Anda di halaman 1dari 3

SULIT BMM1064

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN


Semester 2

PEPERIKSAAN BAWA PULANG (THE): JUN 2020

KAMPUS :

ANGKA GILIRAN :

KOD KURSUS : BMM1064


KURSUS : SINTAKSIS BAHASA MELAYU
MASA : 8 JAM (THE)
JUMLAH MARKAH : 100

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini dimuat naik melalui google classroom, whatsapp ATAU diemelkan
kepada calon bermula jam 8.50 pagi pada 16 Jun 2020.
2. Calon dikehendaki memuat turun dan menjawab soalan dalam tempoh 8 jam
(9.00 pagi hingga 5.00 petang)
3. Buku soalan ini mengandungi Bahagian Esei yang mengandungi dua soalan. Pelajar
diwajibkan menjawab kedua-dua soalan tersebut.
4. Ujian ini adalah sulit. Calon tidak dibenarkan meniru, berbincang atau melakukan
plagiat.
5. Semua jawapan hendaklah bertaip dalam perisian Microsoft Words, font Arial 12
langkau 1.5 baris.
6. Gunakan buku jawapan format IPGM. Setiap helaian jawapan dilabelkan dengan
angka giliran (bahagian kiri header) dan kod kertas peperiksaan (bahagian kanan
header).

7. Calon hendaklah menghantar buku jawapan kepada pensyarah masing-masing


melalui emel sebelum atau pada masa peperiksaan tamat.

8. Calon perlu membuat satu salinan lembut (softcopy) dan salinan bercetak (hardcopy)
skrip jawapan sebagai sandaran (backup) sekiranya fail yang diemel rosak dan tidak
dapat dibuka.

1 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT BMM1064

BAHAGIAN ESEI
( 100 markah )

Jawab semua soalan.

Soalan 1

Petikan 1

Rakyat kita di Singapura diminta patuh langkah cegah koronavirus


BERNAMA | | 11 Februari 2020

SINGAPURA - Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk membendung penularan


wabak koronavirus? Rakyat Malaysia yang berada di Singapura diminta mematuhi
langkah-langkah yang disenaraikan oleh kerajaan republik itu dalam membantu usaha
mencegah penularan jangkitan koronavirus. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura
Datuk Zainol Rahim Zainuddin turut menasihatkan rakyat Malaysia agar terus menjaga
kesihatan, khususnya selepas Singapura menaikkan tahap respons wabak penyakit
(Dorscon) kepada Jingga.
"Jaga kesihatan…jika tidak sihat, ambil langkah segera berjumpa doktor," katanya kepada
Bernama ketika ditemui di luar acara Singapore Airshow 2020 di sini hari ini. Kira-kira
300,000 rakyat Malaysia memasuki Singapura setiap hari. Pada 7 Februari lepas,
Singapura meningkatkan tahap respons wabak penyakit daripada kategori Kuning kepada
Jingga berikutan penambahan kes jangkitan yang tiada kaitan dengan kes-kes sebelum ini
atau sejarah perjalanan ke China baru-baru ini.
"Kurangkan tempoh berada di tempat tumpuan orang ramai bagi mengelak jangkitan. Ikut
nasihat yang dikeluarkan oleh kerajaan Singapura mengenai apa yang perlu dibuat dalam
keadaan mereka hadapi masalah ketika ini," tambahnya.
Setakat hari ini, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan dua lagi kes
positif novel koronavirus dikesan di republik itu, menjadikan angka keseluruhan jangkitan
berjumlah 45 kes. Ketika ini jumlah jangkitan tempatan adalah 23 kes. Pejabat pesuruhjaya
tinggi berkenaan sebelum ini menggalakkan rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap
di republik itu supaya mendaftar dengan pejabat pesuruhjaya tinggi menerusi laman web
https://www.kln.gov.my/web/sgp_singapore/malaysian_reg.
"Pendaftaran di pejabat pesuruhjaya tinggi akan membolehkan kami menghubungi anda
atau keluarga anda sekiranya berlaku sebarang kecemasan,” katanya menerusi catatan
Facebook. -BERNAMA

Baca Petikan 1 di atas dengan teliti, kemudian buat analisis jenis-jenis ayat yang terkandung
di dalam petikan tersebut dengan memberi huraian secara jelas dan terperinci. Panjang esei
hendaklah tidak kurang daripada 800 patah perkataan.

[50 markah]

2 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
SULIT BMM1064

Soalan 2

Petikan 2

Cikgu Marzuki merupakan seorang guru baharu Bahasa Melayu. Beliau baru sahaja
ditempatkan di sebuah sekolah jenis kebangsaan (SJK). Pelajar-pelajar dan guru-guru di
sekolah itu majoritinya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Sebagai
seorang guru Bahasa Melayu, Cikgu Marzuki sedar bahawa kebanyakan pelajar dan guru
di sekolah itu sering menghadapi masalah penggunaan bahasa Melayu yang betul
terutamanya dalam bentuk penulisan. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, beliau
berasa bertanggungjawab untuk membantu guru-guru dan murid-murid di sekolah itu
untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu mereka.

Berdasarkan Petikan 2, hasilkan satu laporan tentang masalah penggunaan bahasa Melayu
di sekolah tempat Cikgu Marzuki bertugas. Laporan yang dikemukakan perlu disertakan
dengan hujah-hujah yang konkrit dan cadangan yang relevan untuk mengatasi masalah yang
berlaku tersebut. Panjang esei hendaklah tidak kurang daripada 800 patah perkataan.

[50 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

3 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai