat dengan aturan setiap bait terdiri atas 2 baris dan
bersajak a-a. Gurindam berasal dari bahasa tamil “Kirindam” yang berarti mula-mula
amsal, perumpamaan.

Gurindam berisi 2 bait yang terdiri dari 2 baris kalimat berima sama. Baris pertama
berisikan semacam soal, masalah atau perjanjian dan baris kedua berisikan mengenai
jawaban atau akibat dari masalah atau perjanjian pada baris pertama. Gurindam
disamakan dengan pantun nasihat, namun keduanya berbeda karena gurindam hanya
terdiri dari 2 baris dalam 1 bait sedangkan pantun bisa lebih dari 4 baris. Pengarang
gurindam yang terkenal yaitu Raja Ali Haji.

Gurindam selalunya terdiri daripada dua baris sahaja, dengan rima a-a. Tiada konsep
pembayang-maksud seperti pantun, sebaliknya gurindam mementingkan pola
syarat-jawab atau sebab-akibat. Isi-isinya ialah nasihat dan pedoman yang jelas
manakala tema yang ditonjolkan pula hampir semuanya pemikiran dan falsafah
keagamaan dan Islami.

Ini boleh dilihat pada Gurindam Dua Belas tulisan Raja Ali Hajitersohor itu yang


berbunyi antaranya,

Hukum adil atas rakyat,


Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,


Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,


Tanda mengenal kasa dan cindai.

Ciri-Ciri Gurindam

Setiap baris bersajak a-a, b-b, dan sebagainya.

Hanya terdiri dari dua baris, tidak lebih pada tiap baitnya.
Setiap baris hanya hanya terdiri dari sekitar 10 kata.
Berisi nasehat atau filosofi hidup
Setiap baris memiliki hubungan sebab-akibat.
Baris kedua berupa isi.

Jenis-Jenis Gurindam

Ada 2 macam gurindam iaitu gurindam berkait dan gurindamn berangkai.

15
Gurindam Berkait, yaitu gurindam yang bait pertamanya berkaitan dengan bait
berikutnya dan pada bait selanjutnya. Berikut contoh gurindam berkait:

Sebelum berbicara pikir dahulu


Agar tak melukai hati temanmu
Kalau berbicara semaumu
Tentulah banyak orang yang membencimu
Siapa tak ingin sesat dunia akhirat
Maka cepatlah taubat sebelum terlambat
Tapi siapa yang lekas bertaubat sebelum kiamat
Maka didapatlah itu yang namanya selamat

Gurindam Berangkai, yaitu gurindam yang mempunyai kata yang sama pada setiap
baris pertama baitnya. Berikut contoh gurindam berangkai:

Temukan apa yang dimaksud sahabat


Temukan apa yang dimaksud maksiat
Janganlah menjadi orang yang memelas
Nanti kamu menjadi orang yang malas
Lakukan saja yang menurutmu benar
Lakukan saja yang menurutmu pantas
Hidup hanya bergantung hati
Hidup hanya sesaat dan kemudian mati

Akan tetapi terdapat juga gurindam tidak terikat yang ditulis tanpa bentuk atau skema
rima tertentu. Gurindam jenis ini sukar dikenal pasti. Hanya bahasa dan isinya
-selalunya padat dan bernas- yang memberikannya jenama gurindam tersebut.

Hal ini menyebabkan gurindam apabila dibandingkan dengan seloka dianggap sebagai
“sama sahaja pada fahaman orang Melayu” menurut pendeta Zaaba. Walhal gurindam
sama ada dalam bentuk terikat atau tidak terikat, isinya berunsur nasihat dan falsafah
manakala seloka isinya gurauan, ejekan atau sindiran yang selalunya merupakan
kritikan sosial.

Definisi umum gurindam ialah seni berbahasa orang Melayu yang tinggi nilainya.
Gurindam memancarkan kesantunan dan kebijaksanaan orang Melayu dalam
menyampaikan nasihat dan pesanan.

Sutan Takdir Alishahbana (1948:77) dalam bukunya Puisi Lama mendefinisikan


gurindam itu ialah perkataan bersajak pada akhir pasangannya, tetapi sempurna
perkataannya dengan satu perkataan sahaja, jadi seperti sajak yang pertama itu syarat
dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab.

Gurindam yang paling tersohor di alam Melayu sudah pasti gurindam karangan Raja Ali
Haji iaitu Gurindam Dua Belas yang bernafas keislaman dihasilkan pada 1846.
Gurindam ini tidak lapuk dek zaman yang diterima dan dikaji sehingga hari ini.

https://www.utusan.com.my/pendidikan/sastera/puitika-melayu-dan-islam-
dalam-gurindam-1.401483

16
- Peribahasa

Peribahasa merupakan rangkuman simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan


dan perbilangan. Setiap satunya mempunyai sifat dan tujuan yang tertentu.

1. Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud
yang khusus. Simpulan bahasa adalah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan
yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu. Maksudnya
terdapat daripada apa yang tersirat atau tersembunyi, bukan daripada yang tersurat
atau nyata. Ringkasnya, erti simpulan bahasa berlainan daripada perkataan yang
digunakan. Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata
dalam ungkapan.

Ciri-ciri Simpulan Bahasa:

 Terbentuk daripada penggunaan kata nama am - anak buah, anak emas, buah
tangan, lipas kudung.

 Terbentuk daripada penggunaan kata kerja - ajak-ajak ayam, buat bodoh, pasang
telinga,cakar ayam

 Terbentuk daripada penggunaan kata adjektif - besar kepala, bodoh sepat,kecil


hati, berat hati

 Terbentuk daripada penggunaan kata nama khas - Abu Jahal,Mat Jenin,Pak Kaduk

 Terbentuk daripada nilai kepercayaan - air pinang, batu buyung, makan bulan

Contoh:
a) Panjang tangan- Suka mencuri
b) Periuk nasi- Punca pencarian
c) Buruk siku- sudah diberi, diambil balik
d) Ikat perut- Berjimat makan dan minum
e) Kaki bangku- Tidak tahu bermain misalnya bola.

Namun, Menurut Za'aba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan


empat perkara iaitu:
1) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur.
              -Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.
2) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya
               -Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.
3) Daripada kepercayaan orang ramai
               -Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya.
4) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa.
               -Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.

2. Perumpamaan
Perumpaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna tersurat

17
dan tersirat.

Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu: 


a) yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan 
b) yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.

Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-teranan didahului


dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai,
laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan
tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.

Contoh perumpamaan yang disebut perbandingan


a. seperti katak di bawah tempurung
b. umpama kaca dengan permata
c. Bagai pungguk rindukan bulan
d. Ibarat air di daun keladi
e. laksana katak diharung ular.

Contoh perumpamaan yang tidak disebut perbandingan


a. Genggam bara api biar sampai jadi arang
b. Diberi betis hendak peha
c. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

3. Bidalan
Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat. Ia mempunyai maksud dua
lapis. Bagaimanapun bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama
seperti,bagai, laksana dan umpama.

Perbezaan antara bidalan dengan pepatah ialah bidalan lebih kerap digunakan,


mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran - Sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan
tidak mempunyai pengajaran.

Contoh bidalan:
·         Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
·         Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.
·         Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
·         Hujan emad di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri, Baik juga negeri sendiri.
·         Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

4. Pepatah
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian
perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Contoh:
Diam ubi berisi, diam besi berkarat
- orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi
bodoh.

5. Perbilangan

18
Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan pepatah dan
bidalan. Namun, perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi. Setiap
rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu
seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan.

Perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi yang mencerita dan
menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau
(adat/peraturan). Perbilangan adat ini berasal dan berkembang di daerah Minangkabau
dan Palembang yang dikenali sebagai 'Adat Minangkabau'.

Di Malaysia, perbilangan adat ini banyak diamalkan oleh masyarakat di Negeri


Sembilan, iaitu digunakan dalam Adat Pepatih. Perbilangan adat ini diperturunkan dari
mulut ke mulut, dari satu generasi ke satu generasi.Perbilangan adat ini mengalami
perubahan dan kesesuaian mengikut keadaan dan zaman, seperti pada kedatangan Islam,
perbilangan adat mengalami penyesuaian dengan ajaran Islam seperti yang
dibuktikan oleh perbilangan ini :
 
                        Adat bersendi hukum
                                Hukum bersendi Kitabullah
                                Kuat adat, tak gaduhkan hukum
                                Kuat hukum, tak gaduhkan adat
                                Ikut hukum, muafakat
                                Ikut adat muafakat
Ia berkait rapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.
Contoh:

 Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

 Hati manusia sama dicecah, hati gajah sama dilapah.

 Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga.

 Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

6. Kata Hikmat
Kata hikmat merujuk kepada kata-kata pujangga, ulama atau orang bijak pandai. Kata
hikmat dijadikan pedoman hidp dan percakapan umum. Bentuknya ringkas tetapi
mempunyai maksud yang benar dan dalam.Mengikut Kamus Dewan, kata hikmat atau
kata pujangga ialah perkataan orang bijak pandai yang mempunyai pengertian yang
tinggi. Ini bermaksid ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan peringatan serta
dijadikan pedoman hidup. Zaaba juga menyebut tentang kategori yang sama sebagai
lidah pendeta yang didefinisikan sebagai perkataan yang bijak,pendek,sedap, benar
dan berisi. 

Contohnya "bahasa menunjukkan bangsa", "bersatu teguh bercerai roboh", "maju

19
bangsa maju negara" dan sebagainya. Zaaba juga menyebut tentang kategori yang
sama sebagai lidah pendeta yang didefinisikan sebagai perkataan yang
bijak,pendek,sedap, benar dan berisi. 

https://maribelajarperibahasamelayu.weebly.com/jenis-jenis.html

3. Bidang Kebudayaan Melayu


 Sistem Politik
- Tradisional

20
Masyarakat Melayu tradisional juga merupakan sebuah masyarakat feudal dan
bercorak hierarki yang dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan
pemerintah dan golongan yang di perintah. Golongan pemerintah terdiri
dikalangan Raja atau sultan , pembesar dan ulama. Manakala golongan yang
diperintah terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka dan hamba. Wujud
hubungan timbal balas antara golongan pemerintahdan golongan
diperintah.Dalam kehidupan masyarakat melayu tradisional, negeri dikawal
oleh seorang pemerintah yang digelar raja atau sultan mengikut negeri
masing masing.

Contohnya,gelaran raja digunakan untuk negeri Perlis dan gelaran Yang


Dipertuan Besar
untuk Negeri Sembilan. Negeri negeri Melayu lain menggunakan gelaran sultan
. Mereka adalah lambang perpaduan rakyat dan di bantu oleh kerabat diraja
atau pembesar.

Terdapat banyak berbezaan antara raja dan rakyat. Misalnya, penggunaan


warna kuning, cop mohor, permainan nobat, penguasaan bahasa istana, serta
regalia atau alatalat kebesaran diraja . rakyat biasa tidak dibenarkan sama
sekali menggunakannyakerana kesemua benda tersebut adalah untuk
mengukuhkan kedaulatan mereka. Rakyat tidak berani menderhaka kerana
takut akan terkena tulah.

Secara umum, susun-lapis golongan pemerintah dari kedudukan tertingginya


ialah Raja atau Sultan. Diikuti oleh kerabat terdekat yang terdiri dari kalangan
isteri-isteri, ibu-ibu, anak-anak, adik beradik dan bapa serta emak saudara
bersama anak-anak mereka.

Kelompok ini dibantu oleh pembesar istana yang diketuai oleh Bendahara,
diikuti oleh Temenggung, Laksamana, Penghulu Bendahari, Ketua Hulubalang
(Hulubalang Besar) dan lain-lain Orang Besar Istana.

Satu lagi kelompok pemerintah yang penting ialah Pembesar Tempatan yang
diistilahkan sebagai Orang Besar Empat Lipatan dengan gelarannya Orang
Besar Empat, Orang Besar Lapan, Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar
Tiga Puluh Dua, Dato’ Penghulu dan Ketua Kampong. Mereka menjalankan
tugas di mana penempatan mereka didirikan berasaskan kedudukan dan
statusnya dalam hierarki pemerintahan. 

- Zaman Kolonialisme

Kejatuhan Pulau Pinang ke tangan British pada tahun 1786 hanya melalui tipu
daya Kapten Francis Light merupakan titik tolak kepada permulaan
kolonialisme British di Tanah Melayu. Dalam membahaskan kesan kolonialisme
terhadap struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan, penakrifan
tentang kolonialisme harus dirungkaikan. Menurut Nadel dan Curtis,
kolonialisme bermaksud imperialisme seperti dilihat daripada kaca mata
penting penjajahan dan semua kolonialisme dimengertikan sebagai perkembangan
imperialisme, tetapi bukan semua perkembangan imperialisme bererti
kolonialisme. Secara amnya, kolonialisme bermaksud penindasan, penghinaan

21
atau eksploitasi orang-orang peribumi. Oleh yang demikian, kolonialisme ialah
bentuk penjajahan politik satu kuasa ke atas kuasa yang lainnya

Kesan daripada kolonialisme British telah menyebabkan kuasa raja menjadi


terbatas kepada penasihat agama dan adat istiadat orang Melayu. Hal ini dapat
dibuktikan melalui Perjanjian Pangkor 1874 menyebabkan kehilangan kuasa
oleh Raja Muda Abdullah dari Perak. Keadaan ini sekaligus memperlihatkan
kehilangan kuasa raja dan pembesar serta perubahan struktur sosioekonomi
masyarakat tradisional tempatan.

Sistem Residen
British telah memperkenalkan sistem residen yang memberi tamparan kepada
penguasaan ekonomi masyarakat tradisional tempatan. Perubahan struktur
sosioekonomi adalah berbeza mengikut negeri dan pemerintahan residen itu
sendiri. Di Perak, Hugh Low telah berjaya mengekalkan sistem feudal
masyarakat tradisional Melayu iaitu para pembesar menjalankan hasil kutipan
cukai dalam bentuk tunai namun mereka diberi gaji atau elaun walaupun terikat
dengan peraturan British. Tetapi berlainan pula dengan halnya di Pahang iaitu
residennya J.P.Rodger telah menghapuskan sistem feudal masyarakat Melayu
secara langsung dengan melantik beberapa pegawai Inggeris untuk mengutip
cukai dan ini telah menlenyapkan kuasa Dato’ Bahaman untuk mengutip cukai.
Walau apapun keadaannya, kehadiran kuasa residen yang diperkenalkan oleh
British telah menyebabkan perubahan besar dalam struktur sosioekonomi
masyarakat tradisional temapatan. Hal ini disebabkan kehilangan kuasa
pembesar mengutip cukai dan mereka hanya menjadi pekerja bagi British yang
dibayar gaji sekaligus melenyapkan sistem serah yang diamalkan sebelum
kedatangan kolonialisme.
Pengenalan sistem residen oleh kolonial memberikan kesan kepada struktur
sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan. Kehadiran residen bertujuan
untuk mengkoreksi minda mereka mengikut kepakaran masing-masing dalam
menjalankan dasar British. Setiap perkara pula perlu mendapat persetujuan
gabenor Negeri-Negeri Selat (NNS) dan Pejabat Tanah Jajahan di London. Kita
dapat menilai bahawa semua ini telah mengubah struktur sosioekonomi.
Perubahan ini adalah disebabkan penguasaan residen menafikan kuasa raja
atau sultan yang memerintah. Hal ini dibuktikan apabila J.W.W. Birch yang
menjadi residen bertindak sesuka hati memperkenalkan dasar-dasar British
tanpa mempedulikan kuasa Sultan Abdullah yang memerintah Perak ketika itu.
Keadaan ini telah menyebabkan kuasa sultan semakin luntur dan hanya
sebagai boneka oleh British. Oleh itu, pengenalan sistem residen merupakan
kesan kolonialisme yang mengubah struktur sosioekonomi masyarakat
tradisional tempatan dari aspek kekuasaan sultan dan penguasaan ekonomi
oleh British.

- Pascamerdeka
Darurat 1948-1960

22
Darurat atau The Emergency telah dikuatkuasakan oleh Pesuruhjaya Tinggi
British Sir Edward Gent berikutan pembunuhan 3 orang Eropah di sungai Siput,
Perak, yang merupakan kemuncak keganasan komunis di Tanah Melayu. PKM
mempunyai sokongan daripada bekas ahli MPAJA. Penubuhan Persekutuan
Tanah Melayu pada 1948 benar-benar mengecewakan PKM kerana hasrat
mereka ingin menubuhkan Republik Komunis Malaya gagal. Oleh yang
demikian, mereka melancarkan serangan gerila ke atas sasaran penting PTM
ketika itu. PKM dipimpin oleh Chin Peng.

Untuk kepentingan PKM, ia telah menubuhkan PUTERA (Pusat Tenaga


Rakyat) dan AMCJA (All Malayan Council Of Joint Action) untuk menentang
penubuhan Persekutuan Tanah Melayu tetapi gagal. PKM ingin merampas PTM
dalam 3 peringkat:-

Menyerang estet, lombong dan kawasan terpencil.

Apabila kawasan tersebut telah kosong, mereka akan menjadikan kawasan itu
sebagai kawasan pentadbiran dan latihan dan dinamakan kawasan yang telah
`dibebaskan’

Menyerang dan memusnahkan ekonomi imperialis, pertahanan dan merampas


kawasan yang didiami oleh Inggeris. Apabila Inggeris tewas maka
pengisytiharan Republik Komunis malaya akan dibuat.

Tindakbalas Kerajaan

a)Tahap pertama 1945-51

Pada peringkat awal, Inggeris gagal mengawal keadaan dan menyebabkan


keadaan yang huru-hara. Pada peringkat ini juga keanggotaan PKM bertambah
dari 4000 hinggalah 12000 pada tahun 1951.

Pada tahun 1949, Inggeris telah memperkenalkan Pendaftaran Negara dan


mengeluarkan kad pengenalan. Rancangan Briggs telah diperkenalkan dengan
memindahkan rakyat yang tinggal di pinggir hutan ke kawasan penempatan
baru (Kampung Baru) pada tahun 1950. Rancangan Briggs telah berjaya
memindahkan lebih setengah juta orang dan melumpuhkan strategi PKM yang
sering mendapatkan/memeras bantuan dari orang kampung. Kekuatan Tentera
dan polis juga ditambah sekali ganda. Kalau pada 1948 hanya 40 ribu askar sahaja
dari sepuluh Batalion Infantri, ia telah ditambah menjadi 20 Batalion dan PPH telah
ditubuhkan untuk membantu.

b)Tahap kedua 1952-1955

Inggeris melaksanakan `Perang Urat Saraf’ sebagai sebahagian daripada tektik


psikologinya. Sir Gerald Templer telah menggantikan Henry Gurney dan melakukan lawatan
ke seluruh negara memebrikan semangat. Tektik ini telah berjaya. Kawasan yang telah
selamat dinamakan `kawasan putih’ dan yang masih lagi berbahaya dinamakan `kawasan
hitam’.

23
Untuk memikat hati rakyat, kemudahan baru disediakan seperti bekalan elektrik, paip air dan
sekolah serta klinik. Menjelang 1953, telah ramai ahli PKM yang menyerah diri dan Chin
Peng terpaksa berundur ke selatah Thailand.

Tahap ketiga 1955-1960

Pada masa ini, keadaan telah bertambah pulih. Pemergian Misi Kemerdekaan yang diketuai
oleh Tunku Abdul rahman telah melemahkan lagi PKM. Ahlinya hanya tinggal 1500 orang
sahaja. Rundingan Baling telah diadakan tetapi Chin Peng enggan menyerah kalah. Pada
1955, untuk mengukuhkan lagi angkatan tentera, Briged Infantri Komenwel telah ditubuhkan
yang mengandungi tentera dari Australia, New Zealand dan British.

Darurat diisytiharkan tamat pada 1 Julai 1960 setelah hampir seluruh negara telah menjadi
`kawasan putih’.

Penubuhan Malaysia 1963

Melihat kepada kejayaan kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mempunyai
agenda yang seterusnya untuk menyatukan Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak
ke dalam TM. Ini adalah untuk lebih memantapkan lagi persekutuan yang telah ada.
Kemasukan Singapura sahaja akan merosakkan nisbah kaum Melayu-Cina, oleh itu Sabah,
Sarawak dan Brunei juga perlu ditarik masuk. Walaupun cadangan ini ditolak keras oleh
beberapa tokoh tempatan seperti Ibrahim Yaacob yang ingin bergabung dengan Indonesia,
namun ia tetap diteruskan.

Faedah Penggabungan

Singapura melihat langkah ini sebagai memberi keuntungan kepadanya kerana ini adalah
peluang awal untuk Singapura keluar merdeka dari jajahan British.

Pengembangan sektor ekonomi ke Semenanjung.

Bekalan air yang berterusan dari Johor.

Bebas menggunakan tambak Johor.

Sabah dan Sarawak mengharapkan layanan yang lebih istimewa apabila memasuki
Malaysia

Ini juga adalah jalan pintas untuk mencapai kemerdekaan

Golongan bumiputra Sabah/Sarawak berharap dapat lebih terlibat dalam pentadbiran negeri
masing-masing.

Suruhanjaya Cobbold

Suruhanjaya ini ditubuhkan pada bulan November 1961 untuk mendapat pandangan rakyat
Sabah dan Sarawak tentang kemasukan mereka ke Malaysia.

Ia diketuai oleh Lord Cobbold dan telah menjalankan soal selidk dari bulan Febuari hingga
pertengahan April 1962

24
Telah menemui 4000 orang dan menerima lebih 2200 memorandum dari pelbagai pihak.
Mengemukakan laporan pada bulan Jun 1962.

Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menertai Malaysia, menerimapakai


Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam dan bahasa Melayu
sebagai agama dan bahasa rasmi

Penolakan Brunei

Brunei tidak bersetuju untuk menyertai Malaysia kerana mendapat tentangan yang hebat
dari rakyatnya khususnya dari Parti Rakyat Brunei yang membuat pemberontakan pada 7
Feb 1962.

Brunei enggan membayar cukai atas pendapatan minyaknya

Sultan Brunei inginkan kedudukan yang lebih tinggi dalam senarai yang akan menjadi
YDPA.

Konfrantasi Malaysia-Indonesia

Wujud akibat penubuhan Malaysia.

Presiden Sukarno kecewa kerana ini menghancurkan harapan untuk menubuhkan Indonesia
Raya.

Kempen Ganyang Malaysia dilancarkan… terjadi pertembungan ekonomi, sosial dan politik
serta ketenteraan.

Tamat apabila Suharto mengambil alih

Singapura Disingkirkan

Pada 9 Ogos 1965, Singapura telah dipisahkan dari Malaysia atas sebab-sebab:-

A) politik

Persaingan antara MCA dan PAP- PAP ingin menggantikan MCA

Hubungan UMNO dan PAP renggang

Kengganan PAP mengiktiraf hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja

Penubuhan Konvensi Perpaduan Malaysia untuk menandingi Parti Perikatan.

B) Perkauman

Imbangan perkauman yang tidak stabil

Cara menangani masalah perkauman yang berbeza. PAP ingin highlight dah buat analisa
terbuka manakal Perikatan ingin tangani secara tertutup.

C) Ekonomi

25
Persaingan kilang Singapura dan TM

Enggan menyumbang 40% beban pertahanan

Tidak puashati dengan dasar cukai

Politik Selepas Kemerdekaan

Pergeseran Perkauman

Poilitik adalah sebab utama. Pengisytiharan Malaysia dan kemasukan Singapura telah
melihat pertembungan Melayu-Cina. Rakyat Cina bertambah dan enggan mengiktiraf hak
istimewa orang melayu. PAP memainkan peranan membakar perselisihan kaum pada
awalnya sebelum Singapura keluar dari Malaysia.

DAP dan GERAKAN telah mengadakan perarakan setelah Perikatan merosot majoriti dalam
pilihanraya 1969. Ucapan kempen pemimpin DAP juga tidak sensitif pada perasaan kaum
lain. Perarakan provikatif inilah yang merupakan sebab utama meletusnya tragedi 13 Mei
1969.

Dari aspek ekonomi, kesan penjajahan Inggeris telah menghasilkan jurang perbezaan
ekonomi antara kaum. Melayu di kampung, imigran Cina di bandar dan India di estet.
Akibatnya orang Melayu hidup miskin manakal Cina kaya di bandar.

Penubuhan KELDA, MARA dan FAMA telah mengancam kedudukan ekonomi kaum Cina
dan pra sangka yang buruk.

Dari aspek sosial, soal kerakyatan dan prinsip jus soli telah membingkan penguasaan orang
Melayu dalam politik dan sosial tempatan. Kaum Cina menentang penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi. Perkaitan antara PKM dan Cina telah menimbulkan rasa
syak wasangka orang Melayu. Pertembungan budaya juga adalah faktor tambahan.

Kesan 13 Mei

Keadaan huru hara menyebabkan YDPA atas nasihat Perdana Menteri mengisytiharkan
Darurat dan membubarkan Parlimen pada 16 Mei 1969. Pilihanraya di Sabah dan Sarawak
telah ditangguhkan.

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan pada 17 mei 1969. Tun Abdul Razak
telah dilantik sebagai pengerusi MAGERAN. Ahli lain adalah Tun Dr. Ismail, Tun Tan Siew
Sin, Tun G.T. Sambanthan, Dato’ Hamzah Abu Samah, Tan Sri Ghazali Shafie, Tan Sri Abd
Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleih Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd.
Jiwa.

Penubuhan Majlis Muhibbah dan Majlis Perpaduan Negara untuk membincangkan hal-hal
perpaduan. Majlis Perundingan Negara juga telah ditubuhkan pada 20 Jan 1970 untuk
menasihat MAGERAN. Ia diwakili UMNO, MCA, MIC, wakil agama, badan professional dan
lain-lain.

Konsep Rukun Negara diperkenalkan pada 1970.

26
Pindaan Perlembagaan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat setelah ianya dibuka kembali
pada 23 Feb 1971. Perkara-perkara sensitif seperti perkara 181(kuasa dan taraf raja),
perkara 153 (hak istimewa Melayu),perkara 152 ( bahasa kebangsaan ) dan berkaitan agam
Islam tidak boleh dipertikaikan lagi.

Barisan Nasional telah ditubuhkan yang mempunyai 10 parti termasuk PAS pada 1971 atas
inisiatif Tun Abd Razak.

Dasar Pembangunan Ekonomi Negara

Ianya bermula sejak sebelum merdeka lagi. Fasa pertama adalah Rangka Rancangan
Pembanguna Persekutun Tanah Melayu (1950-55) dan sebahagian Rancangan Malaya
Pertama (RM1) 1956-60. Fasa kedua RM2 1961-65, Rancanagn Malaysia Pertama (RM1)
1966-70, RM 2 (1971-75), RM 3 (1976-80), RM 4 (1981-85), RM 5 (1986-1990), RM 6
(1991-1995) dan RM 7 (1996-2000)

Ranka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) adalah perancangan janka panjang
kerajaan dari tahun 1970-1990. Ianya diikuti oleh RRJP2 (1991-2000).

Perlancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) di bawah RRJP1 adalah bertujuan untuk
mengimbangi kepincangan ekonomi orang Melayu dengan mengambil pengajaran dari
peristiwa 13 Mei 1969. Ianya dijalankan berperingkat dari 1971-1990. Antara tujuan utama
DEB adalah:-

membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum

menyususn dan mengimbang semula masyarakat dari aspek ekonomi dan menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi (Melayu bertani, Cina berniaga).

Antara strategi DEB adalah:-

Pengenalan sistem pekebun koperatif, mini estet

Mewujudkan program Hala Cara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar

Pengenalan Dasar Urbanisasi Negara

Pengenalan Dasar Perindustrian Berat Malaysia (HICOM,PERWAJA & PROTON)

Dasar Penswastaan

Pencapaian RRJP1

Dasar basmi kemiskinan kurang berjaya. Target 16.7% tetapi menjelang 1990 hanyalah
17%.

Penyusunan semula masyarakat dapat dilakukan tetapi pada kadar perlahan.

Target 30% dalam bidang keushawanan dan pemilikan saham secara umum untuk kaum
Melayu dan bumiputera telah gagal dicapai dengan hanya 19.4% menjelang 1990.

Dari aspek perpaduan negara, walaupun banyak kemajuan dicapai tetapi gurisan lama
masih lagi tidak dapat dilupakan.

27
Secara kasarnya , RRJP1 dan DEB kurang berjaya dalam mencapai matlamatnya. Satu
dasar baru menggantikan DEB iaitu Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan.

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) 1991-2000

Pada dasarnya DPN dibawah RRJP2 ini mengekalkan strategi asas DEB. Dimensi baru
DPN adalah:-

membasmi golongan termiskin

perwujudan guna tenaga dan pembangunan pesat sebuah masyarakat perdagangan dan
perindustrian bumiputera

meningkat keterlibatan pihak swasta dalam proses penyusunan semula masyarakay


Malaysia

menumpukan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas mencapai matlamat


pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama.

Secara amnya, pencapaian RRJP2 masih lagi belum mencapai matlamatnya walaupun
terdapat banyak perubahan dan kemajuan. 4 sektor utama negara iaitu perindustrian,
pertanian, perkhidmatan dan perdagangan adalah diberikan penekanan dengan pengenalan
berbagai program dan bantuan oleh pihak kerajaan.

Penekanan Dasar-Dasar pembangunan

Dalam tempoh Penekanan dasar

RM1 (1956-60) Productiviti pertanian

RM2 (1961-65) Pelbagai tanaman, kemudahan asas

RM3 (1966-70) Pembangunan luar bandar

- infrastruktur

- Khidmat sosial

RRJP1 RML2 (1971-75) Pembangunan dan kesaksamaan

(DEB)

RML3(1976-80) -Pembasmian kemiskian

RML4(1981-85) -Penyusunan semula masyarakat

RML5(1986-90) seperti di atas

RRJP2 RML6(1991-95) Pembangunan seimbang

28
(DPN) RML7(1996-2000) -Ekonomi

http://members.tripod.com/~fuad_2/tajuk4.htm

-Sosial

-Negeri-negeri

-Bandar-luar bandar

-Pengagihan

- Masa Kini

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja


berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat
selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan
Tentera.

Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster kerana Malaysia merupakan


bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang dipimpin
oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana
Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang
di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet
merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Malaysia mengamal sistem parlimen dwidewan: Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Pemilihan
ahlinya boleh dibahagikan kepada dua: 26 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri
sebagai mewakili 13 negeri. 44 ahli lagi dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan
Labuan dan Putrajaya.

Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu
kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan
raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun, dan selepas
itu pilihan raya yang baru akan diadakan.

Kuasa perundangan dibahagikan di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan


negeri. Ini ditentukan oleh parlimen. Undang-undang tertinggi ialah Perlembagaan
Malaysia dan ia memerlukan majoriti dua pertiga untuk diubah. Walau
bagaimanapun, peratusan ahli pihak pemerintah sentiasa melebihi nisbah ini.
Undang-undang kedua ialah undang-undang syariah yang menumpukan pada
orang Islam di Malaysia. Sultan merupakan ketua agama Islam dan kuasa ini
tertakluk kepada baginda kerajaan negeri. tidak memeranjatkan, undang-undang
syariah ini agak berbeza mengikut negeri.

Sistem legaliti Malaysia berasaskan undang-undang British. Walau bagaimanapun,


kebanyakan daripada undang-undang dan konstitusi telah diambil dari undang-

29
undang India. Mahkamah Persekutuan mengkaji kembali keputusan yang rujuk
daripada Mahkamah Rayuan; ia mempunyai jurisdiksi asal dalam hal-hal konstitusi dan
dalam perselisihan di antara negeri-negeri atau di antara kerajaan persekutuan
dan sesuatu negeri. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setiap satunya
mempunyai mahkamah tinggi. Kerajaan Persekutuan mempunyai autoriti terhadap
hal-hal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, keadilan (kecuali kes-
kes undang-undang sivil di kalangan orang Melayu dan orang-orang Muslims yang lain
dan juga orang-orang asli, yang diletakkan di bawah undang-undang Islam dan tra
tradisi), warganegara persekutuan, kewangan, perdagangan, industri, komunikasi,
pengangkutan, dan hal-hal lain.

 Aspek Sosial
- Tradisional
Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan pemerintah dan
golongan diperintah.

Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja,


pembesar, pentadbir serta ulama istana.

Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.

Golongan Pemerintah :

Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar :

Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.

Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan


pentadbiran negeri.

Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar.

Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri.

Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata

Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka


memperkukuhkan kuasa raja

Menjalinkan hubungan luar.

Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung


putih untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam,
cop mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi.

Keluarga Dan Kerabat Diraja :

Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja.

Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah.

Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.

30
Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada
putera.

Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah
jajahan takluk

Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan


raja.

Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.

Golongan Bangsawan Dan Pembesar :

Golongan Bangsawan :

Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat

Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir.

Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan.

Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu.

Pembesar Daerah :

Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui surat
tauliah oleh sultan yang bercop mohor.

Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada
pemerintah.

Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.

Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi


perantara sultan dengan rakyat.

Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta


bebas menjalankan kegiatan ekonomi.

Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah mereka.

Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah.
Contoh Membina istana.

Golongan Ulama Dan Pendeta :

Golongan Ulama :

Berketurunan Arab Melayu dan merupakan cendikiawan dalam bidang agama.

Berkedudukan istimewa dan sangat berpengaruh dalam susun lapis


masyarakat Melayu tradisional. Contoh jawatan mufti, kadi

Penasihat sultan dalam hal ehwal agama/hukum syarak.

31
Golongan Pendeta :

Pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat dan


salasilah raja.

Menjadi pakar rujuk kepada sultan dan golongan di istana.

Merupakan penulis dan perawi diraja.

Golongan Diperintah :

Terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang bebas/merdeheka.

Rakyat Biasa :

Petani, nelayan, dagang dan tukang.

Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran.

Mengamalkan tradisi gotong-royong.

Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan, buruh
dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir.

Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan, perlombongan


dan perdagangan.

Rakyat Asing :

Penduduk bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu
dan tinggal sementara sahaja.

Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti tentera upahan kerajaan.

Menjalankan kegiatan ekonomi seperti pelombong dan peniaga runcit.

Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan.

Golongan Hamba :

Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotong-royong.

Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.

Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.

Terdapat Tiga Jenis Hamba:

Hamba Raja :

Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba lain

Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan

Hamba Berhutang :

32
Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya melangsaikan
hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa

Hamba Biasa :

Menjadi hamba seumur hidup.

Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi, hamba dengan dan biduanda.

Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk


membezakan kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah
untuk membezakan kedudukan dan penghormatan.

Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan


campur tangan British.

https://fastnote.wordpress.com/struktur-sosial-masyarakat-
melayu-di-tanah-melayu-sebelum-british/

- Zaman Kolonial

Sebelum kedatangan penjajah asing, kelompok tertinggi dalam lapisan


masyarakat adalah golongan pemerintah yang terdiri daripada masyarakat
Melayu. Namun segalanya berubah apabila kedatangan British ke Tanah
Melayu apabila mereka telah menguasai struktur pemerintahan dan menjadi
golongan pemerintah dalam kelompok tertinggi

Hal ini demikian kerana kedatangan British telah mengubah corak pentadbiran
dalam aspek politik malah secara amnya juga telah mengubah aspek ekonomi
dan sosial masyarakat di Tanah Melayu. Jika dahulunya sultan yang berkuasa
dalam aspek pemerintahan namun semasa zaman kolonial British, raja telah
kehilangan kuasanya sebagai golongan pemerintah. Secara prinsipnya rakyat
bukan lagi dibawah kekuasaan dan pemerintahan oleh golongan pemerintah.
Hal ini kerana kuasa pemerintahan dipegang oleh golongan residen yang telah
diperkenalkan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.3 Melalui
sistem ini, kuasa mutlak raja telah digantikan oleh kuasa Residen kecuali
perkara agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Pada peringkat awalnya,
tugas residen hanyalah sebagai pelindung kepada rakyat British dan pedagang
asing. Mereka juga berperanan menguruskan hal ehwal luar negeri-negeri di
Tanah Melayu dan agen perubahan dalam membentuk birokrasi pentadbiran
corak Barat serta menjadi pelaksana dasar-dasar kerajaan. Namun, setelah
berlakunya Perjanjian Pangkor pada tahun 1874, residen berkuasa menjadi
penasihat sultan kecuali agama Islam dan adat istiadat Melayu. Secara tidak
langsungnya, sistem residen telah mula menguasai pentadbiran dan
pemerintahan negeri- negeri Melayu apatah lagi dari sudut ekonominya. 3
Azmah Abdul Manaf, 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia

33
https://www.slideshare.net/syuhernanandu/sosioekonomi-pada-
zaman-kolonial
- Pascamerdeka

- Masa Kini

Konsep bangsa Malaysia merupakan konsep baru bagi rakyat berbilang kaum di
negara ini. Apabila Persekutuan Tanah Melayu diiystiharkan merdeka pada 31
Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, maka lahirlah negara
dan bangsa Malaysia.

Sejarah perkembangan negara kita telah memperlihatkan bahawa proses


pembinaan negara dan bangsa berasaskan kepada empat ciri utama iaitu: 
Negara  Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan dan
pemerintah yang berwibawa.  Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan
yang tersusun yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan
politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan. NEGARA
DAN BANGSA

Bangsa  Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah


wilayah serta yang mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian
dan pengalaman sejarah.  Kerajaan  Kerajaan ialah institusi pemerintah yang
bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara. 
Kerajaan atau institusi pemerintah ini merangkumi semua badan yang membuat,
mentafsirkan dan melaksanakan dasar-dasar tersebut. NEGARA DAN BANGSA

Perlembagaan  Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sama ada bertulis


atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan
memerintah sebuah negara. NEGARA DAN BANGSA

https://www.slideshare.net/nurfareha3/group-presentation-48729786

 Aspek Ekonomi
- Tradisional
- Zaman Kolonial
- Pascamerdeka
- Masa Kini

34
4. Pengaruh Luar dalam Masyarakat dan
Budaya Melayu
 Hindu
 Islam
 Nusantara

 Barat
1.  Pengaruh barat dalam kebudayaan Melayu sememangnya sangat jelas. Pengaruhnya
boleh dilihat dari aspek ekonomi, sosial, kesenian, politik dan lain-lain.

2.  Mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis yang menjadikan faedah (riba) sebagai
asasnya. Contohnya dalam berhutang, penghutang dikenakan faedah sebanyak beberapa
peratus dari jumlah yang dipinjam. Ini sebenarnya menindas penghutang dengan faedah
yang dikenakan.

3.  Barat juga memperkenalkan sistem ekonomi sosialis iaitu produk dan pendapatan
akan menjadi milik kerajaan. Ini kelihatan berat sebelah. Oleh itu, undang- undang buruh
ditubuhkan untuk melindungi hak pengusaha agar kelihatan lebih saksama. Seterusnya,
sistem Ekonomi Campuran juga diperkenalkan.

4.  Sistem ini adalah gabungan sistem ekonomi sosialis dan kapitalis. Ekonomi
masyarakat Malaysia juga dibahagikan mengikut bangsa semasa pemerintahan barat yang
mengamalkan dasar “pecah dan perintah”. Ini menyebabkan berlaku jurang perbezaan
ekonomi antara orang Melayu, Cina dan India.

5.  Barat telah memperkenalkan sistem demokrasi. Sistem ini telah berjaya
menghapuskan sistem feudal Melayu zaman itu yang mengamalkan Pemerintahan Beraja.
Demokrasi mengutamakan suara rakyat dan rakyat berkuasa penuh dalam penentuan
pemimpin mereka.

6.  Terdapat pelbagai jenis demokrasi yang diperkenalkan oleh barat antaranya
Demokrasi Berparlimen. Malaysia telah mengamalkan Demokrasi Berparlimen sejak
mendapat kemerdekaan daripada British. Demokrasi Berparlimen ini diamalkan di bawah
pentadbiran Raja Perlembagaan.

7.  Pengaruh lebih kepada cara berfikir yang dianggap moden iaitu berfikiran terbuka.
Pemikiran yang terbuka contohnya masyarakat sudah kurang mempercayai tentang
perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain dan sesetangah orang
menganggapnya sebagai karut.

35
8.  Barat juga mengamalkan sosial kekeluargaan tidak sesuai diamalkan oleh kita.
Sebagai contoh, barat mula mengiktiraf bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis,
keibubapaan tunggal dan lain-lain. Perkara ini tidak sesuai sama sekali dengan
masyarakat Islam di Malaysia.

9.  Barat cuba mencari alternatif lain menggantikan institusi kekeluargaan dan antara
alternatif yang dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis,
keibubapaan tunggal, kehidupan berkelompok, dan didikan anak secara professional (Eliot,
1986). Perkara ini melanda masyarakat timur termasuk Malaysia secara perlahan-lahan,
namun institusi kekeluargaan masyarakat Islam di Malaysia masih utuh dengan
berlandaskan Islam.

10.  Dunia mula diperkenalkan dengan aliran- aliran muzik barat yang pelbagai antaranya
kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop, jazz, dan lain-lain. Setiap aliran
ini mempunyai identiti dan imej yang tersendiri. Seni hiburan barat ini menjadi ikutan
negara lain termasuklah Malaysia.

11.  Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan sehingga ke hari ini.
Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang dibina dengan
rekabentuk yang dianggap moden oleh orang ramai. Contohnya, Menara Berkembar
Petronas contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat

5. Kebudayaan Kebangsaan

 Takrif Kebudayaan Kebangsaan

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam


proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk
dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi

36
dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua
lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,
proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi
supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan
ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan
ketahanan negara. 

Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan pada tahun 1971 di Malaysia. Ianya
lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Dasar ini ditubuhkan sebagai
garis panduan dalam membentuk,mewujud dan mengekalkan identiti negara. Penggubalan
dasar mestilah mempertimbangkan fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan
negara. Contohnya seperti negara sebagai pusat pertemuan,pusat perdagangan dan pusat
tamadun. Negara kita menjadi pusat-pusat tersebut sejak dua ribu tahun
lampau.Peranannya adalah sebagai pusat pertemuan. Ia telah melahirkan beberapa proses
seperti interaksi,pengenalan,penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur yang sesuai
kepada kebudayaan asas. 

Rasional 

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara


membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini
nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan
identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan


sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun
dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat
pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan
pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-
unsur kebudayaan dunia.

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan Kebudayaan
Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang
ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu: 

i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini

Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei,


Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan
Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun
atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan
warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan
dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau
ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga
bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam,
kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara
hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia

37
yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan
rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah
dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima

Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses


penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi
penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya
Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan
penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam
penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan
Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas
moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara
khasnya.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses
pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan
usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi
unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan
kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan
nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. 

Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres


Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Objektif 

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah


penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu. Dengan yang
demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan
untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada


Kebudayaan Kebangsaan; dan

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian


yangseimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-


asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan,
pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

38
(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan
melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan;

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan


dan nasionalisme Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

  http://www.jkkn.gov.my/ms/dasar-kebudayaan-kebangsaan

 Pelaksanaan Kebudayaan Kebangsaan

- Makanan

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura
terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan
menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan
dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu
makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini
pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa
dan hati lembu.

NASI LEMAK

 LEMANG

Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat
ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi
ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini
dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan
santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang

39
menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.

LEMANG

 DODOL-DODOL

Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau
manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat
rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan
menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini
terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat
dodol.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung
beras, gula pasir, gula melaka dan garam.Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut
hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah
dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan
kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu,
dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol
yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya
kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi
dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan
mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.Seterusnya, dodol
hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah
dodol tersebut masak dan diangkat.Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di
dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol
mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah
dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari
tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.

DODOL

40
OTAK-OTAK

Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya


dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di
Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”Pada lazimnya ia dibungkus
dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia
dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi
ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli.
Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur
arang atau dapur biasa. Ia  lebih enak dimakan ketika masih panas.

OTAK-OTAK

 MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

KUIH BULAN

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan
Musim Luruh. Menurut hikayat  cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di
Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan
kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina
supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina
dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa
bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di
tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk
memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini,
peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang
dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan
yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur
masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai
persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat
menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh
Kuih Bulan yang manis itu.

41
KUIH BULAN

 
ZONG ZI

Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan tradisional Tiongkok yang terbuat dari
beras ketan dan dibungkus dengan daun bambu. Zongzi biasa disajikan pada tradisi
perayaan Duanwu atau Festival Perahu Naga yang jatuh pada bulan ke lima Imlek untuk
memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan Chu. Menurut
legenda, Qu Yuan gagal memperingati kaisar dan para pejabat istana untuk menghentikan
perang saudara yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan lalu membuat puisi yang berisikan
kesedihan dan kekhawatirannya terhadap peperangan di tanah air mereka. Setelah puisi itu
selesai, ia melompat ke sungai Miluo. Orang-orang mencuba menyelamatkannya dengan
melempari bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud memberi makan para ikan agar
mereka tidak memakan mayat Qu Yuan. Nah, bungkusan-bungkusan nasi itulah yang
kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau Ba Tzang.

ZONG ZI

KUIH BAKUL

Kuih Bakul atau Nian Gao ialah makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut
berbentuk seperti dodol.. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini

42
paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai
membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian gao” di mana perkataan gāo
berbunyi sama dengan perkataan yang bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin
tahun semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi
kemajuan”.Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama
yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh
diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul
berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai,
dan masakan Kontonis dari Guangdong.

KUIH BAKUL

MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA 

MURUKU

Muruku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India
Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua
masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap,
rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang
Tosai/Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti
yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk
bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara
menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.

MURUKU

43
 ROTI CANAI

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India.
Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati
oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai
banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-
roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal

ROTI CANAI

 TOSAI

Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose,
dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai
telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh
rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau
kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai
dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan
protein.Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal
dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia
diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup. 

TOSAI

44
VADAI

 Vadai adalah sejenis makanan orang India selatan yang lebih enak dimakan bersama
chutney atau kuah kari. Terdapat dua jenis vadai iaitu yang diperbuat daripada kacang dal
dan kentang. Satu jenis lagi diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan
lubang di tengah. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak dan biasanya
terdapat hirisan cili hijau, cili merah, daun kari dan bawang merah didalamnya.

VADAI

VADAI

- Pakaian
- Kesenian
- Seni Bina

6. Isu dan Cabaran Kebudayaan Melayu

 Pengaruh Media Sosial

45
Media massa merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi dalam bidang informasi
dan komunikasi. Pengaruh media massa berbeza-beza terhadap setiap individu. Hal ini
disebabkan kerana adanya perbezaan corak pemikiran, perbezaan sifat yang terkesan pada
pengambilan sikap, hubungan sosial sehari-hari dan perbezaan budaya. Manakala era
globalisasi pula memiliki pengaruh yang kuat disegala dimensi kehidupan masyarakat. Hal
ini menyebabkan terjadinya perubahan-perubahan sosial baik secara positif mahupun
negatif. Perkembangan teknologi membuatkan masyarakat tersepit diantara dua pilihan.  Di
satu pihak masyarakat menerima kehadiran teknologi, di pihak yang lain kehadiran teknologi
moden jesteru menimbulkan masalah-masalah yang bersifat struktural yang menambahkan
di semua aspek kehidupan masyarakat. Dewasa ini kemajuan teknologi informasi yang
menuju kearah globalisasi komunikasi dirasakan cenderung berpengaruh langsung terhadap
tingkat peradaban masyarakat dan bangsa.  Media massa merupakan salah satu bentuk
kemajuan teknologi informasi dan komunikasi, melalui media massa yang semakin banyak
berkembang memungkinkan informasi menyebar dengan mudah pada masyarakat.
Informasi dalam bentuk apapun dapat di sebar luaskan dengan mudah dan cepat sehingga
mempengaruhi corak pandangan, gaya hidup, serta budaya suatu bangsa. Oleh itu, kertas
kerja ini akan membincangkan pengaruh media massa terhadap kehidupn sosial
masyarakat kini yang harus mendepani arus globalisasi.

dunia tanpa sempadan kini bukan sahaja cukup sebati dalam diri kita tetapi telah mengubah
budaya serta gaya hidup kita.

Masyarakat kini menjadikan media sosial sebagai rujukan utama untuk mengetahui berita
terkini (sama ada palsu atau benar) serta membeli dan mempromosi perniagaan.

Tidak kurang juga yang menggunakan medium itu sebagai tempat meluahkan perasaan
kecewa berbanding bercerita kepada keluarga dan insan rapat.Terbaharu, bukanlah aplikasi
tetapi trend semasa yang digelar Keke Challenge. Ia merupakan tarian yang perlu dilakukan
di luar kereta dan dalam keadaan kereta bergerak sambil mengikut rentak lagu In My
Feelings dendangan artis antarabangsa, Drake.

Secara umumnya, tiada masalah mengenai cabaran mahupun aplikasi yang disebut di atas.

Apa yang dikesalkan ialah apabila muncul pengguna dalam kalangan wanita terutamanya
yang beragama Islam tanpa segan silu menari dan berjoget dengan penuh erotik demi
perkara yang disebut sebagai hiburan mengikut trend.Sejak akhir-akhir ini, melarat pula
kisah berhibur menggunakan aplikasi seperti Bigo dan Tik Tok yang memerlukan pengguna
melakukan pelbagai aksi seperti menari, melompat dan sebagainya mengikut lagu yang
disediakan.

Justeru, penting untuk masyarakat terutamanya ibu bapa untuk memberikan pendedahan
kepada anak tentang penggunaan media sosial dan juga bahayanya mengekspresikan diri
tanpa batasan di ruang maya itu agar mereka lebih matang dalam menggunakan teknologi
dengan baik

Perkembangan globalisasi ini menunjukkan bahawa ianya bukan sahaja menyentuh tentang
hubungan antara pelbagai pelusuk dunia, tetapi juga berkaitan dengan penyebaran budaya.
Walaupun kita tetap kekal di tempat kita tinggal, tetapi melalui proses globalisasi ini simbol
budaya luar akan datang kepada kita melalui perantara media. Kita akan terdedah kepada
proses integrasi dan disintegrasi budaya di mana budaya luar menyerap dan di terima dalam

46
budaya kita disamping ia juga mendisintegrasikan budaya yang sedia ada. Akibatnya
budaya yang sedia ada dibayangi oleh budaya baru yang mengintegrasikan ciri-ciri budaya
luar. Hakikat ini diakui oleh Pieterse (1995:62), di mana beliau berpendapat bahawa dalam
proses globalisasi kita akan dapat melihat budaya tempatan atau introvert culture yang telah
wujud begitu lama dan membayangi 5 budaya luar atau translocal culture, akan secara
beransur-ansur dibayangi ke belakang oleh budaya luar yang mengandungi pelbagai unsur
secara beransur-ansur menonjol ke hadapan. Unsur-unsur budaya luar yang menghasilkan
translocal culture ini bukan sahaja disebarkan secara langsung melalui rangkaian media
global atau Internet dalam bentuk program, periklanan dan sebagainya tetapi juga melalui
rangkaian media tempatan yang memperagakan bahan-bahan yang diimpot. Begitu juga
ada kalanya budaya luar ini juga disajikan kepada khalayak tempatan melalui watak-watak
tempatan tetapi membawa mesej daripada budaya luar. Bagi generasi muda yang sering
meminati program media luar sudah tentu secara sedar atau tidak sedar terdedah kepada
unsur-unsur budaya luar. Ada kemungkinan unsur dan nilai daripada budaya luar'ini secara
tidak langsung diasimilasikan dalam nilai dan tindakan mereka. Kita tidak ingin
membicarakan bagaimana proses asimilasi itu berlaku tetapi hakikatnya generasi muda
sudah menunjukkan perubahan ciri-ciri budaya translocal dari segi makanan, pakaian,
aspirasi, nilai dan sebagainya.

Untuk peranan dalam domain budaya sebagai wadah hiburan, media diharapkan dapat
menyediakan isian yang sesuai dengan batas nilai dan tatasusila yang boleh diterima dalam
budaya tempatan. Untuk melaksanakan peranannya ini, budaya media akan diwarnakan
oleh pengurusan, falsafah pengeluaran, matlamat organisasi dan watak-watak utama dalam
isian atau program media (McQuail, 1995).

Dalam persekitaran kaya media di negara ini, kebanyakan daripada kita akan terdedah
dengan pelbagai citra dan representasi budaya melalui media. Tetapi media bukanlah
satusatunya institusi penting dalam pembentukan identiti budaya generasi muda. Ada lagi
institusi penting yang bergembeling tenaga dalam pembentukan identiti budaya ini.
Tomlinson (1999:21) menyatakan bahawa media sememangnya memainkan peranan yang
penting dalam pembentukan identiti budaya kerana ia bertindak sebagai transmitter of
instrumental symbolization. Namun begitu kesannya terhadap pembentukan identiti budaya
adalah lebih terhad kerana media adalah sebahagian daripada proses keseluruhan di mana
pentafsiran makna simbolik itu ditafsirkan. Tambahan pula media dan lain-lain perantara
komunikasi bukanlah satu-satunya sumber untuk mendapatkan pengalaman budaya sama
ada di peringkat lokal atau global.

Berdasarkan isu-isu media yang dihuraikan di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahawa
dalam abad ke 21 ini, masyarakat Malaysia akan mengalami suasana yang boleh dikatakan
sebagai persekitaran kaya media atau media rich environment. Kebolehdapatan 14 pelbagai
media akan terus meningkat dan begitu juga dari segi penggunaan media berkenaan
berdasarkan kepada peningkatan kuasa membeli masyarakat di negara ini. Disamping itu,
entiti media global akan terus terserlah dalam landskap media tempatan seiring dengan
proses globalisasi. Menurut Herman dan McChesney (1997) media global yang
berlandaskan ciri-ciri komersial dan keuntungan ini akan menjadi wahana utama
menyediakan persekitaran maklumat dan ideologi yang boleh membantu mengekalkan
kepentingan politik, ekonomi dan asasasas moral kapitalisme dunia. Begitu juga media
global ini lebih mementingkan keperluan pasaran daripada keperluan warga sesebuah
negara. Cabaran utama yang dihadapi oleh media di Malaysia ialah bagaimanakah ia boleh

47
terus berperanan membantu dalam pembentukan identiti budaya dan pembanganun
negara? Media di Malaysia seharusnya menyediakan respon terhadap saingan yang
dihadapai dengan media global. Misalnya stesen tempatan seharusnya dapat menyediakan
program yang lebih kompetatif berbanding dengan program yang ditawarkan oleh 22 saluran
televisyen satelit ASTRa agar tumpuan warga di negara ini tidak sepenuhnya kepada siaran
daripada luar negara.

Era globalisasi membawa perkembangan baru dalam industri media di abad ke 21.
Perkembangan tersebut memantapkan lagi peranan media global sama ada melalui siaran
satelit atau rangkaian jaringan komputer. Perkembangan itu sukar untuk kita pisahkan
dengan keperluan dan persekitaran semasa. Kita tidak punyai pilihan lain selain
menerimanya dan cuba mendapat manfaat dan juga hindari kesan negatifnya. Seiringan
dengan itu budaya media juga bernbah

Adakah kita perlu mempertahankan identiti budaya kita dalam sebuah negara yang
berdaulat walaupun dunia sekarang ini sudah dianggap sebagai tiada mempunyai
sempadan fizikal lagi? Isu mengekalkan identiti budaya sering kali diperkatakan bukan
sahaja oleh negara di Timur tetapi juga negara di Barat. Cabaran yang akan dihadapi oleh
media di negara ini adalah selain daripada menerima perkembangan semasa, sejauh
manakh mereka bernpaya membantu mengekalkan identiti budaya masyarakat di negara ini
selain daripada merangsangkan mereka untuk menerima pernbahan.

https://www.iyres.gov.my/jdownloads/kertaskerja/media-a-identiti-budaya-
cabaran-media-terhadap-masyarakat-malaysia-di-alaf-ke-21-.pdf

 Gaya Hidup Masyarakat

GAYA hidup rakyat negara ini didapati berubah disebabkan pengaruh globalisasi dan
kemasukan budaya baharu yang meresap melalui pengaruh teknologi maklumat dan hidup
lebih mementingkan kebendaan serta keseronokan.

Kajian menunjukkan globalisasi agak sukar untuk dianalisis dan memberi kesan kepada
pergerakan sosial serta budaya sesebuah masyarakat setempat di mana berlakunya pola
hubungan sosial berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.

Disebabkan globalisasi, masyarakat hari ini tidak lagi menjadikan tempat awam seperti
perpustakaan, dewan orang ramai, balai raya, surau mahupun masjid sebagai tempat
pertemuan untuk bersosial.

Sebaliknya, tempat-tempat seperti pusat beli-belah dan pusat hiburan kini menjadi pilihan
untuk bersosial khususnya dalam kalangan muda-mudi.

Lokasi sebegini juga membuatkan masyarakat hanya melayan internet secara bersendirian
dan tidak lagi menyertai proses sosial seperti berbual dan bertukar pendapat.

Perubahan gaya hidup disebabkan proses globalisasi itu menyebabkan rakyat Malaysia
tidak lagi mahu mengambil berat tentang isu-isu melibatkan orang ramai dan juga politik.
Golongan yang peka dan kritis kepada hal ehwal semasa pula dilabelkan sebagai golongan
yang mahu mencetuskan konflik dalam masyarakat.

48
Saya bimbang jika tidak dibendung, perubahan gaya hidup ini boleh melupuskan identiti
budaya tempatan. Justeru, rakyat negara ini disaran kembali mengamalkan budaya dan
nilai-nilai tradisi masyarakat kita yang selaras pegangan bangsa dan agama kita.

Proses pembentukan dan pendidikan akhlak perlu dimulakan dari rumah dan dipupuk di
sekolah agar dipraktikkan dari usia muda dalam kehidupan seharian melalui pertuturan dan
tingkah laku yang baik.

DR. AMINUDIN MANSOR

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

https://www.utusan.com.my/rencana/forum/globalisasi-mengubah-gaya-hidup-
1.394686

 Aliran Pemikiran Generasi X, Y dan Z

Banyak perbincangan dibuat berkaitan perkembangan generasi. Istilah Gen X, Y dan Z


sudah menjadi perbincangan umum dewasa ini.

 Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam
kumpulan umur tertentu. Don Tapscott dalam bukunya Grown Up Digital membahagikan
demografi penduduk kepada beberapa kelompok berikut:

1. Pre Baby Boom (lahir pada 1945 dan sebelumnya)


2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) – Generasi X
4. The Echo of the Baby Boom 
    (lahir antara 1977 – 1997) – Generasi Y
5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga kini)  – Generasi Z 
6. Generation Alpha (lahir pada 2010) – Generasi A 

Dalam aspek gaya hidup, kebanyakan penulis mengklasifikasikan gaya hidup mengikut gaya
hidup remaja ketika waktu 'teenagers of the day', yang merujuk kepada jangkamasa waktu
tersebut mereka berumur sekitar 12 tahun sehingga 10 tahun berikutnya sekitar berumur
20an. Walaupun klasifikasi gaya hidup ini berdasarkan gaya hidup di negara-negara barat,
kita masih boleh mengambil sebagai rujukan.

Istilah Generasi X, Y dan Z digunakan untuk merujuk kepada kelompok generasi dalam
kumpulan umur tertentu. X, Y, Z adalah semua sememangnya pemastautin siber. Generasi
X, Y dan Z adalah generasi muda atau disebut juga Net Generation iaitu merujuk kepada
perkembangan internet pada zaman generasi ini. Walaupun perbincangan tentang Generasi
XYZ ini agak asing dalam konteks Malaysia, namun hakikatnya perbincangan generasi XYZ
ini sudah lama dibincangkan dinegara-negara Barat.

Generasi ini juga di kenali sebagai Millennial Generation ( Millennials),[Generation Next][ Net
Generation],atau[ Echo Boomers]  Generasi ini memiliki gaya hidup, trend dan juga
pemikiran yang selaras dengan perubahan masa dan zaman. Cara berfikir, gaya hidup dan
cara berkomunikasi sudah berbeza di antara kelompok generasi ini.
1.   Pre Baby Boom

49
Generasi Pre Baby Boom lahir pada tahun 1945 dan tahun-tahun sebelumnya. Billings dan
Kowalski menganggap generasi ini sebagai adaptive. Mereka mudah menerima dan
menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Generasi ini dianggap “orang lama” yang
mempunyai banyak pengalaman kerana telah lama hidup.

2.   The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)


Generasi The Baby Boom adalah generasi yang lahir antara tahun 1946 hingga 1964. Istilah
“baby boom” digunakan Don Tapscott merujuk pada kadar kelahiran yang tinggi selepas
Perang Dunia Kedua. Sewaktu peperangan, ramai pasangan menangguhkan kelahiran
disebabkan faktor kesusahan semasa perang.   Selepas perang berakhir, orang Australia,
Kanada,New Zealand dan Amerika kelihatan seperti berlumba mendapatkan anak sehingga
kadar kelahiran meningkat mendadak dan dikatakan "boom."

Mereka adalah kelompok generasi yang idealis. Generasi ini hidup berdikari dan tidak lagi
terlalu bergantung kepada keluarga. Mereka mementingkan kerjaya atau pekerjaan “The
baby boom” adalah generasi penyiaran (broadcasting). TV, radio dan akhbar mempengaruhi
keputusan mereka.

3. The Baby Bust (lahir antara 1965 – 1976) - GEN X


Selepas era “the baby boom”, kadar kelahiran di Amerika Syarikat turun dengan
mendadak. Terma “the baby bust”, istilah yang sering dipakai ialah “Generation X”,
mengambil tajuk novel Douglas Coupland. “X” merujuk kepada kumpulan yang terpinggir
dalam masyarakat walaupun mereka mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding “the
baby boom”.  

Dikatakan 50 juta manusia dilahirkan dalam jangkamasa ini. Dalam tahun 2010, mereka ini
berumur sekitar 30an ke 40an. Mereka membesar sebagai kanak-kanak yang dibesarkan
dalam suasana ibu-bapa yang sibuk bekerja atau ibu bapa tunggal. Dengan sebab itu,
mereka adalah generasi televisyen, bersukan,  independen, informal lebih matang dari sudut
emosi dan mempunyai gaya hidup seimbang.
Gen X ialah generasi internet. Generasi X menganggap internet sebagai media yang tidak
memerlukan kepakaran (nonspecialist media). Sesiapa saja boleh gunakan internet dan
melahirkan pandangan mereka.

4. The Echo of the Baby Boom (lahir antara 1977 – 1997) - GEN Y
Ini dikenali sebagai Gen Y. Salah satu faktor mengapa “Net Gen” kekal agak lama ialah
wanita pada ketika ini memilih untuk berkeluarga dan melahirkan anak pada usia yang agak
lewat, iaitu 30an atau 40an.

Dianggarkan sekitar 70 juta orang. Mereka ini juga disebut sebagai generasi millenium
Generation Next, Net Generation dan juga Echo Boomers yang terdedah dengan pelbagai
elemen yang menyeronokan seperti, muzik, permainan video, aktiviti sosial, teknologi DVD,
mp3, ipod dan sebagainya. Generasi yang hidup senang dan menjadi harapan besar ibu-
bapa. Mereka lahir ketika komputer peribadi mula digunakan. Ketika mereka membesar,
telefon bimbit telah menjadi sebahagian daripada hidup manusia. Generasi ini tidak dapat
lagi dipisahkan elemen hiburan seperti muzik dan video dalam gajet-gajet mudah alih
mereka.

5. Generation Net (lahir antara 1998 hingga sekarang) – GEN Z


Mereka juga dikenali sebagai Gen Z. Umur mereka yang paling tua sekarang ialah 12 tahun.
Generasi ini lahir dan membesar dengan teknologi Internet. Bill Gates menyifatkan generasi
ini sebagai Generasi I, Information. Katanya

50
"I have begun to think of the kids born during the past decade as Generation I, the Internet
generation. The full impact of the Internet will be felt not by us but by them. They will have no memory
of life without the Net. They will be mystified by our record albums, because to them, music will simply
be something that is downloaded from the Web onto their computers, where they can organize songs
exactly as they wish to listen to them. And while the printed book will not disappear, reading a novel
on-line wont be an alien concept. Generation I will be able to conceive of the Internets possibilities far
more profoundly than we can today. This new generation will become agents of change as the limits
of the Internet expand to include educational, scientific, and business applications that we cannot
even imagine."

Berikut ialah peratusan kelompok ini dalam konteks penduduk Malaysia


(lihat “Buletin Perangkaan Sosial” yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia:

* Pre-Baby Boom (65 tahun ke atas) – 4%


* The Baby Boom (47 hingga 64 tahun) – 16%
* The Baby Bust / Gen X (34 hingga 46 tahun) – 21%
* The Echo of Baby Boom / Gen Y (13 hingga 33 tahun) – 21%
* Generation Net / Gen Z (sehingga 12 tahun) – 38%

 Kelompok Generasi X dan Generasi Y sekiranya dicampurkan menunjukkan dua kelompok


ini mewakili 42% dari penduduk Malaysia. Ertinya hampir separuh dari penduduk Malaysia
adalah golongan generasi muda dan remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 44
tahun.

Antara ciri-ciri yang ketara di kalangan “Generasi X” (berumur antara 34 hingga 46


tahun) dan “Generasi Y” (berumur antara 13 hingga 33 tahun) ialah mereka inginkan
kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan, ketelusan dan integriti,
cenderung kepada “collaboration” dan hubungan antara satu sama lain; interaktif dan
inginkan sesuatu secara pantas (speed).  

Manakala Generasi Z yang merupakan 38% dari jumlah penduduk merupakan kanak-kanak
yang masih berada di bangku sekolah rendah.

Kita berada dalam era istimewa kerana mereka yang berumur sekitar bawah 40an masih
lagi dapat melihat dan berinteraksi dengan mereka yang lebih tua yang dilahirkan sebelum
perang. Dalam masa yang sama mereka dapat melihat generasi kanak-kanak hingga
belasan tahun sedang membesar. Sedar atau tidak, pertembungan budaya dan gaya hidup
antara generasi berbeza ini sedang berlaku.

Secara sedar atau tidak kita dapat perhatikan Baby Boomer mementingkan kekeluargaan.


Amalan makan bersama, luang masa bersama keluarga, solat berjemaah, menghormati
orang tua, bersopan santun dan berbudi bahasa masih lagi menjadi leteran. Generasi
X pula bekerja kuat dan kurang bersama keluarga tetapi masih mampu menetapkan jadual
untuk pergi melancong dan bercuti bersama keluarga bagi menghabiskan cuti tahunan.
Namun begitu gen X, kurang bersenam menyebabkan ramai yang mati megejut disebabkan
masalah kesihatan. Generasi Y pula, tidak menghiraukan hal ehwal keluarga, lebih suka
bersosial bersama rakan-rakan atau mengadap komputer bersosial secara maya. Gen
Z pula amat sukar untuk dijangkaan perangai atau gaya hidup mereka.

Ibu bapa, Generasi X dan Y masih lagi tercari-cari rentak dan formula untuk mengawal gen
Z. Gen Z dimanjakan dengan makanan yang lazat, pelajaran yang bagus, pakaian yang
mahal dan gajet yang canggih. Mereka begitu terkehadapan apabila maklumat hanya boleh

51
di 'google', video boleh di 'youtule' dan permainan boleh di 'online' pada bila-bila masa.
Secara fizikal mereka boleh dikunci di dalam bilik tetapi secara mentalnya mereka tidak
dapat dikawal. Kita perlu sama-sama memikirkan kaedah yang terbaik kerana dalam masa
yang sama kita sedang bersetuju dengan gaya hidup yang boleh merosakkan mereka pada
masa akan datang.

Cuba kita renung-renungkan perbincangan ini. Bersediakah kita menghadapi perubahan dan
perkembangan generasi ini.

http://azman2020.blogspot.com/2011/10/generasi-x-y-dan-z-pandangan-dan.html

Hari ini saya terpanggil untuk menulis mengenai Generasi Alpha iaitu generasi selepas Z. Ini
adalah rentetan daripada komen seorang pembaca iaitu Benjy yang bertanyakan tentang
perkara ini, iaitu generasi apakah selepas Z. Beliau juga ada bertanya sekiranya beliau
masih berpeluang untuk melihat generasi tersebut. Sekiranya umur beliau yang kini berusia
36 tahun, insyaAllah beliau masih berpeluang. Anak beliau yang sekiranya lahir pada tahun
2010 akan digelar Generasi A.

Apakah ciri-ciri Gen-A?

Kenapakah dipanggil Generasi Alpha atau Gen-A ?

Turutan dari generasi terdahulu, pakar sosiologi telah kehabisan alphabet Latin yang
digunakan iaitu X,Y dan Z, maka di mulakan kembali dengan alphabet Roman iaitu A, B dan
C. Mudah kan?

Generasi Alpha atau dipanggil Gen-A adalah gelaran kepada generasi yang lahir pada tahun
2010 sehingga tahun 2014. Gen-A adalah generasi yang paling berpelajaran tinggi. Mula
bersekolah seawal usia 3-4 tahun dan menamatkan pengajian selewat umur 27 tahun.
Kajian pakar sosiologi mengatakan bahawa Gen-A merupakan generasi yang paling
terpelajar di dalam sejarah generasi manusia.

Merupakan anak kepada generasi Y dan Z, yang lebih berkemampuan, dengan bilangan
anak yang sedikit dan dengan pelbagai pilihan hiburan dan juga teknologi, generasi ini
merupakan generasi yang sangat materialistik

Generasi ini dijangka akan menjadi lebih materialistik dan fokus mereka adalah terhadap
gaya hidup berteknologi tinggi. “Merupakan anak kepada generasi Y dan Z, yang lebih
berkemampuan, dengan bilangan anak yang sedikit dan dengan pelbagai pilihan hiburan
dan juga teknologi, generasi ini merupakan generasi yang sangat materialistik” menurut
Mark McCrindle di dalam bukunya tentang generasi global berjudul “The ABCof XYZ”

Separuh daripada alat permainan yang dimiliki oleh kanak-kanak Gen-A akan dikuasakan
oleh bateri yang mana adalah lebih mahal daripada alat permainan biasa.

Generasi ini mula mengenal hidup mereka dengan telefon bimbit, ipad, komputer,
playstation, wii, xbox, google, facebook dan blog. (Anak saudara saya Harith adalah Gen-A
dan sudah pandai menggunakan Ipad ketika baru berusia 8 bulan)

Antara ringkasan ciri-ciri Gen-A yang diramalkan oleh para pengkaji sosiologi adalah:-

52
Mewarisi kemewahan material dari Generasi X dan Y iaitu ibu bapa mereka.

Berpelajaran tinggi

Hidup dibantu oleh gajet-gajet berteknologi tinggi.

Tidak mempunyai skill atau kemahiran yang banyak dan tidak berminat untuk menambah
kemahiran dari yang sediada.

Obsess dengan benda/alat/produk baru (brand new) dan apabila sudah bosan akan
membuangya dan digantikan dengan yang lebih baru.

Diramalkan yang kebanyakan mereka adalah obes atau mengalami berat badan yang
berlebihan akibat kurang pergerakan kerana hidup di dalam dunia teknologi yang semuanya
berada di hujung jari tanpa perlu keluar dari rumah.

Kurangnya semangat sosial dan kejiranan. Tidak mengenali jiran dan juga rakan sepejabat.

Generasi A akan mempunya peluang pekerjaan yang sangat tinggi di masa hadapan kerana
menjelang tahun 2020, populasi tua telah mencapai puncaknya dan meninggalkan alam
pekerjaan yang bakal diambilalih oleh generasi ini.

Itu adalah sedikit sebanyak ciri-ciri generasi ini.

Diharapkan Generasi Alpha masih menghormati kita. Sekiranya anda mempunyai anak yang
lahir pada tahun 2010 dan ke atas, didiklah mereka seperti mana ayah dan ibu serta
generasi sebelumnya yang mendidik kita dengan penuh nilai sosial dan agama.

Semoga generasi X-Y dapat mempersiapkan diri dan anak-anak bagi menghadapi masa


hadapan yang lebih mencabar.

Kita sudah melihat kesannya dari penghujung Generasi Y dan Generasi Z yang mana cara
berkomunikasi mereka sudah berubah, dengan bahasa singkatan dari sms dan juga LOL.
Cara mereka menulis surat rasmi, memohon pekerjaan dan bermacam-macam lagi yang
sudah hilang sifat-sifat hormat, tata-susila serta adab sopan.

http://khairulabdullah.com/generasi-alpha-generasi-selepas-xy-z/

Persaingan Global

Globalisasi ekonomi mungkin mempunyai kesan yang kuat pelbagai budaya dunia yang
berbeza. Populasi mungkin meniru aliran antarabangsa pasaran modal dan tenaga kerja
dalam bentuk imigresen dan penggabungan budaya. sumber asing dan tindakan ekonomi
dapat mempengaruhi budaya asli yang berbeza dan boleh menyebabkan asimilasi orang-
orang asli. Penyelidik kini mempelajari kesan daripada globalisasi ekonomi terhadap
penduduk pemuda di berbagai dunia seperti Arab, Amerika Selatan, Asia Tenggara,
Caribbean, dan penduduk Afrika. Sebagai penduduk ini dihadapkan dalam bahasa Inggeris,
Komputer, muzik barat, dan budaya Amerika Utara, perubahan sedang menyusut dicatat
dalam saiz keluarga, imigresen ke bandar-bandar besar, amalan kencan lebih santai, dan
peranan gender berubah.

53
George Ritzer menulis tentang MacDonalization masyarakat dan bagaimana perniagaan
makanan segera yang tersebar di seluruh Amerika Syarikat dan di seluruh dunia, memaksa
penduduk dunia untuk mengadopsi budaya makanan segera. [23] Dalam buku ini, Ritzer
juga menulis tentang bagaimana perniagaan lain coppied model perniagaan Restoran
McDonalds Corportation untuk pengembangan dan pengaruh. Pada tahun 2006, 233
daripada 280 atau lebih dari setengah dari Restoran McDonalds baru opended berada di
luar negeri. Pada tahun 2007, Jepun mempunyai 2.828 lokasi Restoran McDonalds dan
berfungsi sebagai salah satu contoh dari kesan global corportaions antarabangsa. The Body
Shop, sebuah syarikat kosmetik Inggeris ekologi yang bersangkutan, merupakan proses
MacDonaldization bekerja di segala arah [24] Berbagai negara eksport versi mereka sendiri
MacDondalisasi namun memiliki pengaruh yang sama dengan kepiawaian kebudayaan
dunia.

7. Konsep Kesusasteraan Melayu


 Takrif Kesusasteraan Melayu
Hashim Awang menyimpulkan erti kesusasteraan sebagai ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa. Dari segi estimologi, Kesusasteraan berasal daripada
cantuman kata ‘su’ dan ‘sastra’ dalam bahasa Sanskrit. Kemudian diberi apitan ‘ke...an’
untuk membentuk kata nama. Makna, maknanya adalah seperti yang berikut:
i. Su - Baik, Indah, Cantik, Seni dan Berguna
ii. Sastra - Karya (lisan/bertulis) atau buku
iii. Susastra - Karya yang indah dan berguna
iv. Kesusasteraan - Semua bentuk karya bernilai seni dan berguna

Berdasarkan huraian-huraian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan


merupakan kesemua hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ia ditujukan kepada
khalayak. Khalayak bermaksud pembaca bagi karya yang bertulis atau penonton drama.
Oleh sebab itu, istilah Kesusasteraan Melayu merujuk kepada karya-karya kesusasteraan
yang ditulis dalam bahasa Melayu.

 Jenis, bentuk dan ciri


- Prosa tradisional
Jenis :
Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa
tidak terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya
yang bukan cerita (bukan naratif/non-naratif).

Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama


ada lisan atau tulisan dikelompokkan sebagai prosa. Syarat utama ia boleh
dikatakan sebagai kesusasteraan Melayu ialah penggunaan bahasa Melayu
sebagai alat penyampaian dalam karya-karya tersebut merangkumi seluruh
nusantara. Prosa Melayu tradisional berbentuk lisan dikenali juga sebagai
sastera rakyat.Prosa Melayu tradisional berbentuk lisan dikenali juga sebagai
sastera rakyat.

Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada dua


jenis iaitu :

1. Naratif

2. Bukan naratif

54
Bentuk:

Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula kepada dua
pecahan lagi iaitu naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan pula boleh
dipecahkan lagi kepada tiga genre yang utama iaitu:
1. Mitos
2. Legenda
3. Cerita rakyat
* Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi seperti cerita
binatang, cerita jenaka, cerita Lipur Lara dan cerita teladan.

Sementara itu naratif tulisan terbahagi kepada lima genre iaitu:


1. Sastera sejarah
2. Sastera hikayat
3. Sastera sastera panji
4. Sastera kepahlawanan / epik
5. Sastera agama
Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu :
1. Sastera undang-undang
2. Sastera kitab
3. Sastera ketatanegaraan
4. Kepustakaan ilmu tradisional

Ciri-ciri:

1. Penyebaran secara lisan

2. Penyebaran statis, perlahan-lahan dan terbatas kepada kelompok tertentu.

3. Pengarang kebiasaannya tidak diketahui.

4. Bersifat tradisional

5. Bersifat dongeng dan khayalan

https://coggle.it/diagram/Wf88v4JbsgABUy6v/t/prosa-melayu

- Prosa moden
Kesusasteraan Melayu Moden ditanda oleh karya yang dicetak dengan mesin.
Boleh dikatakan bahawa Kesusasteraan Melayu Moden bermula dengan
munculnya karya-karya Abdullah Munsyi. 

Perkara lain yang dijadikan asas kepada kemodenan itu ialah perubahan yang
berlaku dalam isi kandungan karya yang dihasilkan. Buat pertama kali karya-
karya mengemukakan hal-hal yang berpijak di bumi nyata, meninggalkan
kebiasaan-kebiasaan dalam Kesusasteraan Melayu Tradisional (walaupun
tidak semuanya), dan karya sastera boleh dinikmati oleh semua lapisan
masyarakat tanpa pengecualian.

55
Kegiatan serupa itu berlangsung hingga sebelum Perang Dunia Kedua. Pada
masa itu, muncul pengarang-pengarang yang terus menghasilkan karya yang
berjejak kepada kenyataan dan dan menyentuh kehidupan masyarakat Melayu
secara langsung. Semua hasil sastera telah diterbitkan dengan menggunakan
teknologi percetakan.

Genre cerpen ini dimulakan oleh Nor bin Ibrahim (Madrasi). Beliau menulis
cerpen yang berjudul Kecelakaan Pemalas. Cerpen tersebut disiarkan di dalam
majalah Pengasuh keluaran 4 Februari 1920. Bermula daripada sini terbit pula
cerpen-cerpen lain di dalam majalah-majalah Panduan Guru,
Penyuluh dan Majalah Guru. Kedua-dua genre itu terus berkembang hingga
kini.

Jenis:
Merupakan karya sastera yang sudah dipengaruhi oleh budaya Barat.

Bentuk:
1. Cerpen
2. Novel
3. Drama

Ciri-ciri:
1. Tertulis
2. Diketahui pengarangnya
3. Bersiifat moden
4. Bersifat dinamis
5. Bersifat rasional
6. Dipengaruhi kesusasteraan Barat

 Jenis, bentuk dan ciri


- Puisi tradisional
Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk karangan
berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan yang istimewa
berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam
pertuturan sehari-hari serta bahasa yang mementingkan kebenaran daya
intelektual dan logika.
Puisi tradisional merujuk kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dalam gaya
tertentu dan tanpa menurut aturan tatabahasa yang sepatutnya. Puisi tradisional muncul
pada zaman manusia belum mengenal bentuk. Puisi ini dikatakan cerminan
masyarakat Melayu lama kerana menggambarkan masyarakat pada zaman itu yang
statik dan terikat pada adat, peraturan, dan undang-undang yang mesti dipatuhi.
Puisi tradisional mempunyai kalimat yang tidak bebas, iaitu setiap jenis sudah terikat
dengan bentuk dan pola tertentu. Puisi mempunyai bahasa yang indah, berirama dan
mempunyai bentuk tertentu. Puisi merupakan karangan berangkap dan mempunyai
kalimat yang tidak terbatas. Puisi ialah ekspresi daripada pengalaman imaginatif
manusia yang terjelma dan tersusun dalam kata dan bahasa. Penggunaan bahasa
dalam puisi padat dan mempunyai makna yang mendalam dan berkesan. Penghasilan
puisi memerlukan penglibatan emosi seperti perasaan yang sensitif, pemilihan diksi,
rima dan suku kata yang tertentu.

56
Jenis:

1. Pantun

2. peribahasa

3. Syair

4. gurindam

5. Seloka

6. Nazam

7. Teromba

Bentuk:
Secara umumnya, puisi sebenarnya tidak terdiri daripada ayat yang lengkap,
melainkan terdiri daripada frasa yang disusun dalam bentuk baris (Siti Hajar
Abdul Aziz, 2011). Lazimnya, puisi tradisonal merupakan bahasa yang
berirama dan apabila dibacakan pembaca akan merasakan rentaknya. Puisi
merupakan karya bercorak bukan naratif. Karya bukan naratif merupakan hasil
sastera yang tidak mengandungi plot. Bahan sastera ini mengandungi lebih
banyak ekspresi pengarang jika dibandingkan dengan kesusasteraan naratif.
Kesusasteraan bukan naratif lahir dalam bentuk puisi.

Ciri-ciri:
1. Mempunyai bentuk yang tertentu
2. Penggunaan bahasa yang baik
3. Ungkapan kata dan bahasa yang dipengaruhi oleh muzik
4. Baris, rima dan irama disusun membentuk pola atau ikatan tertentu
5. Bersifat lisan, diwarisi dan disebarkan melalui tradisi lisan
6. Digunakan sebagai pengajaran, hiburan dan keagamaan.

- Puisi moden
Za'ba mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai,"khas dipakai untuk
melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah dan melukiskan
kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini perkara
yang dikatakan itu bertambah menarik hati orang yang mendengarnya".

Definisi puisi yang dikemukakan oleh Za'ba di atas memperlihatkan dua ciri utama
puisi:

a. Sifat abstraknya seerti kecantikan, keindahan bahasa dan kemerduan bunyi.

b. Sifat konkritnya, struktur dasar yang merangkumi binaan baris dalam rangkap,
kedudukan suku kata dalam baris dan susunan rima.

Kedua-dua ciri tersebut mempunyai hubungan yang erat dengan tema dan
kesannya kepada pembaca.

57
Dari segi sejarahnya, Harun Amin al-Rashid yang menciptakan sajak "Oh Sarikoe"
( Poedjangga Baroe; 1933 ) dikesani sebagai bentuk sajak Melayu moden pertama
ditulis oleh penulis Melayu. Melalui bentuk karya kreatif imaginatif seperti sajak ini
penulis mengadun pemikiran, isu dan persoalan yang timbul dalam masyarakat secara
kreatif dengan menggunakan medium bahasa sebagai wahana untuk dihayati dan
direnung tafsir oleh khalayak pembaca.

Bentuk:

Sajak tergolong dalam puisi moden yang terkeluar daripada ciri-ciri rigid puisi
Melayu tradisional. Dari segi bentuk, sajak bersifat bebas. Dalam hal ini, kebebasan
bermaksud keupayaan dan kesediaan menerima bentuk-bentuk yang terdapat
daripada puisi tradisional mahupun kemunculan bentuk-bentuk baru yang
dihasilkan berdasarkan kreativiti dan sensitiviti penyair mahupun penggabungan
daripada bentuk-bentuk yang sedia ada.

Jenis:

Sajak Sajak dibahagikan kepada jenis tertentu berasaskan beberapa aspek, seperti
yang berikut: 

(a)Dari aspek aliran, sajak dikatakan romantisme, realisme, eksistensialisme, dan


lain-lain;
(b) dari aspek bentuk (luaran), sajak dikatakan kuatren, terzina, soneta, dll.

(c) dari aspek kebolehfahaman, sajak dikatakan polos (diaphan), taksa


(ambiguous), prismatik, atau kabur; dan (d) dari aspek ciri kandungan, sajak
dikatakan abstrak atau konkrit. Sajak merupakan bahan yang sesuai untuk
disampaikan kepada para pelajar sebagai bahan sastera di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Di bawah ini diberikan satu contoh sajak untuk dibuat bahan
pengajaran dan pembelajaran (KOMSAS).

ciri-ciri puisi moden:

 jumlah baris dan suku kata tiada terbatas.

 mempunyai rima bebas

 mengandungi bahasa yang indah

 mengemukakan suatu gambaran hidup

 merupakan catatan jiwa

- https://sasteraituindah.weebly.com/sajak.html
 Karya Saduran dan Karya Asli

8. Fungsi Sastera Melayu


 Hiburan
Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan
yang indah. Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau

58
rentak yang yang tesusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca
atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi hiburan menjadikan
karya sastera seperti cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang
diminati dan digilai masyakarakat pada suatu ketika.

Pantun misalnya merupakan karya sastera yang cukup popular kerana keupayaannya
membawa keindahan yang menghiburkan. Saya teringat sebuah pantun lama berbunyi
seperti berikut :

Berburu ke padang datar


Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

Kualiti menghiburkan dalam pantun tersebut cukup banyak. Rentak dan rima yang
bersukat membentuk irama dalam pantun. Malah pantun pula mempunyai struktur bacaan
yang tersendiri yang menghasilkan keindahan dalam pembacaan. Selain itu, pantun
disampaikan pula dalam pelbagai variasi yang semakin menambahkan fungsi
menghiburkan seperti dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu popular, dan pelbagai
bentuk lagi. Kemampuan pantun untuk bertahan sebagai karya sastera yang popular
menunjukkan bahawa unsur hiburan ini amat banyak dalam pantun.

 Pendidikan
Kesusasteraan sebagai alat Pendidikan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
karyakarya kesusasteraan sebenarnya sarat dengan unsur pendidikan/pengajaran/
didaktik. Pengarang-pengarang yang menghasilkan sesuatu karya sastera merupakan
sekumpulan manusia yang telah menimba banyak pengalaman.
Pengalamanpengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-kisah yang
ditulis oleh mereka yang terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu
seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini
dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsurunsur pengajaran,moral atau 
ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Apabila khalayak menikmati karyakarya
mereka secara tidak langsung unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan itu diserap oleh
pembaca dan boleh membentuk personaliti pembaca ke arah kebaikan.

Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur pengajaran dan
pendidikan moral kepada masyarakat tradisi.Cerita-cerita lisan ini terselit nasihat,
pengajaran, teladan, yang sangat berguna sebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup
masyarakat. Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak, takbur,
sombong dan bongkak seperti mana yang terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam
cerita-cerita Binatang.

Melalui cerita-cerita seperti “Si Tanggang” anak-anak dididik agar tidak derhaka kepada
kedua orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di dunia dan akhirat.
Begitu juga dalam cerita-cerita roman,ditonjolkan sifat kesetiaan kepada pemimpin, sikap
dan amalan gotong-royong,kerjasama dan tolong menolong yang banyak membawa
manfaat dan keberkatan terutama dalam mengujudkan sebuah masyarakat yang harmoni
dan sejahtera.

 Dakwah

59
Digunakan penulis untuk menyebarkan ajaran Islam dan meningkatkan ketakwaan
terhadap Allah SWT.

Dakwah dari sudut istilah mempunyai pelbagai pengertian. Menurut tokoh dakwah al-Aluri
(1979, p. 16), dakwah ialah usaha memalingkan pandangan dan pemikiran manusia
kepada akidah yang memberikan manfaat kepada mereka. Dakwah juga merupakan
seruan untuk menyelamatkan manusia daripada melakukan kesesatan atau maksiat yang
hampir menjerumuskan mereka kepadanya.

Ali Mahfuz (1975, p. 18) pula menjelaskan maksud dakwah sebagai usaha yang dilakukan
untuk menggalakkan manusia melakukan kebaikan, memberi petunjuk, menyuruh
melakukan yang makruf dan mencegah yang mungkar bagi mencapai kejayaan di dunia
dan akhirat.

Menurut Ab. Aziz (1997, p. 3) pada asasnya dakwah ialah usaha yang dilakukan oleh
seseorang atau kumpulan dengan pendekatan tertentu untuk membawa manusia menuju
ke jalan yang diredai Allah SWT.

Berdasarkan beberapa pengertian tersebut, dapat disimpulkan bahawa dakwah


merupakan mekanisme atau wadah untuk memperkembang dan menyebarluaskan syariat
Islam. Selain itu, dakwah juga dapat diertikan sebagai usaha mengajak manusia
mengabdikan diri kepada jalan Allah SWT. Berdakwah merupakan tuntutan fardu kifayah
untuk mengembalikan umat Islam mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dalam
kehidupan. Oleh itu, dakwah perlu dilakukan menerusi saluran yang bersesuaian bagi
memastikannya dapat berkembang dan disebar luas secara hikmah dan teratur.

Secara umumnya dakwah wujud dalam bentuk lisan, tulisan dan contoh teladan dan
akhlak yang ditunjukkan oleh seseorang (Shofian, 2011, pp. 45-55). Antara pendekatan
dakwah yang paling berkesan termasuklah menerusi kaedah penulisan. Penulisan
berbentuk buku merupakan metode yang berkesan dalam menyebarkan dakwah ke jalan
Allah SWT. Pendekatan ini telah digunakan oleh al-Ghazali dalam usaha menyampaikan
dakwah kepada golongan pemerintah pada zamannya. Al-Ghazali menyebarkan dakwah
menerusi mata pena atau penulisan yang dapat dibahagikan kepada dua, iaitu penulisan
buku dan penulisan surat yang dihantar kepada pemerintah (Salasiah Hanin, 2010, p. 59).
Pendekatan yang digunakan al-Ghazali ini berkesan dalam menyebarkan dakwah ke
setiap pelosok dunia.

Penghasilan karya yang berunsur dakwah amat dituntut dalam penyebaran agama Islam.
Karya yang bermutu dan berkesan secara tidak langsung dapat menyebarluaskan ajaran
Islam. Kewujudan sastera Islam pada awal 1970- an di Malaysia menyelitkan unsur
dakwah yang menjadi pencetus kepada penggiat karya sastera Melayu untuk
menghasilkan lebih banyak penulisan berbentuk keagamaan.
kitab Tajul Muluk1 yang mengandungi pelbagai ilmu dan juga panduan hidup bangsa
Melayu.
file:///C:/Users/user/Downloads/4893-73-19663-3-10-20190614.pdf

 Kritikan Sosial

Cerita-cerita lisan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau sindiran
terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita-cerita jenaka seperti
cerita Pak Kaduk,jelas menyindirkan golongan berkuasa (raja) yang bersikap zalim, tamak,

60
pentingkan kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan hidup rakyat jelata.Juga melalui
cerita Pak Pandir,Lebai Malang, terselit unsur-unsur sindiran terhadap orang yang
tamak,kedekut,gilakan kuasa dan orang-orang yang sering mengambil kesempatan atas diri
orang yang lemah semata-mata untuk kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri

9. Kategori Karya Sastera

 Sastera Kanak-Kanak

61
Iaitu satu hasil karya yang mudah, iaitu buku yang ditulis untuk kanak-kanak dan dibaca
oleh kanak-kanak (Hunt, 1994). Ia merupakan karya yang tidak mengenepikan kanak-
kanak iaitu yang meliputi semua karya daripada buku bergambar sehinggalah kepada
novel yang boleh dinikmati oleh kanak-kanak, sama ada secara bersendirian atau
bersama-sama dengan orang dewasa. Bukan sahaja yangyang berbentuk, puisi, novel
dan drama tetapi meliputi semua penerbitan dan penulisan yang memberi manfaat
kepada kanak-kanak.

Ciri sastera kanak-kanak:


1.Mudah tetapi tidak semestinya bermaksud simplistik
2.Berorientasikan aksi dan bukannya berorientasikan watak
3.Dipersembahkan dengan lurus
4.Optimistik dan berkahir dengan kebahagiaan
5.Bersifat didaktik
6.Berulangan dalam diksi dan struktur

Karya yang mudah bermaksud:


1. Subjek yang konkrit dan biasa, iaitu subjek yang bukan abstrak dan bukan asing.
2. Genre yang dapat dibezakan dengan jelas seperti kisah pengembaraan, kisah
keluarga, kisah alam persekolahan dan sebagainya.
3. Satu plot utama yang jelas dan tanpa plot-plot sekunder atau plot-plot kecil yang
kompleks.
4. Penyusunan peristiwa secara langsung iaitu secara kronologi
5. Watak-watak yang terhad, mudah diingat,bersifat pipih sama ada jahat atau baik.
6. Latar cerita yang biasa bagi kanak-kanak, rapat dengan dunia mereka, dan mereka
dapat mengaitkan dengan kehidupan mereka secara mudah.

Konsep buku kanak-kanak:


1. Buku yang dibaca oleh orang dewasa kepada kanak-kanak
2. Buku yang dibaca dan dinikmati oleh orang dewasa dan kanak-kanak
3. Buku yang dibaca oleh kanak-kanak tanpa bantuan orang dewasa

Jenis-jenis buku kanak-kanak:


1. Kisah binatang
2. Cerita pari-pari, mitos dan lagenda
3. Misteri dan pengembaraan
4. Cerita hantu dan seram
5. Kisah persekolahan
6. Kisah fantasi
7. Fiksyen sains
8. Novel sejarah
9. Cerita jenaka

CONTOH KARYA SASTERA KANAK-KANAK:

a. Cerita binatang
• Cerita Sang Kancil dan Buaya
• Sang Kancil dan Memerang
• Sang Kancil dan Anjing
Pandangan umum :digambarkan watak Sang Kancil sebagai binatang yang cerdik dan
pintar kerana dapat mengatasi kekuatan binatang besar yang lain.

b. Cerita Jenaka

62
• Cerita Pak Pandir
• Cerita Lebai Malang
• Pak Belalang
• Angan-angan Mat Jenin
• Si Luncai
• Pak Kaduk
Pandangan umum : Kita dapat melihat kepintaran penglipur lara dari rakyat jelata
dalam menghidupkan sifat-sifat lucu yang ada pada manusia.

https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=Sn-
d4CmCoc4C&oi=fnd&pg=PR9&dq=sastera+kanak-
kanak&ots=sMtKw9iSPd&sig=7W7sJ_CoC8qFSD8WLh5CiqrC6Nw#v=onepage&q=sastera
%20kanak-kanak&f=false

 Sastera Remaja

Kesusasteraan remaja pula didefinisikan sebagai sebuah karya yang mampu memenuhi
keinginan remaja yang tidak tercapai. Buktinya, merujuk kepada pandangan sarjana
iaitu Othman Puteh, sastera remaja pula adalah sebuah karya sastera yang berfungsi
sebagai alat mengisi sebahagian daripada tuntutan keperluan remaja terutama dari segi
pengisian minda, pembentukan sahsiah, kerohanian dan pemantapan psikologi.
Disamping itu, karya itu mesti mempunyai maklumat terbaru, berilmu, unsur intelektual,
dan mampu  menyerlahkan kecerdasan remaja. Dari segi konsep, sastera remaja
adalah bahan bacaan kreatif yang relevan dengan pertumbuhan dan perkembangan
psikologi remaja. Sebuah karya remaja ini dianggap berkualiti apabila menepati ciri-ciri
berikut.

1.      Mesej yang bersifat informative, mendidik, berupaya membina watak,


memperkaya pengalaman dan pengetahuan remaja serta membangkitkan daya
cipta, menitikberatkan perihal nilai-nilai murni, nilai kemanusiaan dan
nasionalisme dan sebagainya.

2.      Dari segi watak yang menampilkan watak tauladan, tidak mustahil dan ideal,
kreatif, bercitra jujur, setia, gigih dan lasak/aktif, dan berfikiran rasional dan matang
dalam melakukan tindakan atau membuat keputusan.

Sesebuah karya sastera remaja perlu mengandungi teks dan konteks yang bersesuaian
dengan ciri-ciri psikologi remaja iaitu menerapkan peristiwa seperti berikut:

a)      Mengunakan situasi ketidaktenangan atau kegelisahan yang mendominasikan


pemikiran dan emosi remaja contohnya seseorang remaja yang
mempunyai pelbagai keinginan dan impian tetapi tidak dapat
dicapai/dilaksanakan. Kegagalan itu menyebabkan mereka gelisah dan cuba
untuk mencari jalan penyelesaian agar keinginan itu dapat dicapai.

b)      Memainkan naluri remaja yang suka melakukan sesuatu percubaan untuk


menambah pengalaman berkaitan sesuatu yang baru atau sering
dilakukan oleh orang dewasa tidak kira perkara tersebut baik atau buruk.

63
c)      Wujud keinginan untuk meneroka alam sekitar yang lebih luas, mencabar dan
menyelidiki persekitaran contohnya keluar mengembara bagi tujuan
tertentu.

d)     Melakukan kegiatan secara berkelompok. Kegiatan berkelompok ini


bermaksud remaja lebih suka bersosial bersama rakan sebaya dan melakukan
pelbagai aktiviti bersama.

Menurut Othman Puteh, sesebuah karya sastera remaja yang tidak bermutu adalah
berselera rendah, menghairahkan, tanpa mesej, terlalu komersial, perilaku watak terdorong
oleh gesaan nafsu, emosi yang tidak rasional dan bukannya berfikiran jernih. Menurutnya
lagi, karya yang bermutu adalah sebuah karya yang mampu mengangkat pengarang dan
teks di tahap yang bermaruah dan wajar. Malahan, sastera remaja yang berkualiti juga
adalah sebuah karya yang mengungkapkan permasalahan remaja seperti krisis identiti
bukannya hanya tertumpu pada soal cinta semata-mata.

Menurut Jakob Sumarjo dalam bukunya yang bertajuk Novel Popular Indonesia (1982:63)


membuat pergolongan berdasarkan sasaran pembaca dengan mengkategorikan novel
remaja sebagai novel popular. Sastera popular ini dikatakan teks dan konteksnya hanya
tertumpu kepada kisah yang berligar sekitar percintaan remaja, perkenalan mereka, dan
konflik antara mereka semata-mata. Contohnya, kisah yang berlaku terhadap watak yang
masih dibangku sekolah atau ijazah sarjana yang bertemakan kisah percintaan antara
pelajar. Kini, novel remaja popular ini semakin hangat di pasaran dan menjadi bualan para
remaja antaranya Suami Aku Ustaz, Alahai Mat Skema, I Love You Mr Arrogant dan
sebagainya. Sastera remaja pula yang tinggi kualitinya dan menepati ciri-ciri yang telah
dijelaskan di atas. Contohnya, Hikayat Faridah Hanum, Salina, Melor di Kuala Lumpur dan
sebagainya.

http://lindalin-kisahhatiku.blogspot.com/2017/06/kesusasteraan-kanak-
kanak-dan-remaja.html

CONTOH KARYA SASTERA REMAJA 1. Novel Salina, : DBP 1961, 495 hlm.karya
A.Samad Said 2. Ranjau Sepanjang Jalan,karya Profesor . Emeritus Dato' Dr. Shahnon
Ahmad Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1966, 188 hlm. 3. Interlok.karya
Datuk Abdullah Hussain Kuala Lumpur: Angkatan Baru, 197 4. Puisi-puisi pilihan Usman
Awang ; untuk Tingkatan 6 / Rahman Shaari: Fajar Bakti, 1992 5. Tamu di Bukit
Kenny,karya Usman Awang DBP, 1984 6. Tiga Catatan Perjalanan karya Dato' Baharuddin
Zainal atau Baha Zain (1980) 7. Jalan Desa Ke Kota karya Baha Zain(1994) 8. Esei dan
Puisi Baha Zain karya Baha Zain (2000) 9. Berguru Pada Binatang karya Baha Zain (2000)
10. Konserto Terakhir karya Datuk Abdullah Hussain

https://www.slideshare.net/AntashaK/karya-sastera-kanak-kanakremajadewasa-
popular

 Sastera Dewasa

Biasanya diselitkan adegan romantis dan mesra antara satu individu dengan satu individu
yang lain kerana pada peringkat ini mereka melalui alam berkasih sayang. • Faktor

64
perubahan hormon ini menyebabkan mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang. •
Jelaslah bahawa sastera sastera remaja dan dewasa ini berkembang maju sebagai suatu
medium hiburan yang bergerak seiring dengan permintaan khalayaknya. • Menyampaikan
wadah pengajaran dan didikan moral kepada masyarakat tradisi • Menerapkan nilai-nilai
murni kepada khalayak pembaca. • Antara nilai-nilai murni yang kerap diterapkan oleh
pengarang dalam hasil sastera kanak-kanak dan sastera remaja ialah nilai berkerjasama,
tolenrasi, sensitif kepada kezaliman, saling bermaafan, berterima kasih, berani mencuba
dan berkasih sayang.

 Sastera Popular

Popular bermaksud digemari atau disukai ramai. Holman dan Harmon (1992)
mentakrifkan sastera popular seperti berikut:

Writing in one of the commercially viable modes, especially prose fiction. This literature
is valued on a strictly quantative basis—number of copies sold. It is both creature and
creator of popular taste, and it may be a more reliable index of what the majority of
people really have in ther minds.

Selalunya mempunyai pelbagai tema seperti tema persoalan rumah tangga,


percintaan, persahabatan, pengembaraan, namun ada juga unsur nasionalisme.
Kebiasaannya ,penulisnya juga seorang yang sangat berpengalaman dengan hasil
karya sasteranya contohnya A.Samad Said,Usman Awang dan Shahnon Ahmad

Ciri utama yang menentukan sesebuah karya sastera itu popular atau sebaliknya diukur
pada banyak atau sedikit jumlah naskhah yang terjual. Di Malaysia, kalau sesebuah
buku laris jualannya, buku itu sudah dapat dipanggil mahakarya dan dikategorikan
sebagai buku sastera popular.  Oleh itu, bagi T. Alias Taib (Dewan Sastera Julai 2001),
sastera popular tidak semestinya sastera remaja semata-mata yang difahami hari ini.
Sastera popular juga kadangkala juga cereka serius seperti yang berlaku
pada Hartini karya Aziz Afkar atau Salina karya A. Samad Said yang diulang cetak
berkali-kali.

Namun, dalam industri buku, karya popular dalam kalangan pembaca ialah novel yang
tidak “memeningkan” kepala, yang sampai langsung ke hati pembaca. Ini termasuklah
novel yang menyingkap rahsia dan kerenah anak-anak muda belasan tahun di bawah
cakerawala remaja. Menurut T. Alias Taib (Dewan Sastera Julai 2001), novel “berat”
(atau serius) yang mengajak pembaca berfikir ibarat meredah hutan masalah dan
falsafah manakala novel “ringan” (atau popular) ibarat gurun Sahara yang datar dan
kering.

Bagi Othman Puteh (1999: 104-105), pembaca karya kreatif ini boleh dibahagikan
kepada tiga kelompok seperti yang berikut:

1. Pembaca karya popular.  Karya-karya popular ini bersifat semasa, mudah dalam
pelbagai unsur struktur dalamannya, ditampilkan dengan teknik mudah-lurus,
dramatik, mementingkan hiburan kesantaian dengan tema-tema keluarga, cinta, dan
konflik biasa.

65
2. Pembaca yangit sederhana yang mahu bukan sahaja karya-karya yang membawa
unsur hiburan tetapi dibarengi dengan muatan yang bernas, agak mencabar
minda, dan memberi manfaat kepada pembacanya.

3. Pembaca karya serius yang benar-benar memiliki nilai-nilai artistik dan estetika. Di


samping itu, tema dan teknik penulisannya canggih, istimewa, luar biasa, dan unik.

Daripada ketiga-tiga kelompok tersebut, pembaca karya popular adalah yang paling
ramai. Novel-novel terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. seperti Skandal karya Richie Rachman
misalnya, berjaya dijual sehingga 25,000 naskhah, Tak Seindah Mimpi hasil tulisan
Sharifah Abu Salem pula terjual sebanyak 50,000 naskhah, dan Suite 1908 karya Sri
Diah sebanyak 60,000 naskhah (Massa, 18 Januari 2003). Karya sastera serius pula
sukar untuk dijual.  Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sendiri yang diibaratkan
penaung dunia sastera terpaksa berhempas-pulas untuk menjual karya-karya
terbitannya.  Malah, untuk menjual 5,000 naskhah hasil karya sasterawan terkenal
mengambil masa sehingga lima tahun.

Situasi ini bukan sahaja dihadapi di Malaysia, malah negara yang memiliki tradisi
kesusasteraan yang kuat dan rencam seperti Amerika Syarikat juga berdepan dengan
masalah yang sama. Novel-novel popular sering disenaraikan dalam senarai buku
terlaris di pasaran. Karya Sidney Sheldon, The Best Laid Plans, bagi cetakan pertama
misalnya, dicetak sebanyak sejuta naskhah.  Karya Clive Cussler berjudul Flood
Tide dicetak permulaan sebanyak 750 ribu naskhah. Novel Stephen King, Wizard and
Glass pula dicetak sebanyak 1.5 juta naskhah dan Danielle Steel dengan The
Ghost sebanyak 1.2 juta naskhah (Dewan Sastera, Julai 2001). Karya-karya ini
dinamakan sebagai karya pop-corn di Amerika. Penulis sastera serius merasa kian
tergugat dengan penulis popular yang menghasilkan novel-novel pop-corn ini.

Keadaan ini menyebabkan pengarang/penulis muda hari ini lebih ghairah menulis karya
popular. Tidak seperti penulis-penulis pada zaman sekitar tahun 1960-an dan 1970-an
yang lebih mementingkan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat, penulis
abad ini terlalu terikut dengan keseronokan dan lebih mementingkan selera pembaca
semata-mata. Para penerbit—terutama penerbit swasta—juga lebih cenderung kepada
karya popular kerana ia lebih mendapat sambutan.

Novel-novel popular ini sebenarnya hadir kerana wujudnya permintaan daripada


masyarakat.  Menurut Jaafar Rahim, Ketua 1 Kelab Penulis Kuala Lumpur (KALAM),
“Generasi hari ini bukan seperti 30 tahun yang lalu. Mereka tidak kisah dengan
perjuangan orang Melayu ataupun konflik moraliti sesebuah bangsa. Mereka juga sudah
tidak berkenan dengan bahasa sastera yang serius tetapi mahukan bahan bacaan yang
lebih santai tetapi mencabar” (Massa, 18 Januari 2003). Berdasarkan kajian “Sambutan
Khalayak Terhadap Novel Melayu di Malaysia” yang dilakukan oleh Mohamad Mokhtar
dan Hamedi pada tahun 2004 hanya 8.9 peratus responden yang meminati novel serius
dan selebihnya lebih meminati novel-novel popular termasuk novel remaja dan novel
picisan (Mohamad Mokhtar Hassan 2006).

Kehadiran begitu banyak novel popular yang berkisarkan tema kekeluargaan dan
percintaan—di samping isu semasa yang berkaitan dengan dunia korporat orang
Melayu yang penuh dengan ranjau—yang dihasilkan oleh penulis-penulis muda kini

66
sebenarnya sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan kepada dunia kesusasteraan di
Malaysia. Banyak diskusi dan forum diadakan untuk membincangkan isu ini.

Ini sebenarnya merupakan fenomena global yang tidak dapat dielakkan dan keadaan
akan berubah mengikut perubahan zaman. Golongan muda yang menggemari novel-
novel popular akan meningkat dewasa dan peredaran masa akan mengubah minat
pembacaan mereka. Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said turut berpendapat
bahawa apabila usia meningkat, keadaan sekeliling akan mendera mereka membaca
karya yang lebih serius.

Bagi Shahnon Ahmad (1994), karya sastera—seperti novel—sebenarnya adalah sulit


dan rahsia, disulit dan dirahsiakan oleh sasterawan melalui wadah yang membentuk
karyanya kerana makna kehidupan itu sendiri pun adalah sulit dan rahsia. Hanya
kepada “orang-orang yang suka berfikir” yang benar-benar dapat merasai keindahan,
kenikmatan, dan kebenaran sastera. Bagi mereka yang tidak gemar berfikir, sastera
yang sulit dan rahsia tidak mampu diapresiasinya. Inilah yang berlaku pada kebanyakan
golongan muda sekarang. Membaca bagi mereka sekadar hiburan pada masa lapang.

Para penerbit dan penulis menyedari keadaan ini dan kebanyakannya hanya menuruti
keadaan pasaran semasa. Dengan memahami faktor persekitaran dan sosial
masyarakat, penerbit akan cuba mencari penulis yang mampu menghasilkan manuskrip
yang sesuai dan memenuhi selera semasa ini dan seterusnya menerbitkan novel yang
sesuai dengan kehendak dan cita rasa peminat novel Melayu.

Maka, lahirlah novel-novel popular yang berfokuskan pada emosi yang kebanyakannya
bertemakan kekeluargaan dan percintaan. Novel-novel ini berjaya terjual beribu-ribu
naskhah dan diulang cetak. Novel sedemikian mendapat sambutan di kalangan remaja
dan belia yang sememangnya merupakan golongan yang mempunyai tabiat membeli
yang memberangsangkan yang secara langsung memberi sumbangan kepada
kelangsungan sesebuah penerbit.

https://ezaleila.wordpress.com/2010/04/18/fenomenon-novel-popular/

CONTOH KARYA SASTERA POPULAR 1. Darah dan Air Mata ,karya kumpulan cerpen
pilihan : DBP, 2006. Kamaluddin Muhamad ( Keris Mas) 2. Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur(Keris Mas),DBP, 2003. 3. Bukan Lalang Ditiup Angin, karya Noordin
Hassan1400, 4. Jangan Bunuh Rama-rama karya Noodin Hassan 5. Hari-hari Terakhir
Seorang Seniman,karya Anwar Ridhwan: DBP, 1996. 6. Sajak Ke Makam Bonda karya
Usman Awang 7. Memetik Mawar karya Lim Swee Tin 8. Nota Waktu karya Lim Swee
Tin 9. Citra wanita dalam sastera Melayu 1930-1990 / penyelenggara Ahmad Kamal
Abdullah & Siti Aisah Murad. ;DBP, 2000. 10. Puisi Pelabuhan Putih (1989), karya
Kemala.

10. Falsafah dalam Karya Sastera


 Pemikiran dalam Karya Sastera

John Barell (1991) mendefinisikan pemikiran ialah proses mencari makna serta usaha
mencapai keputusan yang wajar.  Pemikiran di dalam karya sastera pula diistilahkan
sebagai sesuatu gagasan atau sumbangsaran  yang ingin diterjemahkan oleh pengarang

67
kepada masyarakat pembacanya.  Pemikiran boleh diispirasikan oleh pelbagai faktor
seperti aspek ekonomi, politik, sosial dan sosiobudaya.  Seperti di dalam karya Ranjau
Sepanjang Jalan, Dato’ Shahnon Ahmad membawa pemikiran mengenai kemiskinan yang
menjadi perkara pokok kepada usaha tanpa jemu dan berserah kepada Allah sebagai
jalan untuk keluar daripada kepompong tersebut. 

Pemikiran dalam kesusasteraan Melayu yang juga merangkumi novel Melayu pula
menurut Hashim Awang (1 997: 1 5) mengandungi dua pemikiran. Pertarna, pemikiran
yang ditimbulkan oleh pelbagai watak dalam sesuatu cerita, lakonan dan sajak. Kedua
pemikiran yang membangunkan tema utama atau makna daripada keseluruhan karya.
Kedua-dua pemikiran tersebut berasal daripada penulis. Apabila pemikiran dinyatakan
melalui watak tertentu dalam sesebuah karya, pembaca hams berhati-hati untuk tidak
menjadikannya sebagai satu nilai yang benar. Pemikiran bertujuan sama ada membiarkan
watak yang kurang penting melahirkannya atau untuk mencipta satu pertentangan dengan
satu pandangan yang dikemukakan oleh pihak lain, oleh watak-watak yang lebih
berkaliber. Justeru, pemikiran mestilah dipertimbangkan hanya dalam konteks dan
hubungannya dengan keseluruhan karya. Apa yang lebih penting ialah bagaimana
terkawal atau baiknya pemikiran dikemukakan.

Menurut S. Othrnan Kelantan (1997:269) pemikiran bermakna idea yang wujud daripada
golongan intelektual yang menggunakan fakulti kritikal dalam mindanya untuk memikirkan
sesuatu masalah dalam masyarakatnya. Pemikirannya itu disebarkan ke dalam
lingkungan masyarakatnya atau ke luar daripada masyarakatnya. Mungkin oleh sebab
memikirkan ancaman yang muncul pada zamannya, golongan intelektual ini merakamkan
ketidaksenangan dan kegelisahannya dalam bentuk novel. Pemikiran yang tersembunyi
dalam novel ini dikaji untuk melihat keupayaan dan keunggulan pengarang Melayu
meluahkan perasaan mereka yang beragam dan kompleks itu. Justeru, pemikiran dalam
novel juga dapat dilihat melalui watak-watak yang beraneka ragam.

Contoh:
Novel Konserro Terakhir ditulis oleh Abdullah Hussain dan diterbitkan oleh Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd. pada tahun 1990. Novel ini dijadikan bacaan wajib
kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 mengisahkan perjuangan hidup seorang anak muda
yang bernama Hilmi berasal dari kampung berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan
dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. Hilmi digambarkan banyak
menghadapi dugaan hidup sebelum berjaya menjadi seniman besar. Novel ini juga
mengisahkan kehidupan golongan kaya di kota ymg mernentingkan status sehingga
hilang nilai-nilai kemanusiaan. Manusia hidup tanpa arah tujuan, suruhan agama
diabaikan sehingga ada di antara mereka yang terpesong akidahnya apabila
mempercayai perkara-perkara syirik.
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/5849/1/FBMK_2005_1(1-24).pdf

Shahnon Ahmad menulis karya yang membawa isu-isu kemiskinan seperti dalam novel
Ranjau Sepanjang Jalan. Pencitraan kehidupan manusia di Kampung Banggol Derdap dan
derita dihadapi petani yang hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Kemudian, ditambah pula dengan keluarga yang ramai tak tertanggung dengan derita si
Bapa Lahuma yang sakit dan mati, si Ibu Jeha pula menjadi gila dan anak-anak perempuan
semua masih muda.

https://www.jejaktarbiah.com/pemikiran-shahnon-ahmad-mengenai-sastera-
sebagai-seismograf-kehidupan/

68
 Nilai Murni dalam Karya Sastera

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila
individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Takrifan tentang
nilai murni sebagai : "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara
yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni
sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua
agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia”

Penerapan nilai – nilai murni melalui teks kesusasteraan adalah sejajar dengan hasrat
kerajaan dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu. Hasrat dan matlamat
kerajaan ini telah dilakarkan melalui Penyata Razak pada tahun 1956 dan diteruskan
dengan pengenalan pelbagai dasar pendidikan dan yang terbaru melalui Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang memberikan fokus terhadap perpaduan dan
memperkasakan sekolah. Berdasarkan PIPP melalui teras keduanya yang bertujuan
membangunkan modal insan dan berpengetahuan serta berkemahiran dalam menghayati
nilai – nilai murni , bermoral serta bersikap positif.

Penerapan nilai- nilai murni melalui teks kesusasteraan Melayu juga dapat di kongsi
bersama melalui tindakan yang bersepadu dalam menentang berlakunya penularan
pelbagai penyakit masyarakat yang berpunca dari kepelbagaian gelojak teknologi yang
mengheret remaja dan masyarakat terjebak dengan pelbagai masalah masyarakat. Isu
ponteng kelas, pelacuran, perjudian, merempit dan sebagainya dapat diatasi dengan
langkah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan penganjuran apresiasi nilai – nilai sastera
seperti penganjuran teater, mestamu puisi, seminar dan sebagainya yang membabitkan
bilangan pelajar yang ramai. Penglibatan golongan pelajar yang ramai secara tidak langsung
dapat mewujudkan interaksi antara pelajar yang berbilang kaum. Kesinambungan interaksi
akan melahirkan kesefahaman dalam membentukan sebuah masyarakat yang bermoral
berteraskan nilai – nilai murni.

Contoh:

Bunga melati bunga di darat


Bunga seroja ditepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi.

Penggunaan pantun di atas, jelas memaparkan tentang kehidupan manusia yang berada
dalam ruang lingkup kehidupan bermasyarakat. Manusia yang hidup hendaklah sentiasa
berbudi perkerti yang baik.

Berdasarkan novel ‘Perlumbaan Kedua’ karangan yang memaparkan tentang kehidupan


masyarakat binatang selepas berlakunya peristiwa di antara Kura – Kura dengan Arnab.
Berdasarkan teks ini, pengajaran yang diterapkan ialah , sikap baik hati, melupakan segala
persengketaan yang tercetus pada masa dahulu dan melakukan muhasabah diri agar dapat
mwujudkan satu masyarakat yang harmoni. Begitu juga di dalam novel ‘Julia’ karangan Abu
Morad Hassan. Yang memaparkan tentang seorang kakak yang terpaksa menanggung
keluarga dan mengambil alih perniagaan keluarga setelah kematian kedua orang tuanya
dalam satu kemalangan. Kesanggupan Julia memikul tanggungjawab dalam usia yang

69
masih mentah menunjukkan sikap yang baik dan matang dalam membentuk sebuah
keluarga yang bahagia.

http://aduweh.blogspot.com/2010/05/penerapan-nilai-nilai-murni-melalui.html

https://www.academia.edu/9399523/Modul_BMM3114_-_Kebudayaan_melayu

70
https://www.academia.edu/1736613/KULIAH_1_KONSEP_BUDAYA

71

Anda mungkin juga menyukai